Juz 27 : Adh-Dhaariyat 31 hingga Al-Hadid 29

Bacaan Penuh Juz 27 : Adh-Dhaariyat 31 hingga Al-Hadid 29
ﲿ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺧﱺﻄﱓﺒﱨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
ﻟﲘﻨﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﲔﺠﱺﺎﺭﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﳁﳅﳅﳀ
  1. "Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
ﻣﱲﺴﱺﻮﲄﻣﱧﺔﱃ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺑﱧﻴﱦﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﲘﻴﻢﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﻓﲘﻰ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﺑﲐﺮﱻﻛﱓﻨﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱺ﮳ﺤﲔﺮﱽ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: "(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱧﻩﱨﲵ ﻓﱁﻨﱧﺒﱧﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻴﱧﻢﱰﲌ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
ﻭﱺﻓﲘﻰ ﻋﱺﺎﺩﲙ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻘﲘﻴﻢﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺬﱔﺭﱻ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺃﱁﺗﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﺘﱦﻪﱨ ﻛﱔﭑﻟﺮﲄﻣﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
ﻭﱺﻓﲘﻰ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"
ﻓﱁﻌﱧﺘﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﱂ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔ﮳ﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﲘﻴﱧﺎﻡﲎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﻨﺘﱧﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺑﱧﻨﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺑﲐﺄﱁﻳﱦﻴﳗﺪﲚ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱨﻮﺳﲔﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﱁﺮﱺﺷﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻓﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻴﱦﻦﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
ﻓﱁﻔﲘﺮﲅﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳂﳇﳀ
  1. (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳃﳇﳀ
  1. "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺗﱧﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﺎﺣﲔﺮﱽ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱪ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".
ﺃﱁﺗﱧﻮﱺﺍﺻﱺﻮﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻃﱔﺎﻏﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﻤﱧﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
ﻭﱺﺫﱧﻛﱝﲔﺮﱹ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﺗﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺖﱻ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲄ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻴﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
ﻣﱧﺂ ﺃﱂﺭﲌﻳﺪﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲃﲌﺯﱹﻕﲎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﺭﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻮﻥﲌ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺮﲄﺯﲄﺍﻕﱻ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻘﱂﻮﲄﺓﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺘﲘﻴﻦﱻ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﺫﱧﻧﱨﻮﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﺫﱧﻧﱨﻮﺏﲌ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺒﲐﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﲌ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
ﻭﱺﭐﻟﻄﱟﻮﺭﲌ ﳁﳃﳀ
  1. Demi Gunung Tursina;
ﻭﱺﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱱﺴﱹﻄﱕﻮﺭﲎ ﳁﳄﳀ
  1. Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -
ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻕﲃﲎ ﻣﱱﻨﺸﱕﻮﺭﲎ ﳁﳅﳀ
  1. Pada lembaran surat yang terbuka;
ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻌﱦﻤﱨﻮﺭﲌ ﳁﳆﳀ
  1. Dan demi "Al-Baitul Makmur";
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻘﱀﻒﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﻓﱂﻮﻉﲠ ﳁﳇﳀ
  1. Dan demi bumbung yang tinggi;
ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﱻﻮﺭﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -
ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﱁﻮﱺ﮴ﻗﲘﻊﱬ ﳁﳉﳀ
  1. Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺩﱧﺍﻓﲘﻊﲢ ﳁﳊﳀ
  1. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻤﱨﻮﺭﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻣﱧﻮﱹﺭﱾﺍ ﳁﳋﳀ
  1. Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
ﻭﱺﺗﱧﺴﲔﻴﺮﱻ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﺳﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻮﱹﺽﲞ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﺪﱺﻋﲅﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻧﱧﺎﺭﲌ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺩﱧﻋﲆﺎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
ﺃﱁﻓﱁﺴﲔﺤﱹﺮﱽ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. "Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
ﭐﺻﱹﻠﱁﻮﱹﻫﱺﺎ ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺗﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. "Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻧﱧﻌﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﲌﻴﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻭﱺﻗﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺﻨﲘﻴﳒ﮲ﱭﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. (Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
ﻣﱨﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱻﺮﱻﺭﲎ ﻣﱱﺼﱹﻔﱂﻮﻓﱁﺔﲚﲨ ﻭﱺﺯﱺﻭﲄﺟﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺤﱻﻮﺭﲍ ﻋﲔﻴﻦﲎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﺘﱦﻬﱻﻢﱦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﺈﲐﻳﻤﱧ﮳ﻦﲍ ﺃﱁﻟﱀﺤﱺﻘﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻟﱁﺘﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﻤﱧﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﻛﱕﻞﱟ ﭐﻣﱦﺮﲌﴠﲧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺐﱺ ﺭﱺﻫﲔﻴﻦﱿ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﺪﱺﺩﱦﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲚ ﻭﱺﻟﱁﺤﱹﻢﲎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
ﻳﱧﺘﱧﻨﱧ﮳ﺰﱺﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻛﱔﺄﱀﺳﱾﺎ ﵖﱞﵐ ﻟﱁﻐﱦﻮﱿ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺛﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.
