Juz 25 : Fussilat 47 hingga Al-Jaathiya 37

Bacaan Penuh Juz 25 : Fussilat 47 hingga Al-Jaathiya 37
ﲿ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱨﺮﱺﺩﱲ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻣﲘﻦ ﺛﱁﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲖ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻛﱓﻤﱧﺎﻣﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱕ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻀﱺﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻌﲘﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﲘﻯ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﺫﱧﻧﱱ﮳ﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﲚ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat; dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah. Dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): "Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)!"
ﻭﱺﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﻇﱔﻨﱲﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺤﲔﻴﺺﲞ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya), dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻣﱱﺴﲄﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﺮﲅ ﻓﱁﻴﱧ﮲ﱨﻮﺱﱿ ﻗﱁﻨﱨﻮﻁﱙ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﺫﱧﻗﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺿﱺﺮﲄﺁﺀﱧ ﻣﱧﺴﲄﺘﱦﻪﱨ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱁﻦﲄ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻇﱕﻦﲅ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱧﺔﱅ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺭﲅﺟﲌﻌﱦﺖﱻ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻰ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻟﱁﻠﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎﲬ ﻓﱁﻠﱁﻨﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁﻨﱨﺬﲘﻳﻘﱁﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﲖ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺃﱁﻋﱹﺮﱺﺽﱺ ﻭﱺﻧﱧ﮲ﱧﺎ ﺑﲐﺠﱺﺎﻧﲘﺒﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺴﲄﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﺮﲅ ﻓﱁﺬﱕﻭ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﲙ ﻋﱺﺮﲌﻳﺾﲞ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﻣﲘﻤﱱﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﺷﲔﻘﱁﺎﻕﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran?"
ﺳﱺﻨﱨﺮﲌﻳﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﻓﱁﺎﻕﲌ ﻭﱺﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺘﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲩ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﻒﲔ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻟﱊﲘﻘﱁﺂﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱲﺤﲔﻴﻂﱛ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim.
ﻋﳒﺴﳒﻖﳒ ﳁﳄﳀ
  1. Ain, Siin, Qaaf.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳀ
  1. Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳀ
  1. Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
ﺗﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻄﱞﺮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻦﲄﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳀ
  1. Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺣﱺﻔﲘﻴﻆﱗ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻮﱺﻛﲔﻴﻞﲎ ﳁﳈﳀ
  1. Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱵﺎ ﻟﱊﲘﺘﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﺃﱂﻡﱱ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻊﲠ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻞﱕ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲍ ﳁﳊﳀ
  1. Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲨ ﻓﱁﭑﴦﴥﴤﱨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻟﲘﻰﲅ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳀ
  1. Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺤﱻﻜﱓﻤﱨﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﺖﱻ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱂﻧﲘﻴﺐﱻ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
ﻓﱁﺎﻃﲔﺮﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻳﱧﺬﱓﺭﱺﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻛﱔﻤﲘﺜﱀﻠﲘﻪﲘﲶ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻘﱁﺎﻟﲘﻴﺪﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻂﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﺷﱔﺮﱺﻉﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﺻﲄﻰﳎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻧﱨﻮﺣﱾﺎ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻭﱺﺻﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ﮵ﲨ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻛﱔﺒﱨﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﺒﲐﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﲘﻴﺐﱻ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱆ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻟﱋﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺭﲌﺛﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﺮﲌﻳﺐﲎ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
ﻓﱁﻠﲘﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﭑﺩﱦﻉﱨﲨ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻘﲘﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱺﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻗﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺖﱻ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﺮﱹﺕﱻ ﵖﲔﵑﱁﻋﱹﺪﲘﻝﱔ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨﲨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻜﱕﻢﱦﲨ ﵖﱔﵐ ﺣﱻﺠﲄﺔﱁ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨﲨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻊﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱨﺠﲌﻴﺐﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺣﱻﺠﲄﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺩﱧﺍﺣﲔﻀﱺﺔﱄ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻏﱔﻀﱺﺐﱿ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱽ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﺪﱹﺭﲌﻳﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻞﱞ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱿ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻞﱕ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻤﱧﺎﺭﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲙ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻄﲔﻴﻒﲁ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﲌﻯﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻧﱧﺰﲌﺩﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﺣﱺﺮﱹﺛﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺼﲔﻴﺐﲍ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﳌﺆﱻﺍﲯ ﺷﱔﺮﱺﻋﱻﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺫﱧﻥﲲ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﻟﱁﻘﱂﻀﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﺍﻗﲘﻊﱮ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻭﱹﺿﱺﺎﺕﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺎﺕﲔﲨ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﻭﻥﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔﲩ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱺﺩﱱﺓﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱀﺘﱧﺮﲌﻑﱹ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱅ ﻧﱱﺰﲌﺩﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺣﱻﺴﱹﻨﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﱽ ﳁﳅﳄﳀ
  1. (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱫﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﺸﱔﺈﲐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺨﱹﺘﲘﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻚﱔﲩ ﻭﱺﻳﱧﻤﱦﺢﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﱔ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﻖﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: "Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki - menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻘﱀﺒﱧﻞﱕ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺑﱧﺔﱁ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺐﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻳﱧﺰﲌﻳﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺑﱧﺴﱺﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﱺ ﻟﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻟﱁﺒﱧﻐﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲎ ﻣﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺚﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﻨﱧﻄﱕﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻨﺸﱕﺮﱻ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﺧﱺﻠﱀﻖﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﺚﲄ ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺟﱺﻤﱦﻌﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﲚ ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﲐﻤﱨﻌﱦﺠﲌﺰﲌﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﻮﱺﺍﺭﲌ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺸﱔﺄﱀ ﻳﱨﺴﱹﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﻓﱁﻴﱧﻈﱓﻠﱁﻠﱀﻦﱺ ﺭﱺﻭﱺﺍﻛﲔﺪﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻇﱔﻬﱹﺮﲌﻩﲘﲶﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﱺﺒﱱﺎﺭﲎ ﺷﱔﻜﱕﻮﺭﲍ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻮﺑﲐﻘﱀﻬﱻﻦﲄ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻒﱻ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺤﲔﻴﺺﲞ ﳁﳇﳅﳀ
  1. (Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﻤﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻘﱁﻰﳎ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﺒﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺶﱔ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﻏﱔﻀﲔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺷﱕﻮﺭﱺﻯﳎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻰﱻ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
ﻭﱺﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﲚ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﺄﱁﺟﱹﺮﱻﻩﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻧﺘﱧﺼﱺﺮﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻇﱕﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲍ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱧﻦ ﺻﱺﺒﱧﺮﱺ ﻭﱺﻏﱔﻔﱁﺮﱺ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲩ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱺﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺮﱺﺩﱰﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻌﱦﺮﱺﺿﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺬﱟﻝﱝﲌ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﺮﱹﻑﲕ ﺧﱺﻔﲘﻰﲃﲦﲩ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲎ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲍ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).
ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻣﱧﺮﱺﺩﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻠﱀﺠﱺﺈﲒ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻜﲔﻴﺮﲎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﻋﱹﺮﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﻔﲘﻴﻈﱖﺎﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺫﱧﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻓﱁﺮﲌﺡﱺ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱈ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻳﱧﻬﱺﺐﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱅﺎ ﻭﱺﻳﱧﻬﱺﺐﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﭐﻟﺬﱟﻛﱕﻮﺭﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺰﱺﻭﲃﲌﺟﱻﻬﱻﻢﱦ ﺫﱨﻛﱓﺮﱺﺍﻧﱫﺎ ﻭﱺﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱅﺎﲨ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻋﱺﻘﲘﻴﻤﱩﺎﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺣﱹﻴﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﴠﲤ ﺣﲔﺠﱺﺎﺏﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱔ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻓﱁﻴﱨﻮﺣﲔﻰﱺ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻰﲇ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺭﱻﻭﺣﱾﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎﲬ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺗﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﻧﱱﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻧﱧﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﺘﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧ﮴ﻧﱩﺎ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻴﱵﺎ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﻡﱰﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻌﱧﻠﲘﻰﲇ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱪ ﳁﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
ﺃﱁﻓﱁﻨﱧﻀﱹﺮﲌﺏﱻ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺ ﺻﱺﻔﱀﺤﱼﺎ ﺃﱁﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻣﱲﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
  1. Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).
ﻭﱺﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺒﲐﻰﲃﲦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah), berapa banyak nabi-nabi yang kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺒﲐﻰﲃﲥ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺂ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﺑﱧﻄﱓﺸﱘﺎ ﻭﱺﻣﱧﻀﱺﻰﳎ ﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻬﱻﻦﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻣﱧﻬﱹﺪﱾﺍ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺳﱻﺒﱨﵝﱅﵗ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱭ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲎ ﻓﱁﺄﱁﻧﺸﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺑﱧﻠﱀﺪﱺﺓﱫ ﻣﱱﻴﱦﺘﱫﺎﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱨﺨﱹﺮﱺﺟﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱺ ﻛﱕﻠﱋﻬﱺﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺮﱹﻛﱔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,
ﻟﲘﺘﱧﺴﱹﺘﱧﻮﱻﲵﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻩﲘﲶ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻘﱀﺮﲌﻧﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻟﱁﻤﱨﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. "Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﺟﱻﺰﱹﺀﱩﺍﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻟﱁﻜﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﺑﱧﻨﱧﺎﺕﲖ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻔﱁﯩﳎﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya, dan Ia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱨﺸﱝﲔﺮﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﱻﻫﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺿﱺﺮﱺﺏﱺ ﻟﲘﻠﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻇﱔﻞﱞ ﻭﱺﺟﱹﻬﱻﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻮﱺﺩﱵﺍ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻛﱔﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
ﺃﱁﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻨﱧﺸﱞﺆﱻﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﲔﻠﱀﻴﱧﺔﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﲔﺼﱺﺎﻡﲌ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﻣﱨﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﺒﱧ﮳ﺪﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﻧﱧ﮳ﺜﱃﺎﲬ ﺃﱁﺷﱔﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﺧﱺﻠﱀﻘﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﺳﱺﺘﱨﻜﱓﺘﱧﺐﱻ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﺒﱧﺪﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﲩ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺻﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu". (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!
ﺃﱁﻡﱦ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻤﱦﺴﲔﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?
ﺑﱧﻞﱓ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﻣﱲﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺬﲘﻳﺮﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﺘﱦﺮﱺﻓﱂﻮﻫﱺﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".
ﲿ ﻗﱁ﮳ﻞﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻫﱹﺪﱺﻯﳎ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﺗﱲﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".
ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻘﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻧﱱﻨﲘﻰ ﺑﱧﺮﱺﺁﺀﱬ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﱁﻄﱔﺮﱺﻧﲘﻰ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺳﱺﻴﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku".
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱺﺎ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﱇ ﺑﱧﺎﻗﲘﻴﱧﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﻘﲘﺒﲐﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
ﺑﱧﻞﱓ ﻣﱧﺘﱱﻌﱦﺖﱻ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini adalah sihir, dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻧﱨﺰﲃﲌﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺟﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲍ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: "(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
ﺃﱁﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻘﱀﺴﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺖﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔﲬ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻗﱁﺴﱺﻤﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻌﲘﻴﺸﱔﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻌﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻴﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﻀﱾﺎ ﺳﱻﺨﱹﺮﲌﻳﱵﺎﲩ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻟﱋﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻ ﺑﲐﭑﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻟﲘﺒﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﺳﱻﻘﱂﻔﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﲘﻀﲄﺔﲚ ﻭﱺﻣﱧﻌﱧﺎﺭﲌﺝﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﻈﱓﻬﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
ﻭﱺﻟﲘﺒﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺑﱫﺎ ﻭﱺﺳﱻﺮﱻﺭﱼﺍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﺘﱱﻜﲔ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
ﻭﱺﺯﱻﺧﱹﺮﱻﻓﱅﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻞﱟ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺶﱕ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻧﱨﻘﱁﻴﱰﲐﺾﱹ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺷﱔﻴﱦﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱁﺮﲌﻳﻦﱿ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻴﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﻭﱺﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺖﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻚﱔ ﺑﱨﻌﱦﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻗﱁﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﲌﻳﻦﱻ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
ﻭﱺﻟﱁﻦ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺇﲐﺫ ﻇﱞﻠﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻣﱨﺸﱓﺘﱧﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻧﺖﱺ ﺗﱨﺴﱹﻤﲘﻊﱨ ﭐﻟﺼﲅﻢﱱ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱦﻰﱺ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
ﻓﱁﺈﲐﻣﱱﺎ ﻧﱧﺬﱓﻫﱺﺒﱧﻦﲄ ﺑﲐﻚﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱲﻨﺘﱧﻘﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱨﺮﲌﻳﱧﻨﱱﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﻋﱺﺪﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻤﱦﺴﲔﻚﱓ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺬﲘﻛﱓﺮﱿ ﻟﱋﻚﱔ ﻭﱺﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
ﻭﱺﺳﱹ﮲ﱧﻞﱓ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﺳﱻﻠﲘﻨﱧﺂ ﺃﱁﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻳﱨﻌﱦﺒﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﵝﱁﵙﻳﳗﻪﲘﲶ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱕ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan kaumnya, lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﻀﱹﺤﱺﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱨﺮﲌﻳﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﲔﻰﱺ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱂﺧﱹﺘﲘﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻪﱧ ﭐﻟﺴﲄﺎﺣﲔﺮﱻ ﭐﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻬﲌﺪﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺﻙﱔ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺎ ﻟﱁﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata: "Wahai orang yang bijak pandai, pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu; sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻛﱔﺸﱔﻔﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻜﱕﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus mencabuli janjinya.
ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﻰ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﻣﲘﺼﱹﺮﱺ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻰﳒﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﻬﲌﻴﻦﱿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﻳﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳄﳇﳀ
  1. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﺳﱹﻮﲌﺭﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻫﱺﺐﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻣﱨﻘﱀﺘﱧﺮﲌﻧﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺨﱺﻒﲄ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱁﻃﱔﺎﻋﱻﻮﻩﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳇﳀ
  1. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺀﱧﺍﺳﱺﻔﱂﻮﻧﱧﺎ ﭐﻧﺘﱧﻘﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻠﱁﻔﱅﺎ ﻭﱺﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻟﱊﲘﵝﱀﵜﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺿﱻﺮﲌﺏﱺ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻣﱧﺜﱁﵝﱃﵗ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻮﱹﻣﱨﻚﱔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻳﱧﺼﲔﺪﲅﻭﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺃﱁ﮴ﻟﲘﻬﱺﺘﱨﻨﱧﺎ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽ ﺃﱁﻡﱦ ﻫﱻﻮﱺﲬ ﻣﱧﺎ ﺿﱺﺮﱺﺑﱨﻮﻩﱨ ﻟﱁﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺟﱺﺪﱺﵖﱚﵐﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱪ ﺧﱺﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﺒﱦﺪﱽ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻟﱊﲘﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻌﲘﻠﱀﻢﱬ ﻟﱊﲘﻠﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻤﱦﺘﱧﺮﱻﻥﱱ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﲌﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱙ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺼﱻﺪﲄﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﵖﲔﵑﱂﺑﱧﻴﱰﲐﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻩﱨﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱙ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳈﳀ
  1. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".
ﻓﱁﭑﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻒﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱻ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲍ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﲔﵝﱋﵚﺀﱨ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲛ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﻌﱦﺾﲝ ﻋﱺﺪﱻﻭﲇ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
ﻳﱧ﮳ﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. (Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita".
