Juz 6 : An-Nisaa 148 hingga Al-Maaida 81

Bacaan Penuh Juz 6 : An-Nisaa 148 hingga Al-Maaida 81
ﲿ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻬﱹﺮﱺ ﺑﲐﭑﻟﺴﲅﻮﳒﺀﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻇﱕﻠﲘﻢﱧﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱼﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻩﱨ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﺳﱻﻮﳒﺀﲚ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻔﱂﻮﲈﺍ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱼﺍ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻗﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻭﱺﻧﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻭﱺﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﺣﱺﻘﱏﺎﲬ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﻣﱲﻬﲌﻴﻨﱫﺎ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻗﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻚﱔ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘﲬ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺳﱺﺄﱁﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱺ ﻣﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺭﲌﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺟﱺﻬﱹﺮﱺﺓﱫ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﱂ ﺑﲐﻈﱕﻠﱀﻤﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻓﱁﻌﱧﻔﱁﻮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲬ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻨﱫﺎ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).
ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻄﱟﻮﺭﱺ ﺑﲐﻤﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺏﱺ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍ ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺒﱦﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱃﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻈﱘﺎ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).
ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﻧﱧﻘﱀﻀﲔﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﲌﻫﲔﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺘﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻨﱧﺎ ﻏﱕﻠﱀﻒﲁﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻃﱔﺒﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺑﲐﻜﱕﻔﱀﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).
ﻭﱺﺑﲐﻜﱕﻔﱀﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺑﱨﻬﱹﺘﱧ﮳ﻨﱩﺎ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dangan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻗﱁﺘﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱺ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻠﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺻﱺﻠﱁﺒﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺷﱕﺒﱰﲐﻪﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﱔﻚﱝﲖ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺗﱰﲘﺒﱧﺎﻉﱧ ﭐﻟﻈﱞﻦﲃﲌﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻠﱂﻮﻩﱨ ﻳﱧﻘﲘﻴﻨﱭﺎ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
ﺑﱧﻞ ﺭﲄﻓﱁﻌﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱼﺍ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻴﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧﻦﲄ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱾﺍ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
ﻓﱁﺒﲐﻈﱕﻠﱀﻢﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﺣﱺﺮﲄﻣﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲕ ﺃﱂﺣﲔﻠﱋﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺑﲐﺼﱺﺪﲃﲘﻫﲔﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.
ﻭﱺﺃﱁﺧﱹﺬﲘﻫﲔﻢﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻧﱨﻬﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻠﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﱔ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌﲬ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻟﱋ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺳﲔﺨﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻘﲘﻴﻤﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺳﱺﻨﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.
ﲿ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻁﲔ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﻳﱲﻮﺏﱺ ﻭﱺﻳﱨﻮﻧﱨﺲﱺ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲬ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﺯﱺﺑﱨﻮﺭﱾﺍ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗ ﻗﱁﺪﱹ ﻗﱁﺼﱺﺼﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗ ﻟﱋﻢﱦ ﻧﱧﻘﱀﺼﱻﺼﱹﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﻭﱺﻛﱔﻠﱋﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺗﱧﻜﱓﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
ﺭﲅﺳﱻﵝﱅﵗ ﻣﱲﺒﱧﺸﱝﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﻣﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﻟﲘﺌﱧﵝﱋﵗ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱻﺠﲄﺔﱈ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱼﺍ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﱋ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﻌﲘﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱼﺍ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﺪﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻗﱁﺪﱹ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﵝﱇﵗ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱼﺍ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (ugama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻟﲘﻴﱧﻬﱹﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻃﱔﺮﲌﻳﻘﱃﺎ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka:
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻃﱔﺮﲌﻳﻖﱺ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. Selain dari jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻐﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺘﱨﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻟﱀﻘﱁﯩﳎﻬﱺﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺭﱻﻭﺡﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨﲨ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﱄﲬ ﭐﻧﺘﱧﻬﱻﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲨ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿﲪ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
ﻟﱋﻦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻨﻜﲔﻒﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﺒﱦﺪﱾﺍ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻨﻜﲔﻒﱹ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱹ ﻓﱁﺴﱺﻴﱧﺤﱹﺸﱕﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻴﱨﻮﱺﻓﱊﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺰﲌﻳﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻨﻜﱔﻔﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﻴﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﱨﺮﱹﻫﱺ﮳ﻦﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻧﱨﻮﺭﱾﺍ ﻣﱲﺒﲐﻴﻨﱫﺎ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻋﱹﺘﱧﺼﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺴﱺﻴﱨﺪﱹﺧﲔﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻃﱘﺎ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya.
ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻔﱀﺘﱨﻮﻧﱧﻚﱔ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻔﱀﺘﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﲘﲬ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﻣﱦﺮﱻﺅﱽﺍﲯ ﻫﱺﻠﱁﻚﱔ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱂﺧﱹﺖﱿ ﻓﱁﻠﱁﻬﱺﺎ ﻧﲘﺼﱹﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﺮﲌﺛﱂﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺘﱧﺎ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺜﱌﻠﱂﺜﱁﺎﻥﲌ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺﺓﱫ ﺭﲃﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱫ ﻓﱁﻠﲘﻠﺬﱞﻛﱔﺮﲌ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﺣﱺﻆﱝﲔ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻴﱧﻴﱦﻦﲌﲩ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻀﲔﻠﱌﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﻘﱂﻮﺩﲘﲬ ﺃﱂﺣﲔﻠﱋﺖﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻬﲌﻴﻤﱧﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺤﲔﻠﱊﲘﻰ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺪﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺣﱻﺮﱻﻡﱪﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﲔﻠﱌﻮﺍﲯ ﺷﱔﻌﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﳌﴣﲐﺪﱺ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺀﱧﺁﻣﱰﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱧ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﻥﱧ ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻧﱫﺎﲬ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻠﱁﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﺻﱹﻄﱔﺎﺩﱨﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻣﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻨﱧ﮲ﱧﺎﻥﱨ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﺃﱁﻥ ﺻﱺﺪﲅﻭﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯﲪ ﻭﱺﺗﱧﻌﱧﺎﻭﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱧﺎﻭﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﲌﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
ﺣﱻﺮﲃﲌﻣﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺘﱧﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﻡﱨ ﻭﱺﻟﱁﺤﱹﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﲔﻨﺰﲌﻳﺮﲌ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻫﲔﻞﱞ ﻟﲘﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱦﺨﱺﻨﲘﻘﱁﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﻗﱂﻮﺫﱧﺓﱨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺮﱺﺩﱰﲘﻳﱧﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻄﲔﻴﺤﱺﺔﱂ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻛﱔﻞﱔ ﭐﻟﺴﲄﺒﱨﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺫﱧﻛﱞﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺫﱨﺑﲘﺢﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﺼﱻﺐﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻘﱀﺴﲔﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﺯﱹﻟﱁ﮳ﻢﲌﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﺴﱹﻖﱽﲩ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﴣﲐﺲﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻥﲌﲬ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺃﱁﻛﱓﻤﱧﻠﱀﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺗﱦﻤﱧﻤﱦﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰ ﻭﱺﺭﱺﺿﲔﻴﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﱧ ﺩﲘﻳﻨﱫﺎﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺿﱹﻄﱕﺮﲄ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺨﱹﻤﱧﺼﱺﺔﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺘﱧﺠﱺﺎﻧﲘﻒﲖ ﵖﱝﲔﵒﺛﱀﻢﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳀ
  1. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻮﱺﺍﺭﲌﺡﲠ ﻣﱨﻜﱔﻠﱊﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﺗﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻧﱧﻬﱻﻦﲄ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺂ ﺃﱁﻣﱦﺴﱺﻜﱓﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﺳﱹﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳆﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﱻﲨ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺣﲔﻞﱣ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻃﱔﻌﱧﺎﻣﱨﻜﱕﻢﱦ ﺣﲔﻞﱣ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺼﱺﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺼﱺﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻦﲄ ﻣﱨﺤﱹﺼﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱨﺴﱺ﮳ﻔﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱨﺘﱱﺨﲔﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﺧﱹﺪﱺﺍﻥﲎﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺣﱺﺒﲐﻂﱔ ﻋﱺﻤﱧﻠﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳀ
  1. Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱂﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻓﱁﭑﻏﱓﺴﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱺﺍﻓﲘﻖﲌ ﻭﱺﭐﻣﱦﺴﱺﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔﻌﱦﺒﱧﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺟﱻﻨﱨﺒﱫﺎ ﻓﱁﭑﻃﱞﻬﲄﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱱﺮﱹﺿﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﺂﴢﲐﻂﲔ ﺃﱁﻭﱹ ﻟﱁ﮳ﻤﱧﺴﱹﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﻠﱁﻢﱦ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺘﱧﻴﱧﻤﱱﻤﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺﻌﲘﻴﺪﱾﺍ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱫﺎ ﻓﱁﭑﻣﱦﺴﱺﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻮﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨﲬ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﺮﱺﺝﲢ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻟﲘﻴﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﺘﲘﻢﱱ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻪﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﺍﺛﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﲄ﮴ﻣﲘﻴﻦﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﱹﺮﲌﻣﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻨﱧ﮲ﱧﺎﻥﱨ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﺍﲯﲬ ﭐﻋﱹﺪﲘﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻟﲘﻠﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻋﱺﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳀ
  1. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﻢﱱ ﻗﱁﻮﱹﻡﱪ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺒﱦﺴﱻﻄﱕﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻜﱔﻒﲄ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻭﱺﺑﱧﻌﱧﺜﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﺛﱀﻨﱧﻰﱹ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺ ﻧﱧﻘﲘﻴﺒﱫﺎﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﻗﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻠﲘﻰ ﻭﱺﻋﱺﺰﲄﺭﱹﺗﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺿﱹﺘﱨﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﵖﱞﵑﱂﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱺﻥﱱ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺩﱦﺧﲔﻠﱁﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﻞﱞ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"
ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﻧﱧﻘﱀﻀﲔﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻨﱱ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁ﮳ﺴﲔﻴﱧﺔﱅﲨ ﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﲘﻢﱧ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﻮﱺﺍﺿﲔﻌﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺰﱺﺍﻝﱕ ﺗﱧﻄﱞﻠﲘﻊﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺧﱺﺂﴢﲐﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺻﱹﻔﱁﺢﱹﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻨﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺﺍﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻭﱺﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺼﱹﻨﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻨﱧﺎ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱨﻮﺭﱿ ﻭﱺﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻧﱧﻪﱨﲵ ﺳﱻﺒﱨﻞﱔ ﭐﻟﺴﲄﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﻭﱺﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱕ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱺ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺃﱂﻣﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲬ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﺣﲔﺒﱱﳌﺆﱻﻩﱨﲵﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻜﱕﻢﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺﲬ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻨﱧﺎ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻓﱁﺘﱦﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﲎﲨ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﱿ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): "Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱲﻠﱂﻮﻛﱘﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﺕﲔ ﺃﱁﺣﱺﺪﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺪﲄﺳﱺﺔﱁ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧﺎﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻦ ﻧﱱﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻬﱺﺎ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﺎ ﺩﱧ﮴ﺧﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺟﱻﵝﱁﵗﻥﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺏﱺ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﺧﱺﻠﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻦ ﻧﱱﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍ ﻣﱱﺎ ﺩﱧﺍﻣﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﭑﺫﱦﻫﱺﺐﱹ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻓﱁﻘﱁ﮳ﺘﲘﵝﱁﵚ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎ ﻗﱁ﮳ﻌﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵓ ﺃﱁﻣﱦﻠﲘﻚﱕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻭﱺﺃﱁﺧﲔﻰﲨ ﻓﱁﭑﻓﱀﺮﱻﻕﱹ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻣﱨﺤﱺﺮﲄﻣﱧﺔﱄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲭ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﺳﱺﻨﱧﺔﱅﲭ ﻳﱧﺘﲘﻴﻬﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺱﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".