ﲿ ﻭﱺﻳﱧﻄﱕﻮﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻏﲔﻠﱀﻤﱧﺎﻥﱬ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱂﺆﱹﻟﱂﺆﱿ ﻣﱱﻜﱓﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺒﱧﻞﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﺂﺀﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻨﱧﺎ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
ﻓﱁﻤﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻭﱺﻗﱁﯩﳎﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱨﻮﻡﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻧﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻩﱨﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﲅ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".
ﻓﱁﺬﱔﻛﱝﲔﺮﱹ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺑﲐﻜﱔﺎﻫﲔﻦﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﲍ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺷﱔﺎﻋﲔﺮﱿ ﻧﱱﺘﱧﺮﱺﺑﱱﺺﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻨﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".
ﻗﱂﻞﱓ ﺗﱧﺮﱺﺑﱱﺼﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺮﱺﺑﱰﲐﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺣﱹﻠﱁ﮳ﻤﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺁﲬ ﺃﱁﻡﱦ ﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻃﱔﺎﻏﱕﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺗﱧﻘﱁﻮﲄﻟﱁﻪﱨﲵﲬ ﺑﱧﻞ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲖ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
ﺃﱁﻡﱦ ﺧﱻﻠﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺃﱁﻡﱦ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
ﺃﱁﻡﱦ ﺧﱺﻠﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺﲬ ﺑﱧﻞ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
ﺃﱁﻡﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺﺰﱺﺁﴢﲐﻦﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺃﱁﻡﱦ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﲳﱺﻴﱦﻄﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻠﱋﻢﱬ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺕﲔ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada) maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱾﺍ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻐﱦﺮﱺﻡﲎ ﻣﱲﺜﱀﻘﱁﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﱻ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﻛﱔﻴﱦﺪﱾﺍﲨ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻜﲔﻴﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. (Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱪ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﲔﺴﱹﻔﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺳﱺﺎﻗﲘﻄﱘﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﺤﱺﺎﺏﱿ ﻣﱱﺮﱹﻛﱕﻮﻡﱬ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
ﻓﱁﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱨﺼﱹﻌﱧﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. (Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. (Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻋﱹﻴﱨﻨﲘﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻓﱁﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱹﻪﱨ ﻭﱺﺇﲐﺩﱦﺑﱧ﮳ﺮﱺ ﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﲌ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).
ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺠﱹﻢﲌ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱺﻮﱺﻯﳎ ﳁﳃﳀ
  1. Demi bintang semasa ia menjunam, -
ﻣﱧﺎ ﺿﱺﻞﱞ ﺻﱺﺎﺣﲔﺒﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻏﱔﻮﱺﻯﳎ ﳁﳄﳀ
  1. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﻄﲔﻖﱻ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻬﱺﻮﱺﻯ﮵ ﳁﳅﳀ
  1. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺣﱹﻰﱿ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰﳎ ﳁﳆﳀ
  1. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨﲵ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻘﱂﻮﱺﻯﳎ ﳁﳇﳀ
  1. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
ﺫﱨﻭ ﻣﲘﺮﲄﺓﲚ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﳁﳈﳀ
  1. Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱂﻓﱂﻖﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻰﳎ ﳁﳉﳀ
  1. Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
ﺛﱂﻢﱱ ﺩﱧﻧﱧﺎ ﻓﱁﺘﱧﺪﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳊﳀ
  1. Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻗﱁﺎﺏﱺ ﻗﱁﻮﱹﺳﱺﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﳁﳋﳀ
  1. Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺒﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻰﳎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺬﱔﺏﱺ ﭐﻟﱀﻔﱂﺆﱺﺍﺩﱨ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺃﱁﻯ﮵ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
ﺃﱁﻓﱁﺘﱨﻤﱧ﮳ﺮﱻﻭﻧﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺮﱺﻯﳎ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺀﱧﺍﻩﱨ ﻧﱧﺰﱹﻟﱁﺔﱃ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺳﲔﺪﱹﺭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Di sisi "Sidratul-Muntaha";
ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱺﺎ ﺟﱺﻨﱱﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﺄﱀﻭﱺﻯ﮵ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰ ﭐﻟﺴﲃﲔﺪﱹﺭﱺﺓﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
ﻣﱧﺎ ﺯﱺﺍﻍﱁ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻃﱔﻐﱧﻰﳎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺃﱁﻯﳎ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﻜﱕﺒﱦﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻠﱋ﮳ﺖﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺰﲄﻯﳎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
ﻭﱺﻣﱧﻨﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺜﱋﺎﻟﲘﺜﱁﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
ﺃﱁﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱻ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻗﲘﺴﱹﻤﱧﺔﱆ ﺿﲔﻴﺰﱺﻯ﮵ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﱬ ﺳﱺﻤﱱﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍﲬ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻬﱹﻮﱺﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻔﱂﺲﱻﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯ﮵ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻤﱧﻨﱱﻰﳎ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
