Ash-Shu'araa (الشعراء)

Bacaan Penuh Ash-Shu'araa
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻃﺴﳒﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Taa, Siin, Miim.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﲐﻴﻦﲌ ﳁﳄﳀ
  1. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻚﱔ ﺑﱧ﮳ﺨﲔﻊﱬ ﻧﱱﻔﱀﺴﱺﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳀ
  1. Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
ﺇﲐﻥ ﻧﱱﺸﱔﺄﱀ ﻧﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﻓﱁﻈﱔﻠﱋﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻨﱧ﮳ﻘﱂﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻀﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳀ
  1. Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻣﱨﺤﱹﺪﱺﺙﲕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻣﱨﻌﱦﺮﲌﺿﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
  1. Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺴﱺﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻬﱹﺰﲌﺀﱨﻭﻥﱧ ﳁﳈﳀ
  1. Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻛﱔﻢﱦ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺯﱺﻭﱹﺝﲢ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲍ ﳁﳉﳀ
  1. Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺋﱦﺖﲔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
ﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧﲬ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﱨﻮﻥﲌ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
ﻭﱺﻳﱧﻀﲔﻴﻖﱻ ﺻﱺﺪﱹﺭﲌﻯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻄﱔﻠﲘﻖﱻ ﻟﲘﺴﱺﺎﻧﲘﻰ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳀ
  1. "Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﺫﱧﻧﲲﺐﱿ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﲌ ﳁﳆﳃﳀ
  1. "Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﵝﱋﵗﲨ ﻓﱁﭑﺫﱦﻫﱺﺒﱧﺎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂﲨ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
ﻓﱁﺄﱀﺗﲘﻴﱧﺎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻓﱁﻘﱂﻮﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱕ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳀ
  1. "Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﻣﱧﻌﱧﻨﱧﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻧﱨﺮﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﲘﻴﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻴﺪﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﺒﲐﺜﱀﺖﱺ ﻓﲘﻴﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱻﻤﱨﺮﲌﻙﱔ ﺳﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
ﻭﱺﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻓﱁﻌﱦﻠﱁﺘﱧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺖﱺ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺘﱨﻬﱺﺂ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
ﻓﱁﻔﱁﺮﱺﺭﱹﺕﱻ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺧﲔﻔﱀﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻮﱺﻫﱺﺐﱺ ﻟﲘﻰ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. "Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱆ ﺗﱧﻤﱨﻨﱲﻬﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﺃﱁﻥﱦ ﻋﱺﺒﱱﺪﺕﲄ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳄﳄﳀ
  1. "Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﻮﻗﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺏﲅ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺮﲌﻕﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﺮﲌﺏﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺂﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱓﺕﱺ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﻏﱔﻴﱦﺮﲌﻯ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﻌﱧﻠﱁﻨﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﺠﱻﻮﻧﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻚﱔ ﺑﲐﺸﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻋﱺﺼﱺﺎﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺛﱂﻌﱦﺒﱧﺎﻥﱬ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
ﻭﱺﻧﱧﺰﱺﻉﱧ ﻳﱧﺪﱺﻩﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻀﱺﺂﺀﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﵝﱁﵙ ﺣﱺﻮﱹﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺴﱺ﮳ﺤﲔﺮﱽ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺿﲔﻜﱕﻢ ﺑﲐﺴﲔﺤﱹﺮﲌﻩﲘﲶ ﻓﱁﻤﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺭﱹﺟﲌﻪﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨ ﻭﱺﭐﺑﱦﻌﱧﺚﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﺣﱺ﮳ﺸﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺳﱺﺤﲄﺎﺭﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳉﳅﳀ
  1. "Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
ﻓﱁﺠﱻﻤﲘﻊﱧ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﻟﲘﻤﲘﻴﻘﱁ﮳ﺖﲔ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺠﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻨﱧﺎ ﻧﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱨ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. "Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻔﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﴢﲐﻦﲄ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱧﻌﱧﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱲﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻟﱀﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺣﲔﺒﱧﺎﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻋﲔﺼﲔﻴﱱﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻌﲘﺰﲄﺓﲘ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻋﱺﺼﱺﺎﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺗﱧﻠﱀﻘﱁﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻓﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
ﻓﱁﺄﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﺳﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢﱦ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﺫﱧﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻜﱔﺒﲐﻴﺮﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺴﲃﲔﺤﱹﺮﱺ ﻓﱁﻠﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧﲬ ﵖﱔﵑﱂﻗﱁﻄﱝﲔﻌﱧﻦﲄ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻒﲖ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺻﱺﻠﱊﲘﺒﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺿﱺﻴﱦﺮﱺﲨ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻣﱨﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻧﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﺧﱺﻄﱔ﮳ﻴﱧ﮳ﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻛﱕﻨﱱﺂ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳀ
  1. "Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
ﲿ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺳﱹﺮﲌ ﺑﲐﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻯﳒ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢ ﻣﱲﺘﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻞﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﺣﱺ﮳ﺸﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻟﱁﺸﲔﺮﱹﺫﲘﻣﱧﺔﱆ ﻗﱁﻠﲘﻴﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳀ
  1. (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻟﱁﻐﱧﺂﴢﲐﻈﱕﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﺠﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﺣﱺ﮳ﺬﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳇﳀ
  1. "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".
ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
ﻭﱺﻛﱕﻨﱨﻮﺯﲎ ﻭﱺﻣﱧﻘﱁﺎﻡﲎ ﻛﱔﺮﲌﻳﻢﲎ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱀﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
ﻓﱁﺄﱁﺗﱦﺒﱧﻌﱨﻮﻫﱻﻢ ﻣﱲﺸﱓﺮﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﺮﱺﳍﺀﱧﺍ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻤﱨﺪﱹﺭﱺﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﵝﱋﵚﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻣﱧﻌﲘﻰﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺳﱺﻴﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺿﱹﺮﲌﺏ ﺑﱰﲐﻌﱧﺼﱺﺎﻙﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺﲨ ﻓﱁﭑﻧﻔﱁﻠﱁﻖﱺ ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻛﱕﻞﱟ ﻓﲘﺮﱹﻕﲎ ﻛﱔﭑﻟﻄﱞﻮﱹﺩﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻟﱁﻔﱀﻨﱧﺎ ﺛﱁﻢﱱ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﭐﺗﱦﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻴﻪﲘ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧﺎﻣﱫﺎ ﻓﱁﻨﱧﻈﱔﻞﱟ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻋﱺ﮳ﻜﲔﻔﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻥﱧ ﳁﳅﳉﳀ
  1. "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻞﱓ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺪﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳉﳀ
  1. "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻟﱊﲘﻰﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺏﲄ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻨﲘﻰ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻦﲌ ﳁﳊﳉﳀ
  1. "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﻄﱓﻌﲘﻤﱨﻨﲘﻰ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﻘﲘﻴﻦﲌ ﳁﳋﳉﳀ
  1. "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺮﲌﺿﱹﺖﱻ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﺸﱓﻔﲘﻴﻦﲌ ﳁﳂﳊﳀ
  1. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻤﲘﻴﺘﱨﻨﲘﻰ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺤﱹﻴﲐﻴﻦﲌ ﳁﳃﳊﳀ
  1. "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻃﱓﻤﱧﻊﱨ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺ ﻟﲘﻰ ﺧﱺﻄﲔﻴﳒ﮲ﱧﺘﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﳁﳄﳊﳀ
  1. "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﺣﱻﻜﱓﻤﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﺤﲔﻘﱀﻨﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻞ ﻟﱊﲘﻰ ﻟﲘﺴﱺﺎﻥﱧ ﺻﲔﺪﱹﻕﲎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
  1. "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
ﻭﱺﭐﺟﱹﻌﱧﻠﱀﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺛﱁﺔﲘ ﺟﱺﻨﱱﺔﲘ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳇﳊﳀ
  1. "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
ﻭﱺﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﵖﲔﵑﱁﺑﲐﻰﳒ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱊﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺰﲌﻧﲘﻰ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳀ
  1. "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻔﱁﻊﱨ ﻣﱧﺎﻝﱙ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺑﱧﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
  1. "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺗﱧﻰ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻘﱁﻠﱀﺐﲎ ﺳﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳋﳊﳀ
  1. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
ﻭﱺﺃﱂﺯﱹﻟﲘﻔﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱂ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳀ
  1. "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
ﻭﱺﺑﱨﺮﲃﲌﺯﱺﺕﲔ ﭐﻟﱀﺠﱺﺤﲔﻴﻢﱨ ﻟﲘﻠﱀﻐﱧﺎﻭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳋﳀ
  1. "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻨﺘﱧﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳋﳀ
  1. ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
ﻓﱁﻜﱕﺒﱦﻜﲔﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﱻﲵﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱨ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
  1. "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
ﺗﱧﭑﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳉﳋﳀ
  1. " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱨﺴﱺﻮﲃﲌﻳﻜﱕﻢ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳀ
  1. " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺿﱺﻠﱋﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺷﱔ﮳ﻔﲘﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺻﱺﺪﲘﻳﻖﲍ ﺣﱺﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
ﻓﱁﻠﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻛﱔﺮﲄﺓﱫ ﻓﱁﻨﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻧﱨﻮﺡﲡ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻧﱨﻮﺡﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
ﲿ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﻟﱁﻚﱔ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺫﱧﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻠﱀﻤﲘﻰ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
ﺇﲐﻥﱦ ﺣﲔﺴﱺﺎﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﲨ ﻟﱁﻮﱹ ﺗﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳃﳀ
  1. "Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺑﲐﻄﱔﺎﺭﲌﺩﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳇﳃﳃﳀ
  1. "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻨﺘﱧﻪﲘ ﻳﱧ﮳ﻨﱨﻮﺡﱻ ﻟﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺮﱹﺟﱻﻮﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳃﳃﳀ
  1. Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻥﱱ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻰ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻥﲌ ﳁﳉﳃﳃﳀ
  1. Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
ﻓﱁﭑﻓﱀﺘﱧﺢﱹ ﺑﱧﻴﱦﻨﲘﻰ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺘﱦﺤﱾﺎ ﻭﱺﻧﱧﺠﲃﲌﻨﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﲘﻰﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳃﳀ
  1. "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﺸﱓﺤﱻﻮﻥﲌ ﳁﳋﳃﳃﳀ
  1. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳄﳃﳀ
  1. Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳃﳀ
  1. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳄﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﺎﺩﱪ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳄﳃﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻫﱻﻮﺩﱪ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳄﳃﳀ
  1. Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳇﳄﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳈﳄﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱧﺒﱦﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺭﲌﻳﻊﲡ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅ ﺗﱧﻌﱦﺒﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳃﳀ
  1. "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻥﱧ ﻣﱧﺼﱺﺎﻧﲘﻊﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺨﱹﻠﱂﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳄﳃﳀ
  1. "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺑﱧﻄﱔﺸﱓﺘﱨﻢ ﺑﱧﻄﱔﺸﱓﺘﱨﻢﱦ ﺟﱺﺒﱱﺎﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳅﳃﳀ
  1. "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳃﳅﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻣﱧﺪﲄﻛﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳃﳀ
  1. "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
ﺃﱁﻣﱧﺪﲄﻛﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲎ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
  1. "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲍ ﳁﳆﳅﳃﳀ
  1. "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳇﳅﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱺﻋﱺﻈﱓﺖﱺ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺ﮴ﻋﲔﻈﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺁ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺧﱻﻠﱂﻖﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳃﳀ
  1. "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺑﲐﻤﱨﻌﱧﺬﱞﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳃﳀ
  1. "Dan kami pula tidak akan diseksa".
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳃﳀ
  1. Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳂﳆﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳃﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺢﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳃﳀ
  1. Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳅﳆﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳆﳆﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱨﺘﱦﺮﱺﻛﱕﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳃﳀ
  1. "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﻭﱺﻋﱻﻴﱨﻮﻥﲎ ﳁﳉﳆﳃﳀ
  1. "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
ﻭﱺﺯﱻﺭﱻﻭﻉﲢ ﻭﱺﻧﱧﺨﱹﻞﲎ ﻃﱔﻠﱀﻌﱨﻬﱺﺎ ﻫﱺﻀﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
ﻭﱺﺗﱧﻨﱦﺤﲔﺘﱨﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﲌ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱫﺎ ﻓﱁ﮳ﺮﲌﻫﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺼﱹﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺤﲄﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﻧﱧﺎﻗﱁﺔﱆ ﻟﱋﻬﱺﺎ ﺷﲔﺮﱹﺏﱿ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺷﲔﺮﱹﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲎ ﻣﱱﻌﱦﻠﱂﻮﻡﲎ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﺴﱻﻮﳒﺀﲚ ﻓﱁﻴﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱔﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
ﻓﱁﻌﱧﻘﱁﺮﱻﻭﻫﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻧﱧ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺑﱧﺖﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻟﱂﻮﻁﲕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺧﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻟﱂﻮﻁﱗ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺬﱟﻛﱓﺮﱺﺍﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
ﻭﱺﺗﱧﺬﱔﺭﱻﻭﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻜﱕﻢﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱪ ﻋﱺﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻨﺘﱧﻪﲘ ﻳﱧ﮳ﻠﱂﻮﻁﱕ ﻟﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﺮﱺﺟﲌﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﲘﻌﱧﻤﱧﻠﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺎﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻧﱧﺠﲃﲌﻨﲘﻰ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻰ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
ﻓﱁﻨﱧﺠﲄﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﺠﱻﻮﺯﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
ﺛﱂﻢﱱ ﺩﱧﻣﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﭐﵖﱓﵕﺧﱺﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻄﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﻄﱔﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﺴﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﻄﱔﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﱔﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﻟﱀ﮲ﱧﻴﱦﻜﱔﺔﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. (Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺐﱽ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳃﳀ
  1. Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱗ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱿ ﳁﳊﳉﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳋﳉﳃﳀ
  1. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺳﱹ﮲ﱧﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺟﱹﺮﲍﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﲌﻯﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳃﳀ
  1. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
ﲿ ﺃﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺨﱹﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳊﳃﳀ
  1. "Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
ﻭﱺﺯﲌﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻄﱔﺎﺱﲜ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲌ ﳁﳄﳊﳃﳀ
  1. "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﺨﱺﺴﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺜﱁﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳊﳃﳀ
  1. "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﲐﻠﱋﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳃﳀ
  1. "Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﺤﲄﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻧﱱﻈﱕﻨﱲﻚﱔ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳃﳀ
  1. "Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
ﻓﱁﺄﱁﺳﱹﻘﲘﻂﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻛﲔﺴﱺﻔﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳃﳀ
  1. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﳒ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳃﳀ
  1. Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻈﱟﻠﱋﺔﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲍ ﳁﳋﳊﳃﳀ
  1. Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﱨ ﳁﳃﳋﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﺘﱧﻨﺰﲌﻳﻞﱕ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳋﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
ﻧﱧﺰﱺﻝﱔ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﻭﺡﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﲘﻴﻦﱻ ﳁﳅﳋﳃﳀ
  1. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻚﱔ ﻟﲘﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺬﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳋﳃﳀ
  1. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
ﺑﲐﻠﲘﺴﱺﺎﻥﲍ ﻋﱺﺮﱺﺑﲐﻰﲃﲦ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳇﳋﳃﳀ
  1. (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺯﱻﺑﱨﺮﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳋﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱃ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱧﻪﱨﲵ ﻋﱻﻠﱁﻤﱧﳌﺆﱻﺍﲯ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳉﳋﳃﳀ
  1. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﺰﲄﻟﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲜ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺠﱺﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳋﳃﳀ
  1. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
ﻓﱁﻘﱁﺮﱺﺃﱁﻩﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳋﳃﳀ
  1. Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺳﱺﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳂﳄﳀ
  1. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﲘﻴﻢﱧ ﳁﳃﳂﳄﳀ
  1. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
ﻓﱁﻴﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳄﳀ
  1. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
ﻓﱁﻴﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳄﳀ
  1. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
ﺃﱁﻓﱁﺒﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺑﲐﻨﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻌﱦﺠﲌﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳂﳄﳀ
  1. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﺇﲐﻥ ﻣﱱﺘﱱﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﺳﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳄﳀ
  1. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻮﻋﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳂﳄﳀ
  1. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳂﳄﳀ
  1. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﱨﻨﺬﲘﺭﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳂﳄﳀ
  1. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
ﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳂﳄﳀ
  1. Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻟﱁﺖﱹ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﳁﳂﳃﳄﳀ
  1. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﲲﺒﱧﻐﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳄﳀ
  1. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﲠ ﻟﱁﻤﱧﻌﱦﺰﱻﻭﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳃﳄﳀ
  1. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺪﱹﻉﱨ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱼﺎ ﺀﱧﺍﺧﱺﺮﱺ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱧﺬﱞﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳄﳀ
  1. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺬﲘﺭﱹ ﻋﱺﺸﲔﻴﺮﱺﺗﱧﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻗﱀﺮﱺﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳄﳀ
  1. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
ﻭﱺﭐﺧﱹﻔﲘﺾﱹ ﺟﱺﻨﱧﺎﺣﱺﻚﱔ ﻟﲘﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳄﳀ
  1. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﻋﱺﺼﱺﻮﱹﻙﱔ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺑﱧﺮﲌﻯﳒﺀﱬ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳃﳄﳀ
  1. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ ﳁﳉﳃﳄﳀ
  1. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺮﱺﯨﻚﱔ ﺣﲔﻴﻦﱺ ﺗﱧﻘﱂﻮﻡﱨ ﳁﳊﳃﳄﳀ
  1. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
ﻭﱺﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺒﱧﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳄﳀ
  1. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳂﳄﳄﳀ
  1. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻫﱺﻞﱓ ﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱻ ﳁﳃﳄﳄﳀ
  1. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
ﺗﱧﻨﱧﺰﲄﻝﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺃﱁﻓﱋﺎﻙﲕ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳄﳄﳀ
  1. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
ﻳﱨﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﺴﲄﻤﱦﻊﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﺬﲘﺑﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳄﳀ
  1. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
ﻭﱺﭐﻟﺸﱟﻌﱧﺮﱺﺁﺀﱨ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﱻﲵﻥﱧ ﳁﳆﳄﳄﳀ
  1. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻭﱺﺍﺩﲚ ﻳﱧﻬﲌﻴﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳄﳀ
  1. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺫﱧﻛﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﭐﻧﺘﱧﺼﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﻇﱕﻠﲘﻤﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻯﲄ ﻣﱨﻨﻘﱁﻠﱁﺐﲎ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳄﳀ
  1. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.