ﲿ ﻭﱺﭐﺗﱦﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁ ﭐﺑﱦﻨﱧﻰﱹ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺮﲄﺑﱧﺎ ﻗﱂﺮﱹﺑﱧﺎﻧﱫﺎ ﻓﱁﺘﱨﻘﱂﺒﱰﲐﻞﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲘﻫﲔﻤﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﱔﵑﱁﻗﱀﺘﱨﻠﱁﻨﱱﻚﱔﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
ﻟﱁﴣﲐﻦﲲ ﺑﱧﺴﱺﻄﺖﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻳﱧﺪﱺﻙﱔ ﻟﲘﺘﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱁﻨﲘﻰ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﺒﱧﺎﺳﲔﻂﲖ ﻳﱧﺪﲘﻯﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﵖﲔﵑﱁﻗﱀﺘﱨﻠﱁﻚﱔﲨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺏﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳀ
  1. "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﺭﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱨﻮﳒﺃﱁ ﺑﲐﺈﲐﺛﱀﻤﲘﻰ ﻭﱺﺇﲐﺛﱀﻤﲘﻚﱔ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲬ ﻭﱺﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﻄﱔﻮﲄﻋﱺﺖﱹ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻧﱧﻔﱀﺴﱻﻪﱨﲵ ﻗﱁﺘﱦﻞﱔ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻓﱁﻘﱁﺘﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺢﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
ﻓﱁﺒﱧﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱕﺮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻳﱧﺒﱦﺤﱺﺚﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﲘﻴﱨﺮﲌﻳﱧﻪﱨﲵ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱨﻮﱺ﮴ﺭﲌﻯ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧﺓﱧ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﺘﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱺﺠﱺﺰﱹﺕﱻ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﺜﱀﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱺﺍﺏﲌ ﻓﱁﺄﱂﻭﱺ﮴ﺭﲌﻯﱺ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧﺓﱧ ﺃﱁﺧﲔﻰﲨ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺢﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﻞﲌ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﻧﱧﻔﱀﺴﲀﺎ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻧﱧﻔﱀﺲﲝ ﺃﱁﻭﱹ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﲚ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎﻫﱺﺎ ﻓﱁﻜﱔﺄﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﱁﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﳍﺅﱻﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺤﱺﺎﺭﲌﺑﱨﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻌﱧﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﱩﺍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻘﱁﺘﱱﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺼﱺﻠﱋﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﻘﱁﻄﱞﻊﱧ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻒﲕ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻨﻔﱁﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﱧﻐﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﻮﱺﺳﲔﻴﻠﱁﺔﱁ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻟﲘﻴﱧﻔﱀﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﻘﱂﺒﱰﲐﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺨﱺ﮳ﺮﲌﺟﲌﻴﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﺭﲌﻕﱻ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺎﺭﲌﻗﱁﺔﱂ ﻓﱁﭑﻗﱀﻄﱔﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱭ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺎ ﻧﱧﻜﱔ﮳ﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻇﱕﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻦ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲭ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯﲭ ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔﺬﲘﺏﲌ ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲍ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔﲨ ﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﲘﻢﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﻮﱺﺍﺿﲔﻌﲘﻪﲘﲶﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺨﱻﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﺗﱧﻮﱹﻩﱨ ﻓﱁﭑﺣﱹﺬﱔﺭﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﺗﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺮﲌﺩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱺ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
ﺳﱺﻤﱱ﮳ﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔﺬﲘﺏﲌ ﺃﱁﻛﱞ﮳ﻠﱂﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﺴﲅﺤﱹﺖﲔﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻙﱔ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﻌﱦﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻙﱔ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺣﱺﻜﱔﻤﱦﺖﱺ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱀﺴﲔﻄﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱨﺤﱺﻜﱝﲔﻤﱨﻮﻧﱧﻚﱔ ﻭﱺﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺣﱻﻜﱓﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲬ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻧﱨﻮﺭﱿﲬ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱲﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺒﱧﺎﺭﱻ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱨﺤﱹﻔﲘﻈﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻥﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
ﻭﱺﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﻨﱱﻔﱀﺲﱺ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﻔﱀﺲﲜ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻒﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﻧﻒﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﺫﱨﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱂﺫﱨﻥﲌ ﻭﱺﭐﻟﺴﲃﲔﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﺴﲃﲔﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱻﺮﱻﻭﺡﱺ ﻗﲘﺼﱺﺎﺹﱿﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺼﱺﺪﲄﻕﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﱺﺓﱬ ﻟﱋﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻗﱁﻔﱋﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺛﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢ ﺑﲐﻌﲘﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘﲨ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻧﱨﻮﺭﱿ ﻭﱺﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﲌ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻣﱨﻬﱺﻴﱦﻤﲘﻨﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻓﱁﭑﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺷﲔﺮﱹﻋﱺﺔﱅ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﺟﱾﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻟﱊﲘﻴﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺒﲐﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔﲬ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻨﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
ﻭﱺﺃﱁﻥﲌ ﭐﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺣﱹﺬﱔﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻔﱀﺘﲘﻨﱨﻮﻙﱔ ﻋﱺﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲜ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺼﲔﻴﺒﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
ﺃﱁﻓﱁﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﱱﺔﲘ ﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲪ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱨ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻧﱧﺨﱹﺸﱔﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺼﲔﻴﺒﱧﻨﱧﺎ ﺩﱧﺁﴢﲐﺮﱺﺓﱬﲬ ﻓﱁﻌﱧﺴﱺﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻔﱁﺘﱦﺢﲠ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻩﲘﲶ ﻓﱁﻴﱨﺼﱹﺒﲐﺤﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺟﱺﻬﱹﺪﱺ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲄ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﲙ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺃﱁﻋﲔﺰﲄﺓﲙ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻳﱨﺠﱺ﮳ﻬﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻮﱹﻣﱧﺔﱁ ﵖﱔﵓﴢﲐﻢﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺ﮴ﻛﲔﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻝﱞ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺣﲔﺰﱹﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱋﺎﺭﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻧﱧﺎﺩﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﻫﱺﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻫﱺﻞﱓ ﺗﱧﻨﻘﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱱﺂ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik".
ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺸﱔﺮﲃﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺜﱂﻮﺑﱧﺔﱃ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻣﱧﻦ ﻟﱋﻌﱧﻨﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻏﱔﻀﲔﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺮﱺﺩﱧﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻨﱧﺎﺯﲌﻳﺮﱺ ﻭﱺﻋﱺﺒﱧﺪﱺ ﭐﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﱺﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺷﱔﺮﲉ ﻣﱱﻜﱔﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻞﱟ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﻗﱁﺪ ﺩﱱﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﺮﱺﺟﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﲌ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﺤﱹﺖﱺﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﱦﻬﱺﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱲﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺒﱧﺎﺭﱻ ﻋﱺﻦ ﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﻠﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﺤﱹﺖﱺﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺼﱹﻨﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻳﱧﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻐﱦﻠﱂﻮﻟﱁﺔﱄﲬ ﻏﱕﻠﱋﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱂﻌﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯﲪ ﺑﱧﻞﱓ ﻳﱧﺪﱺﺍﻩﱨ ﻣﱧﺒﱦﺴﱻﻮﻃﱔﺘﱧﺎﻥﲌ ﻳﱨﻨﻔﲘﻖﱻ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﺰﲌﻳﺪﱺﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺪﱺ﮴ﻭﱺﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﻗﱁﺪﱻﻭﺍﲯ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﻟﱊﲘﻠﱀﺤﱺﺮﱹﺏﲌ ﺃﱁﻃﱓﻔﱁﺄﱁﻫﱺﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻌﱧﻮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﺴﱺﺎﺩﱫﺍﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻟﱁﻜﱔﻔﱋﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵑﱁﻛﱔﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺖﲔ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﲘﻬﲌﻢﲬ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻣﱲﻘﱀﺘﱧﺼﲔﺪﱺﺓﱬﲨ ﻭﱺﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
ﲿ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺑﱧﻠﱊﲘﻎﱀ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺑﱧﻠﱋﻐﱦﺖﱺ ﺭﲌﺳﱺﺎﻟﱁﺘﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﺼﲔﻤﱨﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﺴﱹﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﻟﱁﻴﱧﺰﲌﻳﺪﱺﻥﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺄﱀﺱﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐ﮲ﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﵝﱅﵗﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱛ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻬﱹﻮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.
ﻭﱺﺣﱺﺴﲔﺒﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻓﱁﻌﱧﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﻤﱲﻮﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﺎﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻋﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﻤﱲﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻪﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲎ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺛﱁﺎﻟﲘﺚﱻ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲚﲪ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻨﺘﱧﻬﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻴﱧﻤﱧﺴﲄﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱪ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺘﱨﻮﺑﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﻧﱧﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻣﱱﺎ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻭﱺﺃﱂﻣﱲﻪﱨﲵ ﺻﲔﺪﲃﲘﻳﻘﱁﺔﱆﲨ ﻛﱔﺎﻧﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﵝﱁﵗﻥﲌ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﱧﲩ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻓﱁﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱦﻠﲘﻚﱕ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺿﱺﺮﲈﺍ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻔﱀﻌﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻐﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻗﱁﺪﱹ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺃﱁﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"
ﻟﱂﻌﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻟﲘﺴﱺﺎﻥﲌ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﺼﱺﻮﺍﲯ ﻭﲄﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱧﻨﱧﺎﻫﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﻣﱲﻨﻜﱔﺮﲎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﻩﱨﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
ﺗﱧﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯﲬ ﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺳﱺﺨﲔﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻫﱻﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﱧﺎ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.