Juz 29 : Al-Mulk 1 hingga Al-Mursalaat 50

Bacaan Penuh Juz 29 : Al-Mulk 1 hingga Al-Mursalaat 50
ﺗﱧﺒﱧ﮳ﺮﱺﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳃﳀ
  1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﻟﲘﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻋﱺﻤﱧﵝﱅﵗﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﳁﳄﳀ
  1. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲖ ﻃﲔﺒﱧﺎﻗﱅﺎﲨ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﻔﱁ﮳ﻮﱻﺕﲖﲨ ﻓﱁﭑﺭﱹﺟﲌﻊﲠ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱺ ﻫﱺﻞﱓ ﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻣﲘﻦ ﻓﱂﻄﱕﻮﺭﲎ ﳁﳅﳀ
  1. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺭﱹﺟﲌﻊﲠ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱺ ﻛﱔﺮﲄﺗﱧﻴﱦﻦﲌ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺐﱹ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱻ ﺧﱺﺎﺳﲔﺌﱫﺎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺣﱺﺴﲔﻴﺮﱿ ﳁﳆﳀ
  1. Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺯﱺﻳﱱﻨﱱﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺼﱺ﮳ﺒﲐﻴﺢﱺ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺭﱻﺟﱻﻮﻣﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﲌﲨ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
ﻭﱺﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳈﳀ
  1. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱂﻟﱀﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﺷﱔﻬﲌﻴﻘﱅﺎ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﺗﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﳁﳉﳀ
  1. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
ﺗﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﺗﱧﻤﱧﻴﱱﺰﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﻆﲔﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﻮﱹﺝﱿ ﺳﱺﺄﱁﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﺰﱺﻧﱧﺘﱨﻬﱺﺂ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﳁﳊﳀ
  1. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﲎ ﳁﳋﳀ
  1. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﻌﱦﻘﲘﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺮﱺﻓﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﺬﱔﻧﲲﺒﲐﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺴﱻﺤﱹﻘﱅﺎ ﵖﱝﲔﵑﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﺴﲄﻌﲘﻴﺮﲌ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺃﱁﺟﱹﺮﱿ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
ﻭﱺﺃﱁﺳﲔﺮﲅﻭﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﺟﱹﻬﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﻠﱋﻄﲔﻴﻒﱻ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺮﱻ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺫﱧﻟﱂﻮﵖﱘﵐ ﻓﱁﭑﻣﱦﺸﱕﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻨﱧﺎﻛﲔﺒﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺭﲃﲌﺯﱹﻗﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﻨﱲﺸﱕﻮﺭﱻ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
ﺀﱧﺃﱁﻣﲘﻨﺘﱨﻢ ﻣﱱﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺴﲔﻒﱺ ﺑﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺗﱧﻤﱨﻮﺭﱻ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻣﲘﻨﺘﱨﻢ ﻣﱱﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺎﺻﲔﺒﱫﺎﲨ ﻓﱁﺴﱺﺘﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﲌ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻧﱧﻜﲔﻴﺮﲌ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱦ ﺻﱺﳌﻔﱋ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺒﲐﻀﱹﻦﱺﲬ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻤﱦﺴﲔﻜﱕﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲛ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﺃﱁﻣﱱﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﺟﱻﻨﺪﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﻰ ﻏﱕﺮﱻﻭﺭﲍ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
ﺃﱁﻣﱱﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻗﱂﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻣﱦﺴﱺﻚﱔ ﺭﲌﺯﱹﻗﱁﻪﱨﲵﲬ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﺠﲅﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻋﱻﺘﱨﻮﲃﲎ ﻭﱺﻧﱨﻔﱂﻮﺭﲍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻤﱦﺸﲔﻰ ﻣﱨﻜﲔﺒﱳﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻫﱹﺪﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻣﱱﻦ ﻳﱧﻤﱦﺸﲔﻰ ﺳﱺﻮﲌﻳﱳﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱁﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻓﱀ﮲ﲘﺪﱺﺓﱧﲬ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺫﱧﺭﱺﺃﱁﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﻩﱨ ﺯﱻﻟﱀﻔﱁﺔﱅ ﺳﲔﻴﳒ﮲ﱧﺖﱹ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱧﺪﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱔﻨﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﲘﻰﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﺭﱺﺣﲔﻤﱧﻨﱧﺎ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱨﺠﲌﻴﺮﱻ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲎ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﺴﱺﺘﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﻦﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺭﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺻﱹﺒﱧﺢﱺ ﻣﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻏﱔﻮﱹﺭﱾﺍ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂﺀﲚ ﻣﱱﻌﲘﻴﻦﲏ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
ﻥﳒﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﻢﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﻄﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳀ
  1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳄﳀ
  1. Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻚﱔ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱧﻤﱦﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳅﳀ
  1. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱁﻰﳎ ﺧﱻﻠﱂﻖﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
ﻓﱁﺴﱺﺘﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻ ﻭﱺﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
ﺑﲐﺄﱁﻳﻴﱰﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻔﱀﺘﱨﻮﻥﱨ ﳁﳈﳀ
  1. Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳉﳀ
  1. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
ﻭﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺗﱨﺪﱹﻫﲔﻦﱻ ﻓﱁﻴﱨﺪﱹﻫﲔﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﱦ ﻛﱕﻞﱞ ﺣﱺﵝﱋﵗﻑﲖ ﻣﱱﻬﲌﻴﻦﲍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
ﻫﱺﻤﱱﺎﺯﲎ ﻣﱱﺸﱞﺂﺀﲛ ﺑﲐﻨﱧﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
ﻣﱱﻨﱱﺎﻉﲢ ﻟﱊﲘﻠﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻣﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲙ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
ﻋﱻﺘﱨﻞﱝﲏ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱺﻧﲘﻴﻢﲍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
ﺃﱁﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎﻝﲎ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺳﱺ﮳ﻄﲔﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
ﺳﱺﻨﱧﺴﲔﻤﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱻﺮﱹﻃﱕﻮﻡﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﱧﻠﱁﻮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺑﱧﻠﱁﻮﱹﻧﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﺼﱹﺮﲌﻣﱨﻨﱱﻬﱺﺎ ﻣﱨﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺜﱀﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
ﻓﱁﻄﱔﺎﻑﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻃﱔﺂﴢﲐﻒﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻧﱧﺂﴢﲐﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱺﺖﱹ ﻛﱔﭑﻟﺼﲄﺮﲌﻳﻢﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
ﻓﱁﺘﱧﻨﱧﺎﺩﱧﻭﱹﺍﲯ ﻣﱨﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻏﱓﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﺮﱹﺛﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
ﻓﱁﭑﻧﻄﱔﻠﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺨﱺ﮳ﻔﱁﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻨﱱﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﱿ ﳁﳆﳄﳀ
  1. "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
ﻭﱺﻏﱔﺪﱺﻭﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﺮﱹﺩﲚ ﻗﱁ﮳ﺪﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﻫﱺﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻀﱺﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱧﺤﱹﺮﱻﻭﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱹﺳﱺﻄﱕﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻗﱂﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
ﻓﱁﺄﱁﻗﱀﺒﱧﻞﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻳﱧﺘﱧﻠﱁ﮳ﻮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻃﱔ﮳ﻐﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
ﻋﱺﺴﱺﻰﳎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺒﱦﺪﲘﻟﱁﻨﱧﺎ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﺭﱺ﮴ﻏﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲨ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
ﺃﱁﻓﱁﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻛﱔﭑﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺪﱹﺭﱻﺳﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﺗﱧﺨﱺﻴﱱﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻐﱧﺔﱄ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
ﺳﱺﻠﱀﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱺﻋﲔﻴﻢﱪ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱨ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺸﱕﺮﱺﻛﱔﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﻜﱓﺸﱔﻒﱻ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺎﻕﲎ ﻭﱺﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﱧﺔﱃ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺗﱧﺮﱹﻫﱺﻘﱂﻬﱻﻢﱦ ﺫﲘﻟﱋﺔﱆﲨ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺳﱺ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
ﻓﱁﺬﱔﺭﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺏﱻ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔﲨ ﺳﱺﻨﱧﺴﱹﺘﱧﺪﱹﺭﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﺃﱂﻣﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﻴﱦﺪﲘﻯ ﻣﱧﺘﲘﻴﻦﱽ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱾﺍ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻐﱦﺮﱺﻡﲎ ﻣﱲﺜﱀﻘﱁﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﱻ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻛﱔﺼﱺﺎﺣﲔﺐﲌ ﭐﻟﱀﺤﱻﻮﺕﲔ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﻜﱓﻈﱕﻮﻡﱬ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
ﻟﱋﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺪﱺ﮴ﺭﱺﻛﱔﻪﱨﲵ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻟﱁﻨﱨﺒﲐﺬﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺮﱺﺁﺀﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﺬﱓﻣﱨﻮﻡﱬ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
ﻓﱁﭑﺟﱹﺘﱧﺒﱧ﮳ﻪﱨ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻴﱨﺰﱹﻟﲘﻘﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
ﭐﻟﱀﺤﱺﺂﻗﱋﺔﱂ ﳁﳃﳀ
  1. Saat yang tetap berlaku itu -
ﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﺂﻗﱋﺔﱂ ﳁﳄﳀ
  1. Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺩﱦﺭﱺﯨﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﺂﻗﱋﺔﱂ ﳁﳅﳀ
  1. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﻭﱺﻋﱺﺎﺩﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﺎﺭﲌﻋﱺﺔﲘ ﳁﳆﳀ
  1. Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﻓﱁﺄﱂﻫﱹﻠﲘﻜﱕﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﻄﱞﺎﻏﲔﻴﱧﺔﲘ ﳁﳇﳀ
  1. Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﻋﱺﺎﺩﱬ ﻓﱁﺄﱂﻫﱹﻠﲘﻜﱕﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﲌﻳﺢﲢ ﺻﱺﺮﱹﺻﱺﺮﲍ ﻋﱺﺎﺗﲘﻴﱧﺔﲚ ﳁﳈﳀ
  1. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
ﺳﱺﺨﲄﺮﱺﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﻟﱁﻴﱧﺎﻝﲎ ﻭﱺﺛﱁﻤﱧ﮳ﻨﲘﻴﱧﺔﱁ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲍ ﺣﱻﺴﱻﻮﻣﱫﺎﲨ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺻﱺﺮﱹﻋﱺﻰﳎ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺎﺯﱻ ﻧﱧﺨﱹﻞﲍ ﺧﱺﺎﻭﲌﻳﱧﺔﲚ ﳁﳉﳀ
  1. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﺎﻗﲘﻴﱧﺔﲚ ﳁﳊﳀ
  1. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﺗﱧﻔﲘﻜﱔ﮳ﺖﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﺨﱺﺎﻃﲔﺌﱧﺔﲘ ﳁﳋﳀ
  1. Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
ﻓﱁﻌﱧﺼﱺﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱹﺬﱔﺓﱫ ﺭﲄﺍﺑﲐﻴﱧﺔﱃ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﻃﱔﻐﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱨ ﺣﱺﻤﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﺎﺭﲌﻳﱧﺔﲘ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
ﻟﲘﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱁﻬﱺﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺗﱧﻌﲘﻴﱧﻬﱺﺂ ﺃﱂﺫﱨﻥﱬ ﻭﱺ﮴ﻋﲔﻴﱧﺔﱆ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻧﱨﻔﲘﺦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺼﲅﻮﺭﲌ ﻧﱧﻔﱀﺨﱺﺔﱆ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱬ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
ﻭﱺﺣﱻﻤﲘﻠﱁﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻓﱁﺪﱻﻛﱞﺘﱧﺎ ﺩﱧﻛﱞﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
ﻓﱁﻴﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻭﱺﻗﱁﻌﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﻮﱺﺍﻗﲘﻌﱧﺔﱂ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
ﻭﱺﭐﻧﺸﱔﻘﱋﺖﲔ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻓﱁﻬﲌﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻭﱺﺍﻫﲔﻴﱧﺔﱆ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﻚﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺭﱹﺟﱺﺂﴢﲐﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻳﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱕ ﻋﱺﺮﱹﺵﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﺛﱁﻤﱧ﮳ﻨﲘﻴﱧﺔﱆ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﺗﱨﻌﱦﺮﱺﺿﱻﻮﻥﱧ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺨﱹﻔﱁﻰﳎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﺎﻓﲘﻴﱧﺔﱆ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﻴﱧﻤﲘﻴﻨﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻫﱺﺂﺅﱻﻡﱨ ﭐﻗﱀﺮﱺﺀﱨﻭﺍﲯ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﲐﻴﱧﻪﱦ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻇﱔﻨﱧﻨﺖﱻ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﻠﱁ﮳ﻖﲍ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﲐﻴﱧﻪﱦ ﳁﳂﳄﳀ
  1. "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﻋﲔﻴﺸﱔﺔﲚ ﺭﲄﺍﺿﲔﻴﱧﺔﲚ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱﺔﲙ ﻋﱺﺎﻟﲘﻴﱧﺔﲚ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
ﻗﱂﻄﱕﻮﻓﱂﻬﱺﺎ ﺩﱧﺍﻧﲘﻴﱧﺔﱆ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺﻨﲘﻴﳒ﮲ﱭﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱱﺎﻡﲌ ﭐﻟﱀﺨﱺﺎﻟﲘﻴﱧﺔﲘ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﺸﲔﻤﱧﺎﻟﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﻟﱁﻢﱦ ﺃﱂﻭﺕﱺ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﲐﻴﱧﻪﱦ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌ ﻣﱧﺎ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﲐﻴﱧﻪﱦ ﳁﳈﳄﳀ
  1. "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺘﱧﻬﱺﺎ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﺿﲔﻴﱧﺔﱁ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱰﲘﻰ ﻣﱧﺎﻟﲘﻴﱧﻪﱦﲮ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
ﻫﱺﻠﱁﻚﱔ ﻋﱺﻨﱰﲘﻰ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﲘﻴﱧﻪﱦ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
ﺧﱻﺬﱕﻭﻩﱨ ﻓﱁﻐﱨﻠﱌﻮﻩﱨ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
ﺛﱂﻢﱱ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﱧ ﺻﱺﻠﱌﻮﻩﱨ ﳁﳃﳅﳀ
  1. "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
ﺛﱂﻢﱱ ﻓﲘﻰ ﺳﲔﻠﱀﺴﲔﻠﱁﺔﲚ ﺫﱧﺭﱹﻋﱻﻬﱺﺎ ﺳﱺﺒﱦﻌﱨﻮﻥﱧ ﺫﲘﺭﱺﺍﻋﱾﺎ ﻓﱁﭑﺳﱹﻠﱂﻜﱕﻮﻩﱨ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳅﳅﳀ
  1. "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱻﺾﲅ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﲌ ﭐﻟﱀﻤﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﲌ ﳁﳆﳅﳀ
  1. "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱪ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﱹ ﻏﲔﺴﱹﻠﲘﻴﻦﲎ ﳁﳈﳅﳀ
  1. "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻄﲔ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺃﱂﻗﱀﺴﲔﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻘﱁﻮﱹﻝﱕ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﲎ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﺷﱔﺎﻋﲔﺮﲎﲬ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻛﱔﺎﻫﲔﻦﲎﲬ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﻘﱁﻮﲄﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱁﺎﻭﲌﻳﻞﲌ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
ﵖﱔﵑﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺑﲐﭑﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱁﻘﱁﻄﱔﻌﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺﺗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲙ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﺣﱺ﮳ﺠﲌﺰﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺘﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱬ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻥﱱ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱲﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺤﱺﺴﱹﺮﱺﺓﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺤﱺﻖﲅ ﭐﻟﱀﻴﱧﻘﲘﻴﻦﲌ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
ﻓﱁﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﭑﺳﱹﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
ﺳﱺﺄﱁﻝﱔ ﺳﱺﺂﴢﲐﻞﱛ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲎ ﻭﱺﺍﻗﲘﻊﲢ ﳁﳃﳀ
  1. Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,
ﻟﱊﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺩﱧﺍﻓﲘﻊﱬ ﳁﳄﳀ
  1. Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺫﲘﻯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻌﱧﺎﺭﲌﺝﲠ ﳁﳅﳀ
  1. Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -
ﺗﱧﻌﱦﺮﱻﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﺮﲅﻭﺡﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻘﱀﺪﱺﺍﺭﱻﻩﱨﲵ ﺧﱺﻤﱦﺴﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻟﱀﻒﱺ ﺳﱺﻨﱧﺔﲚ ﳁﳆﳀ
  1. Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﺻﱺﺒﱦﺮﱾﺍ ﺟﱺﻤﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳇﳀ
  1. Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻪﱨﲵ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱾﺍ ﳁﳈﳀ
  1. Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),
ﻭﱺﻧﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﻗﱁﺮﲌﻳﺒﱫﺎ ﳁﳉﳀ
  1. Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻛﱔﭑﻟﱀﻤﱨﻬﱹﻞﲌ ﳁﳊﳀ
  1. (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
ﻭﱺﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻛﱔﭑﻟﱀﻌﲘﻬﱹﻦﲌ ﳁﳋﳀ
  1. Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﱪ ﺣﱺﻤﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
ﻳﱨﺒﱧﺼﲄﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻡﱨ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺪﲘﻯ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﴣﲐﺬﲛ ﺑﲐﺒﱧﻨﲘﻴﻪﲘ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
ﻭﱺﺻﱺ﮳ﺤﲔﺒﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan isteri serta saudaranya,
ﻭﱺﻓﱁﺼﲔﻴﻠﱁﺘﲘﻪﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺗﱨ﮲ﱦﻮﲌﻳﻪﲘ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻨﺠﲌﻴﻪﲘ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
ﻛﱔﵝﱋﵚﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻟﱁﻈﱔﻰﳎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
ﻧﱧﺰﲄﺍﻋﱺﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﺸﱞﻮﱺﻯﳎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧﺮﱺ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
ﻭﱺﺟﱺﻤﱧﻊﱧ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﻋﱺﻰ﮵ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﺧﱻﻠﲘﻖﱺ ﻫﱺﻠﱂﻮﻋﱼﺎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺴﲄﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﺮﲅ ﺟﱺﺰﱻﻭﻋﱾﺎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺴﲄﻪﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱻ ﻣﱧﻨﱨﻮﻋﱼﺎ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱺﻠﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﱺﵝﱁﵗﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﺩﱧﺁﴢﲐﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺﻖﲉ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﱬ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
ﻟﱊﲘﻠﺴﲄﺂﴢﲐﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺤﱹﺮﱻﻭﻡﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱲﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﻣﱧﺄﱀﻣﱨﻮﻥﲎ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﻔﱂﺮﱻﻭﺟﲌﻬﲌﻢﱦ ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﻣﱧﻠﱂﻮﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺑﱦﺘﱧﻐﱧﻰﳎ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﵖﲔﵑﱁﻣﱧ﮳ﻨﱧ﮳ﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻬﱹﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﺭﱺ﮴ﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺸﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺ﮴ﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺻﱺﵝﱁﵗﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺤﱺﺎﻓﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻣﱲﻜﱓﺮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
ﻓﱁﻤﱧﺎﻝﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻗﲘﺒﱧﻠﱁﻚﱔ ﻣﱨﻬﱹﻄﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -
ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﻭﱺﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺸﱝﲔﻤﱧﺎﻝﲌ ﻋﲔﺰﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.
ﺃﱁﻳﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﻛﱕﻞﱟ ﭐﻣﱦﺮﲌﴠﲦ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺪﱹﺧﱺﻞﱔ ﺟﱺﻨﱱﺔﱁ ﻧﱧﻌﲘﻴﻢﲎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
ﻛﱔﵝﱋﵚﲨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.
ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺃﱂﻗﱀﺴﲔﻢﱨ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱔ﮳ﺮﲌﻕﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱧ﮳ﺮﲌﺏﲌ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻘﱁ﮳ﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -
ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻧﱲﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱧﺴﱹﺒﱨﻮﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
ﻓﱁﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺨﱻﻮﺿﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺟﱹﺪﱺﺍﺙﲔ ﺳﲔﺮﱺﺍﻋﱾﺎ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻧﱨﺼﱻﺐﲎ ﻳﱨﻮﻓﲘﻀﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﱧﺔﱃ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺗﱧﺮﱹﻫﱺﻘﱂﻬﱻﻢﱦ ﺫﲘﻟﱋﺔﱆﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻧﱨﻮﺣﱼﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻧﺬﲘﺭﱹ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳄﳀ
  1. dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳅﳀ
  1. "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;
ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺆﱺﺧﲃﲔﺮﱹﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱳﻰﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﺟﱺﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱺﺧﲄﺮﱻﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺕﱻ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻰ ﻟﱁﻴﱦﵝﱅﵗ ﻭﱺﻧﱧﻬﱺﺎﺭﱾﺍ ﳁﳇﳀ
  1. (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
ﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺰﲌﺩﱦﻫﱻﻢﱦ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﲘﻯﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﳁﳈﳀ
  1. "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﲐﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﺸﱔﻮﱹﺍﲯ ﺛﲘﻴﱧﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺻﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﺘﲘﻜﱓﺒﱧﺎﺭﱾﺍ ﳁﳉﳀ
  1. "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﺟﲌﻬﱺﺎﺭﱾﺍ ﳁﳊﳀ
  1. "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻨﺖﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﺮﱺﺭﱹﺕﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﳁﳋﳀ
  1. "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
ﻓﱁﻘﱂﻠﱀﺖﱻ ﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﻔﱋﺎﺭﱾﺍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﺪﱹﺭﱺﺍﺭﱾﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
ﻭﱺﻳﱨﻤﱦﺪﲘﺩﱦﻛﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﲎ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱾﺍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻥﱧ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺎﺭﱾﺍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻃﱓﻮﱺﺍﺭﱼﺍ ﳁﳆﳃﳀ
  1. "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲖ ﻃﲔﺒﱧﺎﻗﱅﺎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﺳﲔﺮﱺﺍﺟﱾﺎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻧﱧﺒﱧﺎﺗﱫﺎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻌﲘﻴﺪﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺧﱹﺮﱺﺍﺟﱾﺎ ﳁﳊﳃﳀ
  1. "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﲐﺴﱺﺎﻃﱘﺎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
ﻟﱊﲘﺘﱧﺴﱹﻠﱂﻜﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺳﱻﺒﱨﵝﱅﵗ ﻓﲘﺠﱺﺎﺟﱾﺎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱨﻮﺡﱿ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺼﱺﻮﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺰﲌﺩﱦﻩﱨ ﻣﱧﺎﻟﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﻭﱺﻟﱁﺪﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺧﱺﺴﱺﺎﺭﱾﺍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﻜﱓﺮﱾﺍ ﻛﱕﺒﱱﺎﺭﱾﺍ ﳁﳄﳄﳀ
  1. "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻥﱱ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻥﱱ ﻭﱺﺩﱵﺍ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺳﱻﻮﱺﺍﻋﱾﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱨﻮﺙﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱨﻮﻕﱺ ﻭﱺﻧﱧﺴﱹﺮﱾﺍ ﳁﳅﳄﳀ
  1. "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺰﲌﺩﲘ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﳁﳆﳄﳀ
  1. "Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".
ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺧﱺﻄﲔﻴﳒ﮲ﱧ﮳ﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱂﻏﱓﺮﲌﻗﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱂﺩﱦﺧﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﱾﺍ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱨﻮﺡﱿ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺩﱧﻳﱱﺎﺭﱼﺍ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻙﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻠﲘﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﱁﺎﺟﲌﺮﱾﺍ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﱾﺍ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﲘﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻯﲄ ﻭﱺﻟﲘﻤﱧﻦ ﺩﱧﺧﱺﻞﱔ ﺑﱧﻴﱦﺘﲘﻰﱺ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱫﺎ ﻭﱺﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺰﲌﺩﲘ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺗﱧﺒﱧﺎﺭﲀﺍ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱂﻭﺣﲔﻰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱧﻊﱧ ﻧﱧﻔﱁﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱩﺎ ﻋﱺﺠﱺﺒﱫﺎ ﳁﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺮﲅﺷﱓﺪﲘ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻟﱁﻦ ﻧﱲﺸﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﳁﳄﳀ
  1. `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﺗﱧﻌﱧ﮳ﻠﱁﻰﳎ ﺟﱺﺪﲅ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﺻﱺ﮳ﺤﲔﺒﱧﺔﱅ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻭﱺﻟﱁﺪﱾﺍ ﳁﳅﳀ
  1. `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺳﱺﻔﲘﻴﻬﱻﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻄﱔﻄﱘﺎ ﳁﳆﳀ
  1. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻇﱔﻨﱧﻨﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﭐﵖﱓﵒﻧﺲﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲅ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱫﺎ ﳁﳇﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺭﲌﺟﱺﺎﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜ ﻳﱧﻌﱨﻮﺫﱨﻭﻥﱧ ﺑﲐﺮﲌﺟﱺﺎﻝﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻓﱁﺰﱺﺍﺩﱨﻭﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﻫﱺﻘﱅﺎ ﳁﳈﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻇﱔﻨﱲﻮﺍﲯ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻇﱔﻨﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﻳﱧﺒﱦﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﳁﳉﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱧﺴﱹﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻓﱁﻮﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻣﱨﻠﲘﺌﱧﺖﱹ ﺣﱺﺮﱺﺳﱾﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﻭﱺﺷﱕﻬﱻﺒﱫﺎ ﳁﳊﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﻘﱀﻌﱨﺪﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱧﻘﱁ﮳ﻌﲘﺪﱺ ﻟﲘﻠﺴﲄﻤﱦﻊﲠﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻊﲠ ﭐﵖﱓﵕﻥﱧ ﻳﱧﺠﲌﺪﱹ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺷﲔﻬﱺﺎﺑﱫﺎ ﺭﲄﺻﱺﺪﱾﺍ ﳁﳋﳀ
  1. `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱧﺪﱹﺭﲌﻯﳒ ﺃﱁﺷﱔﺮﲇ ﺃﱂﺭﲌﻳﺪﱺ ﺑﲐﻤﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺷﱔﺪﱾﺍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﲘﻨﱱﺎ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻃﱔﺮﱺﺁﴢﲐﻖﱺ ﻗﲘﺪﱺﺩﱫﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻇﱔﻨﱧﻨﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﻧﱲﻌﱦﺠﲌﺰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻟﱁﻦ ﻧﱲﻌﱦﺠﲌﺰﱺﻩﱨﲵ ﻫﱺﺮﱺﺑﱫﺎ ﳁﳄﳃﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯ﮵ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲲ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺨﱺﺎﻑﱻ ﺑﱧﺨﱹﺴﱾﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺭﱺﻫﱺﻘﱅﺎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﺎ ﻣﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﺴﲔﻄﱕﻮﻥﱧﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻢﱧ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺗﱧﺤﱺﺮﲄﻭﱹﺍﲯ ﺭﱺﺷﱔﺪﱾﺍ ﳁﳆﳃﳀ
  1. `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﺴﲔﻄﱕﻮﻥﱧ ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﺠﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺣﱺﻄﱔﺒﱫﺎ ﳁﳇﳃﳀ
  1. ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '
ﻭﱺﺃﱁﻟﱋﻮﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻘﱁ﮳ﻤﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻄﱞﺮﲌﻳﻘﱁﺔﲘ ﵖﱔﵑﱁﺳﱹﻘﱁﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱱﺂﺀﱩ ﻏﱔﺪﱺﻗﱅﺎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
ﻟﱊﲘﻨﱧﻔﱀﺘﲘﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻌﱦﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﻠﱂﻜﱓﻪﱨ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺻﱺﻌﱧﺪﱾﺍ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﺠﲌﺪﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﳁﳊﳃﳀ
  1. "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﻗﱁﺎﻡﱧ ﻋﱺﺒﱦﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻩﱨ ﻛﱔﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻟﲘﺒﱧﺪﱾﺍ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱂﺷﱓﺮﲌﻙﱕ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵓ ﺃﱁﻣﱦﻠﲘﻚﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺿﱺﺮﲈﺍ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺭﱺﺷﱔﺪﱾﺍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻦ ﻳﱨﺠﲌﻴﺮﱺﻧﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻭﱺﻟﱁﻦﱹ ﺃﱁﺟﲌﺪﱺ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻣﱨﻠﱀﺘﱧﺤﱺﺪﱼﺍ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﻠﱁ﮳ﻐﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺺﲜ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻧﱧﺎﺭﱺ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱼﺍ ﳁﳅﳄﳀ
  1. "(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﱁﺴﱺﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺿﱹﻌﱧﻒﱻ ﻧﱧﺎﺻﲔﺮﱾﺍ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﻞﱟ ﻋﱺﺪﱺﺩﱫﺍ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌﻯﳒ ﺃﱁﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱿ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻡﱦ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒ ﺃﱁﻣﱧﺪﱼﺍ ﳁﳇﳄﳀ
  1. (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﻈﱓﻬﲌﺮﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻏﱔﻴﱦﺒﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺣﱺﺪﱼﺍ ﳁﳈﳄﳀ
  1. "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺭﱹﺗﱧﻀﱺﻰﳎ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﺴﱹﻠﱂﻚﱕ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻪﲘﲶ ﺭﱺﺻﱺﺪﱾﺍ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
ﻟﱊﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺑﱦﻠﱁﻐﱨﻮﺍﲯ ﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺣﱺﺎﻁﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﺼﱺﻰﳎ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﺪﱺﺩﱭﺍ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺰﲄﻣﱰﲘﻞﱕ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai orang yang berselimut!.
ﻗﱂﻢﲌ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳄﳀ
  1. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
ﻧﱰﲘﺼﱹﻔﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﻧﻘﱂﺺﱹ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳅﳀ
  1. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
ﺃﱁﻭﱹ ﺯﲌﺩﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺭﱺﺗﱰﲘﻞﲌ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﺗﱧﺮﱹﺗﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳆﳀ
  1. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺳﱺﻨﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﺛﱁﻘﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳇﳀ
  1. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
ﺇﲐﻥﱱ ﻧﱧﺎﺷﲔﺌﱧﺔﱁ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻫﲔﻰﱺ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﻭﱺﻃﱓ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﻮﱺﻡﱨ ﻗﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳈﳀ
  1. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﺳﱺﺒﱦﺤﱾﺎ ﻃﱔﻮﲌﻳﵝﱅﵗ ﳁﳉﳀ
  1. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﲌ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﺗﱧﺒﱧﺘﱱﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱧﺒﱦﺘﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳀ
  1. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
ﺭﲄﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﱁﭑﺗﱱﺨﲔﺬﱓﻩﱨ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳋﳀ
  1. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻫﱹﺠﱻﺮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻫﱺﺠﱹﺮﱾﺍ ﺟﱺﻤﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
ﻭﱺﺫﱧﺭﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﺃﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻌﱦﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﻣﱧﻬﲃﲌﻠﱀﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﻜﱔﺎﵖﱘﵐ ﻭﱺﺟﱺﺤﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻣﱫﺎ ﺫﱧﺍ ﻏﱕﺼﲄﺔﲚ ﻭﱺﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺮﱹﺟﱻﻒﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻛﱔﺜﲘﻴﺒﱫﺎ ﻣﱱﻬﲌﻴﵝﱃﵗ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﺷﱔ﮳ﻬﲌﺪﱼﺍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
ﻓﱁﻌﱧﺼﱺﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺃﱁﺧﱹﺬﱘﺍ ﻭﱺﺑﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﻮﲌﻟﱀﺪﱺ﮴ﻥﱧ ﺷﲔﻴﺒﱩﺎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻣﱨﻨﻔﱁﻄﲔﺮﲁ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻭﱺﻋﱹﺪﱻﻩﱨﲵ ﻣﱧﻔﱀﻌﱨﻮﵖﱖﵐ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺗﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱬﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻧﱱﻚﱔ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﻣﲘﻦ ﺛﱂﻠﱂﺜﱁﻰﲤ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﻧﲘﺼﱹﻔﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﺛﱂﻠﱂﺜﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﱧﻌﱧﻚﱔﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻘﱁﺪﲃﲘﺭﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺﲬ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﺗﱨﺤﱹﺼﱻﻮﻩﱨ ﻓﱁﺘﱧﺎﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻗﱀﺮﱺﺀﱨﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻴﱧﺴﲄﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲌﲬ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﺃﱁﻥ ﺳﱺﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺮﱹﺿﱺﻰﳎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﻳﱧﻀﱹﺮﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻓﱁﭑﻗﱀﺮﱺﺀﱨﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻴﱧﺴﲄﺮﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺮﲌﺿﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻘﱁﺪﲃﲘﻣﱨﻮﺍﲯ ﵖﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻩﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻈﱔﻢﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱮ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺪﲄﺛﱊﲘﺮﱻ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai orang yang berselimut!
ﻗﱂﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻧﺬﲘﺭﱹ ﳁﳄﳀ
  1. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
ﻭﱺﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻓﱁﻜﱔﺒﱰﲐﺮﱹ ﳁﳅﳀ
  1. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
ﻭﱺﺛﲘﻴﱧﺎﺑﱧﻚﱔ ﻓﱁﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱹ ﳁﳆﳀ
  1. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
ﻭﱺﭐﻟﺮﲅﺟﱹﺰﱺ ﻓﱁﭑﻫﱹﺠﱻﺮﱹ ﳁﳇﳀ
  1. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱦﻨﱨﻦ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺜﲘﺮﱻ ﳁﳈﳀ
  1. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
ﻭﱺﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﳁﳉﳀ
  1. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻧﱨﻘﲘﺮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﻗﱂﻮﺭﲌ ﳁﳊﳀ
  1. Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
ﻓﱁﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻳﱧﻮﱹﻡﱪ ﻋﱺﺴﲔﻴﺮﱽ ﳁﳋﳀ
  1. Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﲎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ﺫﱧﺭﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺖﱻ ﻭﱺﺣﲔﻴﺪﱾﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﺖﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎﵖﱘﵐ ﻣﱱﻤﱦﺪﱻﻭﺩﱫﺍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﺷﱕﻬﱻﻮﺩﱫﺍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
ﻭﱺﻣﱧﻬﲄﺪﺕﲅ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺗﱧﻤﱦﻬﲌﻴﺪﱾﺍ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺯﲌﻳﺪﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
ﻛﱔﵝﱋﵚﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﵖﲔﵕﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﻨﲘﻴﺪﱾﺍ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
ﺳﱺﺄﱂﺭﱹﻫﲔﻘﱂﻪﱨﲵ ﺻﱺﻌﱨﻮﺩﱩﺍ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻓﱁﻜﱞﺮﱺ ﻭﱺﻗﱁﺪﲄﺭﱺ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
ﻓﱁﻘﱂﺘﲘﻞﱔ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻗﱁﺪﲄﺭﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱂﺘﲘﻞﱔ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻗﱁﺪﲄﺭﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻈﱔﺮﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ﺛﱂﻢﱱ ﻋﱺﺒﱧﺲﱺ ﻭﱺﺑﱧﺴﱺﺮﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧﺮﱺ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺳﲔﺤﱹﺮﱿ ﻳﱨﺆﱹﺛﱁﺮﱻ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻮﱹﻝﱕ ﭐﻟﱀﺒﱧﺸﱔﺮﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
ﺳﱺﺄﱂﺻﱹﻠﲘﻴﻪﲘ ﺳﱺﻘﱁﺮﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺩﱦﺭﱺﯨﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻘﱁﺮﱻ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱦﻘﲘﻰ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱻ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
ﻟﱁﻮﲄﺍﺣﱺﺔﱆ ﻟﱊﲘﻠﱀﺒﱧﺸﱔﺮﲌ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺗﲘﺴﱹﻌﱧﺔﱁ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﲔﺪﲄﺗﱧﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻴﱧﺴﱹﺘﱧﻴﱦﻘﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﻳﱧﺰﱹﺩﱧﺍﺩﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺎﺏﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﺒﱧﺸﱔﺮﲌ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
ﻛﱔﵝﱋﵗ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Sebenarnya! Demi bulan,
ﻭﱺﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧﺮﱺ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
ﻭﱺﭐﻟﺼﲅﺒﱦﺢﲠ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺳﱹﻔﱁﺮﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﵖﱔﵒﺣﱹﺪﱺﻯ ﭐﻟﱀﻜﱕﺒﱧﺮﲌ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱾﺍ ﻟﱊﲘﻠﱀﺒﱧﺸﱔﺮﲌ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
ﻟﲘﻤﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺘﱧﻘﱁﺪﲄﻡﱧ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺘﱧﺄﱁﺧﲄﺮﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲟ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﺭﱺﻫﲔﻴﻨﱧﺔﱄ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﻴﱧﻤﲘﻴﻦﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Kecuali puak Kanan,
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﺂﺀﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻠﱁﻜﱔﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﻘﱁﺮﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﻚﱕ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱺﻠﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﻚﱕ ﻧﱨﻄﱓﻌﲘﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳆﳀ
  1. "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺨﱻﻮﺽﱻ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﺨﱺﺂﴢﲐﻀﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺏﱻ ﺑﲐﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳈﳆﳀ
  1. "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺃﱁﺗﱧﯩﳎﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻘﲘﻴﻦﱻ ﳁﳉﳆﳀ
  1. "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺗﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱂ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻔﲘﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺘﱱﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺣﱻﻤﱨﺮﱿ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻨﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
ﻓﱁﺮﲄﺕﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺴﱹﻮﱺﺭﱺﺓﲛ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
ﺑﱧﻞﱓ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻛﱕﻞﱟ ﭐﻣﱦﺮﲌﴠﲦ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺗﱧﻰﳎ ﺻﱻﺤﱻﻔﱅﺎ ﻣﱲﻨﱧﺸﱞﺮﱺﺓﱫ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
ﻛﱔﵝﱋﵗﲨ ﺑﱧﻞ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
ﻛﱔﵝﱋﵚ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺗﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱬ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﺫﱧﻛﱔﺮﱺﻩﱨﲵ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲘ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
ﵖﱔﵓ ﺃﱂﻗﱀﺴﲔﻢﱨ ﺑﲐﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﳁﳃﳀ
  1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱂﻗﱀﺴﲔﻢﱨ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻔﱀﺲﲜ ﭐﻟﻠﱋﻮﲄﺍﻣﱧﺔﲘ ﳁﳄﳀ
  1. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
ﺃﱁﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺐﱻ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻟﱋﻦ ﻧﱱﺠﱹﻤﱧﻊﱧ ﻋﲔﻈﱔﺎﻣﱧﻪﱨﲵ ﳁﳅﳀ
  1. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁ﮳ﺪﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻧﱲﺴﱺﻮﲃﲌﻯﱺ ﺑﱧﻨﱧﺎﻧﱧﻪﱨﲵ ﳁﳆﳀ
  1. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
ﺑﱧﻞﱓ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻟﲘﻴﱧﻔﱀﺠﱻﺮﱺ ﺃﱁﻣﱧﺎﻣﱧﻪﱨﲵ ﳁﳇﳀ
  1. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﺃﱁﻳﱱﺎﻥﱧ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﳁﳈﳀ
  1. Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﺮﲌﻕﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱻ ﳁﳉﳀ
  1. Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
ﻭﱺﺧﱺﺴﱺﻒﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻ ﳁﳊﳀ
  1. Dan bulan hilang cahayanya,
ﻭﱺﺟﱻﻤﲘﻊﱧ ﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱻ ﳁﳋﳀ
  1. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻔﱁﺮﲅ ﳁﳂﳃﳀ
  1. (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
ﻛﱔﵝﱋﵗ ﵖﱔﵐ ﻭﱺﺯﱺﺭﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲅ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
ﻳﱨﻨﱧﺒﱱﺆﱻﺍﲯ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲛ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻡﱧ ﻭﱺﺃﱁﺧﲄﺮﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱺﺓﱬ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻣﱧﻌﱧﺎﺫﲘﻳﺮﱺﻩﱨﲵ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻙﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻟﲘﺴﱺﺎﻧﱧﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﻌﱦﺠﱺﻞﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺟﱺﻤﱦﻌﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱧﻪﱨﲵ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﺮﱺﺃﱀﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻧﱧﻪﱨﲵ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱧﺎﻧﱧﻪﱨﲵ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
ﻛﱔﵝﱋﵗ ﺑﱧﻞﱓ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺎﺟﲌﻠﱁﺔﱁ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
ﻭﱺﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻧﱱﺎﺿﲔﺮﱺﺓﱪ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﱺﺎ ﻧﱧﺎﻇﲔﺮﱺﺓﱬ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Melihat kepada Tuhannya.
ﻭﱺﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲛ ﺑﱧﺎﺳﲔﺮﱺﺓﱬ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
ﺗﱧﻈﱕﻦﲅ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻔﱀﻌﱧﻞﱔ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻓﱁﺎﻗﲘﺮﱺﺓﱬ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
ﻛﱔﵝﱋﵚ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻠﱁﻐﱧﺖﲔ ﭐﻟﺘﱱﺮﱺﺍﻗﲘﻰﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻣﱧﻦﱹﲮ ﺭﱺﺍﻕﲎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
ﻭﱺﻇﱔﻦﲄ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﻟﱀﻔﲘﺮﱺﺍﻕﱻ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
ﻭﱺﭐﻟﱀﺘﱧﻔﱋﺖﲔ ﭐﻟﺴﲄﺎﻕﱻ ﺑﲐﭑﻟﺴﲄﺎﻕﲌ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺﺎﻕﱻ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺻﱺﺪﲄﻕﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺻﱺﻠﱋﻰﳎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
ﺛﱂﻢﱱ ﺫﱧﻫﱺﺐﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧﺘﱧﻤﱧﻄﱞﻰ﮵ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﻟﱁﻚﱔ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﳁﳆﳅﳀ
  1. (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﻟﱁﻚﱔ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﻟﱁﻰ﮵ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
ﺃﱁﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺐﱻ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺘﱦﺮﱺﻙﱔ ﺳﱻﺪﱼﻯ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻚﱕ ﻧﱨﻄﱓﻔﱁﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻨﲘﻰﲃﲦ ﻳﱨﻤﱦﻨﱧﻰﳎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
ﺛﱂﻢﱱ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻘﱁﺔﱅ ﻓﱁﺨﱺﻠﱁﻖﱺ ﻓﱁﺴﱺﻮﲄﻯﳎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﻟﺰﲄﻭﱹﺟﱺﻴﱦﻦﲌ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰ﮵ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
ﺃﱁﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻘﱁ﮳ﺪﲘﺭﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺤﱹﳑﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱁﺗﱧﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺣﲔﻴﻦﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺪﲄﻫﱹﺮﲌ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻣﱱﺬﱓﻛﱕﻮﺭﱼﺍ ﳁﳃﳀ
  1. Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲙ ﺃﱁﻣﱦﺸﱔﺎﺝﲢ ﻧﱱﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻴﻪﲘ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻌﱭﺎ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱼﺍ ﳁﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻫﱺﺪﱺﻳﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﱔ ﺇﲐﻣﱱﺎ ﺷﱔﺎﻛﲔﺮﱾﺍ ﻭﱺﺇﲐﻣﱱﺎ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﱼﺍ ﳁﳅﳀ
  1. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﺴﲔﵝﱁﵗﲯ ﻭﱺﺃﱁﻏﱓﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﻭﱺﺳﱺﻌﲘﻴﺮﱼﺍ ﳁﳆﳀ
  1. (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺍﺭﱺ ﻳﱧﺸﱓﺮﱺﺑﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻛﱔﺄﱀﺱﲞ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﺰﱺﺍﺟﱻﻬﱺﺎ ﻛﱔﺎﻓﱂﻮﺭﱼﺍ ﳁﳇﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
ﻋﱺﻴﱦﻨﱫﺎ ﻳﱧﺸﱓﺮﱺﺏﱻ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﻔﱁﺠﲃﲌﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱺﺎ ﺗﱧﻔﱀﺠﲌﻴﺮﱾﺍ ﳁﳈﳀ
  1. Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
ﻳﱨﻮﻓﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﺬﱓﺭﲌ ﻭﱺﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺷﱔﺮﲅﻩﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳉﳀ
  1. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
ﻭﱺﻳﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱻﺒﱰﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻨﱫﺎ ﻭﱺﻳﱧﺘﲘﻴﻤﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﺳﲔﻴﺮﱼﺍ ﳁﳊﳀ
  1. Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻮﱺﺟﱹﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱫ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱕﻜﱕﻮﺭﱼﺍ ﳁﳋﳀ
  1. (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺨﱺﺎﻑﱻ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻳﱧﻮﱹﻣﱩﺎ ﻋﱺﺒﱨﻮﺳﱾﺎ ﻗﱁﻤﱦﻄﱔﺮﲌﻳﺮﱾﺍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
ﻓﱁﻮﱺﻗﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺷﱔﺮﲄ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﻭﱺﻟﱁﻘﱋﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﻀﱹﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺳﱻﺮﱻﻭﺭﱾﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
ﻭﱺﺟﱺﺰﱺﯨﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺟﱺﻨﱱﺔﱅ ﻭﱺﺣﱺﺮﲌﻳﺮﱾﺍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
ﻣﱲﺘﱱﻜﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱺﺁﴢﲐﻚﲔﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺷﱔﻤﱦﺴﱾﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺯﱺﻣﱦﻬﱺﺮﲌﻳﺮﱾﺍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
ﻭﱺﺩﱧﺍﻧﲘﻴﱧﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻇﲔﻠﱁ﮳ﻠﱂﻬﱺﺎ ﻭﱺﺫﱨﻟﱊﲘﻠﱁﺖﱹ ﻗﱂﻄﱕﻮﻓﱂﻬﱺﺎ ﺗﱧﺬﱓﻟﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
ﻭﱺﻳﱨﻄﱔﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻧﲘﻴﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﲘﻀﲄﺔﲚ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻮﱺﺍﺏﲎ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱺﺍﺭﲌﻳﺮﱺﺍﲰ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
ﻗﱁﻮﱺﺍﺭﲌﻳﺮﱺﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻓﲘﻀﲄﺔﲚ ﻗﱁﺪﲄﺭﱻﻭﻫﱺﺎ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
ﻭﱺﻳﱨﺴﱹﻘﱁﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻛﱔﺄﱀﺳﱾﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﺰﱺﺍﺟﱻﻬﱺﺎ ﺯﱺﻧﺠﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
ﻋﱺﻴﱦﻨﱫﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺗﱨﺴﱺﻤﱱﻰﳎ ﺳﱺﻠﱀﺴﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
ﲿ ﻭﱺﻳﱧﻄﱕﻮﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﲌﻟﱀﺪﱺ﮴ﻥﱬ ﻣﱲﺨﱺﻠﱋﺪﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺴﲔﺒﱦﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻟﱂﺆﱹﻟﱂﺆﱾﺍ ﻣﱱﻨﺜﱂﻮﺭﱾﺍ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺖﱺ ﺛﱁﻢﱱ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺖﱺ ﻧﱧﻌﲘﻴﻤﱫﺎ ﻭﱺﻣﱨﻠﱀﻜﱘﺎ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱼﺍ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱦ ﺛﲘﻴﱧﺎﺏﱻ ﺳﱻﻨﺪﱻﺱﲝ ﺧﱻﻀﱹﺮﱿ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺘﱧﺒﱦﺮﱺﻕﱿﲨ ﻭﱺﺣﱻﻠﱌﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺳﱺﺎﻭﲌﺭﱺ ﻣﲘﻦ ﻓﲘﻀﲄﺔﲚ ﻭﱺﺳﱺﻘﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻃﱔﻬﱻﻮﺭﱼﺍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱫ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺳﱺﻌﱦﻴﱨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺸﱓﻜﱕﻮﺭﱼﺍ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﺗﱧﻨﺰﲌﻳﵝﱅﵗ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﱦ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﺛﲘﻤﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﲌ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺑﱨﻜﱓﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﺻﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻓﱁﭑﺳﱹﺠﱻﺪﱹ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲐﺤﱹﻪﱨ ﻟﱁﻴﱦﵝﱅﵗ ﻃﱔﻮﲌﻳﵝﱃﵗ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺎﺟﲌﻠﱁﺔﱁ ﻭﱺﻳﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﺛﱁﻘﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
ﻧﱱﺤﱹﻦﱻ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺷﱔﺪﱺﺩﱦﻧﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹﺮﱺﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺷﲔﺌﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﺪﲄﻟﱀﻨﱧﺂ ﺃﱁﻣﱦﺜﱁ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﺒﱦﺪﲘﻳﵝﱃﵗ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﺗﱧﺬﱓﻛﲔﺮﱺﺓﱬﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻞﱕ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱭﺎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﻋﱻﺮﱹﻓﱅﺎ ﳁﳃﳀ
  1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
ﻓﱁﭑﻟﱀﻌﱧ﮳ﺼﲔﻔﱁ﮳ﺖﲔ ﻋﱺﺼﱹﻔﱅﺎ ﳁﳄﳀ
  1. Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
ﻭﱺﭐﻟﻨﱱ﮳ﺸﲔﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻧﱧﺸﱓﺮﱾﺍ ﳁﳅﳀ
  1. Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
ﻓﱁﭑﻟﱀﻔﱁ﮳ﺮﲌﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﺮﱹﻗﱅﺎ ﳁﳆﳀ
  1. Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
ﻓﱁﭑﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﺖﲔ ﺫﲘﻛﱓﺮﱼﺍ ﳁﳇﳀ
  1. Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
ﻋﱻﺬﱓﺭﱼﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱨﺬﱓﺭﱼﺍ ﳁﳈﳀ
  1. Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻮﱺ﮴ﻗﲘﻊﱬ ﳁﳉﳀ
  1. (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﱨ ﻃﱕﻤﲘﺴﱺﺖﱹ ﳁﳊﳀ
  1. Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱨ ﻓﱂﺮﲌﺟﱺﺖﱹ ﳁﳋﳀ
  1. Dan apabila langit terbelah;
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱕ ﻧﱨﺴﲔﻔﱁﺖﱹ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﺃﱂﻗﱊﲘﺘﱧﺖﱹ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
ﵖﲔﵑﱁﻯﲃﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﺃﱂﺟﲃﲌﻠﱁﺖﱹ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﳁﳅﳃﳀ
  1. (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺩﱦﺭﱺﯨﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱨﻬﱹﻠﲘﻚﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱨﺘﱦﺒﲐﻌﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﺨﱹﻠﱂﻘﻜﱟﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﺂﺀﲚ ﻣﱱﻬﲌﻴﻦﲎ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﺮﱺﺍﺭﲎ ﻣﱱﻜﲔﻴﻦﲍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﺪﱺﺭﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Hingga ke suatu masa yang termaklum?
ﻓﱁﻘﱁﺪﱺﺭﱹﻧﱧﺎ ﻓﱁﻨﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﺠﱹﻌﱧﻞﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻛﲔﻔﱁﺎﺗﱩﺎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺂﺀﱫ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﺗﱫﺎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Yang hidup dan yang mati?
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﺷﱔ﮳ﻤﲘﺨﱺ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﺃﱁﺳﱹﻘﱁﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱱﺂﺀﱫ ﻓﱂﺮﱺﺍﺗﱫﺎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
ﭐﻧﻄﱔﻠﲘﻘﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺗﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
ﭐﻧﻄﱔﻠﲘﻘﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻇﲔﻞﱝﲎ ﺫﲘﻯ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺚﲔ ﺷﱕﻌﱧﺐﲎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. "Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
ﵖﱞﵐ ﻇﱔﻠﲘﻴﻞﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻠﱋﻬﱺﺐﲌ ﳁﳃﳅﳀ
  1. "Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺗﱧﺮﱹﻣﲘﻰ ﺑﲐﺸﱔﺮﱺﺭﲎ ﻛﱔﭑﻟﱀﻘﱁﺼﱹﺮﲌ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﺟﲌﻤﱧ﮳ﻠﱁﺖﱿ ﺻﱻﻔﱀﺮﱿ ﳁﳅﳅﳀ
  1. "(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﺫﱧﻥﱨ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻴﱧﻌﱦﺘﱧﺬﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺼﱹﻞﲌﲨ ﺟﱺﻤﱧﻌﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﺪﱿ ﻓﱁﻜﲔﻴﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻇﲔﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
ﻭﱺﻓﱁﻮﱺ﮴ﻛﲔﻪﱧ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺﻨﲘﻴﳒ﮲ﱭﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺭﱹﻛﱔﻌﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﻛﱔﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
ﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲚ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺣﱺﺪﲘﻳﺚﲗ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺﻩﱨﲵ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?