Al-Qalam (القلم)

Bacaan Penuh Al-Qalam
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﻥﳒﲬ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻠﱁﻢﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﺴﱹﻄﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳀ
  1. Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﺑﲐﻨﲘﻌﱦﻤﱧﺔﲘ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳄﳀ
  1. Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
ﻭﱺﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻚﱔ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﻣﱧﻤﱦﻨﱨﻮﻥﲎ ﳁﳅﳀ
  1. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱁﻰﳎ ﺧﱻﻠﱂﻖﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳆﳀ
  1. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
ﻓﱁﺴﱺﺘﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻ ﻭﱺﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳀ
  1. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
ﺑﲐﺄﱁﻳﻴﱰﲐﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻔﱀﺘﱨﻮﻥﱨ ﳁﳈﳀ
  1. Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﻤﱧﻦ ﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻠﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳉﳀ
  1. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻄﲔﻊﲠ ﭐﻟﱀﻤﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳊﳀ
  1. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
ﻭﱺﺩﱲﻭﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹ ﺗﱨﺪﱹﻫﲔﻦﱻ ﻓﱁﻴﱨﺪﱹﻫﲔﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻄﲔﻊﱦ ﻛﱕﻞﱞ ﺣﱺﵝﱋﵗﻑﲖ ﻣﱱﻬﲌﻴﻦﲍ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
ﻫﱺﻤﱱﺎﺯﲎ ﻣﱱﺸﱞﺂﺀﲛ ﺑﲐﻨﱧﻤﲘﻴﻢﲎ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
ﻣﱱﻨﱱﺎﻉﲢ ﻟﱊﲘﻠﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻣﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲙ ﺃﱁﺛﲘﻴﻢﲍ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
ﻋﱻﺘﱨﻞﱝﲏ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱺﻧﲘﻴﻢﲍ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
ﺃﱁﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺫﱧﺍ ﻣﱧﺎﻝﲎ ﻭﱺﺑﱧﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺗﱨﺘﱦﻠﱁﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﱨﻨﱧﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﺳﱺ﮳ﻄﲔﻴﺮﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻭﲄﻟﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
ﺳﱺﻨﱧﺴﲔﻤﱨﻪﱨﲵ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﺨﱻﺮﱹﻃﱕﻮﻡﲌ ﳁﳈﳃﳀ
  1. (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﱧﻠﱁﻮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺑﱧﻠﱁﻮﱹﻧﱧﺂ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻴﱧﺼﱹﺮﲌﻣﱨﻨﱱﻬﱺﺎ ﻣﱨﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺜﱀﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
ﻓﱁﻄﱔﺎﻑﱺ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺎ ﻃﱔﺂﴢﲐﻒﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻧﱧﺂﴢﲐﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳃﳀ
  1. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱺﺖﱹ ﻛﱔﭑﻟﺼﲄﺮﲌﻳﻢﲌ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
ﻓﱁﺘﱧﻨﱧﺎﺩﱧﻭﱹﺍﲯ ﻣﱨﺼﱹﺒﲐﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
ﺃﱁﻥﲌ ﭐﻏﱓﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﺮﱹﺛﲘﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳄﳀ
  1. (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
ﻓﱁﭑﻧﻄﱔﻠﱁﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﺨﱺ﮳ﻔﱁﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱁﻨﱱﻬﱺﺎ ﭐﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﺴﱹﻜﲔﻴﻦﱿ ﳁﳆﳄﳀ
  1. "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
ﻭﱺﻏﱔﺪﱺﻭﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺣﱺﺮﱹﺩﲚ ﻗﱁ﮳ﺪﲘﺭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺃﱁﻭﱹﻫﱺﺎ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻀﱺﺂﻟﱌﻮﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
ﺑﱧﻞﱓ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻣﱧﺤﱹﺮﱻﻭﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱹﺳﱺﻄﱕﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻗﱂﻞ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻦﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
ﻓﱁﺄﱁﻗﱀﺒﱧﻞﱔ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻌﱦﺾﲞ ﻳﱧﺘﱧﻠﱁ﮳ﻮﱺﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻮﱺﻳﱦﻠﱁﻨﱧﺂ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻃﱔ﮳ﻐﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
ﻋﱺﺴﱺﻰﳎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺒﱦﺪﲘﻟﱁﻨﱧﺎ ﺧﱺﻴﱦﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﺭﱺ﮴ﻏﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻﲨ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺃﱁﻛﱓﺒﱧﺮﱻﲬ ﻟﱁﻮﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﺟﱺﻨﱱ﮳ﺖﲔ ﭐﻟﻨﱱﻌﲘﻴﻢﲌ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
ﺃﱁﻓﱁﻨﱧﺠﱹﻌﱧﻞﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﻛﱔﭑﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱿ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﺗﱧﺪﱹﺭﱻﺳﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﺗﱧﺨﱺﻴﱱﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻦﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻐﱧﺔﱄ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﱧﺎ ﺗﱧﺤﱹﻜﱕﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
ﺳﱺﻠﱀﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱲﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺯﱺﻋﲔﻴﻢﱪ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"
ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱨ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺄﱀﺗﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﺸﱕﺮﱺﻛﱔﺂﴢﲐﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.
ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱨﻜﱓﺸﱔﻒﱻ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺎﻕﲎ ﻭﱺﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
ﺧﱺ﮳ﺸﲔﻌﱧﺔﱃ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺗﱧﺮﱹﻫﱺﻘﱂﻬﱻﻢﱦ ﺫﲘﻟﱋﺔﱆﲨ ﻭﱺﻗﱁﺪﱹ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺪﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﺴﲅﺠﱻﻮﺩﲘ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﺳﱺ﮳ﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
ﻓﱁﺬﱔﺭﱹﻧﲘﻰ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻜﱔﺬﱝﲘﺏﱻ ﺑﲐﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﻟﱀﺤﱺﺪﲘﻳﺚﲔﲨ ﺳﱺﻨﱧﺴﱹﺘﱧﺪﱹﺭﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﺃﱂﻣﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﻴﱦﺪﲘﻯ ﻣﱧﺘﲘﻴﻦﱽ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
ﺃﱁﻡﱦ ﺗﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﺮﱾﺍ ﻓﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻣﱱﻐﱦﺮﱺﻡﲎ ﻣﱲﺜﱀﻘﱁﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
ﺃﱁﻡﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﱻ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻜﱓﺘﱨﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱹ ﻟﲘﺤﱻﻜﱓﻢﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻛﱔﺼﱺﺎﺣﲔﺐﲌ ﭐﻟﱀﺤﱻﻮﺕﲔ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺎﺩﱧﻯﳎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﻜﱓﻈﱕﻮﻡﱬ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
ﻟﱋﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺪﱺ﮴ﺭﱺﻛﱔﻪﱨﲵ ﻧﲘﻌﱦﻤﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶ ﻟﱁﻨﱨﺒﲐﺬﱔ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱧﺮﱺﺁﺀﲘ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻣﱧﺬﱓﻣﱨﻮﻡﱬ ﳁﳋﳆﳀ
  1. Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
ﻓﱁﭑﺟﱹﺘﱧﺒﱧ﮳ﻪﱨ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵ ﻓﱁﺠﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﻜﱔﺎﺩﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻟﱁﻴﱨﺰﱹﻟﲘﻘﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﲌﻫﲔﻢﱦ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺳﱺﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺬﱝﲘﻛﱓﺮﱺ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻤﱧﺠﱹﻨﱨﻮﻥﱬ ﳁﳃﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.