An-Najm (النجم)

Bacaan Penuh An-Najm
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻭﱺﭐﻟﻨﱱﺠﱹﻢﲌ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱺﻮﱺﻯﳎ ﳁﳃﳀ
  1. Demi bintang semasa ia menjunam, -
ﻣﱧﺎ ﺿﱺﻞﱞ ﺻﱺﺎﺣﲔﺒﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻏﱔﻮﱺﻯﳎ ﳁﳄﳀ
  1. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻨﻄﲔﻖﱻ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻬﱺﻮﱺﻯ﮵ ﳁﳅﳀ
  1. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱺﺣﱹﻰﱿ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰﳎ ﳁﳆﳀ
  1. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
ﻋﱺﻠﱋﻤﱧﻪﱨﲵ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻘﱂﻮﱺﻯﳎ ﳁﳇﳀ
  1. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
ﺫﱨﻭ ﻣﲘﺮﲄﺓﲚ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﳁﳈﳀ
  1. Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺑﲐﭑﵖﱓﵑﱂﻓﱂﻖﲌ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﻠﱁﻰﳎ ﳁﳉﳀ
  1. Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
ﺛﱂﻢﱱ ﺩﱧﻧﱧﺎ ﻓﱁﺘﱧﺪﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳊﳀ
  1. Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻗﱁﺎﺏﱺ ﻗﱁﻮﱹﺳﱺﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻭﱹ ﺃﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﳁﳋﳀ
  1. Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺒﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻰﳎ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺬﱔﺏﱺ ﭐﻟﱀﻔﱂﺆﱺﺍﺩﱨ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺃﱁﻯ﮵ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
ﺃﱁﻓﱁﺘﱨﻤﱧ﮳ﺮﱻﻭﻧﱧﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺮﱺﻯﳎ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺀﱧﺍﻩﱨ ﻧﱧﺰﱹﻟﱁﺔﱃ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺳﲔﺪﱹﺭﱺﺓﲘ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Di sisi "Sidratul-Muntaha";
ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱺﺎ ﺟﱺﻨﱱﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱧﺄﱀﻭﱺﻯ﮵ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰ ﭐﻟﺴﲃﲔﺪﱹﺭﱺﺓﱧ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﻐﱦﺸﱔﻰﳎ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
ﻣﱧﺎ ﺯﱺﺍﻍﱁ ﭐﻟﱀﺒﱧﺼﱺﺮﱻ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻃﱔﻐﱧﻰﳎ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺭﱺﺃﱁﻯﳎ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﻜﱕﺒﱦﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺘﱨﻢﱨ ﭐﻟﻠﱋ﮳ﺖﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱨﺰﲄﻯﳎ ﳁﳋﳃﳀ
  1. (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
ﻭﱺﻣﱧﻨﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺜﱋﺎﻟﲘﺜﱁﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
ﺃﱁﻟﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱻ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻗﲘﺴﱹﻤﱧﺔﱆ ﺿﲔﻴﺰﱺﻯ﮵ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
ﺇﲐﻥﱦ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﱬ ﺳﱺﻤﱱﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢ ﻣﱱﺂ ﺃﱁﻧﺰﱺﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲍﲬ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻬﱹﻮﱺﻯ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﻔﱂﺲﱻﲨ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯ﮵ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﻣﱧﺎ ﺗﱧﻤﱧﻨﱱﻰﳎ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
ﻓﱁﻠﲘﻠﱋﻪﲘ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
ﲿ ﻭﱺﻛﱔﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻠﱁﻚﲖ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﺷﱔﻔﱁ﮳ﻌﱧﺘﱨﻬﱻﻢﱦ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱩﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺫﱧﻥﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻟﲘﻤﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﻳﱧﺮﱹﺿﱺﻰ﮵ ﳁﳈﳄﳀ
  1. (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻟﱁﻴﱨﺴﱺﻤﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﱁ ﺗﱧﺴﱹﻤﲘﻴﱧﺔﱁ ﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍﲨ ﺇﲐﻥ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﻈﱞﻦﲄ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻐﱦﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
ﻓﱁﺄﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﻦ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻋﱺﻦ ﺫﲘﻛﱓﺮﲌﻧﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺮﲌﺩﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱧ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺒﱦﻠﱁﻐﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﲘﻠﱀﻢﲌﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦﲌ ﭐﻫﱹﺘﱧﺪﱺﻯﳎ ﳁﳂﳅﳀ
