Al-Baqara (البقرة)

Bacaan Penuh Al-Baqara
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱻ ﵖﱔﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺﲭ ﻓﲘﻴﻪﲘﲭ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳀ
  1. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻭﱺﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺃﱁﻧﺬﱔﺭﱹﺗﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﻨﺬﲘﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
ﺧﱺﺘﱧﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻤﱦﻌﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻏﲔﺸﱔ﮳ﻮﱺﺓﱬﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳉﳀ
  1. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺑﲐﭑﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
ﻳﱨﺨﱺ﮳ﺪﲘﻋﱻﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺨﱹﺪﱺﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻓﱁﺰﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺮﱺﺿﱾﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱨﺼﱹﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﭐﻟﺴﲅﻔﱁﻬﱺﺂﺀﱨﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺴﲅﻔﱁﻬﱺﺂﺀﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻟﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺷﱔﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺉﱻ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻤﱨﺪﲅﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﻀﲄﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﱁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺭﱺﺑﲐﺤﱺﺖ ﺗﱰﲘﺠﱺ﮳ﺮﱺﺗﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
ﻣﱧﺜﱁﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱹﻗﱁﺪﱺ ﻧﱧﺎﺭﱾﺍ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺿﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﻣﱧﺎ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵ ﺫﱧﻫﱺﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻨﱨﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﻛﱔﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲖ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
ﺻﱻﻢﱸ ﺑﱨﻜﱓﻢﱪ ﻋﱻﻤﱦﻰﱿ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺼﱺﻴﱰﲐﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻇﱕﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﱿ ﻭﱺﺭﱺﻋﱹﺪﱿ ﻭﱺﺑﱧﺮﱹﻕﱿ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﲐﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻧﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄﻮﱺ﮴ﻋﲔﻖﲌ ﺣﱺﺬﱔﺭﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﺤﲔﻴﻂﱛ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺮﱹﻕﱻ ﻳﱧﺨﱹﻄﱔﻒﱻ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱺﻫﱻﻢﱦﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺂ ﺃﱁﺿﱺﺂﺀﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﺸﱔﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﺬﱔﻫﱺﺐﱺ ﺑﲐﺴﱺﻤﱦﻌﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﲘﺮﱺ﮴ﺷﱘﺎ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻨﱧﺂﺀﱫ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﱧﺂﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺝﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﺪﱺﺍﺩﱫﺍ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﻳﱦﺐﲎ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﺒﱦﺪﲘﻧﱧﺎ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺴﱻﻮﺭﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁﻦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻭﱺﻗﱂﻮﺩﱨﻫﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﺠﱺﺎﺭﱺﺓﱨﲨ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺭﱻﺯﲌﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺛﱁﻤﱧﺮﱺﺓﲚ ﺭﲃﲌﺯﱹﻗﱅﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺭﱻﺯﲌﻗﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﺃﱂﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﲐﻬﱾﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱿ ﻣﱲﻄﱔﻬﲄﺮﱺﺓﱬﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻰﲤﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻀﱹﺮﲌﺏﱺ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺑﱧﻌﱨﻮﺿﱺﺔﱅ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱺﺎﲬ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎﺫﱧﺁ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺜﱁﵝﱅﵗﲪ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻀﲔﻞﱟ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻨﻘﱂﻀﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻬﱹﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﻄﱔﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻮﺻﱺﻞﱔ ﻭﱺﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.
ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﺗﱫﺎ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻴﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻓﱁﺴﱺﻮﲄﯨﻬﱻﻦﲄ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲖﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺟﱺﺎﻋﲔﻞﱙ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺧﱺﻠﲘﻴﻔﱁﺔﱅﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻔﲘﻚﱕ ﭐﻟﺪﲃﲘﻣﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻧﱨﺴﱺﺒﱰﲘﺢﱻ ﺑﲐﺤﱺﻤﱦﺪﲘﻙﱔ ﻭﱺﻧﱨﻘﱁﺪﲃﲘﺱﱻ ﻟﱁﻚﱔﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
ﻭﱺﻋﱺﻠﱋﻢﱧ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﱧ ﻛﱕﻠﱋﻬﱺﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﻋﱺﺮﱺﺿﱺﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﲲﺒﲐ﮲ﱨﻮﻧﲘﻰ ﺑﲐﺄﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﲘ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﻋﲔﻠﱀﻢﱧ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱧﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧﳌ﮲ﱧﺎﺩﱧﻡﱨ ﺃﱁﻧﲲﺒﲐﺌﱦﻬﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﺳﱹﻤﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺄﱁﻫﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﺳﱹﻤﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻗﱂﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻏﱔﻴﱦﺐﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﭐﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﵖﲔﵕﺩﱧﻡﱧ ﻓﱁﺴﱺﺠﱺﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﺃﱁﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱺ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻳﱧﳌ﮲ﱧﺎﺩﱧﻡﱨ ﭐﺳﱹﻜﱕﻦﱹ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﺯﱺﻭﱹﺟﱻﻚﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻛﱕﵝﱁﵗ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺭﱺﻏﱔﺪﱼﺍ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻤﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺮﱺﺑﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱺﺓﱧ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﺄﱁﺯﱺﻟﱋﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱺﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻫﱹﺒﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﻌﱦﺾﲝ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉﲨ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲉ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
ﻓﱁﺘﱧﻠﱁﻘﱋﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱨ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﲖ ﻓﱁﺘﱧﺎﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﲄﺍﺏﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻫﱹﺒﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻣﱱﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱱﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱰﲘﻰ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﺒﲘﻊﱧ ﻫﱻﺪﱺﺍﻯﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘﻯﳒ ﺃﱂﻭﻑﲔ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻳﱱ﮳ﻰﱺ ﻓﱁﭑﺭﱹﻫﱺﺒﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﺖﱻ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﻛﱔﺎﻓﲘﺮﲏ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻭﱺﺇﲐﻳﱱ﮳ﻰﱺ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﻥﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻭﱺﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﺭﱹﻛﱔﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﻛﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
ﲿ ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﲐﺮﲃﲌ ﻭﱺﺗﱧﻨﺴﱺﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻌﲘﻴﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺼﲄﺒﱦﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﻟﱁﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱺﺓﱪ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺭﱺ﮴ﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻓﱁﻀﲄﻠﱀﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﱽ ﻋﱺﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱕ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﺧﱺﺬﱕ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻋﱺﺪﱹﻝﱙ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻳﱧﺴﱻﻮﻣﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱨﺬﱔﺑﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻴﱨﻮﻥﱧ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﱧﵝﱁﵚﺀﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻓﱁﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺ ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻭﱺ﮴ﻋﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻴﱦﻠﱁﺔﱅ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
ﺛﱂﻢﱱ ﻋﱺﻔﱁﻮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻇﱔﻠﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﺗﱰﲘﺨﱺﺎﺫﲘﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﻓﱁﺘﱨﻮﺑﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺑﱧﺎﺭﲌﴢﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻗﱀﺘﱨﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺑﱧﺎﺭﲌﴢﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﺎﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﲄﺍﺏﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﱁﻦ ﻧﱲﺆﱹﻣﲘﻦﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻧﱧﺮﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺟﱺﻬﱹﺮﱺﺓﱫ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻌﲘﻘﱁﺔﱂ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﻌﱧﺜﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﻇﱔﻠﱋﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻤﱧﺎﻡﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻦﲄ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻠﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﻧﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﱁ ﻓﱁﻜﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻢﱦ ﺭﱺﻏﱔﺪﱾﺍ ﻭﱺﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺏﱺ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﲔﻄﱞﺔﱆ ﻧﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﻄﱔ﮳ﻴﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺳﱺﻨﱧﺰﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".
ﻓﱁﺒﱧﺪﲄﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﵖﱖﵐ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﺭﲌﺟﱹﺰﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺴﱻﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﺴﱹﻘﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻘﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﺿﱹﺮﲌﺏ ﺑﱰﲐﻌﱧﺼﱺﺎﻙﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﺠﱺﺮﱺﲨ ﻓﱁﭑﻧﻔﱁﺠﱺﺮﱺﺕﱹ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﺎ ﻋﱺﺸﱓﺮﱺﺓﱧ ﻋﱺﻴﱦﻨﱫﺎﲨ ﻗﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱂﻧﱧﺎﺱﲞ ﻣﱱﺸﱓﺮﱺﺑﱧﻬﱻﻢﱦﲨ ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺭﲃﲌﺯﱹﻕﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺜﱁﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﱁﻦ ﻧﱱﺼﱹﺒﲐﺮﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﲎ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﲚ ﻓﱁﭑﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﻨﲲﺒﲐﺖﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻘﱀﻠﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﻗﲘﺜﱋﺂﴢﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻓﱂﻮﻣﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﺳﲔﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﺼﱺﻠﲘﻬﱺﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺗﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱽﲬ ﭐﻫﱹﺒﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﻣﲘﺼﱹﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱨﻢﱦﲩ ﻭﱺﺿﱻﺮﲌﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺬﱝﲘﻟﱋﺔﱂ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﻜﱔﻨﱧﺔﱂ ﻭﱺﺑﱧﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﻐﱧﻀﱺﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﺼﱺﻮﺍﲯ ﻭﲄﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻞﱔ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱟﻮﺭﱺ ﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﺑﲐﻘﱂﻮﲄﺓﲚ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻓﱁﻠﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻓﱁﻀﱹﻞﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﱨﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻭﱹﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺒﱦﺖﲔ ﻓﱁﻘﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﲘﺮﱺﺩﱧﺓﱩ ﺧﱺ﮳ﺴﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻧﱧﻜﱔ﮳ﵝﱅﵗ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺬﱓﺑﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﱧﻘﱁﺮﱺﺓﱫﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻧﱧﺎ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻋﱻﻮﺫﱨ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻛﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺑﱧﻘﱁﺮﱺﺓﱬ ﵖﱞﵐ ﻓﱁﺎﺭﲌﺽﱿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﲐﻜﱓﺮﱽ ﻋﱺﻮﱺﺍﻥﱮ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻓﱁﭑﻓﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺗﱨﺆﱹﻣﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻮﱹﻧﱨﻬﱺﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺑﱧﻘﱁﺮﱺﺓﱬ ﺻﱺﻔﱀﺮﱺﺁﺀﱨ ﻓﱁﺎﻗﲘﻊﱬ ﻟﱋﻮﱹﻧﱨﻬﱺﺎ ﺗﱧﺴﱻﺮﲅ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﺒﱧﻘﱁﺮﱺ ﺗﱧﺸﱔ﮳ﺒﱧﻪﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺇﲐﻧﱱﻬﱺﺎ ﺑﱧﻘﱁﺮﱺﺓﱬ ﵖﱞﵐ ﺫﱧﻟﱂﻮﻝﱙ ﺗﱨﺜﲘﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﻘﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﱺ ﻣﱨﺴﱺﻠﱋﻤﱧﺔﱆ ﵖﱞﵐ ﺷﲔﻴﱧﺔﱁ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀ﮲ﱧ﮳ﻦﱺ ﺟﲌﺌﱦﺖﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻓﱁﺬﱔﺑﱧﺤﱻﻮﻫﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺘﱧﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻧﱧﻔﱀﺴﱾﺎ ﻓﱁﭑﺩﱱ﮴ﺭﱺ﮶ﺗﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱿ ﻣﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
ﻓﱁﻘﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﺿﱹﺮﲌﺑﱨﻮﻩﱨ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﻀﲔﻬﱺﺎﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻭﱺﻳﱨﺮﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﺴﱺﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻬﲌﻰﱺ ﻛﱔﭑﻟﱀﺤﲔﺠﱺﺎﺭﱺﺓﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﻗﱁﺴﱹﻮﱺﺓﱫﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﲔﺠﱺﺎﺭﱺﺓﲘ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﺠﲄﺮﱻ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﻳﱧﺸﱞﻘﱋﻖﱻ ﻓﱁﻴﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﻳﱧﻬﱹﺒﲐﻂﱕ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﺸﱓﻴﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
ﲿ ﺃﱁﻓﱁﺘﱧﻄﱓﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﻠﱁ﮳ﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻘﱁﻠﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. (Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻟﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﵝﱁﵗ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺗﱨﺤﱺﺪﲃﲘﺛﱂﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻓﱁﺘﱧﺢﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻛﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
ﺃﱁﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺴﲔﺮﲅﻭﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻌﱦﻠﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳀ
  1. (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?
ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻣﱰﲘﻴﱲﻮﻥﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻣﱧﺎﻧﲘﻰﲄ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﺄﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗﲨ ﻓﱁﻮﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱋﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺘﱧﺒﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻭﱺﻳﱦﻞﱙ ﻟﱋﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱧﻤﱧﺴﲄﻨﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻳﱱﺎﻣﱫﺎ ﻣﱱﻌﱦﺪﱻﻭﺩﱧﺓﱫﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻬﱹﺪﱾﺍ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻬﱹﺪﱺﻩﱨﲵﳒﲨ ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎﲬ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺴﱺﺐﱺ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱅ ﻭﱺﺃﱁﺣﱺ﮳ﻄﱔﺖﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺧﱺﻄﲔﻴﳒ﮲ﱧﺘﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
  1. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺑﲐﭑﻟﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﺇﲐﺣﱹﺴﱺﺎﻧﱫﺎ ﻭﱺﺫﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﲌ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﱻﺴﱹﻨﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﻔﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﺩﲘﻣﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻛﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺭﱹﺗﱨﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻥﱧ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﺗﱧﻈﱔ﮳ﻬﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﲌ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻛﱕﻢﱦ ﺃﱂﺳﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﺗﱨﻔﱁ﮳ﺪﱻﻭﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺤﱺﺮﲄﻡﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺧﱹﺮﱺﺍﺟﱻﻬﱻﻢﱦﲬ ﺃﱁﻓﱁﺘﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞﲬ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻳﱨﺮﱺﺩﱲﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺷﱔﺪﲃﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺨﱺﻔﱋﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﻗﱁﻔﱋﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﺑﲐﭑﻟﺮﲅﺳﱻﻞﲌﲨ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻳﱱﺪﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﺮﱻﻭﺡﲠ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﱻﺱﲜﲩ ﺃﱁﻓﱁﻜﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱛ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻬﱹﻮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻜﱕﻢﱨ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﻓﱁﻔﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻛﱔﺬﱞﺑﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻨﱧﺎ ﻏﱕﻠﱀﻒﲁﲬ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﻌﱧﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻔﱀﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻕﱿ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻔﱀﺘﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻋﱺﺮﱺﻓﱂﻮﺍﲯ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻓﱁﻠﱁﻌﱦﻨﱧﺔﱂ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
ﺑﲐﺌﱦﺴﱺﻤﱧﺎ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱩﺎ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲨ ﻓﱁﺒﱧﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﻐﱧﻀﱺﺐﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻏﱔﻀﱺﺐﲎﲬ ﻭﱺﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧﻩﱨﲵ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢ ﻣﱲﻮﺳﱺﻰﳎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﻄﱟﻮﺭﱺ ﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﺑﲐﻘﱂﻮﲄﺓﲚ ﻭﱺﭐﺳﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺼﱺﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱂﺷﱓﺮﲌﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﺑﲐﻜﱕﻔﱀﺮﲌﻫﲔﻢﱦﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺑﲐﺌﱦﺴﱺﻤﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱨﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﺎﻟﲘﺼﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﱁﺘﱧﻤﱧﻨﱱﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".
ﻭﱺﻟﱁﻦ ﻳﱧﺘﱧﻤﱧﻨﱱﻮﱹﻩﱨ ﺃﱁﺑﱧﺪﲀﺍ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﺠﲌﺪﱺﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺣﱹﺮﱺﺹﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲚ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯﲬ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﺃﱁﺣﱺﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱨﻌﱧﻤﱱﺮﱻ ﺃﱁﻟﱀﻒﱺ ﺳﱺﻨﱧﺔﲚ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﻤﱨﺰﱺﺣﱹﺰﲌﺣﲔﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻌﱧﻤﱱﺮﱺﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺪﱻﻭﲈﺍ ﻟﱊﲘﺠﲌﺒﱦﺮﲌﻳﻞﱔ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻧﱧﺰﲄﻟﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻚﱔ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺑﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".
ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺪﱻﻭﲈﺍ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺟﲌﺒﱦﺮﲌﻳﻞﱔ ﻭﱺﻣﲘﻴﻜﱔﯩﳎﻞﱔ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻟﱊﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲗ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.
ﺃﱁﻭﱺﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻬﱹﺪﱾﺍ ﻧﱱﺒﱧﺬﱔﻩﱨﲵ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻕﱿ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺬﱔ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱨﻠﱀﻚﲔ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﭐﻟﺴﲃﲔﺤﱹﺮﱺ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﻜﱔﻴﱦﻦﲌ ﺑﲐﺒﱧﺎﺑﲐﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﺕﱺ ﻭﱺﻣﱧ﮳ﺮﱻﻭﺕﱺﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲙ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻘﱂﻮﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹﲨ ﻓﱁﻴﱧﺘﱧﻌﱧﻠﱋﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻗﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﺀﲘ ﻭﱺﺯﱺﻭﱹﺟﲌﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﻀﱺﺂﺭﲃﲌﻳﻦﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻳﱧﺘﱧﻌﱧﻠﱋﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁ﮳ﻖﲎﲬ ﻭﱺﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﺷﱔﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻟﱁﻤﱧﺜﱂﻮﺑﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿﲬ ﻟﱋﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺ﮴ﻋﲔﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹﻧﱧﺎ ﻭﱺﭐﺳﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻣﱱﺎ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺺﲅ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
ﲿ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﻨﺴﱺﺦﱹ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱨﻨﺴﲔﻬﱺﺎ ﻧﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﺨﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﺜﱀﻠﲘﻬﱺﺂﲩ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲍ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺳﱻﴣﲐﻞﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﺒﱧﺪﲄﻝﲌ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﻞﱞ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus.
ﻭﱺﺩﱱ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻧﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱼﺍ ﺣﱺﺴﱺﺪﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻔﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺻﱹﻔﱁﺤﱻﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﳒﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻘﱁﺪﲃﲘﻣﱨﻮﺍﲯ ﵖﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻩﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻞﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻫﱻﻮﺩﱩﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎﲩ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺃﱁﻣﱧﺎﻧﲘﻴﱲﻬﱻﻢﱦﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﱨﺮﱹﻫﱺ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎﲬ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻢﱧ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻪﱨﲵ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺤﱹﺴﲔﻦﱿ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻩﱨﲵ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻟﱁﻴﱦﺴﱺﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﻟﱁﻴﱦﺴﱺﺖﲔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﺜﱀﻞﱔ ﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻓﱁﭑﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳃﳃﳀ
  1. Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﻣﱱﻨﱧﻊﱧ ﻣﱧﺴﱺ﮳ﺠﲌﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺬﱓﻛﱔﺮﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﭐﺳﱹﻤﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﺳﱺﻌﱧﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﺮﱺﺍﺑﲐﻬﱺﺂﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻫﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺧﱺﺂﴢﲐﻔﲘﻴﻦﱺﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺧﲔﺰﱹﻯﱿ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳆﳃﳃﳀ
  1. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﱻﲬ ﻓﱁﺄﱁﻳﱦﻨﱧﻤﱧﺎ ﺗﱨﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻓﱁﺜﱁﻢﱱ ﻭﱺﺟﱹﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳃﳃﳀ
  1. Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﱁﺪﱾﺍﲩ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﲨ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻗﱁ﮳ﻨﲘﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳃﳀ
  1. Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.
ﺑﱧﺪﲘﻳﻊﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳉﳃﳃﳀ
  1. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﻗﱁﻮﱹﻟﲘﻬﲌﻢﱦﲪ ﺗﱧﺸﱔ﮳ﺒﱧﻬﱺﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻴﱱﻨﱱﺎ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﻮﻗﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳃﳀ
  1. Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.
ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺑﱧﺸﲔﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱾﺍﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﲌ ﳁﳋﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.
ﻭﱺﻟﱁﻦ ﺗﱧﺮﱹﺿﱺﻰﳎ ﻋﱺﻨﻚﱔ ﭐﻟﱀﻴﱧﻬﱻﻮﺩﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﭐﻟﻨﱱﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱧ ﻣﲘﻠﱋﺘﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎﲩ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﺖﱺ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﻟﲘﻰﲃﲦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﲍ ﳁﳂﳄﳃﳀ
  1. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﺣﱺﻖﲄ ﺗﲘﵝﱁﵗﻭﱺﺗﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳃﳀ
  1. Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﺖﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻓﱁﻀﲄﻠﱀﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳃﳀ
  1. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺲﱽ ﻋﱺﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱕ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻋﱺﺪﱹﻝﱙ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻬﱺﺎ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳃﳀ
  1. Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﲘ ﭐﺑﱦﺘﱧﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﲖ ﻓﱁﺄﱁﺗﱧﻤﱱﻬﱻﻦﲄﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺟﱺﺎﻋﲔﻠﱂﻚﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺇﲐﻣﱧﺎﻣﱫﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻰﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﱧﺎﻝﱕ ﻋﱺﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﻣﱧﺜﱁﺎﺑﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻨﱫﺎ ﻭﱺﭐﺗﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﻘﱁﺎﻡﲌ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻣﱨﺼﱺﻠﱏﻰﲨ ﻭﱺﻋﱺﻬﲌﺪﱹﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﺃﱁﻥ ﻃﱔﻬﲃﲌﺮﱺﺍ ﺑﱧﻴﱦﺘﲘﻰﱺ ﻟﲘﻠﻄﱞﺂﴢﲐﻔﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻜﲔﻔﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺮﲅﻛﱞﻊﲠ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﳁﳇﳄﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞﱓ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻠﱁﺪﱼﺍ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎ ﻭﱺﭐﺭﱹﺯﱻﻕﱹ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺄﱂﻣﱧﺘﱰﲘﻌﱨﻪﱨﲵ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺿﱹﻄﱔﺮﲅﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳈﳄﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺮﱹﻓﱁﻊﱨ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱺﺍﻋﲔﺪﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱕ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﺗﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﻣﲘﻨﱱﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳉﳄﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱧﻴﱦﻦﲌ ﻟﱁﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱧﺔﱅ ﻟﱋﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﺭﲌﻧﱧﺎ ﻣﱧﻨﱧﺎﺳﲔﻜﱔﻨﱧﺎ ﻭﱺﺗﱨﺐﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﲄﺍﺏﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳄﳃﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺑﱦﻌﱧﺚﱹ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻚﱔ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳄﳃﳀ
  1. "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺮﱹﻏﱔﺐﱻ ﻋﱺﻦ ﻣﱰﲘﻠﱋﺔﲘ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦ ﺳﱺﻔﲘﻪﱧ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳅﳃﳀ
  1. Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺳﱹﻠﲘﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺖﱻ ﻟﲘﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳃﳀ
  1. (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
ﻭﱺﻭﱺﺻﲄﻰﳎ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺑﱧﻨﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱻ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﲄ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻰﳎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻤﱨﻮﺗﱨﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳃﳀ
  1. Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
ﺃﱁﻡﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧ ﺇﲐﺫﱦ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﺒﱧﻨﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱺﻚﱔ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻚﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱾﺎ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳃﳀ
  1. (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹﲨ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱦﺘﱨﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳃﳀ
  1. Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻮﺩﱩﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺑﱧﻞﱓ ﻣﲘﻠﱋﺔﱁ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳃﳀ
  1. Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
ﻗﱂﻮﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻁﲔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻕﱻ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﲘﺜﱀﻞﲌ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻭﺍﲯﲨ ﻭﲄﺇﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺷﲔﻘﱁﺎﻕﲎﲨ ﻓﱁﺴﱺﻴﱧﻜﱓﻔﲘﻴﻜﱔﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳉﳅﳃﳀ
  1. Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﺻﲔﺒﱦﻐﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻦﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺻﲔﺒﱦﻐﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳅﳃﳀ
  1. (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺗﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻧﱧﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥﱱ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻁﱔ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻮﺩﱩﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺼﱺ﮳ﺮﱺﻯﳎﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺀﱧﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻡﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﻛﱔﺘﱧﻢﱧ ﺷﱔﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱩ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳆﳃﳀ
  1. "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹﲨ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱦﺘﱨﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳆﳃﳀ
  1. Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.
ﲿ ﺳﱺﻴﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﺴﲅﻔﱁﻬﱺﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻟﱋﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﻗﲘﺒﱦﻠﱁﺘﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲬ ﻗﱂﻞ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﱻ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﱻﲬ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳆﳃﳀ
  1. Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺﺳﱺﻄﱘﺎ ﻟﱊﲘﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱾﺍﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﲘﺒﱦﻠﱁﺔﱁ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻨﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺐﱻ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻘﲘﺒﱧﻴﱦﻪﲘﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻟﱁﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱺﺓﱩ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱨﻀﲔﻴﻊﱧ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﭑﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﺮﱺﺀﱨﻭﻑﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳆﳃﳀ
  1. Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
ﻗﱁﺪﱹ ﻧﱧﺮﱺﻯﳎ ﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺐﱺ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘﲨ ﻓﱁﻠﱁﻨﱨﻮﱺﻟﱊﲘﻴﱧﻨﱱﻚﱔ ﻗﲘﺒﱦﻠﱁﺔﱅ ﺗﱧﺮﱹﺿﱺﯩﳎﻬﱺﺎﲬ ﻓﱁﻮﱺﻝﱝﲌ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻚﱔ ﺷﱔﻄﱓﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌﲬ ﻭﱺﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻄﱓﺮﱺﻩﱨﲵﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻟﱁﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳃﳀ
  1. Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺃﱁﺗﱧﻴﱦﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻗﲘﺒﱦﻠﱁﺘﱧﻚﱔﲬ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﺘﱧﺎﺑﲘﻊﲢ ﻗﲘﺒﱦﻠﱁﺘﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢ ﺑﲐﺘﱧﺎﺑﲘﻊﲢ ﻗﲘﺒﱦﻠﱁﺔﱁ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲬ ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﺖﱺ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﺁﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻴﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳃﳀ
  1. Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻤﱦﺘﱧﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳆﳃﳀ
  1. Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
ﻭﱺﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲎ ﻭﲌﺟﱹﻬﱺﺔﱄ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﻮﱺﻟﱊﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺒﲐﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔﲬ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺧﱺﺮﱺﺟﱹﺖﱺ ﻓﱁﻮﱺﻝﱝﲌ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻚﱔ ﺷﱔﻄﱓﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻠﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺧﱺﺮﱺﺟﱹﺖﱺ ﻓﱁﻮﱺﻝﱝﲌ ﻭﱺﺟﱹﻬﱺﻚﱔ ﺷﱔﻄﱓﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌﲬ ﻭﱺﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻄﱓﺮﱺﻩﱨﲵ ﻟﲘﺌﱧﵝﱋﵗ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺣﱻﺠﲄﺔﱄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﵖﲔﵑﱂﺗﲘﻢﱱ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﻧﲘﻰﳒ ﺃﱁﺫﱦﻛﱕﺮﱹﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﲌ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺳﱹﺘﱧﻌﲘﻴﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺼﲄﺒﱦﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱨﻘﱀﺘﱧﻞﱕ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﺕﲁﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺂﺀﱬ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
ﻭﱺﻟﱁﻨﱧﺒﱦﻠﱂﻮﱺﻧﱱﻜﱕﻢ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻮﱹﻑﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱻﻮﻉﲠ ﻭﱺﻧﱧﻘﱀﺺﲞ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻔﱂﺲﲜ ﻭﱺﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔﲩ ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﺘﱦﻬﱻﻢ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﱆ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺭﱺ﮴ﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺻﱺﻠﱁﻮﱺ﮴ﺕﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱆﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺼﲄﻔﱁﺎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﻭﱺﺓﱧ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻌﱧﺂﴢﲐﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﺞﲄ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﱺ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﻋﱹﺘﱧﻤﱧﺮﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻄﱞﻮﲄﻑﱺ ﺑﲐﻬﲌﻤﱧﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺗﱧﻄﱔﻮﲄﻉﱧ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺎﻛﲔﺮﱽ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱱﻨﱱ﮳ﻪﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﻨﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻳﱧﻠﱀﻌﱧﻨﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻠﱋ﮳ﻌﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﺑﱧﻴﱱﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺗﱨﻮﺏﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎ ﭐﻟﺘﱱﻮﲄﺍﺏﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱽ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻌﱦﻨﱧﺔﱂ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱺﻔﱋﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.
ﻭﱺﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲨ ﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻒﲔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﺂﺀﲚ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﺚﲄ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺩﱧﺁﺑﱱﺔﲚ ﻭﱺﺗﱧﺼﱹﺮﲌﻳﻒﲔ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﲠ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺎﺏﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺨﲄﺮﲌ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻧﺪﱺﺍﺩﱫﺍ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺤﱻﺐﲃﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﺣﱻﺒﱵﺎ ﴦﱰﲘﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻳﱧﺮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﱀﻘﱂﻮﲄﺓﱧ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺒﱧﺮﲄﺃﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱲﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺭﱺﺃﱁﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﻄﱞﻌﱧﺖﱹ ﺑﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﺏﱻ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻛﱔﺮﲄﺓﱫ ﻓﱁﻨﱧﺘﱧﺒﱧﺮﲄﺃﱁ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺗﱧﺒﱧﺮﲄﺀﱨﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱱﺎﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺮﲌﻳﻬﲌﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺴﱺﺮﱺ﮴ﺕﲕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻢ ﺑﲐﺨﱺ﮳ﺮﲌﺟﲌﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺣﱺﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﺧﱻﻄﱕﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﺴﲅﻮﳒﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱁﺤﱹﺸﱔﺂﺀﲘ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻟﱀﻔﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?
ﻭﱺﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻨﱦﻌﲘﻖﱻ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺩﱨﻋﱺﺂﺀﱫ ﻭﱺﻧﲘﺪﱺﺁﺀﱫﲬ ﺻﱻﻢﱸ ﺑﱨﻜﱓﻢﱪ ﻋﱻﻤﱦﻰﱿ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﺷﱓﻜﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻳﱱﺎﻩﱨ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺘﱧﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﻡﱧ ﻭﱺﻟﱁﺤﱹﻢﱧ ﭐﻟﱀﺨﲔﻨﺰﲌﻳﺮﲌ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻫﲔﻞﱞ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻟﲘﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺿﱹﻄﱕﺮﲄ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺑﱧﺎﻍﲢ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻋﱺﺎﺩﲚ ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺇﲐﺛﱀﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱪ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﻀﲄﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﱁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲘﲬ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺒﱧﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺷﲔﻘﱁﺎﻕﲏ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﲚ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).
ﲿ ﻟﱋﻴﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲄ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﻗﲘﺒﱧﻞﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲄ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺎﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱻﺒﱰﲐﻪﲘﲶ ﺫﱧﻭﲌﻯ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺑﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﺑﱦﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺂﴢﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﻟﺮﲃﲌﻗﱁﺎﺏﲌ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻡﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻰ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻮﻓﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯﲨ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺳﱺﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻭﱺﺣﲔﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺱﲜﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺻﱺﺪﱺﻗﱂﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳃﳀ
  1. Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺼﱺﺎﺹﱻ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻠﱁﻰﲨ ﭐﻟﱀﺤﱻﺮﲅ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱻﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﺒﱦﺪﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺒﱦﺪﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﻋﱻﻔﲘﻰﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻓﱁﭑﺗﱰﲘﺒﱧﺎﻉﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﺃﱁﺩﱧﺁﺀﱪ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺑﲐﺈﲐﺣﱹﺴﱺ﮳ﻦﲎﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺗﱧﺨﱹﻔﲘﻴﻒﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱆﲩ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳉﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻘﲘﺼﱺﺎﺹﲜ ﺣﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱬ ﻳﱧﳌﺄﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳃﳀ
  1. Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺣﱺﻀﱺﺮﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱻ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱼﺍ ﭐﻟﱀﻮﱺﺻﲔﻴﱱﺔﱂ ﻟﲘﻠﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﲐﻴﻦﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲨ ﺣﱺﻘﱍﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳃﳀ
  1. Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
ﻓﱁﻤﱧﻦﲲ ﺑﱧﺪﲄﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺﻣﱧﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺇﲐﺛﱀﻤﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺒﱧﺪﲃﲘﻟﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳊﳃﳀ
  1. Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺧﱺﺎﻑﱺ ﻣﲘﻦ ﻣﱲﻮﺹﲞ ﺟﱺﻨﱧﻔﱃﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺇﲐﺛﱀﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳄﳊﳃﳀ
  1. Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺼﲃﲔﻴﱧﺎﻡﱨ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳊﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
ﺃﱁﻳﱱﺎﻣﱫﺎ ﻣﱱﻌﱦﺪﱻﻭﺩﱧ﮴ﺕﲖﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺮﲌﻳﻀﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲎ ﻓﱁﻌﲘﺪﲄﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲍ ﺃﱂﺧﱺﺮﱺﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻄﲔﻴﻘﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻓﲘﺪﱹﻳﱧﺔﱆ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﱨ ﻣﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﲎﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﻄﱔﻮﲄﻉﱧ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺼﱻﻮﻣﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳊﳃﳀ
  1. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
ﺷﱔﻬﱹﺮﱻ ﺭﱺﻣﱧﻀﱺﺎﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﲌﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﻬﲌﺪﱺ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱺ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺼﱻﻤﱦﻪﱨﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﱧﺮﲌﻳﻀﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲎ ﻓﱁﻌﲘﺪﲄﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲍ ﺃﱂﺧﱺﺮﱺﲩ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻴﱨﺴﱹﺮﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺑﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱨﺴﱹﺮﱺ ﻭﱺﻟﲘﺘﱨﻜﱓﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﺪﲄﺓﱧ ﻭﱺﻟﲘﺘﱨﻜﱔﺒﱰﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻫﱺﺪﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳊﳃﳀ
  1. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﺄﱁﻟﱁﻚﱔ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻯ ﻋﱺﻨﱰﲘﻰ ﻓﱁﺈﲐﻧﱰﲘﻰ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱽﲨ ﺃﱂﺟﲌﻴﺐﱻ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﺓﱧ ﭐﻟﺪﲄﺍﻉﲠ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺩﱧﻋﱺﺎﻥﲌﲨ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﱀﻴﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻰ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺷﱕﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳊﳃﳀ
  1. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
ﺃﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻴﱦﻠﱁﺔﱁ ﭐﻟﺼﲃﲔﻴﱧﺎﻡﲌ ﭐﻟﺮﲄﻓﱁﺚﱻ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻧﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻫﱻﻦﲄ ﻟﲘﺒﱧﺎﺱﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﺎﺱﱿ ﻟﱋﻬﱻﻦﲄﲩ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﺎﻧﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﺎﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻔﱁﺎ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﻟﱀ﮲ﱧ﮳ﻦﱺ ﺑﱧ﮳ﺸﲔﺮﱻﻭﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﱧﻐﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺘﱧﺐﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺘﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﻂﱕ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﻴﱧﺾﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﻂﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻮﱺﺩﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﺠﱹﺮﲌﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺗﲘﻤﱲﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲃﲔﻴﱧﺎﻡﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱧ﮳ﺸﲔﺮﱻﻭﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺ﮳ﻜﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﲩ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻘﱀﺮﱺﺑﱨﻮﻫﱺﺎﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳃﳀ
  1. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻭﱺﺗﱨﺪﱹﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱞﺎﻡﲌ ﻟﲘﺘﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻝﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳃﳀ
  1. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
ﲿ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻫﲔﻠﱋﺔﲘﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﲔﻰﱺ ﻣﱧﻮﱺ﮴ﻗﲘﻴﺖﱻ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲃﲠﲩ ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲅ ﺑﲐﺄﱁﻥ ﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱨﻴﱨﻮﺕﱺ ﻣﲘﻦ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲄ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻰﳎﲩ ﻭﱺﺃﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱨﻴﱨﻮﺕﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺑﲐﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳊﳃﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳂﳋﳃﳀ
  1. Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
ﻭﱺﭐﻗﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺛﱁﻘﲘﻔﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱻﻮﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱂ ﺃﱁﺷﱔﺪﲅ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﲌﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻗﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺀﱨ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳋﳃﳀ
  1. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
ﻓﱁﺈﲐﻥﲌ ﭐﻧﺘﱧﻬﱺﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳄﳋﳃﳀ
  1. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻭﱺﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﲌ ﭐﻧﺘﱧﻬﱺﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻋﱻﺪﱹﻭﱺ﮴ﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳃﳀ
  1. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
ﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﱨ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﻬﱹﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱻﺮﱻﻣﱧ﮳ﺖﱻ ﻗﲘﺼﱺﺎﺹﱿﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺑﲐﻤﲘﺜﱀﻞﲌ ﻣﱧﺎ ﭐﻋﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳋﳃﳀ
  1. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻠﱀﻘﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﺄﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺘﱱﻬﱹﻠﱂﻜﱔﺔﲘ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﺴﲔﻨﱨﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳋﳃﳀ
  1. Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
ﻭﱺﺃﱁﺗﲘﻤﱲﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲄ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱦﺮﱺﺓﱧ ﴦﲘﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱂﺣﱹﺼﲔﺮﱹﺗﱨﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻴﱦﺴﱺﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﲌﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﻠﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﱺﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺒﱦﻠﱂﻎﱁ ﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﱻ ﻣﱧﺤﲔﻠﱋﻪﱨﲵﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺮﲌﻳﻀﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺃﱀﺳﲔﻪﲘﲶ ﻓﱁﻔﲘﺪﱹﻳﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺻﲔﻴﱧﺎﻡﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱨﺴﱻﻚﲖﲬ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻣﲘﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﻤﱧﺘﱱﻊﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﻤﱦﺮﱺﺓﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲃﲠ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻴﱦﺴﱺﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻬﱺﺪﱹﻯﲌﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺠﲌﺪﱹ ﻓﱁﺼﲔﻴﱧﺎﻡﱨ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲃﲠ ﻭﱺﺳﱺﺒﱦﻌﱧﺔﲙ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺟﱺﻌﱦﺘﱨﻢﱦﲩ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﻋﱺﺸﱔﺮﱺﺓﱬ ﻛﱔﺎﻣﲘﻠﱁﺔﱆﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻠﱂﻪﱨﲵ ﺣﱺﺎﺿﲔﺮﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳈﳋﳃﳀ
  1. Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲅ ﺃﱁﺷﱓﻬﱻﺮﱿ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻣﱧ﮳ﺖﱿﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻓﱁﺮﱺﺽﱺ ﻓﲘﻴﻬﲌﻦﲄ ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲄ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺭﱺﻓﱁﺚﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﱂﺴﱻﻮﻕﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﲌﺪﱺﺍﻝﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺞﲃﲠﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱦﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﺗﱧﺰﱺﻭﲄﺩﱨﻭﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺧﱺﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﺰﲄﺍﺩﲘ ﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﻥﲌ ﻳﱧﳌﺄﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳉﳋﳃﳀ
  1. (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱽ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱦﺘﱧﻐﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻓﱁﻀﱹﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺮﱺﻓﱁ﮳ﺖﲖ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﻌﱧﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌﲨ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﻩﱨ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻫﱺﺪﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳃﳀ
  1. Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻓﲘﻴﻀﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺃﱁﻓﱁﺎﺽﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳋﳃﳀ
  1. Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﻨﱧ﮳ﺴﲔﻜﱔﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺬﲘﻛﱓﺮﲌﻛﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺷﱔﺪﲄ ﺫﲘﻛﱓﺮﱾﺍﲩ ﻓﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﲘﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁ﮳ﻖﲎ ﳁﳂﳂﳄﳀ
  1. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﲘﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱅ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱅ ﻭﱺﻗﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳃﳂﳄﳀ
  1. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺼﲔﻴﺐﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳄﳂﳄﳀ
  1. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
ﲿ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﺪﱻﻭﺩﱧ﮴ﺕﲖﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﻌﱧﺠﲄﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺇﲐﺛﱀﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺗﱧﺄﱁﺧﲄﺮﱺ ﻓﱁﵝﱁﵚ ﺇﲐﺛﱀﻢﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻟﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻰﳎﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳄﳀ
  1. Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻌﱦﺠﲌﺒﱨﻚﱔ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻳﱨﺸﱓﻬﲌﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻟﱁﺪﲅ ﭐﻟﱀﺨﲔﺼﱺﺎﻡﲌ ﳁﳆﳂﳄﳀ
  1. Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﺳﱺﻌﱧﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﲘﻴﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﱺ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺴﱹﻞﱔﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻔﱁﺴﱺﺎﺩﱧ ﳁﳇﳂﳄﳀ
  1. Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﺗﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﺰﲄﺓﱨ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌﲬ ﻓﱁﺤﱺﺴﱹﺒﱨﻪﱨﲵ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﻟﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳈﳂﳄﳀ
  1. Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱓﺮﲌﻯ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻣﱧﺮﱹﺿﱺﺎﺕﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺀﱨﻭﻑﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳉﳂﳄﳀ
  1. Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲃﲔﻠﱀﻢﲌ ﻛﱔﺂﻓﱋﺔﱅ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﺧﱻﻄﱕﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳊﳂﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺯﱺﻟﱁﻠﱀﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻓﱁﭑﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱪ ﳁﳋﳂﳄﳀ
  1. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰ ﻇﱕﻠﱁﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻤﱧﺎﻡﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﻗﱂﻀﲔﻰﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻﲬ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻊﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳂﳃﳄﳀ
  1. (Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
ﺳﱺﻞﱓ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻛﱔﻢﱦ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲛ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺒﱧﺪﲃﲘﻝﱓ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻪﱨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳃﳃﳄﳀ
  1. Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.
ﺯﱻﻳﱰﲐﻦﱺ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺨﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯﲪ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳄﳃﳄﳀ
  1. Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻓﱁﺒﱧﻌﱧﺚﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻣﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﻣﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻣﱧﻌﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻟﲘﻴﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱧ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻒﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﻩﱨ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﻬﱺﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲍ ﳁﳅﳃﳄﳀ
  1. Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
ﺃﱁﻡﱦ ﺣﱺﺴﲔﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻜﱕﻢ ﻣﱱﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﲨ ﻣﱱﺴﲄﺘﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺳﱺﺂﺀﱨ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﱨ ﻭﱺﺯﱻﻟﱀﺰﲌﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻧﱧﺼﱹﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻥﱱ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱿ ﳁﳆﳃﳄﳀ
  1. Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱀﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﻠﲘﻠﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﲐﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻴﻦﲌ ﻭﱺﭐﺑﱦﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳃﳄﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﱕ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻛﱕﺮﱹﻩﱬ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻋﱺﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱓﺮﱺﻫﱻﻮﺍﲯ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻋﱺﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﺍﲯ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺮﲉ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳄﳀ
  1. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺸﱞﻬﱹﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﻗﲘﺘﱧﺎﻝﲎ ﻓﲘﻴﻪﲘﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻗﲘﺘﱧﺎﻝﱙ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱿﲬ ﻭﱺﺻﱺﺪﲇ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱕﻔﱀﺮﲁ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱺﺍﻡﲌ ﻭﱺﺇﲐﺧﱹﺮﱺﺍﺝﱻ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱂ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﲌﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺰﱺﺍﻟﱂﻮﻥﱧ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔ﮳ﻌﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺪﲘﺩﱦ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺩﲘﻳﻨﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻴﱧﻤﱨﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻛﱔﺎﻓﲘﺮﱿ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳃﳄﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻥﱧ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳃﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﲿ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﺨﱺﻤﱦﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱦﺴﲔﺮﲌﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺂ ﺇﲐﺛﱀﻢﱬ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱿ ﻭﱺﻣﱧﻨﱧ﮳ﻔﲘﻊﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺇﲐﺛﱀﻤﱨﻬﱻﻤﱧﺂ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﻌﲘﻬﲌﻤﱧﺎﲩ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻣﱧﺎﺫﱧﺍ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧﲨ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻔﱀﻮﱺﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳃﳄﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲩ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻴﱧﺘﱧ﮳ﻤﱧﻰﳎﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﺻﱹﵝﱁﵗﺡﱿ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺨﱺﺎﻟﲘﻄﱕﻮﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱨﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱹﻠﲘﺢﲠﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵑﱁﻋﱹﻨﱧﺘﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳂﳄﳄﳀ
  1. Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﻜﲔﺤﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱔ﮳ﺖﲔ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲄﲬ ﻭﱺﵖﱔﵑﱁﻣﱧﺔﱆ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﱧﺔﱄ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻛﱔﺔﲚ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺒﱧﺘﱦﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻨﻜﲔﺤﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺒﱦﺪﱿ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻦﱽ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻙﲖ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺒﱧﻜﱕﻢﱦﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲘ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳄﳀ
  1. Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
ﻭﱺﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱧﺤﲔﻴﺾﲜﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻓﱁﭑﻋﱹﺘﱧﺰﲌﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺤﲔﻴﺾﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺮﱺﺑﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻄﱓﻬﱻﺮﱹﻥﱧﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﻄﱔﻬﲄﺮﱹﻥﱧ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﺘﱱﻮﲄ﮴ﺑﲐﻴﻦﱺ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻄﱔﻬﲃﲌﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳄﳄﳀ
  1. Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
ﻧﲘﺴﱺﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﺣﱺﺮﱹﺙﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺣﱺﺮﱹﺛﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻢﱦﲨ ﻭﱺﻗﱁﺪﲃﲘﻣﱨﻮﺍﲯ ﵖﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱲﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﻩﱨﲩ ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳄﳀ
  1. Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱻﺮﱹﺿﱺﺔﱅ ﵖﱝﲔﵑﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱧﺮﲅﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺗﱨﺼﱹﻠﲘﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳄﳄﳀ
  1. (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﭑﻟﻠﱋﻐﱦﻮﲌ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻳﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱕﻛﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳄﳄﳀ
  1. Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﻧﱰﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﺑﱲﺺﱻ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﲘ ﺃﱁﺷﱓﻬﱻﺮﲎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻓﱁﺂﺀﱨﻭ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳈﳄﳄﳀ
  1. Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﻋﱺﺰﱺﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﻄﱞﻠﱁ﮳ﻖﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳄﳄﳀ
  1. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻄﱔﻠﱋﻘﱁ﮳ﺖﱻ ﻳﱧﺘﱧﺮﱺﺑﱱﺼﱹﻦﱺ ﺑﲐﺄﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻦﲄ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﱁ ﻗﱂﺮﱻﻭﳒﺀﲚﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻣﲘﻬﲌﻦﲄ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻦﲄ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲄ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﲬ ﻭﱺﺑﱨﻌﱨﻮﻟﱁﺘﱨﻬﱻﻦﲄ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﺑﲐﺮﱺﺩﱰﲘﻫﲔﻦﲄ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺻﱹﻠﱁ﮳ﺤﱾﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲬ ﻭﱺﻟﲘﻠﺮﲃﲌﺟﱺﺎﻝﲌ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺﺔﱆﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱪ ﳁﳊﳄﳄﳀ
  1. Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﭐﻟﻄﱞﻠﱁ﮳ﻖﱻ ﻣﱧﺮﲄﺗﱧﺎﻥﲌﲨ ﻓﱁﺈﲐﻣﱦﺴﱺﺎﻙﱛ ﺑﲐﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲕ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺴﱹﺮﲌﻳﺢﲁ ﺑﲐﺈﲐﺣﱹﺴﱺ﮳ﻦﲎﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺨﱺﺎﻓﱁﺂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱧﺎ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱧﺎ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﭐﻓﱀﺘﱧﺪﱺﺕﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶﲩ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺘﱧﻌﱧﺪﲄ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳄﳀ
  1. Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻃﱔﻠﱋﻘﱁﻬﱺﺎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﻨﻜﲔﺢﱺ ﺯﱺﻭﱹﺟﱼﺎ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺﻩﱨﲵﲩ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻃﱔﻠﱋﻘﱁﻬﱺﺎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺘﱧﺮﱺﺍﺟﱺﻌﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻇﱔﻨﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻘﲘﻴﻤﱧﺎ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺣﱻﺪﱻﻭﺩﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱨﻬﱺﺎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳄﳀ
  1. Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻃﱔﻠﱋﻘﱀﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﺒﱧﻠﱁﻐﱦﻦﱺ ﺃﱁﺟﱺﻠﱁﻬﱻﻦﲄ ﻓﱁﺄﱁﻣﱦﺴﲔﻜﱕﻮﻫﱻﻦﲄ ﺑﲐﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲕ ﺃﱁﻭﱹ ﺳﱺﺮﲃﲌﺣﱻﻮﻫﱻﻦﲄ ﺑﲐﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲖﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻤﱦﺴﲔﻜﱕﻮﻫﱻﻦﲄ ﺿﲔﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﻟﱊﲘﺘﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﺍﲯﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻇﱔﻠﱁﻢﱧ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱻﺰﱻﻭﱾﺍﲬ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﲘ ﻳﱧﻌﲘﻈﱕﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳅﳄﳀ
  1. Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻃﱔﻠﱋﻘﱀﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻓﱁﺒﱧﻠﱁﻐﱦﻦﱺ ﺃﱁﺟﱺﻠﱁﻬﱻﻦﲄ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻀﱻﻠﱂﻮﻫﱻﻦﲄ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻨﻜﲔﺤﱹﻦﱺ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﺮﱺ﮴ﺿﱺﻮﱹﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﻮﻋﱺﻆﱕ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺯﱹﻛﱔﻰﳎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻃﱓﻬﱺﺮﱻﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳄﳀ
  1. Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
ﲿ ﻭﱺﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺ﮴ﺕﱻ ﻳﱨﺮﱹﺿﲔﻌﱦﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱺﻫﱻﻦﲄ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻴﱦﻦﲌ ﻛﱔﺎﻣﲘﻠﱁﻴﱦﻦﲌﲨ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺘﲘﻢﱱ ﭐﻟﺮﲄﺿﱺﺎﻋﱺﺔﱁﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﻟﱂﻮﺩﲘ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺭﲌﺯﱹﻗﱂﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﻛﲔﺴﱹﻮﱺﺗﱨﻬﱻﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻜﱔﻠﱋﻒﱻ ﻧﱧﻔﱀﺲﱽ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱻﺳﱹﻌﱧﻬﱺﺎﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻀﱺﺂﺭﲄ ﻭﱺ﮴ﻟﲘﺪﱺﺓﱮ ﺑﲐﻮﱺﻟﱁﺪﲘﻫﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﻮﱹﻟﱂﻮﺩﱬ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﺑﲐﻮﱺﻟﱁﺪﲘﻩﲘﲶﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻮﱺﺍﺭﲌﺙﲔ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲩ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧﺍ ﻓﲘﺼﱺﺎﵖﱖﵐ ﻋﱺﻦ ﺗﱧﺮﱺﺍﺽﲞ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﺸﱔﺎﻭﱻﺭﲎ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺩﺗﱲﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﺮﱹﺿﲔﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱺﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﻠﱋﻤﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳅﳅﳄﳀ
  1. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻳﱧﺘﱧﺮﱺﺑﱱﺼﱹﻦﱺ ﺑﲐﺄﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻦﲄ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﱁ ﺃﱁﺷﱓﻬﱻﺮﲎ ﻭﱺﻋﱺﺸﱓﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻠﱁﻐﱦﻦﱺ ﺃﱁﺟﱺﻠﱁﻬﱻﻦﲄ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﻦﱺ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻦﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳆﳅﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻋﱺﺮﲄﺿﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﲔﻄﱓﺒﱧﺔﲘ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﻛﱓﻨﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲬ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﺘﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﻮﱺﺍﻋﲔﺪﱻﻭﻫﱻﻦﲄ ﺳﲔﺮﲆﺍ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺰﲌﻣﱨﻮﺍﲯ ﻋﱻﻘﱀﺪﱺﺓﱧ ﭐﻟﻨﱰﲘﻜﱔﺎﺡﲠ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺒﱦﻠﱂﻎﱁ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱻ ﺃﱁﺟﱺﻠﱁﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺣﱹﺬﱔﺭﱻﻭﻩﱨﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳅﳄﳀ
  1. Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
ﵖﱞﵐ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻃﱔﻠﱋﻘﱀﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱻﻦﲄ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻔﱀﺮﲌﺿﱻﻮﺍﲯ ﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﻓﱁﺮﲌﻳﻀﱺﺔﱅﲬ ﻭﱺﻣﱧﺘﱰﲘﻌﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﻮﺳﲔﻊﲠ ﻗﱁﺪﱺﺭﱻﻩﱨﲵ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱀﺘﲘﺮﲌ ﻗﱁﺪﱺﺭﱻﻩﱨﲵ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱭﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲨ ﺣﱺﻘﱍﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳄﳀ
  1. Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻃﱔﻠﱋﻘﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻓﱁﺮﱺﺿﱹﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻦﲄ ﻓﱁﺮﲌﻳﻀﱺﺔﱅ ﻓﱁﻨﲘﺼﱹﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺮﱺﺿﱹﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻌﱦﻔﱂﻮﱺﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻩﲘﲶ ﻋﱻﻘﱀﺪﱺﺓﱨ ﭐﻟﻨﱰﲘﻜﱔﺎﺡﲠﲬ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﻌﱦﻔﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻟﲘﻠﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﺴﱺﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱔ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳉﳅﳄﳀ
  1. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.
ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﱕﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﱀﻮﱻﺳﱹﻄﱔﻰﳎ ﻭﱺﻗﱂﻮﻣﱨﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻗﱁ﮳ﻨﲘﺘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳄﳀ
  1. Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﺮﲌﺟﱺﺎﵖﱖﵐ ﺃﱁﻭﱹ ﺭﱻﻛﱓﺒﱧﺎﻧﱫﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻣﲘﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳄﳀ
  1. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱾﺎ ﻭﱺﺻﲔﻴﱱﺔﱅ ﵖﱝﲔﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻬﲌﻢ ﻣﱱﺘﱧ﮳ﻌﱩﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱹﻝﲌ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﺇﲐﺧﱹﺮﱺﺍﺝﲢﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺧﱺﺮﱺﺟﱹﻦﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﻦﱺ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻦﲄ ﻣﲘﻦ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲖﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳂﳆﳄﳀ
  1. Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﻟﲘﻠﱀﻤﱨﻄﱔﻠﱋﻘﱁ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔﲨ ﺣﱺﻘﱍﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳄﳀ
  1. Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳄﳀ
  1. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.
ﲿ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺮﱺﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺃﱂﻟﱂﻮﻑﱽ ﺣﱺﺬﱔﺭﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﻮﺗﱨﻮﺍﲯ ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﺬﱕﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳆﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳆﳄﳀ
  1. Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻣﱱﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻘﱀﺮﲌﺽﱻ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺮﱹﺿﱼﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﻓﱁﻴﱨﻀﱺ﮳ﻌﲘﻔﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺿﱹﻌﱧﺎﻓﱅﺎ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱺﺓﱫﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻘﱀﺒﲐﺾﱻ ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﺼﳘﱻﻂﱕ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳄﳀ
  1. Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵙ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻨﱧﺒﲐﻰﲃﲦ ﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﺑﱦﻌﱧﺚﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﱧﻠﲘﻜﱘﺎ ﻧﱲﻘﱁ﮳ﺘﲘﻞﱓ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﻋﱺﺴﱺﻴﱦﺘﱨﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﱕ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱹﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﴢﲐﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﱕ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺒﲐﻴﱲﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻌﱧﺚﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻃﱔﺎﻟﱂﻮﺕﱺ ﻣﱧﻠﲘﻜﱘﺎﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﲔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﺕﱺ ﺳﱺﻌﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺎﻝﲌﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﯩﳎﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺯﱺﺍﺩﱧﻩﱨﲵ ﺑﱧﺴﱹﻄﱔﺔﱅ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺴﱹﻢﲌﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻰ ﻣﱨﻠﱀﻜﱔﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳆﳄﳀ
  1. Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺒﲐﻴﱲﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥﱱ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱁ ﻣﱨﻠﱀﻜﲔﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺘﱱﺎﺑﱨﻮﺕﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺳﱺﻜﲔﻴﻨﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺑﱧﻘﲘﻴﱱﺔﱆ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﻙﱔ ﺀﱧﺍﻝﱕ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻝﱕ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻠﱂﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳄﳀ
  1. Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻓﱁﺼﱺﻞﱔ ﻃﱔﺎﻟﱂﻮﺕﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﺠﱻﻨﱨﻮﺩﲘ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱨﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻴﻜﱕﻢ ﺑﲐﻨﱧﻬﱺﺮﲎ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺷﱔﺮﲌﺏﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻄﱓﻌﱧﻤﱦﻪﱨ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﻏﱓﺘﱧﺮﱺﻑﱺ ﻏﱕﺮﱹﻓﱁﺔﱇ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻩﲘﲶﲬ ﻓﱁﺸﱔﺮﲌﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺎﻭﱺﺯﱺﻩﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻃﱔﺎﻗﱁﺔﱁ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﺑﲐﺠﱺﺎﻟﱂﻮﺕﱺ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﲘﻩﲘﲶﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻠﱁ﮳ﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﲘﺌﱧﺔﲚ ﻗﱁﻠﲘﻴﻠﱁﺔﲙ ﻏﱔﻠﱁﺒﱧﺖﱹ ﻓﲘﺌﱧﺔﱅ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱺﺓﱭ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳆﳄﳀ
  1. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺑﱧﺮﱺﺯﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﺠﱺﺎﻟﱂﻮﺕﱺ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﲘﻩﲘﲶ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﻓﱀﺮﲌﻍﱀ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺻﱺﺒﱦﺮﱾﺍ ﻭﱺﺛﱁﺒﱰﲐﺖﱹ ﺃﱁﻗﱀﺪﱺﺍﻣﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﻧﺼﱻﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳇﳄﳀ
  1. Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
ﻓﱁﻬﱺﺰﱺﻣﱨﻮﻫﱻﻢ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻗﱁﺘﱧﻞﱔ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱨ ﺟﱺﺎﻟﱂﻮﺕﱺ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺩﱧﻓﱀﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻟﱋﻔﱁﺴﱺﺪﱺﺕﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺫﱨﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳄﳀ
  1. Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳄﳀ
  1. Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.
ﲿ ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕ ﻓﱁﻀﲄﻠﱀﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲪ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻛﱔﻠﱋﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﺭﱺﻓﱁﻊﱧ ﺑﱧﻌﱦﻀﱺﻬﱻﻢﱦ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﲖﲬ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻳﱱﺪﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﺮﱻﻭﺡﲠ ﭐﻟﱀﻘﱂﺪﱻﺱﲜﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﭐﻗﱀﺘﱧﺘﱧﻞﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﭐﻗﱀﺘﱧﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﳁﳅﳇﳄﳀ
  1. Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﱬ ﵖﱞﵐ ﺑﱧﻴﱦﻊﱬ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱻﻠﱋﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺔﱆﲩ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲅ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱲﻮﻡﱨﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻩﱨﲵ ﺳﲔﻨﱧﺔﱆ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﻮﱹﻡﱬﲬ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻣﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺸﱓﻔﱁﻊﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲬ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﻴﻄﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻤﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺷﱔﺂﺀﱧﲬ ﻭﱺﺳﲔﻊﱧ ﻛﱕﺮﱹﺳﲔﻴﱲﻪﱨ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧ﮲ﱨﻮﺩﱨﻩﱨﲵ ﺣﲔﻔﱀﻈﱕﻬﱻﻤﱧﺎﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳇﳄﳀ
  1. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻛﱓﺮﱺﺍﻩﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌﲨ ﻗﱁﺪ ﺗﱱﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﭐﻟﺮﲅﺷﱓﺪﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻰﲃﲤﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐﭑﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﲔ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲲ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱦﺴﱺﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﻭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻮﱻﺛﱀﻘﱁﻰﳎ ﵖﱔﵐ ﭐﻧﻔﲘﺼﱺﺎﻡﱧ ﻟﱁﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳈﳇﳄﳀ
  1. Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺅﱻﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞ﮳ﻐﱨﻮﺕﱻ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳇﳄﳀ
  1. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺣﱺﺂﺝﲄ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱧ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱂﺣﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﺃﱂﻣﲘﻴﺖﱻﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﻤﱦﺲﲜ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﻓﱁﺒﱨﻬﲌﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻣﱧﺮﲄ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻭﱺﻫﲔﻰﱺ ﺧﱺﺎﻭﲌﻳﱧﺔﱄ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱻﺮﱻﻭﺷﲔﻬﱺﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﻣﱧﻮﱹﺗﲘﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺄﱁﻣﱧﺎﺗﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱁ ﻋﱺﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﻌﱧﺜﱁﻪﱨﲵﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﻢﱦ ﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱺﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱻ ﻳﱧﻮﱹﻣﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞ ﻟﱋﺒﲐﺜﱀﺖﱺ ﻣﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱁ ﻋﱺﺎﻡﲎ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻃﱔﻌﱧﺎﻣﲘﻚﱔ ﻭﱺﺷﱔﺮﱺﺍﺑﲐﻚﱔ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺴﱺﻨﱱﻪﱦﲨ ﻭﱺﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻤﱧﺎﺭﲌﻙﱔ ﻭﱺﻟﲘﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱁﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜﲨ ﻭﱺﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻈﱔﺎﻡﲌ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻧﱨﻨﺸﲔﺰﱻﻫﱺﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﻜﱓﺴﱻﻮﻫﱺﺎ ﻟﱁﺤﱹﻤﱫﺎﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﺒﱧﻴﱱﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳇﳄﳀ
  1. Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﳑﻢﱨ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﺭﲌﻧﲘﻰ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱨﺤﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻟﱊﲘﻴﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻰﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺨﱻﺬﱓ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﺼﱻﺮﱹﻫﱻﻦﲄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺟﱺﺒﱧﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﺟﱻﺰﱹﺀﱫﺍ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺩﱦﻋﱻﻬﱻﻦﲄ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻨﱧﻚﱔ ﺳﱺﻌﱦﻴﱫﺎﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱽ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳂﳈﳄﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻣﱱﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺣﱺﺒﱱﺔﲙ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﺖﱹ ﺳﱺﺒﱦﻊﱧ ﺳﱺﻨﱧﺎﺑﲐﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺳﱻﻨﲲﺒﱨﻠﱁﺔﲚ ﻣﱰﲘﺎﲯﺋﱧﺔﱂ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﲘﻒﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳈﳄﳀ
  1. Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺘﱦﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻨﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳄﳀ
  1. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﲿ ﻗﱁﻮﱹﻝﱙ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻑﱿ ﻭﱺﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱪ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﺔﲚ ﻳﱧﺘﱦﺒﱧﻌﱨﻬﱺﺂ ﺃﱁﺫﱫﻯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳈﳄﳀ
  1. (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺫﱧﻯﳎ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻨﻔﲘﻖﱻ ﻣﱧﺎﻟﱁﻪﱨﲵ ﺭﲌﺋﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﲨ ﻓﱁﻤﱧﺜﱁﻠﱂﻪﱨﲵ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺻﱺﻔﱀﻮﱺﺍﻥﲍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﱿ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁﺘﱧﺮﱺﻛﱔﻪﱨﲵ ﺻﱺﻠﱀﺪﱾﺍﲨ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻘﱀﺪﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
ﻭﱺﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻣﱧﺮﱹﺿﱺﺎﺕﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺗﱧﺜﱀﺒﲐﻴﺘﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺟﱺﻨﱱﺔﲛ ﺑﲐﺮﱺﺑﱦﻮﱺﺓﲙ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﱧﺖﱹ ﺃﱂﻛﱕﻠﱁﻬﱺﺎ ﺿﲔﻌﱦﻔﱁﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺍﺑﲐﻞﱙ ﻓﱁﻄﱔﻞﱣﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱽ ﳁﳇﳈﳄﳀ
  1. Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
ﺃﱁﻳﱧﻮﱺﺩﱲ ﺃﱁﺣﱺﺪﱻﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺟﱺﻨﱱﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺨﲔﻴﻞﲎ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻨﱧﺎﺏﲎ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻪﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱆ ﺿﱻﻌﱧﻔﱁﺂﺀﱨ ﻓﱁﺄﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱺﺂ ﺇﲐﻋﱹﺼﱺﺎﺭﱿ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻧﱧﺎﺭﱿ ﻓﱁﭑﺣﱹﺘﱧﺮﱺﻗﱁﺖﱹﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳄﳀ
  1. Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﺂ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻴﱧﻤﱱﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﱁﺴﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﺧﲔﺬﲘﻳﻪﲘ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻐﱦﻤﲘﻀﱻﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﺣﱺﻤﲘﻴﺪﱽ ﳁﳉﳈﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱧﻌﲘﺪﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﻘﱀﺮﱺ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻔﱁﺤﱹﺸﱔﺂﺀﲘﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﲘﺪﱻﻛﱕﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳈﳄﳀ
  1. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﺕﱺ ﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳋﳈﳄﳀ
  1. Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱁﻘﱀﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱁﻘﱁﺔﲙ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱧﺬﱔﺭﱹﺗﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺬﱓﺭﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲍ ﳁﳂﳉﳄﳀ
  1. Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﺪﱺﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻨﲘﻌﲘﻤﱱﺎ ﻫﲔﻰﱺﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻫﱺﺎ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻫﱺﺎ ﭐﻟﱀﻔﱂﻘﱁﺮﱺﺁﺀﱧ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻳﱨﻜﱔﻔﱊﲘﺮﱻ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳃﳉﳄﳀ
  1. Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﲿ ﻟﱋﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻫﱻﺪﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﵝﲔﵘﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﺟﱹﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻳﱨﻮﱺﻑﲄ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳄﳀ
  1. Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
ﻟﲘﻠﱀﻔﱂﻘﱁﺮﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺣﱹﺼﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﺿﱺﺮﱹﺑﱫﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﺎﻫﲔﻞﱕ ﺃﱁﻏﱓﻨﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻌﱧﻔﱌﻒﲔ ﺗﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﲔﻴﻤﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺇﲐﻟﱀﺤﱺﺎﻓﱅﺎﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳅﳉﳄﳀ
  1. Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﺳﲔﺮﲈﺍ ﻭﱺﻋﱺﵝﱁﵗﻧﲘﻴﱧﺔﱅ ﻓﱁﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳄﳀ
  1. Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻘﱂﻮﻣﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺘﱧﺨﱺﺒﱱﻄﱕﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺲﲃﲜﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﻊﱨ ﻣﲘﺜﱀﻞﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯﲩ ﻭﱺﺃﱁﺣﱺﻞﱞ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﻊﱧ ﻭﱺﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻩﱨﲵ ﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﻓﱁﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻠﱁﻒﱺ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﺮﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﱺﺎﺩﱧ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳄﳀ
  1. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻳﱧﻤﱦﺤﱺﻖﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮﳎﺍﲯ ﻭﱺﻳﱨﺮﱹﺑﲐﻰ ﭐﻟﺼﲄﺪﱺﻗﱁ﮳ﺖﲔﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﻛﱕﻞﱞ ﻛﱔﻔﱋﺎﺭﲍ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲍ ﳁﳈﳉﳄﳀ
  1. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻮﱻﺍﲯ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺫﱧﺭﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻘﲘﻰﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮ﮵ﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳉﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱀﺫﱧﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﺮﱹﺏﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱻﺀﱨﻭﺱﱻ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳄﳀ
  1. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱨﻭ ﻋﱻﺴﱹﺮﱺﺓﲚ ﻓﱁﻨﱧﻈﲔﺮﱺﺓﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻴﱦﺴﱺﺮﱺﺓﲚﲬ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﺼﱺﺪﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳄﳀ
  1. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻣﱫﺎ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳄﳀ
  1. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﺪﱺﺍﻳﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﺪﱺﻳﱦﻦﲍ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲎ ﻣﱲﺴﱺﻤﱵﻰ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻩﱨﲬ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﻜﱓﺘﱨﺐ ﺑﱱﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺪﱹﻝﲌﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺏﱺ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﱽ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱺ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱹ ﻭﱺﻟﱀﻴﱨﻤﱦﻠﲘﻞﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺘﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺒﱦﺨﱺﺲﱹ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﺳﱺﻔﲘﻴﻬﱼﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺿﱺﻌﲘﻴﻔﱃﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻤﲘﻞﱞ ﻫﱻﻮﱺ ﻓﱁﻠﱀﻴﱨﻤﱦﻠﲘﻞﱓ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺪﱹﻝﲌﲬ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﺸﱓﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱺﻳﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦ ﺭﲃﲌﺟﱺﺎﻟﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﺭﱺﺟﱻﻠﱁﻴﱦﻦﲌ ﻓﱁﺮﱺﺟﱻﻞﱙ ﻭﱺﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﺗﱧﺮﱹﺿﱺﻮﱹﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﲘ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻀﲔﻞﱞ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﻓﱁﺘﱨﺬﱔﻛﱝﲔﺮﱺ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺏﱺ ﭐﻟﺸﱟﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱨ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻋﱻﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻩﱨ ﺻﱺﻐﲘﻴﺮﱼﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱼﺍ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻂﱕ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﻮﱺﻡﱨ ﻟﲘﻠﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﲘ ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺮﱹﺗﱧﺎﺑﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﺗﲘﺠﱺ﮳ﺮﱺﺓﱩ ﺣﱺﺎﺿﲔﺮﱺﺓﱫ ﺗﱨﺪﲘﻳﺮﱻﻭﻧﱧﻬﱺﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱽ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻫﱺﺎﲩ ﻭﱺﺃﱁﺷﱓﻬﲌﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱧﺒﱧﺎﻳﱧﻌﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻀﱺﺂﺭﲄ ﻛﱔﺎﺗﲘﺐﱿ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱿﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻓﱂﺴﱻﻮﻕﲁ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳊﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻔﱁﺮﲎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﺎﺗﲘﺒﱫﺎ ﻓﱁﺮﲌﻫﱺ﮳ﻦﱿ ﻣﱱﻘﱀﺒﱨﻮﺿﱺﺔﱆﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﻣﲘﻦﱺ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﻀﱾﺎ ﻓﱁﻠﱀﻴﱨﺆﱺﺩﱰﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﭐﺅﱹﺗﱨﻤﲘﻦﱺ ﺃﱁﻣﱧ﮳ﻨﱧﺘﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱀﻴﱧﺘﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺸﱞﻬﱺ﮳ﺪﱺﺓﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺀﱧﺍﺛﲘﻢﱬ ﻗﱁﻠﱀﺒﱨﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳊﳄﳀ
  1. Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
ﴦﱰﲘﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻩﱨ ﻳﱨﺤﱺﺎﺳﲔﺒﱦﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻓﱁﻴﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳆﳊﳄﳀ
  1. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧﲬ ﻛﱕﻞﱡ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻛﱕﺘﱨﺒﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻕﱻ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲅﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎﲨ ﻏﱕﻔﱀﺮﱺﺍﻧﱧﻚﱔ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳇﳊﳄﳀ
  1. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻒﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱼﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱻﺳﱹﻌﱧﻬﱺﺎﲬ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﭐﻛﱓﺘﱧﺴﱺﺒﱧﺖﱹﲩ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱺﺍﺧﲔﺬﱓﻧﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻧﱱﺴﲔﻴﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺧﱹﻄﱔﺄﱀﻧﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﺻﱹﺮﱾﺍ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺣﱺﻤﱧﻠﱀﺘﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻨﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺤﱺﻤﱰﲘﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻃﱔﺎﻗﱁﺔﱁ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻭﱺﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺭﱹﺣﱺﻤﱦﻨﱧﺂﲬ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻧﺼﱻﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳊﳄﳀ
  1. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".