ﻓﱁﻠﲘﻠﱋﻪﲘ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
ﲿ ﻭﱺﻛﱔﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻠﱁﻚﲖ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺫﱧﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻰ﮵ ﳁﳈﳄﳀ
  1. (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻟﱁﻴﱨﺴﱺﻤﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﺗﱧﺴﱹﻤﲘﻴﱧﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍﲨ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﻦ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺒﱦﻠﱁﻐﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦﲌ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱺﳌ﮲ﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﺒﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺶﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻠﱋﻤﱧﻢﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲘﲬ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱁﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺟﲌﻨﱱﺔﱆ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻥﲌ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﺰﱺﻛﱟﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻰ﮵ ﳁﳄﳅﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻄﱔﻰﳎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺪﱺﻯ﮵ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
ﺃﱁﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺒﱱﺄﱀ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺤﱻﻒﲔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
ﻭﱺﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﻓﱋﻰ﮵ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺰﲌﺭﱻ ﻭﱺﺍﺯﲌﺭﱺﺓﱬ ﻭﲌﺯﱹﺭﱺ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
ﻭﱺﺃﱁﻥ ﻟﱋﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻌﱧﻰﳎ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺳﱺﻌﱦﻴﱧﻪﱨﲵ ﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﺮﱺﻯﳎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺠﱹﺰﱺﯨﻪﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﺰﱺﺁﺀﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﻓﱁﻰﳎ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺿﱹﺤﱺﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻜﱔﻰﳎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻣﱧﺎﺕﱺ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺰﲄﻭﱹﺟﱺﻴﱦﻦﲌ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲙ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﻤﱦﻨﱧﻰﳎ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﻨﱱﺸﱓﺄﱁﺓﱧ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﻨﱧﻰﳎ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺸﱝﲔﻌﱦﺮﱺﻯﳎ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻚﱔ ﻋﱺﺎﺩﱩﺍ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﺑﱦﻘﱁﻰﳎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﱓﻐﱧﻰﳎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﺗﱧﻔﲘﻜﱔﺔﱁ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﻯﳎ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
ﻓﱁﻐﱧﺸﱞﯩﳎﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻏﱔﺸﱞﻰﳎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺗﱧﺘﱧﻤﱧﺎﺭﱺﻯﳎ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱲﺬﱕﺭﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰ﮵ ﳁﳈﳇﳀ
  1. (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
ﺃﱁﺯﲌﻓﱁﺖﲔ ﭐﵖﱓﵕﺯﲌﻓﱁﺔﱂ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺎﺷﲔﻔﱁﺔﱄ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
ﺃﱁﻓﱁﻤﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﺗﱧﻌﱦﺠﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
ﻭﱺﺗﱧﻀﱹﺤﱺﻜﱕﻮﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺳﱺ﮳ﻤﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
ﻓﱁﭑﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﲹ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
ﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺑﱧﺖﲔ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻭﱺﭐﻧﺸﱔﻖﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻ ﳁﳃﳀ
  1. Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻳﱨﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻤﲘﺮﲉ ﳁﳄﳀ
  1. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱕﻞﱟ ﺃﱁﻣﱦﺮﲎ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﺮﲉ ﳁﳅﳀ
  1. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﱨﺰﱹﺩﱧﺟﱺﺮﱽ ﳁﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
ﺣﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱈ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻐﱧﺔﱆﲨ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺗﱨﻐﱦﻦﲌ ﭐﻟﻨﱲﺬﱕﺭﱻ ﳁﳇﳀ
  1. (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲪ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺪﱹﻉﱨ ﭐﻟﺪﲄﺍﻉﲠ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻧﱲﻜﱕﺮﲍ ﳁﳈﳀ
  1. Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
ﺧﱻﺸﱞﻌﱩﺎ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺟﱹﺪﱺﺍﺙﲔ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﺮﱺﺍﺩﱬ ﻣﱲﻨﺘﱧﺸﲔﺮﱿ ﳁﳉﳀ
  1. (Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
ﻣﱲﻬﱹﻄﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺪﲄﺍﻉﲠﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱪ ﻋﱺﺴﲔﺮﱿ ﳁﳊﳀ
  1. Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
ﲿ ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﺒﱦﺪﱺﻧﱧﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﻭﱺﭐﺯﱹﺩﱨﺟﲌﺮﱺ ﳁﳋﳀ
  1. Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
ﻓﱁﺪﱺﻋﱺﺎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻐﱦﻠﱂﻮﺏﱿ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﺼﲔﺮﱹ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
ﻓﱁﻔﱁﺘﱧﺤﱹﻨﱧﺂ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﲐﻤﱧﺂﺀﲚ ﻣﱲﻨﱦﻬﱺﻤﲘﺮﲎ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
ﻭﱺﻓﱁﺠﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻋﱻﻴﱨﻮﻧﱫﺎ ﻓﱁﭑﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﲎ ﻗﱁﺪﱹ ﻗﱂﺪﲘﺭﱺ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
ﻭﱺﺣﱺﻤﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺫﱧﺍﺕﲔ ﺃﱁﻟﱀﻮﱺ﮴ﺡﲢ ﻭﱺﺩﱨﺳﱻﺮﲎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﺑﲐﺄﱁﻋﱹﻴﱨﻨﲘﻨﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱫ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻛﱕﻔﲘﺮﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪ ﺗﱱﺮﱺﻛﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻳﱧﺴﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻟﲘﻠﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﺎﺩﱬ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﲌﻳﺤﱾﺎ ﺻﱺﺮﱹﺻﱺﺮﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﻧﱧﺤﱹﺲﲞ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻤﲘﺮﲃﲎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
ﺗﱧﻨﺰﲌﻉﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺎﺯﱻ ﻧﱧﺨﱹﻞﲎ ﻣﱲﻨﻘﱁﻌﲘﺮﲎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻳﱧﺴﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻟﲘﻠﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﺑﲐﭑﻟﻨﱲﺬﱕﺭﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺑﱧﺸﱔﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱾﺍ ﻧﱱﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻭﱺﺳﱻﻌﱨﺮﲍ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
ﺃﱁﺀﱨﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻨﱧﺎ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﻛﱔﺬﱞﺍﺏﱽ ﺃﱁﺷﲔﺮﱿ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
ﺳﱺﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻏﱔﺪﱾﺍ ﻣﱱﻦﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﱞﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺷﲔﺮﱻ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱨﺮﱹﺳﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﻗﱁﺔﲘ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﭑﺭﱹﺗﱧﻘﲘﺒﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺻﱹﻄﱔﺒﲐﺮﱹ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
ﻭﱺﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﻗﲘﺴﱹﻤﱧﺔﱈ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲨ ﻛﱕﻞﱟ ﺷﲔﺮﱹﺏﲎ ﻣﱲﺤﱹﺘﱧﻀﱺﺮﱿ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﻭﱹﺍﲯ ﺻﱺﺎﺣﲔﺒﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻌﱧﺎﻃﱔﻰﳎ ﻓﱁﻌﱧﻘﱁﺮﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺻﱺﻴﱦﺤﱺﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﻬﱺﺸﲔﻴﻢﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺘﱧﻈﲔﺮﲌ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻳﱧﺴﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻟﲘﻠﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻟﱂﻮﻁﲗ ﺑﲐﭑﻟﻨﱲﺬﱕﺭﲌ ﳁﳅﳅﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﺎﺻﲔﺒﱩﺎ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻟﱂﻮﻁﲖﲨ ﻧﱱﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﱺﺤﱺﺮﲎ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
ﻧﱰﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻧﱧﺎﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﻣﱧﻦ ﺷﱔﻜﱔﺮﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﻧﺬﱔﺭﱺﻫﱻﻢ ﺑﱧﻄﱓﺸﱔﺘﱧﻨﱧﺎ ﻓﱁﺘﱧﻤﱧﺎﺭﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﻨﱲﺬﱕﺭﲌ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺ﮴ﻭﱺﺩﱨﻭﻩﱨ ﻋﱺﻦ ﺿﱺﻴﱦﻔﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻄﱔﻤﱧﺴﱹﻨﱧﺂ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺻﱺﺒﱱﺤﱺﻬﱻﻢ ﺑﱨﻜﱓﺮﱺﺓﱩ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﺮﲉ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻭﱺﻧﱨﺬﱕﺭﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻳﱧﺴﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻟﲘﻠﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﭐﻟﻨﱲﺬﱕﺭﱻ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻛﱕﻠﱊﲘﻬﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱹﺬﱔ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﲎ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺪﲘﺭﲍ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
ﺃﱁﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱻﻛﱕﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﺮﱺﺁﺀﱧﺓﱬ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺰﲅﺑﱨﺮﲌ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺟﱺﻤﲘﻴﻊﱬ ﻣﱲﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱿ ﳁﳆﳆﳀ
  1. (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
ﺳﱺﻴﱨﻬﱹﺰﱺﻡﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻊﱨ ﻭﱺﻳﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻥﱧ ﭐﻟﺪﲅﺑﱨﺮﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﻣﱧﻮﱹﻋﲔﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱂ ﺃﱁﺩﱦﻫﱺﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﻣﱧﺮﲅ ﳁﳈﳆﳀ
  1. (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻭﱺﺳﱻﻌﱨﺮﲎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﺴﱹﺤﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺲﲄ ﺳﱺﻘﱁﺮﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲎ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻧﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱬ ﻛﱔﻠﱁﻤﱦﺢﲣ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﲌ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺎﻋﱺﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺪﲄﻛﲔﺮﲎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
ﻭﱺﻛﱕﻞﱟ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﻩﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺰﲅﺑﱨﺮﲌ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
ﻭﱺﻛﱕﻞﱟ ﺻﱺﻐﲘﻴﺮﲎ ﻭﱺﻛﱔﺒﲐﻴﺮﲎ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻄﱔﺮﱽ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻧﱧﻬﱺﺮﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻘﱀﻌﱧﺪﲘ ﺻﲔﺪﱹﻕﲍ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﻣﱧﻠﲘﻴﻚﲖ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺪﲘﺭﲏ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﳁﳃﳀ
  1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
ﻋﱺﻠﱋﻢﱧ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﳁﳄﳀ
  1. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﳁﳅﳀ
  1. Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱧﺎﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻ ﺑﲐﺤﱻﺴﱹﺒﱧﺎﻥﲎ ﳁﳇﳀ
  1. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺠﱹﻢﱨ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱻ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱺﺍﻥﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺭﱺﻓﱁﻌﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﻭﱺﺿﱺﻊﱧ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻄﱓﻐﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﲌ ﳁﳊﳀ
  1. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻮﱺﺯﱹﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺴﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﺿﱺﻌﱧﻬﱺﺎ ﻟﲘﵝﱀﵘﱁﻧﱧﺎﻡﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﱆ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺨﱹﻞﱕ ﺫﱧﺍﺕﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﻤﱧﺎﻡﲌ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﺐﲅ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻌﱧﺼﱹﻒﲔ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﻳﱦﺤﱺﺎﻥﱨ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻠﱀﺼﱺ﮳ﻞﲎ ﻛﱔﭑﻟﱀﻔﱁﺨﲄﺎﺭﲌ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﺂﻥﱱ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﺎﺭﲌﺝﲢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻗﱁﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﳁﳉﳃﳀ
  1. (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻣﱧﺮﱺﺝﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺﻳﱦﻦﲌ ﻳﱧﻠﱀﺘﱧﻘﲘﻴﱧﺎﻥﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺑﱧﺮﱹﺯﱺﺥﱿ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺒﱦﻐﲘﻴﱧﺎﻥﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﻠﱌﺆﱹﻟﱂﺆﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﺟﱺﺎﻥﱨ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻮﱺﺍﺭﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺸﱔ﮲ﱧﺎﺕﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻛﱕﻞﱟ ﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺎﻥﲎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﻘﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻪﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﺠﱺﻠﱁ﮳ﻞﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻛﱓﺮﱺﺍﻡﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻛﱕﻞﱞ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﺄﱀﻥﲎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
ﺳﱺﻨﱧﻔﱀﺮﱻﻍﱂ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻪﱧ ﭐﻟﺜﱋﻘﱁﵝﱁﵗﻥﲌ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻳﱧ﮳ﻤﱧﻌﱦﺸﱔﺮﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔﻌﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻨﻔﱂﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻗﱀﻄﱔﺎﺭﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﭑﻧﻔﱂﺬﱕﻭﺍﲯﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﻔﱂﺬﱕﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺴﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻳﱨﺮﱹﺳﱺﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻤﱧﺎ ﺷﱕﻮﱺﺍﻅﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲎ ﻭﱺﻧﱨﺤﱺﺎﺱﱿ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱺﺍﻥﲌ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﭐﻧﺸﱔﻘﱋﺖﲔ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻭﱺﺭﱹﺩﱧﺓﱫ ﻛﱔﭑﻟﺪﲃﲘﻫﱺﺎﻥﲌ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﱁﻴﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﻋﱺﻦ ﺫﱧﻧﲲﺒﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻧﺲﱿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﱺﺂﻥﱶ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻳﱨﻌﱦﺮﱺﻑﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﺴﲔﻴﻤﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻴﱨﺆﱹﺧﱺﺬﱕ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻮﱺ﮴ﺻﲔﻰ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺪﱺﺍﻡﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺏﱻ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
ﻳﱧﻄﱕﻮﻓﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲍ ﺀﱧﺍﻥﲎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻭﱺﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺧﱺﺎﻑﱺ ﻣﱧﻘﱁﺎﻡﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﺟﱺﻨﱱﺘﱧﺎﻥﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﺫﱧﻭﱺﺍﺗﱧﺂ ﺃﱁﻓﱀﻨﱧﺎﻥﲎ ﳁﳊﳆﳀ
  1. (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻋﱺﻴﱦﻨﱧﺎﻥﲌ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻳﱧﺎﻥﲌ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲚ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﺎﻥﲌ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻣﱨﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻓﱂﺮﱻﺵﲟ ﺑﱧﻄﱔﺂﴢﲐﻨﱨﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﺳﱹﺘﱧﺒﱦﺮﱺﻕﲎﲬ ﻭﱺﺟﱺﻨﱧﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﺩﱧﺍﻥﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄ ﻗﱁ﮳ﺼﲔﺮﱺ﮴ﺕﱻ ﭐﻟﻄﱞﺮﱹﻑﲔ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻄﱓﻤﲘﺜﱀﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﻧﺲﱿ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﱺﺂﻥﱶ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻦﲄ ﭐﻟﱀﻴﱧﺎﻗﱂﻮﺕﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﺟﱺﺎﻥﱨ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻫﱺﻞﱓ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﭐﵖﱓﵒﺣﱹﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﵖﱓﵒﺣﱹﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﺟﱺﻨﱱﺘﱧﺎﻥﲌ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻣﱨﺪﱹﻫﱺﺂﻣﱱﺘﱧﺎﻥﲌ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻋﱺﻴﱦﻨﱧﺎﻥﲌ ﻧﱧﻀﲄﺎﺧﱺﺘﱧﺎﻥﲌ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺎ ﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﱆ ﻭﱺﻧﱧﺨﱹﻞﱙ ﻭﱺﺭﱻﻣﱱﺎﻥﱬ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄ ﺧﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﱽ ﺣﲔﺴﱺﺎﻥﱬ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﺣﱻﻮﺭﱿ ﻣﱱﻘﱀﺼﱻﻮﺭﱺ﮴ﺕﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﲔﻴﱧﺎﻡﲌ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻄﱓﻤﲘﺜﱀﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﻧﺲﱿ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﱺﺂﻥﱶ ﳁﳆﳉﳀ
