Al-Hijr (الحجر)

Bacaan Penuh Al-Hijr
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺍﻟﳓﺮﲬ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻗﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
ﺭﲅﺑﱧﻤﱧﺎ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳀ
  1. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
ﺫﱧﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺘﱧﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱨﻠﱀﻬﲌﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱧﻞﱕﲨ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﻟﱁﻬﱺﺎ ﻛﲔﺘﱧﺎﺏﱿ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﱬ ﳁﳆﳀ
  1. Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺴﱹﺒﲐﻖﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱂﻣﱱﺔﲙ ﺃﱁﺟﱺﻠﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧ﮲ﱦﺨﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻧﱨﺰﲃﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱻ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳈﳀ
  1. Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
ﻟﱋﻮﱹ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳀ
  1. "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
ﻣﱧﺎ ﻧﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱕ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻣﱲﻨﻈﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﺤﱺ﮳ﻔﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺷﲔﻴﱧﻊﲠ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺴﱹﻠﱂﻜﱕﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳃﳀ
  1. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﺳﱻﻨﱱﺔﱂ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻓﱁﺘﱧﺤﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﱧﺎﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻓﱁﻈﱔﻠﱌﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﻌﱦﺮﱻﺟﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
ﻟﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺳﱻﻜﱝﲔﺮﱺﺕﱹ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻧﱧﺎ ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱱﺴﱹﺤﱻﻮﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﱨﺮﱻﻭﺟﱾﺎ ﻭﱺﺯﱺﻳﱱﻨﱱ﮳ﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﻨﱱ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
ﻭﱺﺣﱺﻔﲘﻈﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲎ ﺭﲄﺟﲌﻴﻢﲍ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﺮﱺﻕﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﱧ ﻓﱁﺄﱁﺗﱦﺒﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﺷﲔﻬﱺﺎﺏﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻣﱧﺪﱺﺩﱦﻧﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱱﻮﱹﺯﱻﻭﻥﲎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻌﱧ﮳ﻴﲐﺶﱔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﺴﱹﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﺮﱺ﮴ﺯﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻣﱰﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﺧﱺﺰﱺﺁﴢﲐﻨﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻘﱁﺪﱺﺭﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﱺ ﻟﱁﻮﱺ﮴ﻗﲘﺢﱺ ﻓﱁﺄﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﺳﱹﻘﱁﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻤﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﺨﱺ﮳ﺰﲌﻧﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺤﱹﻦﱻ ﻧﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻧﱨﻤﲘﻴﺖﱻ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺭﲌﺛﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱀﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧ﮲ﱦﺨﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﺤﱹﺸﱕﺮﱻﻫﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻠﱀﺼﱺ﮳ﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﱧﺈﲒ ﻣﱱﺴﱹﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱺﺂﻥﱱ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱨﻮﻡﲌ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﻖﲁ ﺑﱧﺸﱔﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦ ﺻﱺﻠﱀﺼﱺ﮳ﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﱧﺈﲒ ﻣﱱﺴﱹﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﻮﲄﻳﱦﺘﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﻧﱧﻔﱁﺨﱹﺖﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﻭﺣﲔﻰ ﻓﱁﻘﱁﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺳﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
ﻓﱁﺴﱺﺠﱺﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻛﱕﻠﱌﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﺃﱁﺑﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌﺈﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱻ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻛﱕﻦ ﵖﱝﲔﵑﱁﺳﱹﺠﱻﺪﱺ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲍ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺘﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻠﱀﺼﱺ﮳ﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻤﱧﺈﲒ ﻣﱱﺴﱹﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﺧﱹﺮﱻﺝﱹ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﺭﱺﺟﲌﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﻠﱋﻌﱦﻨﱧﺔﱁ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻈﲔﺮﱹﻧﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻈﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻮﱺﻗﱀﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲌ ﳁﳊﳅﳀ
  1. "Hingga ke hari - masa yang termaklum".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻮﱺﻳﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﵖﱔﵑﱂﺯﱺﻳﱰﲐﻨﱧﻦﲄ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﻏﱓﻮﲌﻳﱧﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﻙﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﻠﱁﺼﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱗ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
ﺇﲐﻥﱱ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻯ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﱽ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻟﱁﻤﱧﻮﱹﻋﲔﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
ﻟﱁﻬﱺﺎ ﺳﱺﺒﱦﻌﱧﺔﱂ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﲎ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺑﱧﺎﺏﲎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺟﱻﺰﱹﺀﱬ ﻣﱱﻘﱀﺴﱻﻮﻡﱪ ﳁﳆﳆﳀ
  1. "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲍ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﺴﱺﻠﱁ﮳ﻢﲍ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
ﻭﱺﻧﱧﺰﱺﻋﱹﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻏﲔﻞﱝﲍ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱻﺮﱻﺭﲎ ﻣﱲﺘﱧﻘﱁ﮳ﺒﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻤﱧﺴﲅﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻧﱧﺼﱺﺐﱿ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺑﲐﻤﱨﺨﱹﺮﱺﺟﲌﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
ﲿ ﻧﱧﺒﱰﲐﺊﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱧﺎ ﭐﻟﱀﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﲘﻴﻢﱨ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
ﻭﱺﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱦﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺿﱺﻴﱦﻒﲔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
ﺇﲐﺫﱦ ﺩﱧﺧﱺﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱫﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻮﱹﺟﱺﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻙﱔ ﺑﲐﻐﱨﻠﱁ﮳ﻢﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺑﱧﺸﱞﺮﱹﺗﱨﻤﱨﻮﻧﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻣﱱﺴﲄﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﱻ ﻓﱁﺒﲐﻢﱧ ﺗﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﺸﱞﺮﱹﻧﱧ﮳ﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﻨﲘﻄﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱀﻨﱧﻂﱕ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺣﱹﻤﱧﺔﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺧﱺﻄﱓﺒﱨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)".
ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻟﱂﻮﻁﲕ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱨﻨﱧﺠﲅﻮﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. "Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﱧﻪﱨﲵ ﻗﱁﺪﲄﺭﱹﻧﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. "Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻟﱂﻮﻁﲕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱲﻨﻜﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﺟﲌﺌﱦﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﻤﱦﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
ﻭﱺﺃﱁﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺼﱺ﮳ﺪﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
ﻓﱁﺄﱁﺳﱹﺮﲌ ﺑﲐﺄﱁﻫﱹﻠﲘﻚﱔ ﺑﲐﻘﲘﻄﱓﻊﲢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﺃﱁﺩﱦﺑﱧ﮳ﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻠﱀﺘﱧﻔﲘﺖﱹ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻭﱺﭐﻣﱦﻀﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺗﱨﺆﱹﻣﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
ﻭﱺﻗﱁﻀﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﺩﱧﺍﺑﲐﺮﱺ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻣﱧﻘﱀﻄﱕﻮﻉﱬ ﻣﱲﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﲘﻳﻨﱧﺔﲘ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺿﱺﻴﱦﻔﲘﻰ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻔﱀﻀﱺﺤﱻﻮﻥﲌ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺰﱻﻭﻥﲌ ﳁﳋﳈﳀ
  1. "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻧﱧﻨﱦﻬﱺﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺑﱧﻨﱧﺎﺗﲘﻰﳒ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).
ﻟﱁﻌﱧﻤﱦﺮﱻﻙﱔ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺳﱺﻜﱓﺮﱺﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺤﱺﺔﱂ ﻣﱨﺸﱓﺮﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻴﱧﻬﱺﺎ ﺳﱺﺎﻓﲘﻠﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻄﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺣﲔﺠﱺﺎﺭﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﲔﺠﲃﲌﻴﻞﲍ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﺳﲃﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻟﱁﺒﲐﺴﱺﺒﲐﻴﻞﲎ ﻣﱲﻘﲘﻴﻢﲍ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱦﻜﱔﺔﲘ ﻟﱁﻈﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻘﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﱁﺒﲐﺈﲐﻣﱧﺎﻡﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺤﲔﺠﱹﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul.
ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻨﱦﺤﲔﺘﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﲌ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱩﺎ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄﻴﱦﺤﱺﺔﱂ ﻣﱨﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﵖﱔﵕﺗﲘﻴﱧﺔﱆﲨ ﻓﱁﭑﺻﱹﻔﱁﺢﲠ ﭐﻟﺼﲄﻔﱀﺢﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﲘﻴﻞﱔ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱋ﮳ﻖﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺳﱺﺒﱦﻌﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺜﱁﺎﻧﲘﻰ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱧ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱨﺪﲄﻥﱱ ﻋﱺﻴﱦﻨﱧﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﺘﱱﻌﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻥﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﻔﲘﺾﱹ ﺟﱺﻨﱧﺎﺣﱺﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
ﻭﱺﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺬﲘﻳﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﱻ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱀﺘﱧﺴﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺟﱺﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱧ ﻋﲔﻀﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
ﻓﱁﻮﱺﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﱁﻨﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱁﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
ﻓﱁﭑﺻﱹﺪﱺﻉﱦ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱨﺆﱹﻣﱧﺮﱻ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱔﻔﱁﻴﱦﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﲘﻳﻦﱺ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺﲬ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻧﱱﻚﱔ ﻳﱧﻀﲔﻴﻖﱻ ﺻﱺﺪﱹﺭﱻﻙﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
ﻓﱁﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﻛﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
ﻭﱺﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱹ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻚﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻘﲘﻴﻦﱻ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.