Al-Anbiyaa (الأنبياء)

Bacaan Penuh Al-Anbiyaa
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺏﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻏﱔﻔﱀﻠﱁﺔﲚ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳃﳀ
  1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱲﺤﱹﺪﱺﺙﲕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﺳﱹﺘﱧﻤﱧﻌﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳀ
  1. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
ﵖﱔﵐﻫﲔﻴﱧﺔﱅ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺃﱁﺳﱺﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺠﱹﻮﱺﻯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺﻞﱓ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻜﱕﻢﱦﲨ ﺃﱁﻓﱁﺘﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲃﲔﺤﱹﺮﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳆﳀ
  1. (Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
ﺑﱧﻞﱓ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺿﱹﻐﱧ﮳ﺚﱻ ﺃﱁﺣﱹﻠﱁ﮳ﻢﲏ ﺑﱧﻞﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﯨﻪﱨ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺎﻋﲔﺮﱿ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱧﺖﱹ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂﲨ ﺃﱁﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻗﱁﺒﱦﻠﱁﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻧﱲﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲨ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﺴﱺﺪﱾﺍ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱺﺪﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱺ ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻧﱱﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳀ
  1. Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺫﲘﻛﱓﺮﱻﻛﱕﻢﱦﲨ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?
ﻭﱺﻛﱔﻢﱦ ﻗﱁﺼﱺﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻇﱔﺎﻟﲘﻤﱧﺔﱅ ﻭﱺﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱀﻧﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺﻫﱺﺎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱩﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺣﱺﺴﲅﻮﺍﲯ ﺑﱧﺄﱀﺳﱺﻨﱧﺂ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻳﱧﺮﱹﻛﱕﻀﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.
ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﻛﱕﻀﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﺗﱦﺮﲌﻓﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻣﱧﺴﱺ﮳ﻜﲔﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. (Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﺯﱺﺍﻟﱁﺖ ﺗﱰﲘﻠﱀﻚﱔ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﺼﲔﻴﺪﱼﺍ ﺧﱺ﮳ﻤﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﱁ﮳ﻌﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.
ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﺭﱺﺩﱦﻧﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﻟﱁﻬﱹﻮﱾﺍ ﵖﱞﵔﺗﱱﺨﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﱱﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.
ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﻘﱀﺬﲘﻑﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻓﱁﻴﱧﺪﱹﻣﱧﻐﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻮﱺ ﺯﱺﺍﻫﲔﻖﱿﲬ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻮﱺﻳﱦﻞﱕ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).
ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.
ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻔﱀﺘﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?
ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻓﲘﻴﻬﲌﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻔﱁﺴﱺﺪﱺﺗﱧﺎﲬ ﻓﱁﺴﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻞﱕ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.
ﺃﱁﻡﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱺﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﱨﺮﱹﻫﱺ﮳ﻨﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺫﲘﻛﱓﺮﱻ ﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﲘﻰﱺ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱻ ﻣﱧﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻰﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄﲨ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱨﻮﺣﲔﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻭﱺﻟﱁﺪﱾﺍﲩ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻪﱨﲵﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱬ ﻣﱲﻜﱓﺮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺒﲐﻘﱂﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.
ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱀﻔﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻔﱁﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﺭﱹﺗﱧﻀﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺸﱓﻴﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱂﻞﱓ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻳﻪﲘ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻛﱔﺎﻧﱧﺘﱧﺎ ﺭﱺﺗﱦﻘﱅﺎ ﻓﱁﻔﱁﺘﱧﻘﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﲘ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺣﱺﻰﲃﲥﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﻭﱺ﮴ﺳﲔﻰﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﲘﻴﺪﱺ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﲘﺠﱺﺎﺟﱾﺎ ﺳﱻﺒﱨﵝﱅﵗ ﻟﱋﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﺳﱺﻘﱀﻔﱅﺎ ﻣﱱﺤﱹﻔﱂﻮﻇﱘﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻬﱺﺎ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻰ ﻓﱁﻠﱁﻚﲖ ﻳﱧﺴﱹﺒﱧﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﺨﱻﻠﱀﺪﱺﲨ ﺃﱁﻓﱁﺈﲐﻳﳗﻦ ﻣﱰﲘﺖﲄ ﻓﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﺫﱧﺁﴢﲐﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲩ ﻭﱺﻧﱧﺒﱦﻠﱂﻮﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﺸﱞﺮﲃﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺭﱺﺀﱧﺍﻙﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻧﱧﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﺰﱻﻭﱼﺍ ﺃﱁﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﺬﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: "Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?" (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
ﺧﱻﻠﲘﻖﱺ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺠﱺﻞﲎﲬ ﺳﱺﺄﱂﻭﳖﺭﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﲌ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya).
ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺘﱧﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?".
ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱕﻔﱌﻮﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﲔﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻋﱺﻦ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).
