Aal-i-Imraan (آل عمران)

Bacaan Penuh Aal-i-Imraan
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺍﻟﳓﻢﳒ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim.
ﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲅ ﭐﻟﱀﻘﱁﻴﱲﻮﻡﱨ ﳁﳄﳀ
  1. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻳﱦﻪﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﳁﳅﳀ
  1. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱀﻔﱂﺮﱹﻗﱁﺎﻥﱧﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱿﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱿ ﺫﱨﻭ ﭐﻧﺘﲘﻘﱁﺎﻡﲍ ﳁﳆﳀ
  1. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﻔﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﳁﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺼﱺﻮﲃﲌﺭﱻﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳈﳀ
  1. Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱲﺤﱹﻜﱔﻤﱧ﮳ﺖﱽ ﻫﱻﻦﲄ ﺃﱂﻡﱲ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﺃﱂﺧﱺﺮﱻ ﻣﱨﺘﱧﺸﱔ﮳ﺒﲐﻬﱺ﮳ﺖﱿﲨ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺯﱺﻳﱦﻎﱆ ﻓﱁﻴﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﺸﱔ﮳ﺒﱧﻪﱧ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﲘ ﻭﱺﭐﺑﱦﺘﲘﻐﱧﺂﺀﱧ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﲘﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄ﮴ﺳﲔﺨﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱕﻞﱣ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳉﳀ
  1. Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺰﲌﻍﱀ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﺪﱺﻳﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻫﱺﺐﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﻚﱔ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱃﲬ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﱀﻮﱺﻫﲄﺎﺏﱻ ﳁﳊﳀ
  1. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺟﱺﺎﻣﲘﻊﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲎ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳋﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻮﺩﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.
ﻛﱔﺪﱺﺃﱀﺏﲌ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﻫﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﳁﳃﳃﳀ
  1. (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
ﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺳﱺﺘﱨﻐﱦﻠﱁﺒﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
ﻗﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱆ ﻓﲘﻰ ﻓﲘﺌﱧﺘﱧﻴﱦﻦﲌ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﺘﱧﺎﲨ ﻓﲘﺌﱧﺔﱆ ﺗﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻞﱕ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﻛﱔﺎﻓﲘﺮﱺﺓﱬ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺃﱀﻯﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺆﱺﻳﱰﲐﺪﱻ ﺑﲐﻨﱧﺼﱹﺮﲌﻩﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻟﱁﻌﲘﺒﱦﺮﱺﺓﱫ ﵖﱝﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
ﺯﱻﻳﱰﲐﻦﱺ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﱻﺐﲅ ﭐﻟﺸﱞﻬﱺﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻨﱧ﮳ﻄﲔﻴﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﻨﻄﱔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺬﱞﻫﱺﺐﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﲘﻀﲄﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱺﻮﲄﻣﱧﺔﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺﺮﱹﺙﲔﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﺣﱻﺴﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧ﮲ﱧﺎﺏﲌ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
ﲿ ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺅﱻﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺨﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﱿ ﻣﱲﻄﱔﻬﲄﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻗﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﻨﲘﺘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺤﱺﺎﺭﲌ ﳁﳉﳃﳀ
  1. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
ﺷﱔﻬﲌﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱭﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲬ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻒﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﱨ ﺑﱧﻐﱦﻴﱭﺎ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱹ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺣﱺﺂﺟﲅﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺖﱻ ﻭﱺﺟﱹﻬﲌﻰﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱧﻦﲌﲩ ﻭﱺﻗﱂﻞ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺀﱧﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﺘﱨﻢﱦﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥﱦ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻭﺍﲯﲨ ﻭﲄﺇﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁ﮳ﻎﱂﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻓﱁﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱹﻫﱻﻢ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲍ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﲍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.
ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﻧﱧﺼﲔﻴﺒﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻴﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱧ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﻣﱲﻌﱦﺮﲌﺿﱻﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱧﻤﱧﺴﲄﻨﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻳﱱﺎﻣﱫﺎ ﻣﱱﻌﱦﺪﱻﻭﺩﱧ﮴ﺕﲖﲨ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺩﲘﻳﻨﲘﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.
ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﻤﱧﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﻮﱹﻡﲎ ﵖﱞﵐ ﺭﱺﻳﱦﺐﱺ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﻭﱻﻓﱊﲘﻴﱧﺖﱹ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.
ﻗﱂﻞﲌ ﭐﻟﻠﱋﻬﱻﻢﱱ ﻣﱧ﮳ﻠﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﲔ ﺗﱨﺆﱹﺗﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱧﻨﺰﲌﻉﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻚﱔ ﻣﲘﻤﱱﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱨﻌﲘﺰﲅ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱨﺬﲘﻝﱟ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘﻙﱔ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱻﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺗﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﺗﱨﻮﻟﳨﺞﱻ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌﲨ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﲔ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻴﱰﲐﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻰﲃﲤﲨ ﻭﱺﺗﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱓ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﻠﱁﻴﱦﺲﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﲘﻰ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺗﱨﻘﱁﯩﳎﺔﱅﲩ ﻭﱺﻳﱨﺤﱺﺬﱝﲘﺭﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻩﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱦﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻣﱲﺤﱹﻀﱺﺮﱾﺍ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻮﳒﺀﲚ ﺗﱧﻮﱺﺩﱲ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻣﱧﺪﲀﺍ ﺑﱧﻌﲘﻴﺪﱾﺍﲩ ﻭﱺﻳﱨﺤﱺﺬﱝﲘﺭﱻﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺀﱨﻭﻑﲁ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻧﲘﻰ ﻳﱨﺤﱹﺒﲐﺒﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
ﲿ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻰ﮵ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﻭﱺﻧﱨﻮﺣﱾﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻝﱔ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﻝﱔ ﻋﲔﻤﱦﺮﱺ﮴ﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).
ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱇ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳆﳅﳀ
  1. (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺕﱻ ﻋﲔﻤﱦﺮﱺ﮴ﻥﱧ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻧﱧﺬﱔﺭﱹﺕﱻ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺑﱧﻄﱓﻨﲘﻰ ﻣﱨﺤﱺﺮﲄﺭﱾﺍ ﻓﱁﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻞﱓ ﻣﲘﻨﱰﲘﻰﳒﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﻠﲘﻴﻢﱨ ﳁﳇﳅﳀ
  1. (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻭﱺﺿﱺﻌﱧﺘﱦﻬﱺﺎ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻭﱺﺿﱺﻌﱦﺘﱨﻬﱺﺂ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻭﱺﺿﱺﻌﱧﺖﱹ ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱻ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺳﱺﻤﱱﻴﱦﺘﱨﻬﱺﺎ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﲔﻴﺬﱕﻫﱺﺎ ﺑﲐﻚﱔ ﻭﱺﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺟﲌﻴﻢﲌ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
ﻓﱁﺘﱧﻘﱁﺒﱱﻠﱁﻬﱺﺎ ﺭﱺﺑﱲﻬﱺﺎ ﺑﲐﻘﱁﺒﱨﻮﻝﲍ ﺣﱺﺴﱺﻦﲎ ﻭﱺﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺘﱧﻬﱺﺎ ﻧﱧﺒﱧﺎﺗﱩﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱫﺎ ﻭﱺﻛﱔﻔﱋﻠﱁﻬﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺩﱧﺧﱺﻞﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱹﺮﱺﺍﺏﱺ ﻭﱺﺟﱺﺪﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱺﺎ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻟﱁﻚﲔ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲨ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺮﱹﺯﱻﻕﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﲔﺴﱺﺎﺏﲍ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﺩﱧﻋﱺﺎ ﺯﱺﻛﱔﺮﲌﻳﱱﺎ ﺭﱺﺑﱱﻪﱨﲵﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻫﱺﺐﱹ ﻟﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻟﱋﺪﱻﻧﻚﱔ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱅ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧﺔﱃﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱨ ﭐﻟﺪﲅﻋﱺﺂﺀﲘ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
ﻓﱁﻨﱧﺎﺩﱧﺗﱦﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻗﱁﺂﴢﲐﻢﱬ ﻳﱨﺼﱺﻠﱊﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﲘﺤﱹﺮﱺﺍﺏﲌ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻙﱔ ﺑﲐﻴﱧﺤﱹﻴﱧﻰﳎ ﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱇﺎ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺳﱺﻴﱰﲐﺪﱾﺍ ﻭﱺﺣﱺﺼﱻﻮﺭﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺒﲐﻴﱵﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰ ﻏﱕﻠﱁ﮳ﻢﱬ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻠﱁﻐﱧﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺒﱧﺮﱻ ﻭﱺﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﲘﻰ ﻋﱺﺎﻗﲘﺮﱿﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞ ﻟﱊﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧﺘﱨﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱧ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﱁ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﻣﱦﺰﱾﺍﲩ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮ ﺭﲄﺑﱱﻚﱔ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲘﺢﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺸﲔﻰﲃﲤ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﺑﱦﻜﱔ﮳ﺮﲌ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﯩﳎﻚﲔ ﻭﱺﻃﱔﻬﲄﺮﱺﻙﲔ ﻭﱺﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﯩﳎﻚﲔ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).
ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﭐﻗﱀﻨﱨﺘﲘﻰ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻚﲔ ﻭﱺﭐﺳﱹﺠﱻﺪﲘﻯ ﻭﱺﭐﺭﱹﻛﱔﻌﲘﻰ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﻛﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳀ
  1. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻧﱨﻮﺣﲔﻴﻪﲘ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱨﻠﱀﻘﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﻗﱀﻠﱁ﮳ﻤﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﻞﱕ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻟﱁﺪﱺﻳﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱂ ﻳﱧ﮳ﻤﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱻﻙﲔ ﺑﲐﻜﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺳﱹﻤﱨﻪﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﲔﻴﺢﱻ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﱻ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧ ﻭﱺﺟﲌﻴﻬﱾﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳀ
  1. (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
ﻭﱺﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﻬﱹﺪﲘ ﻭﱺﻛﱔﻬﱹﵝﱅﵗ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳀ
  1. "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh."
ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﻟﱁﺪﱿ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻨﲘﻰ ﺑﱧﺸﱔﺮﱿﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﲔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﱾﺍ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."
ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻪﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱁ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱔ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.
ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱖﵐ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱹﻠﱂﻖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱝﲔﻴﻦﲌ ﻛﱔﻬﱺﻴﱦ﮲ﱧﺔﲘ ﭐﻟﻄﱞﻴﱦﺮﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻔﱂﺦﱻ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻃﱔﻴﱦﺮﲀﺍ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﺑﱦﺮﲌﺉﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻛﱓﻤﱧﻪﱧ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺹﱺ ﻭﱺﺃﱂﺣﱹﻰﲤ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﺃﱂﻧﱧﺒﱰﲐﺌﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﺪﲄﺧﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﵖﱔﵕﻳﱧﺔﱅ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.
ﻭﱺﻣﱨﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱅﺎ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻯﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻭﱺﵖﲔﵑﱂﺣﲔﻞﱞ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺣﱻﺮﲃﲌﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﻥﲌ ﳁﳂﳇﳀ
  1. "Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﻩﱨﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﱙ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳇﳀ
  1. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
ﲿ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺣﱺﺲﲄ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﻮﱺﺍﺭﲌﻳﱲﻮﻥﱧ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱹ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﺖﱺ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻓﱁﭑﻛﱓﺘﱨﺒﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳇﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".
ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﻜﱔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧ﮳ﻌﲘﻴﺴﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱨﺘﱧﻮﱺﻓﱊﲘﻴﻚﱔ ﻭﱺﺭﱺﺍﻓﲘﻌﱨﻚﱔ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻭﱺﻣﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱻﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺﺎﻋﲔﻞﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻙﱔ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﺛﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻣﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﻜﱕﻢﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺨﱹﺘﱧﻠﲘﻔﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳇﳀ
  1. (Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺄﱂﻋﱺﺬﱝﲘﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻴﱨﻮﱺﻓﱊﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻩﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).
ﺇﲐﻥﱱ ﻣﱧﺜﱁﻞﱔ ﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧﲨ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﺗﱨﺮﱺﺍﺏﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻛﱕﻦ ﻓﱁﻴﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻤﱦﺘﱧﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺣﱺﺂﺟﲄﻚﱔ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻙﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌ ﻓﱁﻘﱂﻞﱓ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﻧﱧﺪﱹﻉﱨ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻧﱧﺒﱦﺘﱧﻬﲌﻞﱓ ﻓﱁﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻌﱦﻨﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﺼﱺﺺﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﱨ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺔﲚ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﲛ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱨﺸﱓﺮﲌﻙﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻨﱧﺎ ﺑﱧﻌﱦﻀﱼﺎ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﺎﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻓﱁﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﺷﱓﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻟﱁﺖﲔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﱕ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﳒﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
ﻫﱺﳌﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺣﱺ﮳ﺠﱺﺠﱹﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﺗﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻥﱧ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﲔﻠﱀﻢﱬﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱨ ﻳﱧﻬﱻﻮﺩﲘﻳﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺﺍﻧﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱫﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.
ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﺈﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻟﱁﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻰﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﺩﱱﺕ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﻀﲔﻠﱌﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻬﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻠﱀﺒﲐﺴﱻﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧ﮳ﻄﲔﻞﲌ ﻭﱺﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱹﻪﱧ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﻭﱺﭐﻛﱓﻔﱂﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﺧﲔﺮﱺﻩﱨﲵ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﺗﱧﺒﲘﻊﱧ ﺩﲘﻳﻨﱧﻜﱕﻢﱦ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﻫﱻﺪﱺﻯ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺗﱧﻰ﮵ ﺃﱁﺣﱺﺪﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻞﱔ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻴﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﺤﱺﺂﺟﲅﻮﻛﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﱔ ﺑﲐﻴﱧﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﻪﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
ﻳﱧﺨﱹﺘﱧﺺﲅ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﭐﻟﱀﻔﱁﻀﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧﻈﲔﻴﻢﲌ ﳁﳆﳉﳀ
  1. Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
ﲿ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﱧﻦﱹ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺄﱀﻣﱧﻨﱦﻪﱨ ﺑﲐﻘﲘﻨﻄﱔﺎﺭﲎ ﻳﱨﺆﱺﺩﱰﲘﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦﱹ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺄﱀﻣﱧﻨﱦﻪﱨ ﺑﲐﺪﲘﻳﻨﱧﺎﺭﲎ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱺﺩﱰﲘﻩﲘﲶﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺩﱨﻣﱦﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱫﺎﲩ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱙ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ﺑﱧﻠﱁﻰﳎﲬ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﻭﱹﻓﱁﻰﳎ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻰﳎ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻌﱧﻬﱹﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﺧﱺﻠﱁ﮳ﻖﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻔﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻳﱧﻠﱀﻮﱻﲵﻥﱧ ﺃﱁﻟﱀﺴﲔﻨﱧﺘﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﺘﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻩﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﺒﱧﺸﱔﺮﲍ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺗﲘﻴﱧﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱻﻜﱓﻢﱧ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺒﱨﻮﲄﺓﱧ ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱔ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱫﺍ ﻟﱊﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱ﮳ﻨﲘﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺪﱹﺭﱻﺳﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﺎﺑﱩﺎﲩ ﺃﱁﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻛﱕﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻟﱁﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻭﱺﺣﲔﻜﱓﻤﱧﺔﲚ ﺛﱂﻢﱱ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱲﺼﱺﺪﲃﲘﻕﱿ ﻟﱊﲘﻤﱧﺎ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻦﲄ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻧﱱﻪﱨﲵﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺀﱧﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺭﱹﺗﱨﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﺗﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺻﱹﺮﲌﻯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺭﱹﻧﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﺷﱓﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻬﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳊﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."
ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
ﺃﱁﻓﱁﻐﱧﻴﱦﺮﱺ ﺩﲘﻳﻦﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻢﱧ ﻣﱧﻦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻃﱔﻮﱹﻋﱾﺎ ﻭﱺﻛﱔﺮﱹﻫﱾﺎ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱨﺮﱹﺟﱺﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
ﻗﱂﻞﱓ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﻤﱧ﮳ﻌﲘﻴﻞﱔ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺤﱺ﮳ﻖﱺ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻘﱂﻮﺏﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻁﲔ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻭﺗﲘﻰﱺ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰﳎ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻔﱁﺮﲃﲌﻕﱻ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﺒﱦﺘﱧﻎﲠ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺳﱹﻠﱁ﮳ﻢﲌ ﺩﲘﻳﻨﱫﺎ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺷﱔﻬﲌﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﺣﱺﻖﲉ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺅﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻌﱦﻨﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺨﱺﻔﱋﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﻨﻈﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;
ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺤﱻﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳋﳊﳀ
  1. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺯﱹﺩﱧﺍﺩﱨﻭﺍﲯ ﻛﱕﻔﱀﺮﱾﺍ ﻟﱋﻦ ﺗﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﺗﱧﻮﱹﺑﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻀﲄﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻛﱕﻔﱋﺎﺭﱿ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻘﱀﺒﱧﻞﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲘﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻞﱓﺀﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺫﱧﻫﱺﺒﱫﺎ ﻭﱺﻟﱁﻮﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒﲩ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. JUZUK KEEMPAT
ﻟﱁﻦ ﺗﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﲐﺮﲄ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
ﲿ ﻛﱕﻞﱟ ﭐﻟﻄﱞﻌﱧﺎﻡﲌ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺣﲔﵝﱏﵗ ﻟﱊﲘﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻨﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﱂﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻓﱁﭑﺗﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻜﱔﺬﲘﺏﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
ﻗﱂﻞﱓ ﺻﱺﺪﱺﻕﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨﲩ ﻓﱁﭑﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻠﱋﺔﱁ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﺣﱺﻨﲘﻴﻔﱅﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻭﲄﻝﱔ ﺑﱧﻴﱦﺖﲖ ﻭﱻﺿﲔﻊﱧ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻟﱁﻠﱋﺬﲘﻯ ﺑﲐﺒﱧﻜﱞﺔﱁ ﻣﱨﺒﱧﺎﺭﱺﻛﱘﺎ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳋﳀ
  1. Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲁ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱿ ﻣﱱﻘﱁﺎﻡﱨ ﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﺩﱧﺧﱺﻠﱁﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱫﺎﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺣﲔﺞﲅ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﻣﱧﻦﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻄﱔﺎﻉﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻛﱔﻔﱁﺮﱺ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻨﲘﻰﲇ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱽ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺗﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻋﲔﻮﱺﺟﱾﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱨﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻐﱧ﮳ﻔﲘﻞﲍ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻛﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
ﻭﱺﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺼﲔﻢ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻫﱻﺪﲘﻯﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﻣﱲﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﻖﲄ ﺗﱨﻘﱁﺎﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱨﻮﺗﱨﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢ ﻣﱲﺴﱹﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
ﻭﱺﭐﻋﱹﺘﱧﺼﲔﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺤﱺﺒﱦﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﺪﱺﺁﺀﱫ ﻓﱁﺄﱁﻟﱋﻒﱺ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱹﺘﱨﻢ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱫﺎ ﻭﱺﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻔﱁﺎ ﺣﱻﻔﱀﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻓﱁﺄﱁﻧﻘﱁﺬﱔﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻦﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
ﻭﱺﻟﱀﺘﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﻔﱁﺮﲄﻗﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﱧﻠﱁﻔﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﱻﲬ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱧﺒﱦﻴﱧﺾﲅ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬ ﻭﱺﺗﱧﺴﱹﻮﱺﺩﱲ ﻭﱻﺟﱻﻮﻩﱬﲬ ﻓﱁﺄﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﻮﱺﺩﱱﺕﱹ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻛﱔﻔﱁﺮﱹﺗﱨﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
ﻭﱺﺃﱁﻣﱱﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺑﱦﻴﱧﻀﲄﺖﱹ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻔﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻧﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﻇﱕﻠﱀﻤﱫﺎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺮﱹﺟﱺﻊﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﱻ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱺ ﺃﱂﻣﱱﺔﲙ ﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱺﺖﱹ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﺗﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﲬ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﻛﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺫﱫﻯﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱨﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻳﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻛﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﺑﱧﺎﺭﱺ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻨﺼﱺﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
ﺿﱻﺮﲌﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺬﱝﲘﻟﱋﺔﱂ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﺛﱂﻘﲘﻔﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺤﱺﺒﱦﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺣﱺﺒﱦﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﺑﱧﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﻐﱧﻀﱺﺐﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺿﱻﺮﲌﺑﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﺴﱹﻜﱔﻨﱧﺔﱂﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﻔﱂﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﺼﱺﻮﺍﲯ ﻭﲄﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).