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳈﳀ
  1. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱻﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺤﱹﺒﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
ﻳﱨﻄﱔﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﺼﲔﺤﱺﺎﻑﲖ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻫﱺﺐﲎ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻮﱺﺍﺏﲎﲨ ﻭﱺﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺸﱓﺘﱧﻬﲌﻴﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻔﱂﺲﱻ ﻭﱺﺗﱧﻠﱁﺬﱟ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻴﱨﻦﱻﲨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱂ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱂﻭﺭﲌﺛﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﱆ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. "Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳉﳀ
  1. "Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻔﱁﺘﱱﺮﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﱨﺒﱦﻠﲘﺴﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻭﱹﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱧ﮳ﻠﲘﻚﱕ ﻟﲘﻴﱧﻘﱀﺾﲜ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱱ﮳ﻜﲔﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻟﲘﻠﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻛﱔ﮳ﺮﲌﻫﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
  1. (Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﺑﱦﺮﱺﻣﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﻣﱨﺒﱦﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﺳﲔﺮﲄﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺠﱹﻮﱺﯨﻬﱻﻢﲬ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻨﱧﺎ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻠﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻓﱁﺄﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱁﻭﲄﻝﱕ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"
ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
ﻓﱁﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺨﱻﻮﺿﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﺗﱧﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘ ﭐﻟﺸﱞﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺷﱔﻬﲌﺪﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﺄﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
ﻭﱺﻗﲘﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧ﮳ﺮﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
ﻓﱁﭑﺻﱹﻔﱁﺢﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻞﱓ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱬﲬ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳊﳀ
  1. (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﻟﱁﻴﱦﻠﱁﺔﲚ ﻣﱲﺒﱧ﮳ﺮﱺﻛﱔﺔﲙﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻳﱨﻔﱀﺮﱺﻕﱻ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱁﻣﱦﺮﲍ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﲍ ﳁﳆﳀ
  1. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻧﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﱨﺮﱹﺳﲔﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
  1. Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳈﳀ
  1. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﻮﻗﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳀ
  1. Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲨ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺏﲅ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
ﻓﱁﭑﺭﱹﺗﱧﻘﲘﺐﱹ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﺑﲐﺪﱻﺧﱺﺎﻥﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
ﺭﲄﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻛﱓﺸﲔﻒﱹ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱨﻌﱧﻠﱋﻢﱬ ﻣﱱﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱪ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺎﺷﲔﻔﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗﲬ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺂﴢﲐﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﺒﱦﻄﲔﺶﱕ ﭐﻟﱀﺒﱧﻄﱓﺸﱔﺔﱁ ﭐﻟﱀﻜﱕﺒﱦﺮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱨﻨﺘﱧﻘﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻓﱁﺘﱧﻨﱱﺎ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱪ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺩﱲﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳊﳃﳀ
  1. (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
ﻭﱺﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺗﲘﻴﻜﱕﻢ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻋﱻﺬﱓﺕﱻ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺮﱹﺟﱻﻤﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. "Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻰ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺰﲌﻟﱂﻮﻥﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. "Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
ﻓﱁﺪﱺﻋﱺﺎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
ﻓﱁﺄﱁﺳﱹﺮﲌ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯ ﻟﱁﻴﱦﵝﱃﵗ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱲﺘﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
ﻭﱺﭐﺗﱦﺮﱻﻙﲔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺ ﺭﱺﻫﱹﻮﱼﺍﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺟﱻﻨﺪﱿ ﻣﱲﻐﱦﺮﱺﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. "Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
ﻛﱔﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
ﻭﱺﺯﱻﺭﱻﻭﻉﲢ ﻭﱺﻣﱧﻘﱁﺎﻡﲎ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
ﻭﱺﻧﱧﻌﱦﻤﱧﺔﲚ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﲌﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱩﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺑﱧﻜﱔﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﻨﻈﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﲌﻴﻦﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -
ﻣﲘﻦ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺎﻟﲘﻴﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺧﱹﺘﱧﺮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺑﱧﻠﱁﳌﺆﱿﺍﲯ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻮﱹﺗﱧﺘﱨﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱨﻨﺸﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);
ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﺑﱧﺂﴢﲐﻨﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. "(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"
ﺃﱁﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽ ﺃﱁﻡﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﺗﱨﺒﱱﻊﲢ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﱁ﮳ﻌﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;
ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
ﺇﲐﻥﱱ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﻣﲘﻴﻘﱁ﮳ﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻣﱧﻮﱹﻟﱃﻰ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﻮﱹﻟﱅﻰ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺭﲄﺣﲔﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺕﱺ ﭐﻟﺰﲄﻗﱌﻮﻡﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺛﲘﻴﻢﲌ ﳁﳆﳆﳀ
  1. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
ﻛﱔﭑﻟﱀﻤﱨﻬﱹﻞﲌ ﻳﱧﻐﱦﻠﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱨﻄﱕﻮﻥﲌ ﳁﳇﳆﳀ
  1. (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -
ﻛﱔﻐﱧﻠﱀﻰﲤ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﻢﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
ﺧﱻﺬﱕﻭﻩﱨ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﲘﻠﱂﻮﻩﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳉﳆﳀ
  1. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱻﺒﱲﻮﺍﲯ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﺭﱺﺃﱀﺳﲔﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﻢﲌ ﳁﳊﳆﳀ
  1. "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
ﺫﱨﻕﱹ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﻜﱔﺮﲌﻳﻢﱨ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱧﻤﱦﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻘﱁﺎﻡﲍ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﲎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
ﻳﱧﻠﱀﺒﱧﺴﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻨﺪﱻﺱﲞ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺘﱧﺒﱦﺮﱺﻕﲎ ﻣﱲﺘﱧﻘﱁ﮳ﺒﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﺯﱺﻭﲄﺟﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺤﱻﻮﺭﲍ ﻋﲔﻴﻦﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲙ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺬﱕﻭﻗﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎﲨ ﻭﱺﻭﱺﻗﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳉﳇﳀ
  1. (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺴﲄﺮﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﻠﲘﺴﱺﺎﻧﲘﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
ﻓﱁﭑﺭﱹﺗﱧﻘﲘﺐﱹ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﺮﱹﺗﱧﻘﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).
ﺣﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Haa, Miim.
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳀ
  1. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻘﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺒﱨﺚﲅ ﻣﲘﻦ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲙ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱿ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻒﲔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲃﲌﺯﱹﻕﲎ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﺗﱧﺼﱹﺮﲌﻳﻒﲔ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﲠ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱿ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺣﱺﺪﲘﻳﺚﲗ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱁﻓﱋﺎﻙﲕ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳀ
  1. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺼﲔﺮﲅ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱾﺍ ﻛﱔﺄﱁﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱦﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹﻩﱨ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲎ ﳁﳊﳀ
  1. Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔﻫﱺﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳋﳀ
  1. Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.
ﻣﱰﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻫﱻﺪﱾﻯﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲃﲌﺟﱹﺰﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﲿ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺ ﻟﲘﺘﱧﺠﱹﺮﲌﻯﱺ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﱕ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
ﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻥﱧ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﻗﱁﻮﱹﻣﱭﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.
ﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﻠﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺳﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. (Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺒﱨﻮﲄﺓﱧ ﻭﱺﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻓﱁﻀﲄﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌﲨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱧﻘﱀﻀﲔﻰ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﺮﲌﻳﻌﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲐﻌﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻦ ﻳﱨﻐﱦﻨﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱨ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﺼﱺﳌﴣﲐﺮﱻ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱆ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
ﺃﱁﻡﱦ ﺣﱺﺴﲔﺐﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺟﱹﺘﱧﺮﱺﺣﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺠﱹﻌﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱫ ﻣﱱﺤﱹﻴﱧﺎﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻤﱧﺎﺗﱨﻬﱻﻢﱦﲬ ﺳﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻟﲘﺘﱨﺠﱹﺰﱺﻯﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲟ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻪﱨﲵ ﻫﱺﻮﱺﯨﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻠﱋﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﲔﻠﱀﻢﲎ ﻭﱺﺧﱺﺘﱧﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻤﱦﻌﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﺼﱺﺮﲌﻩﲘﲶ ﻏﲔﺸﱔ﮳ﻮﱺﺓﱫ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻪﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺣﱺﻴﱧﺎﺗﱨﻨﱧﺎ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻧﱧﻤﱨﻮﺕﱻ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱕﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﺪﲄﻫﱹﺮﱻﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱻﺠﲄﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺋﱦﺘﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﺑﱧﺂﴢﲐﻨﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!"
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻳﱧﺨﱹﺴﱺﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻛﱕﻞﱞ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﺟﱺﺎﺛﲘﻴﱧﺔﱅﲬ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱂﻣﱱﺔﲚ ﺗﱨﺪﱹﻋﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱨﻨﱧﺎ ﻳﱧﻨﻄﲔﻖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺴﱹﺘﱧﻨﺴﲔﺦﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻴﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﻖﲉ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﻧﱧﺪﱹﺭﲌﻯ ﻣﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺇﲐﻥ ﻧﱱﻈﱕﻦﲅ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻇﱔﻨﱵﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻴﱦﻘﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."
ﻭﱺﺑﱧﺪﱺﺍ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﱻ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺣﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﻨﺴﱺﯩﳎﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻧﱧﺴﲔﻴﺘﱨﻢﱦ ﻟﲘﻘﱁﺂﺀﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﻜﱕﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﺗﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻓﱁﭑﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﺮﱺﺟﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺘﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
ﻓﱁﻠﲘﻠﱋﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. (Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam.
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱦﺮﲌﻳﱧﺂﺀﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.