Al-Ahzaab (الأحزاب)

Bacaan Penuh Al-Ahzaab
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﭐﺗﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻜﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲘﻊﱦ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳄﳀ
  1. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳅﳀ
  1. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
ﻣﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﺮﱺﺟﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻠﱀﺒﱧﻴﱦﻦﲌ ﻓﲘﻰ ﺟﱺﻮﱹﻓﲘﻪﲘﲶﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱋﳌ﮲ﲘﻰ ﺗﱨﻈﱔ﮳ﻬﲌﺮﱻﻭﻥﱧ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﺃﱁﺩﱦﻋﲔﻴﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻟﱂﻜﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻓﱀﻮﱺ﮴ﻫﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﻞﱔ ﳁﳆﳀ
  1. (Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﵖﲔﵕﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻂﱕ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﺈﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﲌ ﻭﱺﻣﱧﻮﱺ﮴ﻟﲘﻴﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱿ ﻓﲘﻴﻤﱧﺂ ﺃﱁﺧﱹﻄﱔﺄﱀﺗﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﻌﱧﻤﱱﺪﱺﺕﱹ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱨﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳇﳀ
  1. Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱻﻪﱨﲵﳒ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﱨﻬﱻﻢﱦﲩ ﻭﱺﺃﱂﻭﳖﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺣﱺﺎﻡﲌ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹﻟﱁﻰﳎ ﺑﲐﺒﱧﻌﱦﺾﲞ ﻓﲘﻰ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱺ﮳ﺠﲌﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻔﱀﻌﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎﲬ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﱧﺴﱹﻄﱕﻮﺭﱾﺍ ﳁﳈﳀ
  1. Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis dalam Kitab Allah.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺ ﻣﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻨﻚﱔ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻧﱲﻮﺡﲢ ﻭﱺﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﻭﱺﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻋﲔﻴﺴﱺﻰ ﭐﺑﱦﻦﲌ ﻣﱧﺮﱹﻳﱧﻢﱧﲨ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻘﱃﺎ ﻏﱔﻠﲘﻴﻈﱘﺎ ﳁﳉﳀ
  1. (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
ﻟﱊﲘﻴﱧﺴﱹ﮲ﱧﻞﱔ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻦ ﺻﲔﺪﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﲘﻠﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱩﺎ ﺃﱁﻟﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳊﳀ
  1. (Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱬ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﲌﻳﺤﱾﺎ ﻭﱺﺟﱻﻨﱨﻮﺩﱫﺍ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﱼﺍ ﳁﳋﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱨﻭﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺳﱹﻔﱁﻞﱔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺯﱺﺍﻏﱔﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻ ﻭﱺﺑﱧﻠﱁﻐﱧﺖﲔ ﭐﻟﱀﻘﱂﻠﱂﻮﺏﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺﻨﱧﺎﺟﲌﺮﱺ ﻭﱺﺗﱧﻈﱕﻨﱲﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﻈﱟﻨﱨﻮﻧﱧﺎﲰ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﭐﺑﱦﺘﱨﻠﲘﻰﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﺯﱻﻟﱀﺰﲌﻟﱂﻮﺍﲯ ﺯﲌﻟﱀﺰﱺﺍﵖﱘﵐ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻣﱱﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻏﱕﺮﱻﻭﺭﱾﺍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖ ﻃﱞﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﳌﺄﱁﻫﱹﻞﱔ ﻳﱧﺜﱀﺮﲌﺏﱺ ﵖﱔﵐ ﻣﱨﻘﱁﺎﻡﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﭑﺭﱹﺟﲌﻌﱨﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧ﮲ﱦﺬﲘﻥﱨ ﻓﱁﺮﲌﻳﻖﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲄ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻥﱱ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱧﻨﱧﺎ ﻋﱺﻮﱹﺭﱺﺓﱬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﲔﻰﱺ ﺑﲐﻌﱧﻮﱹﺭﱺﺓﲙﲨ ﺇﲐﻥ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﺮﱺﺍﺭﱾﺍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺩﱨﺧﲔﻠﱁﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻗﱀﻄﱔﺎﺭﲌﻫﱺﺎ ﺛﱂﻢﱱ ﺳﱻﴣﲐﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻔﲘﺘﱦﻨﱧﺔﱁ ﵖﱔﵕﺗﱧﻮﱹﻫﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻠﱁﺒﱱﺜﱂﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻮﱺﻟﱌﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﺑﱧ﮳ﺮﱺﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻬﱹﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺴﱹ﮲ﱨﻮﵖﱘﵐ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).
ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻦ ﻳﱧﻨﻔﱁﻌﱧﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﲘﺮﱺﺍﺭﱻ ﺇﲐﻥ ﻓﱁﺮﱺﺭﱹﺗﱨﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔ ﺃﱁﻭﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﺘﱦﻞﲌ ﻭﱺﺇﲐﺫﱫﺍ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﻤﱧﺘﱱﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦ ﺫﱧﺍ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﻌﱦﺼﲔﻤﱨﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱩﺍ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅﲬ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.
ﲿ ﻗﱁﺪﱹ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱧﻮﲃﲌﻗﲘﻴﻦﱺ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﺂﴢﲐﻠﲘﻴﻦﱺ ﵖﲔﵒﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻢﱦ ﻫﱺﻠﱂﻢﱱ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺱﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱃﵗ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.
ﺃﱁﺷﲔﺤﲄﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﱀﺨﱺﻮﱹﻑﱻ ﺭﱺﺃﱁﻳﱦﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﺗﱧﺪﱻﻭﺭﱻ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺕﲔﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺫﱧﻫﱺﺐﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻮﱹﻑﱻ ﺳﱺﻠﱁﻘﱂﻮﻛﱕﻢ ﺑﲐﺄﱁﻟﱀﺴﲔﻨﱧﺔﲙ ﺣﲔﺪﱺﺍﺩﲙ ﺃﱁﺷﲔﺤﲄﺔﱃ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺣﱹﺒﱧﻂﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
ﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺬﱓﻫﱺﺒﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱻ ﻳﱧﻮﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﺑﱧﺎﺩﱨﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺮﱺﺍﺏﲌ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﴢﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻗﱁ﮳ﺘﱧﻠﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Mereka menyangka bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.
ﻟﱋﻘﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﺳﱹﻮﱺﺓﱪ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱆ ﻟﱊﲘﻤﱧﻦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﺮﱹﺟﱻﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺ ﻭﱺﺫﱧﻛﱔﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺀﱧﺍ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺣﱹﺰﱺﺍﺏﱺ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵ ﻭﱺﺻﱺﺪﱺﻕﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺯﱺﺍﺩﱧﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﻳﻤﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﺗﱧﺴﱹﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺭﲌﺟﱺﺎﻝﱙ ﺻﱺﺪﱺﻗﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻋﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘﲨ ﻓﱁﻤﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻗﱁﻀﱺﻰﳎ ﻧﱧﺤﱹﺒﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﻦ ﻳﱧﻨﺘﱧﻈﲔﺮﱻﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﺪﲄﻟﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﺒﱦﺪﲘﻳﵝﱅﵗ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
ﻟﱊﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﺑﲐﺼﲔﺪﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻳﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﺇﲐﻥ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﺃﱁﻭﱹ ﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳆﳄﳀ
  1. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﺭﱺﺩﱱ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﻈﲔﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﲘﺘﱧﺎﻝﱔﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱁﻮﲌﻳﱳﺎ ﻋﱺﺰﲌﻳﺰﱾﺍ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔ﮳ﻬﱺﺮﱻﻭﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻫﱹﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻣﲘﻦ ﺻﱺﻴﱧﺎﺻﲔﻴﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺬﱔﻑﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺮﲅﻋﱹﺐﱺ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﺗﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﺗﱧﺄﱀﺳﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱅﺎ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.
ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺭﱹﺿﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺩﲘﻳﱧ﮳ﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺿﱾﺎ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻄﱔ﮲ﱨﻮﻫﱺﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻗﱁﺪﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﻗﱂﻞ ﵖﱝﲔﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻚﱔ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻦﲄ ﺗﱨﺮﲌﺩﱦﻥﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﺯﲌﻳﻨﱧﺘﱧﻬﱺﺎ ﻓﱁﺘﱧﻌﱧﺎﻟﱁﻴﱦﻦﱺ ﺃﱂﻣﱧﺘﱰﲘﻌﱦﻜﱕﻦﲄ ﻭﱺﺃﱂﺳﱺﺮﲃﲌﺣﱹﻜﱕﻦﲄ ﺳﱺﺮﱺﺍﺣﱾﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻦﲄ ﺗﱨﺮﲌﺩﱦﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱺ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱧ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻦﲄ ﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar".
ﻳﱧ﮳ﻨﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺄﱀﺕﲔ ﻣﲘﻨﻜﱕﻦﲄ ﺑﲐﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﲚ ﻣﱲﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚ ﻳﱨﻀﱺ﮳ﻌﱧﻒﱹ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﺿﲔﻌﱦﻔﱁﻴﱦﻦﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻳﱧﺴﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
ﲿ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻘﱀﻨﱨﺖﱹ ﻣﲘﻨﻜﱕﻦﲄ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﻭﱺﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱓ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻧﱲﺆﱹﺗﲘﻬﱺﺂ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺﻫﱺﺎ ﻣﱧﺮﲄﺗﱧﻴﱦﻦﲌ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺘﱧﺪﱹﻧﱧﺎ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﺭﲌﺯﱹﻗﱅﺎ ﻛﱔﺮﲌﻳﻤﱫﺎ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
ﻳﱧ﮳ﻨﲘﺴﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻟﱁﺴﱹﺘﱨﻦﲄ ﻛﱔﺄﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﺇﲐﻥﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻴﱦﺘﱨﻦﲄﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺨﱹﻀﱺﻌﱦﻦﱺ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻓﱁﻴﱧﻄﱓﻤﱧﻊﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﻠﱀﺒﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﺮﱺﺽﱿ ﻭﱺﻗﱂﻠﱀﻦﱺ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﻣﱱﻌﱦﺮﱻﻭﻓﱅﺎ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
ﻭﱺﻗﱁﺮﱹﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱧﺮﲄﺟﱹﻦﱺ ﺗﱧﺒﱧﺮﲅﺝﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﱱﺔﲘ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎﲨ ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻤﱦﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺀﱧﺍﺗﲘﻴﻦﱺ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﲔﻌﱦﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵﳒﲬ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻴﱨﺬﱓﻫﲔﺐﱺ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱹﺲﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﻴﱦﺖﲔ ﻭﱺﻳﱨﻄﱔﻬﲃﲌﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﺗﱧﻄﱓﻬﲌﻴﺮﱾﺍ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱹﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﲘﻜﱕﻦﲄ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﲔﻜﱓﻤﱧﺔﲘﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻄﲔﻴﻔﱃﺎ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱼﺍ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﻨﲘﺘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁ﮳ﻨﲘﺘﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄ﮳ﺒﲐﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺸﲔﻌﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺸﲔﻌﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺼﱺﺪﲃﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺘﱧﺼﱺﺪﲃﲘﻗﱁ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﳌﴣﲐﻤﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﺼﲄﳌﴣﲐﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺ﮳ﻔﲘﻈﲔﻴﻦﱺ ﻓﱂﺮﱻﻭﺟﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﻟﱀﺤﱺ﮳ﻔﲘﻈﱔ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺬﱞ﮴ﻛﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻭﱺﭐﻟﺬﱞ﮴ﻛﲔﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﲘﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻦﲎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧﺔﲙ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱂﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻣﱦﺮﱼﺍ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﲔﻴﱧﺮﱺﺓﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌﻫﲔﻢﱦﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱧﻌﱦﺺﲜ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﺿﱺﻞﱞ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﵝﱅﵗ ﻣﱲﺒﲐﻴﻨﱫﺎ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺃﱁﻧﱦﻌﱧﻤﱦﺖﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺃﱁﻣﱦﺴﲔﻚﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻚﱔ ﻭﱺﭐﺗﱱﻖﲌ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺗﱨﺨﱹﻔﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻚﱔ ﻣﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﺒﱦﺪﲘﻳﻪﲘ ﻭﱺﺗﱧﺨﱹﺸﱔﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﺣﱺﻖﲅ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺨﱹﺸﱔﯩﳎﻪﱨﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻗﱁﻀﱺﻰﳎ ﺯﱺﻳﱦﺪﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻃﱔﺮﱾﺍ ﺯﱺﻭﲄﺟﱹﻨﱧ﮳ﻜﱔﻬﱺﺎ ﻟﲘﻜﱔﻰﱹ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺣﱺﺮﱺﺝﱿ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﲠ ﺃﱁﺩﱦﻋﲔﻴﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱁﻀﱺﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﻃﱔﺮﱾﺍﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻔﱀﻌﱨﻮﵖﱘﵐ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﺮﱺﺝﲢ ﻓﲘﻴﻤﱧﺎ ﻓﱁﺮﱺﺽﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﱁﻪﱨﲵﲨ ﺳﱻﻨﱱﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺃﱁﻣﱦﺮﱻ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻗﱁﺪﱺﺭﱾﺍ ﻣﱱﻘﱀﺪﱻﻭﺭﱼﺍ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺒﱧﻠﱊﲘﻐﱨﻮﻥﱧ ﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻧﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﺸﱔﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﺣﱺﺪﱼﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﴦﴥﴤﱧﲩ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﺣﱺﺴﲔﻴﺒﱫﺎ ﳁﳋﳅﳀ
  1. (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).
ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻣﱨﺤﱺﻤﱱﺪﱽ ﺃﱁﺑﱧﺂ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲃﲌﺟﱺﺎﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﺭﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺧﱺﺎﺗﱧﻢﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻴﱰﲐﳑﻦﱺﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺫﲘﻛﱓﺮﱾﺍ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
ﻭﱺﺳﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻩﱨ ﺑﱨﻜﱓﺮﱺﺓﱫ ﻭﱺﺃﱁﺻﲔﻴﵝﱃﵗ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺼﱺﻠﱊﲘﻰ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺘﱨﻪﱨﲵ ﻟﲘﻴﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱟﻠﱂﻤﱧ﮳ﺖﲔ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﲌﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺭﱺﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
ﺗﱧﺤﲔﻴﱱﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﻠﱀﻘﱁﻮﱹﻧﱧﻪﱨﲵ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱬﲬ ﻭﱺﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱾﺍ ﻛﱔﺮﲌﻳﻤﱫﺎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧ﮳ﻚﱔ ﺷﱔ﮳ﻬﲌﺪﱾﺍ ﻭﱺﻣﱨﺒﱧﺸﱝﲔﺮﱾﺍ ﻭﱺﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱾﺍ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
ﻭﱺﺩﱧﺍﻋﲔﻴﱩﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻧﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﺳﲔﺮﱺﺍﺟﱾﺎ ﻣﱲﻨﲘﻴﺮﱾﺍ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
ﻭﱺﺑﱧﺸﱝﲔﺮﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﺑﲐﺄﱁﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﺩﱧﻉﱦ ﺃﱁﺫﱧﯨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻛﱔﻔﱁﻰﳎ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﲔﻴﵝﱅﵗ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻧﱧﻜﱔﺤﱹﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﻃﱔﻠﱋﻘﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱻﻦﲄ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺪﲄﺓﲚ ﺗﱧﻌﱦﺘﱧﺪﲅﻭﻧﱧﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﻤﱧﺘﱰﲘﻌﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﺳﱺﺮﲃﲌﺣﱻﻮﻫﱻﻦﲄ ﺳﱺﺮﱺﺍﺣﱾﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﺣﱹﻠﱁﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻚﱔ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻚﱔ ﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺖﱺ ﺃﱂﺟﱻﻮﺭﱺﻫﱻﻦﲄ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﻳﱧﻤﲘﻴﻨﱨﻚﱔ ﻣﲘﻤﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﲔ ﻋﱺﻤﱰﲘﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﲔ ﻋﱺﻤﱱ﮳ﺘﲘﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﲔ ﺧﱺﺎﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺕﲔ ﺧﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺘﲘﻚﱔ ﭐﻟﱋ﮳ﺘﲘﻰ ﻫﱺﺎﺟﱺﺮﱹﻥﱧ ﻣﱧﻌﱧﻚﱔ ﻭﱺﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺓﱫ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﱧﺔﱃ ﺇﲐﻥ ﻭﱺﻫﱺﺒﱧﺖﱹ ﻧﱧﻔﱀﺴﱺﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﺭﱺﺍﺩﱧ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻨﻜﲔﺤﱺﻬﱺﺎ ﺧﱺﺎﻟﲘﺼﱺﺔﱅ ﻟﱋﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺﲩ ﻗﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﺮﱺﺿﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱨﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻜﱔﻴﱦﵝﱁﵗ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺣﱺﺮﱺﺝﱿﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﲿ ﺗﱨﺮﱹﺟﲌﻰ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﺗﱨ﮲ﱦﻮﲌﻯﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦﲌ ﭐﺑﱦﺘﱧﻐﱧﻴﱦﺖﱺ ﻣﲘﻤﱱﻦﱹ ﻋﱺﺰﱺﻟﱀﺖﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱁﺮﲄ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻨﱨﻬﱻﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻥﱱ ﻭﱺﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻴﱦﻦﱺ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱧﻬﱻﻦﲄ ﻛﱕﻠﱌﻬﱻﻦﲄﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﺣﱺﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻚﱔ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﱻ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺒﱧﺪﲄﻝﱔ ﺑﲐﻬﲌﻦﲄ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺝﲢ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻋﱹﺠﱺﺒﱧﻚﱔ ﺣﱻﺴﱹﻨﱨﻬﱻﻦﲄ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﻳﱧﻤﲘﻴﻨﱨﻚﱔﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺭﲄﻗﲘﻴﺒﱫﺎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﱨﻴﱨﻮﺕﱺ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺆﱹﺫﱧﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻃﱔﻌﱧﺎﻡﲍ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻧﱧ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﺇﲐﻧﱧﯩﳎﻪﱨ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﱹ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺩﱨﻋﲔﻴﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻃﱔﻌﲘﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﺸﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧ﮲ﱦﻨﲘﺴﲔﻴﻦﱺ ﻟﲘﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲕﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱨﺆﱹﺫﲘﻯ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲄ ﻓﱁﻴﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻰﲤﲶ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻰﲤﲶ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲬ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺳﱺﺄﱁﻟﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻦﲄ ﻣﱧﺘﱧ﮳ﻌﱫﺎ ﻓﱁﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻫﱻﻦﲄ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﲘ ﺣﲔﺠﱺﺎﺏﲎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻃﱓﻬﱺﺮﱻ ﻟﲘﻘﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻦﲄﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺆﱹﺫﱨﻭﺍﲯ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻨﻜﲔﺤﱻﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﱺﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶﳒ ﺃﱁﺑﱧﺪﱼﺍﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
ﺇﲐﻥ ﺗﱨﺒﱦﺪﱻﻭﺍﲯ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱨﺨﱹﻔﱂﻮﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻤﱫﺎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. (Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya.
ﵖﱞﵐ ﺟﱻﻨﱧﺎﺡﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﻓﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﴢﲐﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﲘ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﲘﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﲘ ﺃﱁﺧﱺﻮﱺ﮴ﺗﲘﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﲘﺴﱺﺂﴢﲐﻬﲌﻦﲄ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﺖﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﱨﻬﱻﻦﲄﲩ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﺷﱔﻬﲌﻴﺪﱼﺍ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka, serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﻣﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺘﱧﻪﱨﲵ ﻳﱨﺼﱺﻠﱌﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤﲬ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻭﱺﺳﱺﻠﱊﲘﻤﱨﻮﺍﲯ ﺗﱧﺴﱹﻠﲘﻴﻤﱩﺎ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﺫﱨﻭﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻟﱁﻌﱧﻨﱧﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﻣﱲﻬﲌﻴﻨﱫﺎ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﺆﱹﺫﱨﻭﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﻣﱧﺎ ﭐﻛﱓﺘﱧﺴﱺﺒﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﻘﱁﺪﲘ ﭐﺣﱹﺘﱧﻤﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﺑﱨﻬﱹﺘﱧ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﺇﲐﺛﱀﻤﱫﺎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻨﱫﺎ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲅ ﻗﱂﻞ ﵖﱝﲔﵑﱁﺯﱹﻭﱺ﮴ﺟﲌﻚﱔ ﻭﱺﺑﱧﻨﱧﺎﺗﲘﻚﱔ ﻭﱺﻧﲘﺴﱺﺂﺀﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻳﱨﺪﱹﻧﲘﻴﻦﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻦﲄ ﻣﲘﻦ ﺟﱺﻠﱁ﮳ﺒﲐﻴﺒﲐﻬﲌﻦﲄﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻌﱦﺮﱺﻓﱀﻦﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱨﺆﱹﺫﱧﻳﱦﻦﱺﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱫﺎ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﲿ ﻟﱋﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻨﺘﱧﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢ ﻣﱱﺮﱺﺽﱿ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺟﲌﻔﱂﻮﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﲘﻳﻨﱧﺔﲘ ﻟﱁﻨﱨﻐﱦﺮﲌﻳﱧﻨﱱﻚﱔ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺠﱺﺎﻭﲌﺭﱻﻭﻧﱧﻚﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,
ﻣﱱﻠﱀﻌﱨﻮﻧﲘﻴﻦﱺﲨ ﺃﱁﻳﱦﻨﱧﻤﱧﺎ ﺛﱂﻘﲘﻔﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱂﺧﲔﺬﱕﻭﺍﲯ ﻭﱺﻗﱂﺘﱰﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﺗﱧﻘﱀﺘﲘﻴﵝﱅﵗ ﳁﳃﳈﳀ
  1. serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.
ﺳﱻﻨﱱﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﻠﱁﻮﱹﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﻭﱺﻟﱁﻦ ﺗﱧﺠﲌﺪﱺ ﻟﲘﺴﱻﻨﱱﺔﲘ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﺒﱦﺪﲘﻳﵝﱅﵗ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻚﱔ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﲔﻠﱀﻤﱨﻬﱺﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱨﺪﱹﺭﲌﻳﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻞﱞ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﱁ ﺗﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻗﱁﺮﲌﻳﺒﱩﺎ ﳁﳅﳈﳀ
  1. Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﻭﱺﺃﱁﻋﱺﺪﲄ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻌﲘﻴﺮﱼﺍ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang, -
ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺃﱁﺑﱧﺪﱾﺍﲨ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﻟﲘﻴﱵﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﱧﺼﲔﻴﺮﱾﺍ ﳁﳇﳈﳀ
  1. kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺗﱨﻘﱁﻠﱋﺐﱻ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱻﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻳﱧ﮳ﻠﱁﻴﱦﺘﱧﻨﱧﺂ ﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﵖﱔﵐﲰ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺃﱁﻃﱔﻌﱦﻨﱧﺎ ﺳﱺﺎﺩﱧﺗﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱕﺒﱧﺮﱺﺁﺀﱧﻧﱧﺎ ﻓﱁﺄﱁﺿﱺﻠﱌﻮﻧﱧﺎ ﭐﻟﺴﲄﺒﲐﻴﵝﱁﵗﲰ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﺿﲔﻌﱦﻔﱁﻴﱦﻦﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻌﱦﻨﱫﺎ ﻛﱔﺒﲐﻴﺮﱾﺍ ﳁﳊﳈﳀ
  1. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﺫﱧﻭﱹﺍﲯ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻓﱁﺒﱧﺮﲄﺃﱁﻩﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯﲬ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺟﲌﻴﻬﱾﺎ ﳁﳋﳈﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﵖﱘﵐ ﺳﱺﺪﲘﻳﺪﱾﺍ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),
ﻳﱨﺼﱹﻠﲘﺢﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺫﱨﻧﱨﻮﺑﱧﻜﱕﻢﱦﲩ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﱁﻘﱁﺪﱹ ﻓﱁﺎﺯﱺ ﻓﱁﻮﱹﺯﱼﺍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻤﱩﺎ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻋﱺﺮﱺﺿﱹﻨﱧﺎ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱧﺎﻧﱧﺔﱁ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﲌ ﻓﱁﺄﱁﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺤﱹﻤﲘﻠﱀﻨﱧﻬﱺﺎ ﻭﱺﺃﱁﺷﱓﻔﱁﻘﱀﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﺣﱺﻤﱧﻠﱁﻬﱺﺎ ﭐﵖﱓﵒﻧﺴﱺ﮳ﻦﱻﲨ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻇﱔﻠﱂﻮﻣﱫﺎ ﺟﱺﻬﱻﻮﵖﱘﵐ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
ﻟﱊﲘﻴﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﻨﱧ﮳ﻔﲘﻘﱁ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﲔﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱔ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻳﱧﺘﱨﻮﺏﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧ﮳ﺖﲔﲩ ﻭﱺﻛﱔﺎﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱾﺍ ﺭﲄﺣﲔﻴﻤﱭﺎ ﳁﳅﳉﳀ
  1. (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.