  1. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻟﲘﻴﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺳﱺﳌ﮲ﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻳﱧﺠﱹﺰﲌﻯﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﺣﱹﺴﱺﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺠﱹﺘﱧﻨﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﻛﱔﺒﱧﳌﴣﲐﺮﱺ ﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﲌ ﻭﱺﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺶﱔ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﻠﱋﻤﱧﻢﱧﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻭﱺ﮴ﺳﲔﻊﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱺﺓﲘﲬ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺸﱔﺄﱁﻛﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﺟﲌﻨﱱﺔﱆ ﻓﲘﻰ ﺑﱨﻄﱕﻮﻥﲌ ﺃﱂﻣﱱﻬﱺ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﺰﱺﻛﱟﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻰ﮵ ﳁﳄﳅﳀ
  1. (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
ﺃﱁﻓﱁﺮﱺﺀﱧﻳﱦﺖﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺗﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻄﱔﻰﳎ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻭﱺﺃﱁﻛﱓﺪﱺﻯ﮵ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
ﺃﱁﻋﲔﻨﺪﱺﻩﱨﲵ ﻋﲔﻠﱀﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﲌ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﻳﱧﺮﱺﻯ﮵ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺒﱱﺄﱀ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺤﱻﻒﲔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
ﻭﱺﺇﲐﺑﱦﺮﱺ﮴ﻫﲔﻴﻢﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻭﱺﻓﱋﻰ﮵ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺰﲌﺭﱻ ﻭﱺﺍﺯﲌﺭﱺﺓﱬ ﻭﲌﺯﱹﺭﱺ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳊﳅﳀ
  1. (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
ﻭﱺﺃﱁﻥ ﻟﱋﻴﱦﺲﱺ ﻟﲘﵝﱀﵙﻧﺴﱺ﮳ﻦﲌ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﻌﱧﻰﳎ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺳﱺﻌﱦﻴﱧﻪﱨﲵ ﺳﱺﻮﱹﻑﱺ ﻳﱨﺮﱺﻯﳎ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
ﺛﱂﻢﱱ ﻳﱨﺠﱹﺰﱺﯨﻪﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﺰﱺﺁﺀﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﱹﻓﱁﻰﳎ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺘﱧﻬﱺﻰﳎ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﺿﱹﺤﱺﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﺑﱦﻜﱔﻰﳎ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻣﱧﺎﺕﱺ ﻭﱺﺃﱁﺣﱹﻴﱧﺎ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺰﲄﻭﱹﺟﱺﻴﱦﻦﲌ ﭐﻟﺬﱞﻛﱔﺮﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱂﻧﺜﱁﻰﳎ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
ﻣﲘﻦ ﻧﱲﻄﱓﻔﱁﺔﲙ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﻤﱦﻨﱧﻰﳎ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
ﻭﱺﺃﱁﻥﱱ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﭐﻟﻨﱱﺸﱓﺄﱁﺓﱧ ﭐﵖﱓﵑﱂﺧﱹﺮﱺﻯﳎ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﻗﱀﻨﱧﻰﳎ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻫﱻﻮﱺ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﺸﱝﲔﻌﱦﺮﱺﻯﳎ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
ﻭﱺﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻚﱔ ﻋﱺﺎﺩﱩﺍ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰﳎ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
ﻭﱺﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧﺍﲯ ﻓﱁﻤﱧﺂ ﺃﱁﺑﱦﻘﱁﻰﳎ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻡﱧ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱧ ﻭﱺﺃﱁﻃﱓﻐﱧﻰﳎ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﺗﱧﻔﲘﻜﱔﺔﱁ ﺃﱁﻫﱹﻮﱺﻯﳎ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
ﻓﱁﻐﱧﺸﱞﯩﳎﻬﱺﺎ ﻣﱧﺎ ﻏﱔﺸﱞﻰﳎ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺗﱧﺘﱧﻤﱧﺎﺭﱺﻯﳎ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱲﺬﱕﺭﲌ ﭐﵖﱓﵑﱂﻭﻟﱁﻰ﮵ ﳁﳈﳇﳀ
  1. (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
ﺃﱁﺯﲌﻓﱁﺖﲔ ﭐﵖﱓﵕﺯﲌﻓﱁﺔﱂ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﻟﱁﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺎﺷﲔﻔﱁﺔﱄ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
ﺃﱁﻓﱁﻤﲘﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔ ﺗﱧﻌﱦﺠﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
ﻭﱺﺗﱧﻀﱹﺤﱺﻜﱕﻮﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
ﻭﱺﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺳﱺ﮳ﻤﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
ﻓﱁﭑﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﲹ ﳁﳄﳈﳀ
  1. Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).