Al-Hujuraat (الحجرات)

Bacaan Penuh Al-Hujuraat
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻘﱁﺪﲃﲘﻣﱨﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻯﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱹﻓﱁﻌﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺻﱹﻮﱺ﮴ﺗﱧﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﻮﱹﻕﱺ ﺻﱺﻮﱹﺕﲔ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻬﱺﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﻛﱔﺠﱺﻬﱹﺮﲌ ﺑﱧﻌﱦﻀﲔﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﻌﱦﺾﲝ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺤﱹﺒﱧﻂﱔ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻐﱨﻀﲅﻮﻥﱧ ﺃﱁﺻﱹﻮﱺ﮴ﺗﱧﻬﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﻣﱦﺘﱧﺤﱺﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﱧﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻠﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎﲬ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﱬ ﻭﱺﺃﱁﺟﱹﺮﱽ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱪ ﳁﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻨﱧﺎﺩﱨﻭﻧﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﺁﺀﲘ ﭐﻟﱀﺤﱻﺠﱻﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻟﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳇﳀ
  1. Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻓﱁﺎﺳﲔﻖﲁ ﺑﲐﻨﱧﺒﱧﺈﲒ ﻓﱁﺘﱧﺒﱧﻴﱱﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﺼﲔﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱭﺎ ﺑﲐﺠﱺﻬﱺ﮳ﻠﱁﺔﲚ ﻓﱁﺘﱨﺼﱹﺒﲐﺤﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﻧﱧ﮳ﺪﲘﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ﻭﱺﭐﻋﱹﻠﱁﻤﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥﱱ ﻓﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻳﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﲎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﲌ ﻟﱁﻌﱧﻨﲘﺘﱲﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﺒﱱﺐﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱺ ﻭﱺﺯﱺﻳﱱﻨﱧﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻛﱔﺮﲄﻩﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻜﱕﻔﱀﺮﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱂﺴﱻﻮﻕﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﲘﺼﱹﻴﱧﺎﻥﱧﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺷﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳀ
  1. Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
ﻓﱁﻀﱹﵝﱅﵗ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱅﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺣﱺﻜﲔﻴﻢﱬ ﳁﳊﳀ
  1. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺘﱧﺎﻥﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﭐﻗﱀﺘﱧﺘﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﻠﲘﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎﲨ ﻓﱁﺈﲐﻥﲲ ﺑﱧﻐﱧﺖﱹ ﺇﲐﺣﱹﺪﱺﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﻓﱁﻘﱁ﮳ﺘﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺗﱧﺒﱦﻐﲘﻰ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﺗﱧﻔﲘﻰﳒﺀﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﺈﲐﻥ ﻓﱁﺂﺀﱧﺕﱹ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﻠﲘﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺪﱹﻝﲌ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﺴﲔﻄﱕﻮﳒﺍﲯﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱀﺴﲔﻄﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳀ
  1. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﺧﱹﻮﱺﺓﱬ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﻠﲘﺤﱻﻮﺍﲯ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﺃﱁﺧﱺﻮﱺﻳﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺨﱺﺮﱹ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲙ ﻋﱺﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻦﲄ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻦﲄﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻠﱀﻤﲘﺰﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻨﱧﺎﺑﱧﺰﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱁﻟﱀﻘﱁ﮳ﺐﲌﲨ ﺑﲐﺌﱦﺲﱺ ﭐﵖﲔﵔﺳﱹﻢﱨ ﭐﻟﱀﻔﱂﺴﱻﻮﻕﱻ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌﲬ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺘﱨﺐﱹ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﭐﺟﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞﻦﲃﲌ ﺇﲐﻥﱱ ﺑﱧﻌﱦﺾﱺ ﭐﻟﻈﱞﻦﲃﲌ ﺇﲐﺛﱀﻢﱬﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱺﺴﲄﺴﱻﻮﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻐﱦﺘﱧﺐ ﺑﱱﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﻀﱼﺎﲬ ﺃﱁﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﺃﱁﺣﱺﺪﱻﻛﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﻛﱕﻞﱔ ﻟﱁﺤﱹﻢﱧ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻣﱧﻴﱦﺘﱫﺎ ﻓﱁﻜﱔﺮﲌﻫﱹﺘﱨﻤﱨﻮﻩﱨﲬ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺗﱧﻮﲄﺍﺏﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺫﱧﻛﱔﺮﲎ ﻭﱺﺃﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺷﱕﻌﱨﻮﺑﱫﺎ ﻭﱺﻗﱁﺒﱧﺂﴢﲐﻞﱔ ﻟﲘﺘﱧﻌﱧﺎﺭﱺﻓﱂﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺃﱁﻛﱓﺮﱺﻣﱧﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﺗﱦﻘﱁﯩﳎﻜﱕﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﺧﱺﺒﲐﻴﺮﱿ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
ﲿ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﲔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺮﱺﺍﺏﱻ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎﲨ ﻗﱂﻞ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻗﱂﻮﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻞﲌ ﭐﵖﱓﵒﻳﻤﱧ﮳ﻦﱻ ﻓﲘﻰ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﻄﲔﻴﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﱁﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻠﲘﺘﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﲘﻜﱕﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻏﱔﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱪ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘﲶ ﺛﱂﻢﱱ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻬﱺﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﻮﱺ﮴ﻟﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﺗﱨﻌﱧﻠﱊﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺑﲐﺪﲘﻳﻨﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
ﻳﱧﻤﱨﻨﱲﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﺳﱹﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯﲨ ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﻤﱨﻨﱲﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﲄ ﺇﲐﺳﱹﻠﱁ﮳ﻤﱧﻜﱕﻢﲨ ﺑﱧﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻳﱧﻤﱨﻦﲅ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥﱦ ﻫﱺﺪﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﵝﱀﵙﻳﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻢﱨ ﻏﱔﻴﱦﺐﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﺼﲔﻴﺮﲁ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".