  1. (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﻣﱨﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﻓﱀﺮﱺﻑﲕ ﺧﱻﻀﱹﺮﲎ ﻭﱺﻋﱺﺒﱦﻘﱁﺮﲌﻯﲃﲍ ﺣﲔﺴﱺﺎﻥﲎ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻤﱧﺎ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱧﺎﻥﲌ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ﺗﱧﺒﱧ﮳ﺮﱺﻙﱔ ﭐﺳﱹﻢﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺫﲘﻯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻠﱁ﮳ﻞﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻛﱓﺮﱺﺍﻡﲌ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻭﱺﻗﱁﻌﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﻮﱺﺍﻗﲘﻌﱧﺔﱂ ﳁﳃﳀ
  1. Apabila berlaku hari kiamat itu,
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﻮﱺﻗﱀﻌﱧﺘﲘﻬﱺﺎ ﻛﱔﺎﺫﲘﺑﱧﺔﱄ ﳁﳄﳀ
  1. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
ﺧﱺﺎﻓﲘﻀﱺﺔﱆ ﺭﲄﺍﻓﲘﻌﱧﺔﱄ ﳁﳅﳀ
  1. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱻﺟﲄﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺭﱺﺟﲈﺎ ﳁﳆﳀ
  1. (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
ﻭﱺﺑﱨﺴﲄﺖﲔ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﺑﱧﺴﲈﺎ ﳁﳇﳀ
  1. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻫﱺﺒﱧﺂﺀﱫ ﻣﱲﻨﲲﺒﱧﺜﱏﺎ ﳁﳈﳀ
  1. Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﱅ ﳁﳉﳀ
  1. Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﻤﱧﻨﱧﺔﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﻤﱧﻨﱧﺔﲘ ﳁﳊﳀ
  1. Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓ﮲ﱧﻤﱧﺔﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓ﮲ﱧﻤﱧﺔﲘ ﳁﳋﳀ
  1. Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄ﮳ﺒﲐﻘﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺒﲐﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ﺛﱂﻠﱋﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
ﻭﱺﻗﱁﻠﲘﻴﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱻﺮﱻﺭﲎ ﻣﱱﻮﱹﺿﱻﻮﻧﱧﺔﲚ ﳁﳇﳃﳀ
  1. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
ﻣﱲﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﺘﱧﻘﱁ﮳ﺒﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
ﻳﱧﻄﱕﻮﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﲌﻟﱀﺪﱺ﮴ﻥﱬ ﻣﱲﺨﱺﻠﱋﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
ﺑﲐﺄﱁﻛﱓﻮﱺﺍﺏﲎ ﻭﱺﺃﱁﺑﱧﺎﺭﲌﻳﻖﱺ ﻭﱺﻛﱔﺄﱀﺱﲞ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻌﲘﻴﻦﲎ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺼﱺﺪﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﺰﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
ﻭﱺﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺘﱧﺨﱺﻴﱱﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
ﻭﱺﻟﱁﺤﱹﻢﲌ ﻃﱔﻴﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
ﻭﱺﺣﱻﻮﺭﱽ ﻋﲔﻴﻦﱿ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
ﻛﱔﺄﱁﻣﱦﺜﱁ﮳ﻞﲌ ﭐﻟﻠﱌﺆﱹﻟﱂﻮﳕﹺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻜﱓﻨﱨﻮﻥﲌ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱭ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻟﱁﻐﱦﻮﱾﺍ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺛﲘﻴﻤﱩﺎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﲘﻴﵝﱅﵗ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱫﺎ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱫﺎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
ﻓﲘﻰ ﺳﲔﺪﱹﺭﲎ ﻣﱱﺨﱹﻀﱻﻮﺩﲚ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
ﻭﱺﻃﱔﻠﱀﺢﲢ ﻣﱱﻨﻀﱻﻮﺩﲚ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
ﻭﱺﻇﲔﻞﱝﲎ ﻣﱱﻤﱦﺪﱻﻭﺩﲚ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan naungan yang tetap terbentang,
ﻭﱺﻣﱧﺂﺀﲚ ﻣﱱﺴﱹﻜﱕﻮﺏﲎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan air yang sentiasa mengalir,
ﻭﱺﻓﱁ﮳ﻜﲔﻬﱺﺔﲚ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱺﺓﲚ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Serta buah-buahan yang banyak,
ﵖﱞﵐ ﻣﱧﻘﱀﻄﱕﻮﻋﱺﺔﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﻤﱦﻨﱨﻮﻋﱺﺔﲚ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
ﻭﱺﻓﱂﺮﱻﺵﲞ ﻣﱱﺮﱹﻓﱂﻮﻋﱺﺔﲙ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱀﻧﱧ﮳ﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﻧﺸﱔﺂﺀﱫ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻦﲄ ﺃﱁﺑﱦﻜﱔﺎﺭﱼﺍ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
ﻋﱻﺮﱻﺑﱩﺎ ﺃﱁﺗﱦﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
ﵖﱝﲔﵑﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳊﳅﳀ
  1. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
ﺛﱂﻠﱋﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
ﻭﱺﺛﱂﻠﱋﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﺸﱝﲔﻤﱧﺎﻝﲌ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﺸﱝﲔﻤﱧﺎﻝﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
ﻓﲘﻰ ﺳﱺﻤﱨﻮﻡﲎ ﻭﱺﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
ﻭﱺﻇﲔﻞﱝﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻳﱧﺤﱹﻤﱨﻮﻡﲎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Serta naungan dari asap hitam,
ﵖﱞﵐ ﺑﱧﺎﺭﲌﺩﲚ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲍ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱨﺘﱦﺮﱺﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺼﲔﺮﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﲔﻨﺚﲔ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﴢﲐﺬﱔﺍ ﻣﲘﺘﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺗﱨﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻈﱔ﮳ﻤﱩﺎ ﺃﱁﺀﲘﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱧﺒﱦﻌﱨﻮﺛﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
ﺃﱁﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻤﱨﻮﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﲘﻴﻘﱁ﮳ﺖﲔ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳂﳇﳀ
  1. "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
ﵖﱔﵕﻛﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﺠﱺﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺯﱺﻗﱌﻮﻡﲎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
ﻓﱁﻤﱧﺎﻟﲘ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﺒﱨﻄﱕﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
ﻓﱁﺸﱔ﮳ﺮﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﻢﲌ ﳁﳆﳇﳀ
  1. "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
ﻓﱁﺸﱔ﮳ﺮﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﺷﱕﺮﱹﺏﱺ ﭐﻟﱀﻬﲌﻴﻢﲌ ﳁﳇﳇﳀ
  1. "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻧﱨﺰﱻﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﻤﱦﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
ﺀﱧﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﻠﱂﻘﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻗﱁﺪﲄﺭﱹﻧﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱧﺴﱹﺒﱨﻮﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻧﱲﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱔ ﺃﱁﻣﱦﺜﱁ﮳ﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻧﱨﻨﺸﲔﺌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺸﱓﺄﱁﺓﱧ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺤﱹﺮﱻﺛﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
ﺀﱧﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺰﱹﺭﱺﻋﱻﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﺰﲄ﮴ﺭﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
ﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺣﱻﻄﱔ﮳ﻤﱫﺎ ﻓﱁﻈﱔﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻔﱁﻜﱞﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱨﻐﱦﺮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱧﺤﱹﺮﱻﻭﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺗﱧﺸﱓﺮﱺﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
ﺀﱧﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺰﱹﻥﲌ ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺰﲌﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
ﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺃﱂﺟﱺﺎﺟﱾﺎ ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺗﱨﻮﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
ﺀﱧﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱀﺗﱨﻢﱦ ﺷﱔﺠﱺﺮﱺﺗﱧﻬﱺﺂ ﺃﱁﻡﱦ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺸﲔ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺗﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻘﱀﻮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
ﻓﱁﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﭑﺳﱹﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
ﲿ ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺃﱂﻗﱀﺴﲔﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻮﱺ﮴ﻗﲘﻊﲠ ﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﲌ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻘﱁﺴﱺﻢﱬ ﻟﱋﻮﱹ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱬ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱬ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱱﻜﱓﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻤﱧﺴﲅﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﻄﱔﻬﲄﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﻓﱁﺒﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺪﱹﻫﲔﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
ﻭﱺﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺭﲌﺯﱹﻗﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻠﱁﻐﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﺤﱻﻠﱀﻘﱂﻮﻡﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺣﲔﻴﻨﱧﴣﲐﺬﲚ ﺗﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱧﺪﲘﻳﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
ﺗﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
ﻓﱁﺮﱺﻭﱹﺡﱿ ﻭﱺﺭﱺﻳﱦﺤﱺﺎﻥﱬ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱﺖﱻ ﻧﱧﻌﲘﻴﻢﲎ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Dan jika ia dari puak kanan,
ﻓﱁﺴﱺﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻟﱋﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
ﻓﱁﻨﱨﺰﱻﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
ﻭﱺﺗﱧﺼﱹﻠﲘﻴﱧﺔﱂ ﺟﱺﺤﲔﻴﻢﲍ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Serta bakaran api neraka.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﺣﱺﻖﲅ ﭐﻟﱀﻴﱧﻘﲘﻴﻦﲌ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
ﻓﱁﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﭑﺳﱹﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳋﳀ
  1. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
ﺳﱺﺒﱱﺢﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳃﳀ
  1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳄﳀ
  1. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻝﱕ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﻈﱞ﮳ﻬﲌﺮﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﺎﻃﲔﻦﱻﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳅﳀ
  1. Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﲘﻰ ﺳﲔﺘﱱﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜﲨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻠﲘﺞﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﺰﲌﻝﱕ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﺮﱻﺝﱻ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳆﳀ
  1. Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻊﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳇﳀ
  1. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
ﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﻳﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳈﳀ
  1. Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﺨﱹﻠﱁﻔﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱿ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳉﳀ
  1. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﻟﲘﺘﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﺒﱦﺪﲘﻩﲘﲶﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲗ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻴﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺮﱺﺀﱨﻭﻑﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳀ
  1. Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﲘﻴﺮﱺ﮴ﺙﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻮﲌﻯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱁﻖﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁﺘﱦﺢﲠ ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﱧﻞﱔﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﻋﱹﻈﱔﻢﱨ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
ﻣﱱﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻘﱀﺮﲌﺽﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻀﱺ﮳ﻌﲘﻔﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﺮﱿ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱬ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻳﱧﺴﱹﻌﱧﻰﳎ ﻧﱨﻮﺭﱻﻫﱻﻢ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺑﲐﺄﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﲨ ﺑﱨﺸﱓﺮﱺﯨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱁ﮳ﺖﱻ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻧﻈﱕﺮﱻﻭﻧﱧﺎ ﻧﱧﻘﱀﺘﱧﺒﲐﺲﱹ ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻮﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﭐﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻟﱀﺘﱧﻤﲘﺴﱻﻮﺍﲯ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍﲨ ﻓﱁﻀﱻﺮﲌﺏﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﱻﻮﺭﲎ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﺑﱧﺎﺏﲁ ﺑﱧﺎﻃﲔﻨﱨﻪﱨﲵ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧﺔﱂ ﻭﱺﻇﱔ﮳ﻬﲌﺮﱻﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻗﲘﺒﱧﻠﲘﻪﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﳁﳅﳃﳀ
  1. (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﱨﻭﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﻜﱕﻦ ﻣﱱﻌﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﺑﱱﺼﱹﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﭐﺭﱹﺗﱧﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﺗﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱧﺎﻧﲘﻰﲅ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﺮﱻﻭﺭﱻ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
ﻓﱁﭑﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﺧﱺﺬﱕ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﺪﱹﻳﱧﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻫﲔﻰﱺ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳇﳃﳀ
  1. "Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"
ﲿ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﻥﲌ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻊﱧ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﺬﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻓﱁﻄﱔﺎﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱧﺪﱻ ﻓﱁﻘﱁﺴﱺﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
ﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻴﱱﻨﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﲄﺪﲃﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺼﲄﺪﲃﲘﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺿﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﱧﻒﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱿ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﱬ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲃﲔﺪﲃﲘﻳﻘﱂﻮﻥﱧﲨ ﻭﱺﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱨﻮﺭﱻﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
ﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻟﱁﻌﲘﺐﱿ ﻭﱺﻟﱁﻬﱹﻮﱿ ﻭﱺﺯﲌﻳﻨﱧﺔﱆ ﻭﱺﺗﱧﻔﱁﺎﺧﱻﺮﲁ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﻜﱔﺎﺛﱂﺮﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﲘﲨ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﻏﱔﻴﱦﺚﲕ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺐﱺ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱋﺎﺭﱺ ﻧﱧﺒﱧﺎﺗﱨﻪﱨﲵ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻬﲌﻴﺞﱻ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﻣﱨﺼﱹﻔﱁﺮﲈﺍ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﺣﱻﻄﱔ﮳ﻤﱫﺎﲨ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﻭﱺﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱬﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱻﻭﺭﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
ﺳﱺﺎﺑﲐﻘﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱﺔﲙ ﻋﱺﺮﱹﺿﱻﻬﱺﺎ ﻛﱔﻌﱧﺮﱹﺽﲜ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺏﱺ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺒﱦﺮﱺﺃﱁﻫﱺﺂﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱿ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
ﻟﱊﲘﻜﱔﻴﱦﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺳﱺﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺎﺗﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﻣﱨﺨﱹﺘﱧﺎﻝﲎ ﻓﱁﺨﱻﻮﺭﲍ ﳁﳅﳄﳀ
  1. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺒﱦﺨﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱨﺨﱹﻞﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻨﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﲘﻴﺪﱻ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧ ﻟﲘﻴﱧﻘﱂﻮﻡﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺪﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺑﱧﺄﱀﺱﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿ ﻭﱺﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻩﱨﲵ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﻮﲌﻯﲇ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻧﱨﻮﺣﱾﺎ ﻭﱺﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﭐﻟﻨﱲﺒﱨﻮﲄﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺﲨ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱲﻬﱹﺘﱧﺪﲚﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik - derhaka
ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﻔﱋﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻠﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﱁﻔﱋﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻩﱨ ﺭﱺﺃﱀﻓﱁﺔﱅ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅﲬ ﻭﱺﺭﱺﻫﱹﺒﱧﺎﻧﲘﻴﱱﺔﱃ ﭐﺑﱦﺘﱧﺪﱺﻋﱻﻮﻫﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺭﱺﻋﱺﻮﱹﻫﱺﺎ ﺣﱺﻖﲄ ﺭﲌﻋﱺﺎﻳﱧﺘﲘﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" - merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik - derhaka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﲔﻔﱀﻠﱁﻴﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﺗﱧﻤﱦﺸﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻟﱊﲘﺌﱧﵝﱋﵗ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱔ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani - yang menentang Islam) mengetahui, bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu dari limpah kurnia Allah, dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar.