Juz 4 : Aal-i-Imraan 93 hingga An-Nisaa 23
Bacaan Penuh Juz 4 : Aal-i-Imraan 93 hingga
An-Nisaa 23
ﲿ ﻛﱕﻞﱟ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﲌ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﲔﵝﱏﵗ ﻟﱊﲘﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻓﱁﭑﺗﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
- Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
- (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﻗﱂﻞﱓ ﺻﱺﺪﱺﻕﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻠﱋﺔﱁ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳋﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﺑﱧﻴﱦﺖﲖ ﻭﱻﺿﲔﻊﱧ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻠﱋﺬﲘﻯ ﺑﲐﺒﱧﻜﱞﺔﱁ ﻣﱨﺒﱧﺎﺭﱺﻛﱘﺎ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳋﳀ
- Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲁ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱱﻘﱁﺎﻡﱨ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺩﱧﺧﱺﻠﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﲔﺞﲅ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔﺎﻉﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
- Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
- Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺗﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻋﲔﻮﱺﺟﱾﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
- Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻛﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺼﲔﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻫﱻﺪﲘﻯﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳂﳃﳀ
- Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﻖﲄ ﺗﱨﻘﱁﺎﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱨﻮﺗﱨﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
ﻭﱺﭐﻋﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﺒﱦﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﺪﱺﺁﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﻟﱋﻒﱺ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻔﱁﺎ ﺣﱻﻔﱀﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻘﱁﺬﱔﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
- Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
ﻭﱺﻟﱀﺘﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳂﳃﳀ
- Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳇﳂﳃﳀ
- Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺒﱦﻴﱧﺾﲅ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬ ﻭﱺﺗﱧﺴﱹﻮﱺﺩﱲ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬﲬ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﻮﱺﺩﱱﺕﱹ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳂﳃﳀ
- (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺑﱦﻴﱧﻀﲄﺖﱹ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻔﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳂﳃﳀ
- Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻇﱕﻠﱀﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
- Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻊﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳋﳂﳃﳀ
- Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱺ ﺃﱂﻣﱱﺔﲙ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱺﺖﱹ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﺗﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﲬ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
- Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺫﱫﻯﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻳﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻛﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﺑﱧﺎﺭﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
- Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
ﺿﱻﺮﲌﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺬﱝﲘﻟﱋﺔﱂ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺛﱂﻘﲘﻔﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺤﱺﺒﱦﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺣﱺﺒﱦﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺑﱧﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﻐﱧﻀﱺﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺿﱻﺮﲌﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﻜﱔﻨﱧﺔﱂﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﺼﱺﻮﺍﲯ ﻭﲄﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
- Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).
ﲿ ﻟﱁﻴﱦﺴﱻﻮﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱫﲩ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱧﺔﱆ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻧﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳃﳀ
- Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
- Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻜﱓﻔﱁﺮﱻﻭﻩﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳃﳀ
- Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳃﳃﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.
ﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺭﲌﻳﺢﲢ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺻﲔﺮﲇ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﺖﱹ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱔﺘﱦﻪﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳃﳀ
- Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﺑﲐﻄﱔﺎﻧﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﻟﱂﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﺒﱧﺎﵖﱘﵐ ﻭﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻨﲘﺘﱲﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﺪﱺﺕﲔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﺨﱹﻔﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻴﱱﻨﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
ﻫﱺﳌﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱂﻭﳖﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻛﱕﻠﱊﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻟﱁﻘﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻀﲅﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱧﺎﻣﲘﻞﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﻆﲔﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱨﻮﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﻈﲔﻜﱕﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳋﳃﳃﳀ
- Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱆ ﺗﱧﺴﱻﺆﱹﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱆ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﱨﺤﲔﻴﻂﱙ ﳁﳂﳄﳃﳀ
- Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻏﱔﺪﱺﻭﱹﺕﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻚﱔ ﺗﱨﺒﱧﻮﲃﲌﺉﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻣﱧﻘﱁ﮳ﻌﲘﺪﱺ ﻟﲘﻠﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﲌﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳄﳃﳀ
- Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﻤﱱﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺘﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻔﱀﺸﱔﵝﱁﵗ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻬﱻﻤﱧﺎﲩ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳃﳀ
- (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻧﱧﺼﱺﺮﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺒﱧﺪﱹﺭﲎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﱆﲨ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳃﳀ
- Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺃﱁﻟﱁﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻤﲘﺪﲄﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﺑﲐﺜﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲘ ﺀﱧﺍﻟﱁ﮳ﻒﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻣﱨﻨﺰﱺﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳃﳀ
- (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
ﺑﱧﻠﱁﻰ﮵ﲬ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱨﻤﱦﺪﲘﺩﱦﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﺑﲐﺨﱺﻤﱦﺴﱺﺔﲘ ﺀﱧﺍﻟﱁ﮳ﻒﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻣﱨﺴﱺﻮﲃﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳃﳀ
- Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺼﱹﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳄﳃﳀ
- Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﲘﻴﱧﻘﱀﻄﱔﻊﱧ ﻃﱔﺮﱺﻓﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻜﱓﺒﲐﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻴﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺﺂﴢﲐﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳃﳀ
- (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﱪ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳃﳀ
- Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳄﳃﳀ
- Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮ﮵ﺍﲯ ﺃﱁﺿﱹﻌﱧ﮳ﻔﱅﺎ ﻣﱲﻀﱺ﮳ﻌﱧﻔﱁﺔﱅﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳅﳃﳀ
- Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳃﳀ
- Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
ﲿ ﻭﱺﺳﱺﺎﺭﲌﻋﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱﺔﲙ ﻋﱺﺮﱹﺿﱻﻬﱺﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
- Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻈﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﻆﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﺎﻓﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳃﳀ
- Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱃ ﺃﱁﻭﱹ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﺫﱧﻛﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﭐﻟﺬﱟﻧﱨﻮﺏﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺼﲔﺮﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳃﳀ
- Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺅﱻﻫﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻤﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
- Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻨﱧﻦﱿ ﻓﱁﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳃﳀ
- Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻴﱧﺎﻥﱬ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱆ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳃﳀ
- (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻬﲌﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳃﳀ
- Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﺮﱹﺡﱿ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﺲﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﻗﱁﺮﱹﺡﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱱﺎﻡﱨ ﻧﱨﺪﱺﺍﻭﲌﻟﱂﻬﱺﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳃﳀ
- Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﻤﱧﺤﲃﲔﺺﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻤﱦﺤﱺﻖﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳆﳃﳀ
- Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
ﺃﱁﻡﱦ ﺣﱺﺴﲔﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳆﳃﳀ
- Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻤﱧﻨﱱﻮﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻠﱀﻘﱁﻮﱹﻩﱨ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳆﳃﳀ
- Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﱨﺤﱺﻤﱱﺪﱽ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕﲬ ﺃﱁﻓﱁﺈﲐﻳﳗﻦ ﻣﱱﺎﺕﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱂﺘﲘﻞﱔ ﭐﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻘﱁ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺐﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻘﲘﺒﱧﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲩ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳆﳃﳀ
- Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺲﲝ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﱨﻮﺕﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻣﱲﺆﱺﺟﲄﵝﱅﵗﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺳﱺﻨﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
- Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
ﻭﱺﻛﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺒﲐﻰﲃﲦ ﻗﱁ﮳ﺘﱧﻞﱔ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﺭﲌﺑﱰﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻭﱺﻫﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺿﱺﻌﱨﻔﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳆﳃﳀ
- Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻗﱁﻮﱹﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺮﱺﺍﻓﱁﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺛﱁﺒﱰﲐﺖﱹ ﺃﱁﻗﱀﺪﱺﺍﻣﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﻧﺼﱻﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳆﳃﳀ
- Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﺣﱻﺴﱹﻦﱺ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳃﳀ
- Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻘﱁ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳆﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳇﳃﳀ
- (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
ﺳﱺﻨﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﺮﲅﻋﱹﺐﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺜﱀﻮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳃﳀ
- Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺤﱻﺴﲅﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﺸﲔﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﻨﱧ﮳ﺰﱺﻋﱹﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻭﱺﻋﱺﺼﱺﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱺﯨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧﲬ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱺﺮﱺﻓﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳃﳀ
- Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
ﲿ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱨﺼﱹﻌﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻠﱀﻮﱻﲵﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺛﱁ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻤﱷﺎ ﺑﲐﻐﱧﻢﱰﲎ ﻟﱊﲘﻜﱔﻴﱦﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺎﺗﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳃﳀ
- (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﻢﱰﲌ ﺃﱁﻣﱧﻨﱧﺔﱅ ﻧﱲﻌﱧﺎﺳﱾﺎ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﻫﱺﻤﱱﺘﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻇﱔﻦﲄ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﱱﺔﲘﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱺﻞ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱺ ﻛﱕﻠﱋﻪﱨﲵ ﴦﲘﴥﴤﲘﲩ ﻳﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻚﱔﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻣﱱﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎﲩ ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻮﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺒﱧﺮﱺﺯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﱕ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻀﱺﺎﺟﲌﻌﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﻤﱧﺤﲃﲔﺺﱺ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳆﳇﳃﳀ
- Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﺰﱺﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳇﳃﳀ
- Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺿﱺﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻏﱕﺰﲈﻯ ﻟﱋﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺣﱺﺴﱹﺮﱺﺓﱫ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳈﳇﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱨﺘﱲﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱄ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳃﳀ
- Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻣﱲﺘﱲﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵒﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳃﳀ
- Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻨﺖﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻓﱁﻈﱠﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﱔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱀﺐﲌ ﵖﱔﵔﻧﻔﱁﻀﲅﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﲘﻚﱔﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺷﱔﺎﻭﲌﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻋﱺﺰﱺﻣﱦﺖﱺ ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﻛﱝﲔﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳃﳀ
- Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱹﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻏﱔﺎﻟﲘﺐﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺨﱹﺬﱕﻟﱀﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲩ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳃﳀ
- Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻨﱧﺒﲐﻰﲃﲥ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱨﻞﱞﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱦﻠﱂﻞﱓ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻏﱔﻞﱞ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳃﳀ
- Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﻦﲲ ﺑﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﺴﱺﺨﱺﻂﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻪﱨ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳄﳈﳃﳀ
- Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
ﻫﱻﻢﱦ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﱽ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳃﳀ
- Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺑﱧﻌﱧﺚﱺ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳆﳈﳃﳀ
- Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﺘﱦﻜﱕﻢ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺻﱺﺒﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳇﳈﳃﳀ
- (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﻓﱁﺒﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳃﳀ
- Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.
ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻧﱧﺎﻓﱁﻘﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﻗﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﺩﱦﻓﱁﻌﱨﻮﺍﲯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻗﲘﺘﱧﺎﵖﱘﵐ ﵖﱞﵔﺗﱱﺒﱧﻌﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲩ ﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﻠﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﵝﱀﵙﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳃﳀ
- Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﻌﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻃﱔﺎﻋﱻﻮﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﭑﺩﱦﺭﱺﺀﱨﻭﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳃﳀ
- Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﺗﱭﺎﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺂﺀﱪ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺮﱹﺯﱺﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
- Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
ﻓﱁﺮﲌﺣﲔﻴﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﺤﱺﻘﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳃﳀ
- (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﲿ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻀﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳃﳀ
- Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﺡﱻﲬ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳄﳉﳃﳀ
- Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺰﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺴﱹﺒﱨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻮﱺﻛﲔﻴﻞﱕ ﳁﳅﳉﳃﳀ
- Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
ﻓﱁﭑﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱬ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲍ ﳁﳆﳉﳃﳀ
- Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱨﺨﱺﻮﲃﲌﻑﱻ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﻩﱨﲵ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺧﱺﺎﻓﱂﻮﻥﲌ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳃﳀ
- Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲩ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳈﳉﳃﳀ
- Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳉﳃﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱨﻤﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﵖﱝﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱨﻤﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺰﱹﺩﱧﺍﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳊﳉﳃﳀ
- Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).
ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﺬﱔﺭﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻤﲘﻴﺰﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱨﻄﱓﻠﲘﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﺒﲐﻰ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳉﳃﳀ
- Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺒﱦﺨﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺮﲉ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲨ ﺳﱺﻴﱨﻄﱔﻮﲄﻗﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﺨﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﲘﻴﺮﱺ﮴ﺙﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳂﳊﳃﳀ
- Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﺳﱺﻤﲘﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﱹﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﻘﲘﻴﺮﱿ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻏﱓﻨﲘﻴﱧﺂﺀﱨﲪ ﺳﱺﻨﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱻ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻗﱁﺘﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎ ﻭﱺﻧﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﲌﻳﻖﲌ ﳁﳃﳊﳃﳀ
- Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺑﲐﻈﱔﵝﱋﵗﻡﲎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧﺒﲐﻴﺪﲘ ﳁﳄﳊﳃﳀ
- (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻬﲌﺪﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱺ ﻟﲘﺮﱺﺳﱻﻮﻝﲍ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱧﺎ ﺑﲐﻘﱂﺮﱹﺑﱧﺎﻥﲎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻪﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﻗﱁﺘﱧﻠﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳃﳀ
- Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: "Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﺬﱝﲘﺏﱺ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺰﲅﺑﱨﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﲘﻴﺮﲌ ﳁﳆﳊﳃﳀ
- Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﺫﱧﺁﴢﲐﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲩ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻮﱹﻥﱧ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻛﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺯﱻﺣﱹﺰﲌﺡﱺ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﺃﱂﺩﱦﺧﲔﻞﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻓﱁﺎﺯﱺﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱻﻭﺭﲌ ﳁﳇﳊﳃﳀ
- Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
ﲿ ﻟﱁﺘﱨﺒﱦﻠﱁﻮﱻﻥﱱ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳈﳊﳃﳀ
- Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻟﱁﺘﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱨﻨﱱﻪﱨﲵ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﻨﱧﺒﱧﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗﲨ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳊﳃﳀ
- Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺗﱧﻮﺍﲯ ﻭﲄﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺤﱹﻤﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﻔﱁﺎﺯﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳊﳃﳀ
- Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳋﳊﳃﳀ
- Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻒﲔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﵖﱝﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳂﳋﳃﳀ
- Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻭﱺﻗﱂﻌﱨﻮﺩﱫﺍ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺟﱻﻨﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺖﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧ﮳ﻄﲔﵝﱅﵗ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﻓﱁﻘﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳃﳋﳃﳀ
- (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﱧﻦ ﺗﱨﺪﱹﺧﲔﻞﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱹﺰﱺﻳﱦﺘﱧﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲎ ﳁﳄﳋﳃﳀ
- Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
ﺭﲄﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻨﱧﺎﺩﲘﻳﱫﺎ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﲘﻯ ﻟﲘﵝﱀﵙﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﱧﻨﱱﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱹ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳅﳋﳃﳀ
- Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﲘﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﺗﱱﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻚﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺰﲌﻧﱧﺎ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳆﳋﳃﳀ
- Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺏﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵓ ﺃﱂﺿﲔﻴﻊﱨ ﻋﱺﻤﱧﻞﱔ ﻋﱺ﮳ﻤﲘﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻛﱔﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎﲨ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲨ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﺃﱂﻭﺫﱨﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻰ ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵑﱂﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱺﻥﱱ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺩﱦﺧﲔﻠﱁﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺛﱁﻮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﺣﱻﺴﱹﻦﱻ ﭐﻟﺜﱋﻮﱺﺍﺏﲌ ﳁﳇﳋﳃﳀ
- Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻚﱔ ﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺐﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﲐﻠﱁ﮳ﺪﲘ ﳁﳈﳋﳃﳀ
- Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱬ ﻗﱁﻠﲘﻴﻞﱙ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳉﳋﳃﳀ
- (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
ﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻧﱨﺰﱻﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﵝﱀﵘﱁﺑﱦﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳊﳋﳃﳀ
- Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻤﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳋﳋﳃﳀ
- Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﺎﺑﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺭﱺﺍﺑﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳄﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲚ ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﺚﲄ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱫﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺗﱧﺴﱺﺂﺀﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﻗﲘﻴﺒﱫﺎ ﳁﳃﳀ
- Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱧﺒﱧﺪﲄﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱺ ﺑﲐﭑﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﲌﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱻﻮﺑﱫﺎ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳄﳀ
- Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱨﻘﱀﺴﲔﻄﱕﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻓﱁﭑﻧﻜﲔﺤﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻃﱔﺎﺏﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﻣﱧﺜﱀﻨﱧﻰﳎ ﻭﱺﺛﱂﻠﱁ﮳ﺚﱺ ﻭﱺﺭﱻﺑﱧ﮳ﻊﱧﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱩ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱨﻜﱕﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱨﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﳁﳅﳀ
- Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﺻﱺﺪﱻﻗﱁ﮳ﺘﲘﻬﲌﻦﲄ ﻧﲘﺤﱹﻠﱁﺔﱅﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻃﲔﺒﱦﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱾﺎ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﻩﱨ ﻫﱺﻨﲘﻴﳒ﮲ﱫﺎ ﻣﱱﺮﲌﻳﳒ﮲ﱫﺎ ﳁﳆﳀ
- Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱹﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺴﲅﻔﱁﻬﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻭﱺﭐﺭﱹﺯﱻﻗﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﻛﱓﺴﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎ ﳁﳇﳀ
- Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻠﱁﻐﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱰﲘﻜﱔﺎﺡﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺀﱧﺍﻧﱧﺴﱹﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺷﱓﺪﱾﺍ ﻓﱁﭑﺩﱦﻓﱁﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻫﱺﺂ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﺍﻓﱅﺎ ﻭﱺﺑﲐﺪﱺﺍﺭﱼﺍ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﻨﲘﻴﱵﺎ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﻔﲘﻒﱹﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﱁﻘﲘﻴﺮﱾﺍ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﻛﱕﻞﱓ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲬ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﻓﱁﻌﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺷﱓﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﺴﲔﻴﺒﱫﺎ ﳁﳈﳀ
- Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).
ﻟﱊﲘﻠﺮﲃﲌﺟﱺﺎﻝﲌ ﻧﱧﺼﲔﻴﺐﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﺍﻥﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﲘﻠﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﻧﱧﺼﲔﻴﺐﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﺍﻥﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻗﱁﻞﱞ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺜﱂﺮﱺﲬ ﻧﱧﺼﲔﻴﺒﱫﺎ ﻣﱱﻔﱀﺮﱻﻭﺿﱾﺎ ﳁﳉﳀ
- Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﭐﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻤﱧﺔﱁ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱻ ﻓﱁﭑﺭﱹﺯﱻﻗﱂﻮﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎ ﳁﳊﳀ
- Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺨﱹﺶﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱅ ﺿﲔﻌﱧ﮳ﻔﱃﺎ ﺧﱺﺎﻓﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﺳﱺﺪﲘﻳﺪﱼﺍ ﳁﳋﳀ
- Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻇﱕﻠﱀﻤﱩﺎ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍﲨ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﺼﱹﻠﱁﻮﱹﻥﱧ ﺳﱺﻌﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳂﳃﳀ
- Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
ﻳﱨﻮﺻﲔﻴﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﲘﻛﱕﻢﱦﲨ ﻟﲘﻠﺬﱞﻛﱔﺮﲌ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﺣﱺﻆﱝﲔ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻴﱧﻴﱦﻦﲌﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱕﻦﲄ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱫ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻦﲄ ﺛﱂﻠﱂﺜﱁﺎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﻠﱁﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱰﲘﺼﱹﻒﱻﲬ ﻭﱺﵖﲔﵑﱁﺑﱧﻮﱺﻳﱦﻪﲘ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺴﲅﺪﱻﺱﱻ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻭﱺﻭﱺﺭﲌﺛﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺑﱧﻮﱺﺍﻩﱨ ﻓﱁﵝﲔﵘﱂﻣﱰﲘﻪﲘ ﭐﻟﺜﱌﻠﱂﺚﱻﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺﺓﱬ ﻓﱁﵝﲔﵘﱂﻣﱰﲘﻪﲘ ﭐﻟﺴﲅﺪﱻﺱﱻﲬ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲚ ﻳﱨﻮﺻﲔﻰ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺩﱧﻳﱦﻦﲍﲩ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺪﱹﺭﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻳﱲﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﻔﱀﻌﱫﺎﲬ ﻓﱁﺮﲌﻳﻀﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳃﳃﳀ
- Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻧﲘﺼﱹﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻓﱁﻠﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺮﲅﺑﱨﻊﱨ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻛﱓﻦﱺﲬ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲚ ﻳﱨﻮﺻﲔﻴﻦﱺ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺩﱧﻳﱦﻦﲎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﭐﻟﺮﲅﺑﱨﻊﱨ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻦﲄ ﭐﻟﺜﱌﻤﱨﻦﱻ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻛﱓﺘﱨﻢﲬ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲚ ﺗﱨﻮﺻﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺩﱧﻳﱦﻦﲎﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺭﱺﺟﱻﻞﱙ ﻳﱨﻮﺭﱺﺙﱻ ﻛﱔﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﱃ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺓﱬ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺥﱽ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱂﺧﱹﺖﱿ ﻓﱁﻠﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺴﲅﺪﱻﺱﱻﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﻣﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺜﱌﻠﱂﺚﲔﲬ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﲚ ﻳﱨﻮﺻﱺﻰﳎ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺩﱧﻳﱦﻦﲍ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﻀﱺﺂﺭﲃﲎﲬ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳃﳀ
- Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱀﻪﱨ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱹﺯﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳃﳀ
- Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺺﲜ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﺘﱧﻌﱧﺪﲄ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱧﻩﱨﲵ ﻳﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱀﻪﱨ ﻧﱧﺎﺭﱼﺍ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱾﺍ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳆﳃﳀ
- Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
ﻭﱺﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱁ ﻣﲘﻦ ﻧﱰﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺸﱓﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺷﱔﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﻣﱦﺴﲔﻜﱕﻮﻫﱻﻦﲄ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱨﻴﱨﻮﺕﲔ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﯩﳎﻬﱻﻦﲄ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﳁﳇﳃﳀ
- Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﱔﺍﻥﲌ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧ﮳ﻨﲘﻬﱺﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺫﱨﻭﻫﱻﻤﱧﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﺎﺑﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﲌﺿﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺂﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺗﱧﻮﲄﺍﺑﱫﺎ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳈﳃﳀ
- Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺑﱧﺔﱂ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲅﻮﳒﺀﱧ ﺑﲐﺠﱺﻬﱺ﮳ﻠﱁﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺘﱨﻮﺑﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﲎ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳉﳃﳀ
- Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺴﱺﺖﲔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺑﱧﺔﱂ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺗﱨﺒﱦﺖﱻ ﭐﻟﱀ﮲ﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻤﱨﻮﺗﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱽﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳊﳃﳀ
- Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺮﲌﺛﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻛﱔﺮﱹﻫﱾﺎﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻀﱻﻠﱂﻮﻫﱻﻦﲄ ﻟﲘﺘﱧﺬﱓﻫﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻦﱺ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﲚ ﻣﱲﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚﲬ ﻭﱺﻋﱺﺎﺷﲔﺮﱻﻭﻫﱻﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺮﲌﻫﱹﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻓﱁﻌﱧﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱓﺮﱺﻫﱻﻮﺍﲯ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳃﳀ
- Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺩﺗﱲﻢﱨ ﭐﺳﱹﺘﲘﺒﱦﺪﱺﺍﻝﱔ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻣﱱﻜﱔﺎﻥﱧ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻦﲄ ﻗﲘﻨﻄﱔﺎﺭﱾﺍ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﻧﱧﻪﱨﲵ ﺑﱨﻬﱹﺘﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻨﱫﺎ ﳁﳂﳄﳀ
- Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﻧﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﻓﱀﻀﱺﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱃﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻈﱘﺎ ﳁﳃﳄﳀ
- Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﻜﲔﺤﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﻜﱔﺢﱺ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱹ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱅ ﻭﱺﻣﱧﻘﱀﺘﱫﺎ ﻭﱺﺳﱺﺂﺀﱧ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳄﳄﳀ
- Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
ﺣﱻﺮﲃﲌﻣﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺗﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﻮﱺ﮴ﺗﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻤﱱ﮳ﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺧﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺥﲠ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﱻ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺖﲔ ﻭﱺﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱹﺿﱺﻌﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﻮﱺ﮴ﺗﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺿﱺ﮳ﻌﱧﺔﲘ ﻭﱺﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺖﱻ ﻧﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺑﱧﳌﴣﲐﺒﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﺣﱻﺠﱻﻮﺭﲌﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱰﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰ ﺩﱧﺧﱺﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻬﲌﻦﲄ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺩﱧﺧﱺﻠﱀﺘﱨﻢ ﺑﲐﻬﲌﻦﲄ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺣﱺﻠﱁﳌﴣﲐﻞﱕ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﻠﱁ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﱹ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳅﳄﳀ
- Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.