ﲿ ﻟﱁﻴﱦﺴﱻﻮﺍﲯ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱫﲩ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻗﱁﺂﴢﲐﻤﱧﺔﱆ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﻥﱧ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺀﱧﺍﻧﱧﺂﺀﱧ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳃﳃﳀ
  1. Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﱺ﮴ﺕﲔﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
  1. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻴﱦﺮﲎ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱨﻜﱓﻔﱁﺮﱻﻭﻩﱨﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳃﳀ
  1. Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻦ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁ﮳ﺪﱻﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳃﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.
ﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﺭﲌﻳﺢﲢ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺻﲔﺮﲇ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﺖﱹ ﺣﱺﺮﱹﺙﱺ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱔﺘﱦﻪﱨﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳃﳀ
  1. Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﺑﲐﻄﱔﺎﻧﱧﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻜﱕﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﻟﱂﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﺒﱧﺎﵖﱘﵐ ﻭﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻋﱺﻨﲘﺘﱲﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﺪﱺﺕﲔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻀﱺﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱨﺨﱹﻔﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﱻﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺑﱧﻴﱱﻨﱱﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔﲨ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
ﻫﱺﳌﺄﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱂﻭﳖﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻛﱕﻠﱊﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻟﱁﻘﱂﻮﻛﱕﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻀﲅﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱧﺎﻣﲘﻞﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﻆﲔﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱨﻮﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﻈﲔﻜﱕﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳋﳃﳃﳀ
  1. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﺇﲐﻥ ﺗﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱆ ﺗﱧﺴﱻﺆﱹﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻜﱕﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱆ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻛﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﺪﱻﻫﱻﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻣﱨﺤﲔﻴﻂﱙ ﳁﳂﳄﳃﳀ
  1. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻏﱔﺪﱺﻭﱹﺕﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻚﱔ ﺗﱨﺒﱧﻮﲃﲌﺉﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻣﱧﻘﱁ﮳ﻌﲘﺪﱺ ﻟﲘﻠﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﲌﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳃﳄﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﺫﱦ ﻫﱺﻤﱱﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺘﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻔﱀﺸﱔﵝﱁﵗ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻬﱻﻤﱧﺎﲩ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳄﳃﳀ
  1. (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻧﱧﺼﱺﺮﱺﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺒﱧﺪﱹﺭﲎ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺫﲘﻟﱋﺔﱆﲨ ﻓﱁﭑﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳄﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺃﱁﻟﱁﻦ ﻳﱧﻜﱓﻔﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻤﲘﺪﲄﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﺑﲐﺜﱁﻠﱁ﮳ﺜﱁﺔﲘ ﺀﱧﺍﻟﱁ﮳ﻒﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻣﱨﻨﺰﱺﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳃﳀ
  1. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
ﺑﱧﻠﱁﻰ﮵ﲬ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻳﱨﻤﱦﺪﲘﺩﱦﻛﱕﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢ ﺑﲐﺨﱺﻤﱦﺴﱺﺔﲘ ﺀﱧﺍﻟﱁ﮳ﻒﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﻣﱨﺴﱺﻮﲃﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳄﳃﳀ
  1. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱨﺸﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﻄﱓﻤﱧﴣﲐﻦﲄ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﻨﱱﺼﱹﺮﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﺰﲌﻳﺰﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻜﲔﻴﻢﲌ ﳁﳈﳄﳃﳀ
  1. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ﻟﲘﻴﱧﻘﱀﻄﱔﻊﱧ ﻃﱔﺮﱺﻓﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﻜﱓﺒﲐﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻴﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺﺂﴢﲐﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳄﳃﳀ
  1. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﱪ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳃﳀ
  1. Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱻ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳄﳃﳀ
  1. Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺮﲃﲌﺑﱧﻮ﮵ﺍﲯ ﺃﱁﺿﱹﻌﱧ﮳ﻔﱅﺎ ﻣﱲﻀﱺ﮳ﻌﱧﻔﱁﺔﱅﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳅﳃﳀ
  1. Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳃﳀ
  1. Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
ﲿ ﻭﱺﺳﱺﺎﺭﲌﻋﱻﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱﺔﲙ ﻋﱺﺮﱹﺿﱻﻬﱺﺎ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱻ ﺃﱂﻋﲔﺪﲄﺕﱹ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
  1. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻈﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﻆﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﺎﻓﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳅﳃﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱃ ﺃﱁﻭﱹ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﺫﱧﻛﱔﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﲘﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱻ ﭐﻟﺬﱟﻧﱨﻮﺏﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺼﲔﺮﲅﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳃﳀ
  1. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺟﱺﺰﱺﺁﺅﱻﻫﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻤﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
  1. Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻨﱧﻦﱿ ﻓﱁﺴﲔﻴﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳅﳃﳀ
  1. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﻴﱧﺎﻥﱬ ﻟﱊﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﻣﱧﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱆ ﻟﱊﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳅﳃﳀ
  1. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻬﲌﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳅﳃﳀ
  1. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﺮﱹﺡﱿ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﺲﲄ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﻗﱁﺮﱹﺡﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻳﱱﺎﻡﱨ ﻧﱨﺪﱺﺍﻭﲌﻟﱂﻬﱺﺎ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺷﱕﻬﱺﺪﱺﺁﺀﱧﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳃﳀ
  1. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﻤﱧﺤﲃﲔﺺﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﻤﱦﺤﱺﻖﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳆﳃﳀ
  1. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
ﺃﱁﻡﱦ ﺣﱺﺴﲔﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳆﳃﳀ
  1. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻤﱧﻨﱱﻮﱹﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻠﱀﻘﱁﻮﱹﻩﱨ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳆﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﱨﺤﱺﻤﱱﺪﱽ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻪﲘ ﭐﻟﺮﲅﺳﱻﻞﱕﲬ ﺃﱁﻓﱁﺈﲐﻳﳗﻦ ﻣﱱﺎﺕﱺ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱂﺘﲘﻞﱔ ﭐﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻘﱁ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺐﱹ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻘﲘﺒﱧﻴﱦﻪﲘ ﻓﱁﻠﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲩ ﻭﱺﺳﱺﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳆﳃﳀ
  1. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺲﲝ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﱨﻮﺕﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺒﱫﺎ ﻣﱲﺆﱺﺟﲄﵝﱅﵗﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻧﱨﺆﱹﺗﲘﻪﲘﲶ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﺳﱺﻨﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
  1. Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
ﻭﱺﻛﱔﺄﱁﻳﱰﲐﻦ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺒﲐﻰﲃﲦ ﻗﱁ﮳ﺘﱧﻞﱔ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﺭﲌﺑﱰﲐﻴﱲﻮﻥﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱿ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻭﱺﻫﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺿﱺﻌﱨﻔﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳈﳆﳃﳀ
  1. Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻗﱁﻮﱹﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﺳﱹﺮﱺﺍﻓﱁﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﺛﱁﺒﱰﲐﺖﱹ ﺃﱁﻗﱀﺪﱺﺍﻣﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﻧﺼﱻﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳆﳃﳀ
  1. Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﱺ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﺣﱻﺴﱹﻦﱺ ﺛﱁﻮﱺﺍﺏﲌ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻳﱧﺮﱻﺩﱲﻭﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻋﱹﻘﱁ﮳ﺒﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺘﱧﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
ﺑﱧﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﻮﱹﻟﱁﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺼﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
ﺳﱺﻨﱨﻠﱀﻘﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﺮﲅﻋﱹﺐﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺜﱀﻮﱺﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺻﱺﺪﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻋﱹﺪﱺﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺤﱻﺴﲅﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﺸﲔﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﻨﱧ﮳ﺰﱺﻋﱹﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻭﱺﻋﱺﺼﱺﻴﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱺﯨﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧﲬ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﻣﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱺﺮﱺﻓﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻴﱧﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.
ﲿ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱨﺼﱹﻌﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻠﱀﻮﱻﲵﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱕ ﻳﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺛﱁ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦ ﻏﱔﻤﱷﺎ ﺑﲐﻐﱧﻢﱰﲎ ﻟﱊﲘﻜﱔﻴﱦﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺎﺗﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
ﺛﱂﻢﱱ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﭐﻟﱀﻐﱧﻢﱰﲌ ﺃﱁﻣﱧﻨﱧﺔﱅ ﻧﱲﻌﱧﺎﺳﱾﺎ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱅ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﻫﱺﻤﱱﺘﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱻﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻇﱔﻦﲄ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﱱﺔﲘﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻫﱺﻞ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱺ ﻛﱕﻠﱋﻪﱨﲵ ﴦﲘﴥﴤﲘﲩ ﻳﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺒﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻚﱔﲨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﱬ ﻣﱱﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﻬﱻﻨﱧﺎﲩ ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻮﱹ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺒﱧﺮﱺﺯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱕﺘﲘﺐﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﱕ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﻀﱺﺎﺟﲌﻌﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﺒﱦﺘﱧﻠﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﻴﱨﻤﱧﺤﲃﲔﺺﱺ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱮ ﺑﲐﺬﱔﺍﺕﲔ ﭐﻟﺼﲅﺪﱻﻭﺭﲌ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﺳﱹﺘﱧﺰﱺﻟﱋﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲜ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻋﱺﻔﱁﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱽ ﺣﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺿﱺﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻏﱕﺰﲈﻯ ﻟﱋﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﲔﻨﺪﱺﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﺎﺗﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺣﱺﺴﱹﺮﱺﺓﱫ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱿ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱨﺘﱲﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱄ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻤﱱﺎ ﻳﱧﺠﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).
ﻭﱺﻟﱁﴣﲐﻦ ﻣﱲﺘﱲﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻗﱂﺘﲘﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵒﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱨﺤﱹﺸﱔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).
ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺎ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﲘﻨﺖﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻓﱁﻈﱠﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻆﱔ ﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱀﺐﲌ ﵖﱔﵔﻧﻔﱁﻀﲅﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻮﱹﻟﲘﻚﱔﲨ ﻓﱁﭑﻋﱹﻒﱻ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺷﱔﺎﻭﲌﺭﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻋﱺﺰﱺﻣﱦﺖﱺ ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﻮﱺﻛﱝﲔﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
ﺇﲐﻥ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱹﻛﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻏﱔﺎﻟﲘﺐﱺ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺨﱹﺬﱕﻟﱀﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﲩ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺘﱧﻮﱺﻛﱞﻞﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻨﱧﺒﲐﻰﲃﲥ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻐﱨﻞﱞﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻐﱦﻠﱂﻞﱓ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻏﱔﻞﱞ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲬ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻰﳎ ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺴﱺﺒﱧﺖﱹ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻈﱓﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
ﺃﱁﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﻤﱧﻦﲲ ﺑﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﺴﱺﺨﱺﻂﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻪﱨ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺼﲔﻴﺮﱻ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
ﻫﱻﻢﱦ ﺩﱧﺭﱺﺟﱺ﮳ﺖﱽ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺑﱧﻌﱧﺚﱺ ﻓﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺘﱦﻠﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﺰﱺﻛﱝﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﱁ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻟﱁﻔﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲍ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﺘﱦﻜﱕﻢ ﻣﱲﺼﲔﻴﺒﱧﺔﱆ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﺻﱺﺒﱦﺘﱨﻢ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻰﳎ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱿ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺ﮳ﺒﱧﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﺘﱧﻘﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱦﻌﱧﺎﻥﲌ ﻓﱁﺒﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.
ﻭﱺﻟﲘﻴﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻧﱧﺎﻓﱁﻘﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺗﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻮﱹﺍﲯ ﻗﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﺩﱦﻓﱁﻌﱨﻮﺍﲯﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﻧﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻗﲘﺘﱧﺎﵖﱘﵐ ﵖﱞﵔﺗﱱﺒﱧﻌﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲩ ﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﻠﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﺃﱁﻗﱀﺮﱺﺏﱻ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﵝﱀﵙﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻬﲌﻢ ﻣﱱﺎ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﻌﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻃﱔﺎﻋﱻﻮﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻓﱁﭑﺩﱦﺭﱺﺀﱨﻭﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﱺ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﺗﱭﺎﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺂﺀﱪ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱨﺮﱹﺯﱺﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
ﻓﱁﺮﲌﺣﲔﻴﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﺤﱺﻘﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﲿ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺒﱦﺸﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻀﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﲌ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﺻﱺﺎﺑﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﺡﱻﲬ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺧﱹﺸﱔﻮﱹﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺰﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﱺﺴﱹﺒﱨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻢﱧ ﭐﻟﱀﻮﱺﻛﲔﻴﻞﱕ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
ﻓﱁﭑﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻤﱦﺴﱺﺴﱹﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱬ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﺭﲌﺿﱹﻮﱺ﮴ﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺫﱨﻭ ﻓﱁﻀﱹﻞﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲍ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻳﱨﺨﱺﻮﲃﲌﻑﱻ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﻩﱨﲵ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱺﺎﻓﱂﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺧﱺﺎﻓﱂﻮﻥﲌ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱻﻧﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺴﱺ﮳ﺮﲌﻋﱻﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﲌﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲩ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻳﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺣﱺﻈﱢﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱻﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﻟﱁﻦ ﻳﱧﻀﱻﺮﲅﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳉﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱨﻤﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﵖﱝﲔﵑﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻧﱨﻤﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻴﱧﺰﱹﺩﱧﺍﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱿ ﻣﱲﻬﲌﻴﻦﱿ ﳁﳊﳉﳃﳀ
  1. Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).
ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱧﺬﱔﺭﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻤﲘﻴﺰﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﲐﻴﺚﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﲌﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱨﻄﱓﻠﲘﻌﱧﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﺒﲐﻰ ﻣﲘﻦ ﺭﲅﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳋﳉﳃﳀ
  1. Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺒﱦﺨﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻠﲘﻪﲘﲶ ﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﲨ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻮﱺ ﺷﱔﺮﲉ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲨ ﺳﱺﻴﱨﻄﱔﻮﲄﻗﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﺑﱧﺨﲔﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﲘﻴﺮﱺ﮴ﺙﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳂﳊﳃﳀ
  1. Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﺳﱺﻤﲘﻊﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﱹﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻓﱁﻘﲘﻴﺮﱿ ﻭﱺﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﺃﱁﻏﱓﻨﲘﻴﱧﺂﺀﱨﲪ ﺳﱺﻨﱧﻜﱓﺘﱨﺐﱻ ﻣﱧﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻗﱁﺘﱦﻠﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﲲﺒﲐﻴﱧﺂﺀﱧ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﺣﱺﻖﲃﲎ ﻭﱺﻧﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﺫﱨﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﺮﲌﻳﻖﲌ ﳁﳃﳊﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻗﱁﺪﲄﻣﱧﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺑﲐﻈﱔﵝﱋﵗﻡﲎ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧﺒﲐﻴﺪﲘ ﳁﳄﳊﳃﳀ
  1. (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻬﲌﺪﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﻧﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱺ ﻟﲘﺮﱺﺳﱻﻮﻝﲍ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱧﺎ ﺑﲐﻘﱂﺮﱹﺑﱧﺎﻥﲎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻠﱂﻪﱨ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱻﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻰ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻗﱂﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﻠﲘﻢﱧ ﻗﱁﺘﱧﻠﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳊﳃﳀ
  1. Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: "Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?
ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻙﱔ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱕﺬﱝﲘﺏﱺ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻚﱔ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺰﲅﺑﱨﺮﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﲘﻴﺮﲌ ﳁﳆﳊﳃﳀ
  1. Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.
ﻛﱕﻞﱟ ﻧﱧﻔﱀﺲﲞ ﺫﱧﺁﴢﲐﻘﱁﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲩ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺗﱨﻮﱺﻓﱋﻮﱹﻥﱧ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻛﱕﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺯﱻﺣﱹﺰﲌﺡﱺ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻭﱺﺃﱂﺩﱦﺧﲔﻞﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻓﱁﺎﺯﱺﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱨ ﭐﻟﱀﻐﱨﺮﱻﻭﺭﲌ ﳁﳇﳊﳃﳀ
  1. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
ﲿ ﻟﱁﺘﱨﺒﱦﻠﱁﻮﱻﻥﱱ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﺘﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻛﱕﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺫﱫﻯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺼﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﱺﺰﱹﻡﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱨﻮﺭﲌ ﳁﳈﳊﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﻭﺗﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻟﱁﺘﱨﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱨﻨﱱﻪﱨﲵ ﻟﲘﻠﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱓﺘﱨﻤﱨﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﻨﱧﺒﱧﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﱧ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﭐﺷﱓﺘﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗﲨ ﻓﱁﺒﲐﺌﱦﺲﱺ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳊﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻔﱀﺮﱺﺣﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﺗﱧﻮﺍﲯ ﻭﲄﻳﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺤﱹﻤﱧﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﻔﱁﺎﺯﱺﺓﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌﲨ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳊﳊﳃﳀ
  1. Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲩ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱽ ﳁﳋﳊﳃﳀ
  1. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﲘﻠﱁ﮳ﻒﲔ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﲌ ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﲌ ﵖﱔﵕﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﵖﱝﲔﵑﱂﻭﳖﻟﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﺒﱧ﮳ﺐﲌ ﳁﳂﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺬﱓﻛﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻗﲘﻴﱧ﮳ﻤﱫﺎ ﻭﱺﻗﱂﻌﱨﻮﺩﱫﺍ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺟﱻﻨﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺧﱺﻠﱀﻖﲌ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺖﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧ﮳ﻄﲔﵝﱅﵗ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﻓﱁﻘﲘﻨﱧﺎ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﳁﳃﳋﳃﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﱧﻦ ﺗﱨﺪﱹﺧﲔﻞﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﱺ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱹﺰﱺﻳﱦﺘﱧﻪﱨﲵﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﲘﻠﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﺼﱺﺎﺭﲎ ﳁﳄﳋﳃﳀ
  1. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
ﺭﲄﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﻨﱧﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱦﻨﱧﺎ ﻣﱨﻨﱧﺎﺩﲘﻳﱫﺎ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﲘﻯ ﻟﲘﵝﱀﵙﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﱧﻨﱱﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱹ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳅﳋﳃﳀ
  1. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﲘﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﺗﱱﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱻﺳﱻﻠﲘﻚﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﺰﲌﻧﱧﺎ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲨ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﺨﱹﻠﲘﻒﱻ ﭐﻟﱀﻤﲘﻴﻌﱧﺎﺩﱧ ﳁﳆﳋﳃﳀ
  1. Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﺠﱺﺎﺏﱺ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻧﱰﲘﻰ ﵖﱔﵓ ﺃﱂﺿﲔﻴﻊﱨ ﻋﱺﻤﱧﻞﱔ ﻋﱺ﮳ﻤﲘﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻛﱔﺮﲍ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎﲨ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞﲨ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺃﱂﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻭﱺﺃﱂﻭﺫﱨﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻰ ﻭﱺﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻗﱂﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﵖﱔﵑﱂﻛﱔﻔﱊﲘﺮﱺﻥﱱ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵑﱂﺩﱦﺧﲔﻠﱁﻨﱱﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲖ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺛﱁﻮﱺﺍﺑﱫﺎ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﺣﱻﺴﱹﻦﱻ ﭐﻟﺜﱋﻮﱺﺍﺏﲌ ﳁﳇﳋﳃﳀ
  1. Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱨﺮﲄﻧﱱﻚﱔ ﺗﱧﻘﱁﻠﱌﺐﱻ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺒﲐﻠﱁ﮳ﺪﲘ ﳁﳈﳋﳃﳀ
  1. Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱬ ﻗﱁﻠﲘﻴﻞﱙ ﺛﱂﻢﱱ ﻣﱧﺄﱀﻭﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱨﲨ ﻭﱺﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﻟﱀﻤﲘﻬﱺﺎﺩﱨ ﳁﳉﳋﳃﳀ
  1. (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
ﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﱿ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻧﱨﺰﱻﵖﱘﵐ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﲔﻨﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘﲩ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﵝﱀﵘﱁﺑﱦﺮﱺﺍﺭﲌ ﳁﳊﳋﳃﳀ
  1. Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻟﱁﻤﱧﻦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺛﱁﻤﱧﻨﱫﺎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﺤﲔﺴﱺﺎﺏﲌ ﳁﳋﳋﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺻﱺﺎﺑﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﺭﱺﺍﺑﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).