ﺑﱧﻞﱓ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻓﱁﺘﱧﺒﱦﻬﱺﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﺭﱺﺩﱱﻫﱺﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳆﳀ
  1. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱨﻬﱹﺰﲌﺉﱺ ﺑﲐﺮﱻﺳﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﻓﱁﺤﱺﺎﻕﱺ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺨﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻠﱁﺆﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱆ ﺗﱧﻤﱦﻨﱧﻌﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻨﱧﺎﲬ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻳﱨﺼﱹﺤﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri, dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.
ﺑﱧﻞﱓ ﻣﱧﺘﱱﻌﱦﻨﱧﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻃﱔﺎﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱨﻤﱨﺮﱻﲩ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﺎ ﻧﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻧﱧﻨﻘﱂﺼﱻﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻃﱓﺮﱺﺍﻓﲘﻬﱺﺂﲬ ﺃﱁﻓﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱂﻧﺬﲘﺭﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻮﱺﺣﱹﻰﲤﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻊﱨ ﭐﻟﺼﲅﻢﱲ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﱧ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻨﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻣﱱﺴﲄﺘﱦﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﻔﱀﺤﱺﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻟﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻦﲄ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!"
ﻭﱺﻧﱧﻀﱺﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱺ﮴ﺯﲌﻳﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﱔ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻈﱓﻠﱁﻢﱨ ﻧﱧﻔﱀﺲﱿ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﺜﱀﻘﱁﺎﻝﱔ ﺣﱺﺒﱱﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﺮﱹﺩﱧﻝﲍ ﺃﱁﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺﺎﲩ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﻨﱧﺎ ﺣﱺ﮳ﺴﲔﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﱧ ﻭﱺﺿﲔﻴﱧﺂﺀﱫ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱾﺍ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﻣﱨﺸﱓﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.
ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻣﱲﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱗ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨﲬ ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻨﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?
ﲿ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﺭﱻﺷﱓﺪﱺﻩﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺘﱱﻤﱧﺎﺛﲘﻴﻞﱕ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﻜﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻠﱋ﮳ﻌﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞ ﺭﲄﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﱁﻄﱔﺮﱺﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.
ﻭﱺﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﵖﱔﵑﱁﻛﲔﻴﺪﱺﻥﱱ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧ﮳ﻤﱧﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻮﱺﻟﱌﻮﺍﲯ ﻣﱨﺪﱹﺑﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. "Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".
ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱻﺬﱔ﮴ﺫﱩﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻦ ﻓﱁﻌﱧﻞﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳀ
  1. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻓﱁﺘﱫﻰ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻘﱁﺎﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳈﳀ
  1. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. (Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺃﱁﻧﺖﱺ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻟﲘﻬﱺﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﳌﺈﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳈﳀ
  1. (Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﱧﻞﱓ ﻓﱁﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata".
ﻓﱁﺮﱺﺟﱺﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻘﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim".
ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱨﻜﲔﺴﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱻﺀﱨﻭﺳﲔﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﺖﱺ ﻣﱧﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻳﱧﻨﻄﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻓﱁﺘﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢﱦ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?
ﺃﱂﻑﲃﲖ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳀ
  1. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺮﲃﲌﻗﱂﻮﻩﱨ ﻭﱺﭐﻧﺼﱻﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
  1. (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!"
ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻳﱧ﮳ﻨﱧﺎﺭﱻ ﻛﱕﻮﻧﲘﻰ ﺑﱧﺮﱹﺩﱫﺍ ﻭﱺﺳﱺﻠﱁ﮳ﻤﱩﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
ﻭﱺﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱨﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔﻴﱦﺪﱾﺍ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺧﱹﺴﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).
ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.
ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻧﱧﺎﻓﲘﻠﱁﺔﱅﲨ ﻭﱺﻛﱕﵝﱏﵗ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.
ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﴢﲐﻤﱱﺔﱅ ﻳﱧﻬﱹﺪﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻌﱦﻞﱔ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﺇﲐﻗﱁﺎﻡﱧ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﲘ ﻭﱺﺇﲐﻳﺘﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﲘﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎ ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖ ﺗﱱﻌﱦﻤﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﱧﳌﴣﲐﺚﱺﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﺳﱺﻮﱹﺀﲚ ﻓﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.
ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﻧﱨﻮﺣﱼﺎ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻨﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔﺮﱹﺏﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.
ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺮﱹﻧﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﺳﱺﻮﱹﺀﲚ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).
ﻭﱺﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﻭﱺﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱧﺎﻥﲌ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﲔ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﻔﱁﺸﱔﺖﱹ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻏﱔﻨﱧﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻤﲘﻬﲌﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
ﻓﱁﻔﱁﻬﲄﻤﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺳﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺﲬ ﻭﱺﻛﱕﵝﱍﵗ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧﺎ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﻋﲔﻠﱀﻤﱫﺎﲬ ﻭﱺﺳﱺﺨﲄﺮﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﺩﱧﺍﻭﱻﲵﺩﱧ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱔ ﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱹﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﱺﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
ﻭﱺﻋﱺﻠﱋﻤﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺻﱺﻨﱦﻌﱧﺔﱁ ﻟﱁﺒﱨﻮﺱﲞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺘﱨﺤﱹﺼﲔﻨﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﺄﱀﺳﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻜﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
ﻭﱺﻟﲘﺴﱻﻠﱁﻴﱦﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﺢﱺ ﻋﱺﺎﺻﲔﻔﱁﺔﱅ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﲌ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱨﻮﺻﱻﻮﻥﱧ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻤﱧﵝﱅﵗ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺ﮳ﻔﲘﻈﲔﻴﻦﱺ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
ﲿ ﻭﱺﺃﱁﻳﱲﻮﺏﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﺴﲄﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﻀﲅﺮﲅ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺣﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻜﱔﺸﱔﻔﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﺿﱻﺮﲃﲎﲨ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﲘﺜﱀﻠﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻌﱧﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘﻧﱧﺎ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺩﱦﺭﲌﻳﺲﱺ ﻭﱺﺫﱧﺍ ﭐﻟﱀﻜﲔﻔﱀﻞﲌﲨ ﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.
ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺫﱧﺍ ﭐﻟﻨﱲﻮﻥﲌ ﺇﲐﺫ ﺫﱱﻫﱺﺐﱺ ﻣﱨﻐﱧ﮳ﻀﲔﺒﱫﺎ ﻓﱁﻈﱔﻦﲄ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻦ ﻧﱱﻘﱀﺪﲘﺭﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻧﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻢﱰﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﳏﺠﲌﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
ﻭﱺﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺂ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺬﱔﺭﱹﻧﲘﻰ ﻓﱁﺮﱹﺩﱫﺍ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﺭﲌﺛﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﻭﱺﻫﱺﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻳﱧﺤﱹﻴﱧﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱹﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻧﱧﻨﱧﺎ ﺭﱺﻏﱔﺒﱫﺎ ﻭﱺﺭﱺﻫﱺﺒﱫﺎﲨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﺣﱹﺼﱺﻨﱧﺖﱹ ﻓﱁﺮﱹﺟﱺﻬﱺﺎ ﻓﱁﻨﱧﻔﱁﺨﱹﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﻭﺣﲔﻨﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺑﱦﻨﱧﻬﱺﺂ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶﳒ ﺃﱂﻣﱱﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱅ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻥﲌ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﻄﱞﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺﻫﱻﻢ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲨ ﻛﱕﻞﱡ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺭﱺ﮴ﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
  1. (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱓ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱿ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻛﱕﻔﱀﺮﱺﺍﻥﱧ ﻟﲘﺴﱺﻌﱦﻴﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔ﮳ﺘﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
ﻭﱺﺣﱺﺮﱺ﮴ﻡﱪ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺂ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak).
ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱂﺘﲘﺤﱺﺖﱹ ﻳﱧﺄﱀﺟﱻﻮﺝﱻ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﺟﱻﻮﺝﱻ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺣﱺﺪﱺﺏﲎ ﻳﱧﻨﺴﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
ﻭﱺﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺏﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻋﱹﺪﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺷﱔ﮳ﺨﲔﺼﱺﺔﱄ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺎ ﻗﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﲘﻰ ﻏﱔﻔﱀﻠﱁﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻞﱓ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﺼﱺﺐﱻ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻭﱺ﮴ﺭﲌﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.
ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱅ ﻣﱱﺎ ﻭﱺﺭﱺﺩﱨﻭﻫﱺﺎﲨ ﻭﱺﻛﱕﻞﱣ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya.
ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺯﱺﻓﲘﻴﺮﱿ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﺖﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰ﮵ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱨﺒﱦﻌﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺣﱺﺴﲔﻴﺴﱺﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﭐﺷﱓﺘﱧﻬﱺﺖﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁﺰﱺﻉﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﺗﱧﺘﱧﻠﱁﻘﱋﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱧﻮﱹﻣﱨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata: "Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu".
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﻄﱓﻮﲌﻯ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﱧ ﻛﱔﻄﱔﻰﲃﲤ ﭐﻟﺴﲃﲔﺠﲌﻞﱝﲌ ﻟﲘﻠﱀﻜﱕﺘﱨﺐﲌﲬ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺑﱧﺪﱺﺃﱀﻧﱧﺂ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﺧﱺﻠﱀﻖﲎ ﻧﱲﻌﲘﻴﺪﱻﻩﱨﲵﲬ ﻭﱺﻋﱹﺪﱼﺍ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻓﱁ﮳ﻌﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺰﲄﺑﱨﻮﺭﲌ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻳﱧﺮﲌﺛﱂﻬﱺﺎ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻯﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺒﱧﻠﱁ﮳ﻐﱫﺎ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺ﮳ﺒﲐﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱻﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱬ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱿﲨ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﺫﱧﻧﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲚﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌﻯﳒ ﺃﱁﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱽ ﺃﱁﻡ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱿ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: "Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻬﱹﺮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺩﱦﺭﲌﻯ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻪﱨﲵ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱆ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu".
ﻗﱁ﮳ﻞﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺣﱹﻜﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻌﱧﺎﻥﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺼﲔﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu".