Al-A'raaf (الأعراف)

Bacaan Penuh Al-A'raaf
ﺑﲐﺴﱹﻢﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﺮﲄﺣﱹﻤﱧ﮳ﻦﲌ ﭐﻟﺮﲄﺣﲔﻴﻢﲌ
ﺍﻟﳓﻤﳒﺺﳔ ﳁﳃﳀ
  1. Alif, Laam, Miim, Saad.
ﻛﲔﺘﱧ﮳ﺐﱽ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻓﲘﻰ ﺻﱺﺪﱹﺭﲌﻙﱔ ﺣﱺﺮﱺﺝﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﻟﲘﺘﱨﻨﺬﲘﺭﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺫﲘﻛﱓﺮﱺﻯﳎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳀ
  1. (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.
ﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧﲩ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳀ
  1. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
ﻭﱺﻛﱔﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲙ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﻓﱁﺠﱺﺂﺀﱧﻫﱺﺎ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱧ﮳ﺘﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻫﱻﻢﱦ ﻗﱁﺂﴢﲐﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳀ
  1. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺩﱧﻋﱹﻮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺂ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳀ
  1. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﻠﱁﻨﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱁﻦﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻨﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱁﻦﲄ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳀ
  1. Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu.
ﻓﱁﻠﱁﻨﱧﻘﱂﺼﲄﻦﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﲐﻌﲘﻠﱀﻢﲎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻏﱔﺂﴢﲐﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳉﳀ
  1. Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).
ﻭﱺﭐﻟﱀﻮﱺﺯﱹﻥﱨ ﻳﱧﻮﱹﻣﱧﴣﲐﺬﲙ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅﲬ ﻓﱁﻤﱧﻦ ﺛﱁﻘﱂﻠﱁﺖﱹ ﻣﱧﻮﱺ﮴ﺯﲌﻳﻨﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳊﳀ
  1. Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
ﻭﱺﻣﱧﻦﱹ ﺧﱺﻔﱋﺖﱹ ﻣﱧﻮﱺ﮴ﺯﲌﻳﻨﱨﻪﱨﲵ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳀ
  1. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﻣﱧﻜﱞﻨﱱ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻣﱧﻌﱧ﮳ﻴﲐﺶﱔﲩ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻣﱱﺎ ﺗﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﺻﱺﻮﲄﺭﱹﻧﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﲘﻠﱀﻤﱧﻠﱁﳌﴣﲐﻜﱔﺔﲘ ﭐﺳﱹﺠﱻﺪﱻﻭﺍﲯ ﵖﲔﵕﺩﱧﻡﱧ ﻓﱁﺴﱺﺠﱺﺪﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺇﲐﺑﱦﻠﲘﻴﺲﱺ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳃﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﺎ ﻣﱧﻨﱧﻌﱧﻚﱔ ﺃﱁﵖﱞﵐ ﺗﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻣﱧﺮﱹﺗﱨﻚﱔﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻣﱰﲘﻨﱦﻪﱨ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺘﱧﻨﲘﻰ ﻣﲘﻦ ﻧﱱﺎﺭﲎ ﻭﱺﺧﱺﻠﱁﻘﱀﺘﱧﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦ ﻃﲔﻴﻦﲎ ﳁﳄﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﭑﻫﱹﺒﲐﻂﱓ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻚﱔ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺘﱧﻜﱔﺒﱱﺮﱺ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﻓﱁﭑﺧﱹﺮﱻﺝﱹ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻐﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻧﻈﲔﺮﱹﻧﲘﻰﳒ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﻳﱨﺒﱦﻌﱧﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳃﳀ
  1. Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻈﱔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﱁﺒﲐﻤﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻮﱺﻳﱦﺘﱧﻨﲘﻰ ﵖﱔﵑﱁﻗﱀﻌﱨﺪﱺﻥﱱ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻃﱔﻚﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺘﱧﻘﲘﻴﻢﱧ ﳁﳈﳃﳀ
  1. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵕﺗﲘﻴﱧﻨﱱﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻣﲘﻦﱹ ﺧﱺﻠﱀﻔﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻳﱦﻤﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻋﱺﻦ ﺷﱔﻤﱧﺂﴢﲐﻠﲘﻬﲌﻢﱦﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﲌﺪﱻ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﺷﱔ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳃﳀ
  1. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺧﱹﺮﱻﺝﱹ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻣﱧﺬﱓﺀﱨﻭﻣﱫﺎ ﻣﱱﺪﱹﺣﱻﻮﺭﱾﺍﲨ ﻟﱋﻤﱧﻦ ﺗﱧﺒﲐﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵑﱁﻣﱦﵝﱁﵘﱁﻥﱱ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
ﻭﱺﻳﱧﳌ﮲ﱧﺎﺩﱧﻡﱨ ﭐﺳﱹﻜﱕﻦﱹ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﺯﱺﻭﱹﺟﱻﻚﱔ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﻓﱁﻜﱕﵝﱁﵗ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻤﱧﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﺮﱺﺑﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱺﺓﱧ ﻓﱁﺘﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳃﳀ
  1. "Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
ﻓﱁﻮﱺﺳﱹﻮﱺﺱﱺ ﻟﱁﻬﱻﻤﱧﺎ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻟﲘﻴﱨﺒﱦﺪﲘﻯﱺ ﻟﱁﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱻﲵﺭﲌﻯﱺ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧ﮴ﺗﲘﻬﲌﻤﱧﺎ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱧﺎ ﻧﱧﻬﱺﯩﳎﻜﱕﻤﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻤﱧﺎ ﻋﱺﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱺﺓﲘ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﻣﱧﻠﱁﻜﱔﻴﱦﻦﲌ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻜﱕﻮﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﻠﲘﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳂﳄﳀ
  1. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
ﻭﱺﻗﱁﺎﺳﱺﻤﱧﻬﱻﻤﱧﺂ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻟﱁﻜﱕﻤﱧﺎ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺼﲔﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳀ
  1. Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".
ﻓﱁﺪﱺﻟﱋﯩﳎﻬﱻﻤﱧﺎ ﺑﲐﻐﱨﺮﱻﻭﺭﲎﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺫﱧﺍﻗﱁﺎ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱺﺓﱧ ﺑﱧﺪﱺﺕﱹ ﻟﱁﻬﱻﻤﱧﺎ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧ﮴ﺗﱨﻬﱻﻤﱧﺎ ﻭﱺﻃﱔﻔﲘﻘﱁﺎ ﻳﱧﺨﱹﺼﲔﻔﱁﺎﻥﲌ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻤﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻭﱺﺭﱺﻕﲌ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘﲨ ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﯨﻬﱻﻤﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻬﱻﻤﱧﺂ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﺃﱁﻧﱦﻬﱺﻜﱕﻤﱧﺎ ﻋﱺﻦ ﺗﲘﻠﱀﻜﱕﻤﱧﺎ ﭐﻟﺸﱞﺠﱺﺮﱺﺓﲘ ﻭﱺﺃﱁﻗﱂﻞ ﻟﱋﻜﱕﻤﱧﺂ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱺ ﻟﱁﻜﱕﻤﱧﺎ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳄﳄﳀ
  1. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
ﻗﱁﺎﵖﱔﵐ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱦﻨﱧﺂ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﺗﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﺗﱧﺮﱹﺣﱺﻤﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳄﳀ
  1. Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻫﱹﺒﲐﻄﱕﻮﺍﲯ ﺑﱧﻌﱦﻀﱻﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﻌﱦﺾﲝ ﻋﱺﺪﱻﻭﲉﲨ ﻭﱺﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﺴﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲉ ﻭﱺﻣﱧﺘﱧ﮳ﻊﱪ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺣﲔﻴﻦﲎ ﳁﳆﳄﳀ
  1. Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺗﱧﺤﱹﻴﱧﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺗﱧﻤﱨﻮﺗﱨﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺗﱨﺨﱹﺮﱺﺟﱻﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳀ
  1. Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﻗﱁﺪﱹ ﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﺒﱧﺎﺳﱾﺎ ﻳﱨﻮﱺ﮴ﺭﲌﻯ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧ﮴ﺗﲘﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺭﲌﻳﺸﱘﺎﲨ ﻭﱺﻟﲘﺒﱧﺎﺱﱻ ﭐﻟﺘﱱﻘﱀﻮﱺﻯﳎ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳄﳀ
  1. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻔﱀﺘﲘﻨﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻛﱔﻤﱧﺂ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﳪﱺ ﺃﱁﺑﱧﻮﱺﻳﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﻳﱧﻨﺰﲌﻉﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﲘﺒﱧﺎﺳﱺﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﲘﻴﱨﺮﲌﻳﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺳﱺﻮﱹﺀﱧ﮴ﺗﲘﻬﲌﻤﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻳﱧﺮﱺﯨﻜﱕﻢﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﻭﱺﻗﱁﺒﲐﻴﻠﱂﻪﱨﲵ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺮﱺﻭﱹﻧﱧﻬﱻﻢﱦﲩ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺟﱺﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳄﳀ
  1. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻓﱁﻌﱧﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱅ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﱺﺂ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﻭﱺﭐﴦﴥﴤﱨ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺﻧﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺﺎﲩ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻ ﺑﲐﭑﻟﱀﻔﱁﺤﱹﺸﱔﺂﺀﲘﲨ ﺃﱁﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳄﳀ
  1. Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
ﻗﱂﻞﱓ ﺃﱁﻣﱧﺮﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﺑﲐﭑﻟﱀﻘﲘﺴﱹﻂﲔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻗﲘﻴﻤﱨﻮﺍﲯ ﻭﱻﺟﱻﻮﻫﱺﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲚ ﻭﱺﭐﺩﱦﻋﱻﻮﻩﱨ ﻣﱨﺨﱹﻠﲘﺼﲔﻴﻦﱺ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﺪﲃﲘﻳﻦﱺﲬ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﺑﱧﺪﱺﺃﱁﻛﱕﻢﱦ ﺗﱧﻌﱨﻮﺩﱨﻭﻥﱧ ﳁﳋﳄﳀ
  1. Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
ﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱃﺎ ﻫﱺﺪﱺﻯﳎ ﻭﱺﻓﱁﺮﲌﻳﻘﱃﺎ ﺣﱺﻖﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﻀﲄﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﱂﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱨ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﺸﱞﻴﱧ﮳ﻄﲔﻴﻦﱺ ﺃﱁﻭﱹﻟﲘﻴﱧﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺤﱹﺴﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢ ﻣﱲﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳀ
  1. Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
ﲿ ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﺯﲌﻳﻨﱧﺘﱧﻜﱕﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﻣﱧﺴﱹﺠﲌﺪﲚ ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺷﱓﺮﱺﺑﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﺴﱹﺮﲌﻓﱂﻮﳒﺍﲯﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﺴﱹﺮﲌﻓﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳅﳀ
  1. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
ﻗﱂﻞﱓ ﻣﱧﻦﱹ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﺯﲌﻳﻨﱧﺔﱁ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱹﺮﱺﳪﱺ ﻟﲘﻌﲘﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶ ﻭﱺﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺮﲃﲌﺯﱹﻕﲌﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﻫﲔﻰﱺ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺧﱺﺎﻟﲘﺼﱺﺔﱅ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘﲩ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﻔﱁﺼﲃﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳅﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﺣﱺﺮﲄﻡﱧ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁﻮﱺ﮴ﺣﲔﺶﱔ ﻣﱧﺎ ﻇﱔﻬﱺﺮﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺑﱧﻄﱔﻦﱺ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﺛﱀﻢﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻐﱦﻰﱺ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﻨﱧﺰﲃﲌﻝﱓ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻨﱫﺎ ﻭﱺﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳅﳀ
  1. Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺃﱂﻣﱱﺔﲙ ﺃﱁﺟﱺﻞﱙﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﺃﱁﺟﱺﻠﱂﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺄﱀﺧﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺳﱺﺎﻋﱺﺔﱅ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻘﱀﺪﲘﻣﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳅﳀ
  1. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
ﻳﱧ﮳ﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﺇﲐﻣﱱﺎ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻞﱙ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻳﱧﻘﱂﺼﲅﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰ ﻓﱁﻤﱧﻦﲌ ﭐﺗﱱﻘﱁﻰﳎ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﱁﺢﱺ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳀ
  1. Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳅﳀ
  1. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
ﻓﱁﻤﱧﻦﱹ ﺃﱁﻇﱓﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻤﱱﻦﲌ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱩﺎ ﺃﱁﻭﱹ ﻛﱔﺬﱞﺏﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶﳒﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻳﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺼﲔﻴﺒﱨﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻨﱧﺎ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻓﱋﻮﱹﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻳﱦﻦﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﻭﱺﺷﱔﻬﲌﺪﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳉﳅﳀ
  1. Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱂﻣﱧﻢﲎ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻠﲘﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻛﱕﻠﱋﻤﱧﺎ ﺩﱧﺧﱺﻠﱁﺖﱹ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻟﱋﻌﱧﻨﱧﺖﱹ ﺃﱂﺧﱹﺘﱧﻬﱺﺎﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﭐﺩﱱﺍﺭﱺﻛﱕﻮﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱫﺎ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺃﱂﺧﱹﺮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﵖﲔﵑﱂﻭﻟﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﺃﱁﺿﱺﻠﱌﻮﻧﱧﺎ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺿﲔﻌﱦﻔﱅﺎ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌﲨ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻜﱕﻞﱝﲎ ﺿﲔﻌﱦﻒﱿ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳀ
  1. Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺃﱂﻭﻟﱁﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﵖﲔﵑﱂﺧﱹﺮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻓﱁﻀﱹﻞﲎ ﻓﱁﺬﱕﻭﻗﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﱺ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳀ
  1. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱨﻔﱁﺘﱱﺢﱻ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺑﱦﻮﱺ﮴ﺏﱻ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﻠﲘﺞﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻤﱧﻞﱕ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﻢﱰﲌ ﭐﻟﱀﺨﲔﻴﱧﺎﻁﲔﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
ﻟﱁﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺟﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻣﲘﻬﱺﺎﺩﱬ ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻓﱁﻮﱹﻗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻏﱔﻮﱺﺍﺵﲞﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳆﳀ
  1. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya).
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱺ﮳ﺖﲔ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻒﱻ ﻧﱧﻔﱀﺴﱼﺎ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻭﱻﺳﱹﻌﱧﻬﱺﺂ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘﲨ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎ ﺧﱺ﮳ﻠﲘﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳆﳀ
  1. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
ﻭﱺﻧﱧﺰﱺﻋﱹﻨﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺻﱻﺪﱻﻭﺭﲌﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻏﲔﻞﱝﲎ ﺗﱧﺠﱹﺮﲌﻯ ﻣﲘﻦ ﺗﱧﺤﱹﺘﲘﻬﲌﻢﱨ ﭐﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻬﱺ﮳ﺮﱻﲨ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺤﱺﻤﱦﺪﱻ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﱧﺎ ﻟﲘﻬﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻟﲘﻨﱧﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻯﱺ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵓ ﺃﱁﻥﱦ ﻫﱺﺪﱺﯨﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨﲨ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﺭﱻﺳﱻﻞﱕ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌﲨ ﻭﱺﻧﱨﻮﺩﱨﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻥ ﺗﲘﻠﱀﻜﱕﻢﱨ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱂ ﺃﱂﻭﺭﲌﺛﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳆﳀ
  1. Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻯ﮵ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺪﱹ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺﻧﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﺣﱺﻘﱏﺎ ﻓﱁﻬﱺﻞﱓ ﻭﱺﺟﱺﺪﺗﱲﻢ ﻣﱱﺎ ﻭﱺﻋﱺﺪﱺ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﺣﱺﻘﱏﺎﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻧﱧﻌﱧﻢﱦﲬ ﻓﱁﺄﱁﺫﱱﻥﱧ ﻣﱨﺆﱺﺫﱰﲘﻥﱮ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻌﱦﻨﱧﺔﱂ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳆﳀ
  1. Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻳﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻋﲔﻮﱺﺟﱾﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳆﳀ
  1. Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.
ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﺣﲔﺠﱺﺎﺏﱿﲬ ﻭﱺﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺮﱺﺍﻑﲔ ﺭﲌﺟﱺﺎﻝﱙ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﻛﱕﵝﱑﵗ ﺑﲐﺴﲔﻴﻤﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺃﱁﻥ ﺳﱺﻠﱁ﮳ﻢﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦﲬ ﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺪﱹﺧﱻﻠﱂﻮﻫﱺﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻄﱓﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳆﳀ
  1. Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﺻﱻﺮﲌﻓﱁﺖﱹ ﺃﱁﺑﱦﺼﱺ﮳ﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﺗﲘﻠﱀﻘﱁﺂﺀﱧ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﲌ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳆﳀ
  1. Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".
ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻯ﮵ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺮﱺﺍﻑﲔ ﺭﲌﺟﱺﺎﵖﱘﵐ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﻓﱂﻮﻧﱧﻬﱻﻢ ﺑﲐﺴﲔﻴﻤﱧﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺃﱁﻏﱓﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻨﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﱦﻌﱨﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳆﳀ
  1. Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".
ﺃﱁﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺃﱁﻗﱀﺴﱺﻤﱦﺘﱨﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻬﱻﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲙﲬ ﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﱁ ﵖﱔﵐ ﺧﱺﻮﱹﻑﱽ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺗﱧﺤﱹﺰﱺﻧﱨﻮﻥﱧ ﳁﳋﳆﳀ
  1. (Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): "Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): ` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita. ' "
ﻭﱺﻧﱧﺎﺩﱧﻯ﮵ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱻ ﭐﻟﻨﱱﺎﺭﲌ ﺃﱁﺻﱹﺤﱺ﮳ﺐﱺ ﭐﻟﱀﺠﱺﻨﱱﺔﲘ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻓﲘﻴﻀﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﲘ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﲘﻤﱱﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱁﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺣﱺﺮﲄﻣﱧﻬﱻﻤﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳂﳇﳀ
  1. Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﺩﲘﻳﻨﱧﻬﱻﻢﱦ ﻟﱁﻬﱹﻮﱾﺍ ﻭﱺﻟﱁﻌﲘﺒﱫﺎ ﻭﱺﻏﱔﺮﲄﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﱨ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻓﱁﭑﻟﱀﻴﱧﻮﱹﻡﱧ ﻧﱧﻨﺴﱺﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻟﲘﻘﱁﺂﺀﱧ ﻳﱧﻮﱹﻣﲘﻬﲌﻢﱦ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱧﺠﱹﺤﱺﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳇﳀ
  1. (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲎ ﻓﱁﺼﲄﻠﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻋﲔﻠﱀﻢﲍ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱅ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳇﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﱁﻪﱨﲵﲬ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻰ ﺗﱧﺄﱀﻭﲌﻳﻠﱂﻪﱨﲵ ﻳﱧﻘﱂﻮﻝﱕ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻧﱧﺴﱻﻮﻩﱨ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺕﱹ ﺭﱻﺳﱻﻞﱕ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻓﱁﻬﱺﻞ ﻟﱋﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﺷﱕﻔﱁﻌﱧﺂﺀﱧ ﻓﱁﻴﱧﺸﱓﻔﱁﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻧﱨﺮﱺﺩﱲ ﻓﱁﻨﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱔ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﻌﱦﻤﱧﻞﱕﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺧﱺﺴﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺿﱺﻞﱞ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺘﱧﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳅﳇﳀ
  1. Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻓﲘﻰ ﺳﲔﺘﱱﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻡﲎ ﺛﱂﻢﱱ ﭐﺳﱹﺘﱧﻮﱺﻯﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧﺮﱹﺵﲜﲨ ﻳﱨﻐﱦﺸﲔﻰ ﭐﻟﱋﻴﱦﻞﱔ ﭐﻟﻨﱱﻬﱺﺎﺭﱺ ﻳﱧﻄﱓﻠﱂﺒﱨﻪﱨﲵ ﺣﱺﺜﲘﻴﺜﱅﺎ ﻭﱺﭐﻟﺸﱞﻤﱦﺲﱺ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱁﻤﱧﺮﱺ ﻭﱺﭐﻟﻨﱲﺠﱻﻮﻡﱧ ﻣﱨﺴﱺﺨﲄﺮﱺ﮴ﺕﲗ ﺑﲐﺄﱁﻣﱦﺮﲌﻩﲘﲶﳒﲩ ﺃﱁﵖﱔﵐ ﻟﱁﻪﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﱻ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻣﱦﺮﱻﲩ ﺗﱧﺒﱧﺎﺭﱺﻙﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺏﲅ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﺭﱺﺑﱱﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻀﱺﺮﲅﻋﱾﺎ ﻭﱺﺧﱻﻔﱀﻴﱧﺔﱃﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺤﲔﺐﲅ ﭐﻟﱀﻤﱨﻌﱦﺘﱧﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳇﳇﳀ
  1. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺻﱹﻠﱁ﮳ﺤﲔﻬﱺﺎ ﻭﱺﭐﺩﱦﻋﱻﻮﻩﱨ ﺧﱺﻮﱹﻓﱅﺎ ﻭﱺﻃﱔﻤﱧﻌﱩﺎﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺖﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻗﱁﺮﲌﻳﺐﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳇﳀ
  1. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺮﱹﺳﲔﻞﱕ ﭐﻟﺮﲃﲌﻳﱧ﮳ﺢﱺ ﺑﱨﺸﱓﺮﲀﺍ ﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻳﱧﺪﱺﻯﱹ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻪﲘﲶﲨ ﺣﱺﺘﱱﻰ﮵ ﺇﲐﺫﱧﺁ ﺃﱁﻗﱁﻠﱋﺖﱹ ﺳﱺﺤﱺﺎﺑﱫﺎ ﺛﲘﻘﱁﺎﵖﱘﵐ ﺳﱻﻘﱀﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻟﲘﺒﱧﻠﱁﺪﲚ ﻣﱱﻴﱰﲐﺖﲖ ﻓﱁﺄﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘ ﭐﻟﱀﻤﱧﺂﺀﱧ ﻓﱁﺄﱁﺧﱹﺮﱺﺟﱹﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﺨﱹﺮﲌﺝﱻ ﭐﻟﱀﻤﱧﻮﱹﺗﱧﻰﳎ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳇﳀ
  1. Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
ﻭﱺﭐﻟﱀﺒﱧﻠﱁﺪﱻ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺐﱻ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﻧﱧﺒﱧﺎﺗﱨﻪﱨﲵ ﺑﲐﺈﲐﺫﱦﻥﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﺒﱨﺚﱺ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﺮﱻﺝﱻ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﻜﲔﺪﱾﺍﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﺼﱺﺮﲃﲌﻑﱻ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﺸﱓﻜﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳀ
  1. Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻧﱨﻮﺣﱼﺎ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻓﱁﻘﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰﳒ ﺃﱁﺧﱺﺎﻑﱻ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱺ ﻳﱧﻮﱹﻡﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳋﳇﳀ
  1. Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺮﱺﯨﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻞﲎ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﲎ ﳁﳂﳈﳀ
  1. Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺑﲐﻰ ﺿﱺﻠﱁ﮳ﻠﱁﺔﱆ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻨﱰﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳈﳀ
  1. Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
ﺃﱂﺑﱧﻠﱊﲘﻐﱨﻜﱕﻢﱦ ﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺃﱁﻧﺼﱺﺢﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳀ
  1. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
ﺃﱁﻭﱺﻋﱺﺠﲌﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺟﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱨﻨﺬﲘﺭﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﲘﺘﱧﺘﱱﻘﱂﻮﺍﲯ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳀ
  1. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".
ﻓﱁﻜﱔﺬﱞﺑﱨﻮﻩﱨ ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻔﱂﻠﱀﻚﲔ ﻭﱺﺃﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂﲬ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱩﺎ ﻋﱺﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳈﳀ
  1. Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻋﱺﺎﺩﲙ ﺃﱁﺧﱺﺎﻫﱻﻢﱦ ﻫﱻﻮﺩﱫﺍﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻﻩﱨﲵﳒﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳀ
  1. Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﺮﱺﯨﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﺳﱺﻔﱁﺎﻫﱺﺔﲚ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻟﱁﻨﱧﻈﱕﻨﱲﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﺬﲘﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳀ
  1. Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﱁﻴﱦﺲﱺ ﺑﲐﻰ ﺳﱺﻔﱁﺎﻫﱺﺔﱆ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻨﱰﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳈﳀ
  1. Nabi Hud menjawab: "Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
ﺃﱂﺑﱧﻠﱊﲘﻐﱨﻜﱕﻢﱦ ﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻧﱧﺎﺻﲔﺢﱽ ﺃﱁﻣﲘﻴﻦﱽ ﳁﳊﳈﳀ
  1. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
ﺃﱁﻭﱺﻋﱺﺠﲌﺒﱦﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﺟﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺫﲘﻛﱓﺮﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺭﱺﺟﱻﻞﲎ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﻟﲘﻴﱨﻨﺬﲘﺭﱺﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺧﱻﻠﱁﻔﱁﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻧﱨﻮﺡﲢ ﻭﱺﺯﱺﺍﺩﱧﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺨﱺﻠﱀﻖﲌ ﺑﱧﺼﳘﱹﻄﱔﺔﱅﲨ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳀ
  1. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﻟﲘﻨﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻭﱺﺣﱹﺪﱺﻩﱨﲵ ﻭﱺﻧﱧﺬﱔﺭﱺ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﻌﱦﺒﱨﺪﱻ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﻓﱁﺄﱀﺗﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﲘﺪﱻﻧﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳉﳀ
  1. Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻗﱁﺪﱹ ﻭﱺﻗﱁﻊﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﺭﲌﺟﱹﺲﱿ ﻭﱺﻏﱔﻀﱺﺐﱽﲨ ﺃﱁﺗﱨﺠﱺ﮳ﺪﲘﻟﱂﻮﻧﱧﻨﲘﻰ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﲚ ﺳﱺﻤﱱﻴﱦﺘﱨﻤﱨﻮﻫﱺﺂ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻛﱕﻢ ﻣﱱﺎ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻠﱀﻄﱔ﮳ﻦﲎﲬ ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻈﲔﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﻣﱧﻌﱧﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﺘﱧﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳉﳀ
  1. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".
ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵ ﺑﲐﺮﱺﺣﱹﻤﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻨﱱﺎ ﻭﱺﻗﱁﻄﱔﻌﱦﻨﱧﺎ ﺩﱧﺍﺑﲐﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳉﳀ
  1. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺛﱁﻤﱨﻮﺩﱧ ﺃﱁﺧﱺﺎﻫﱻﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻﻩﱨﲵﲨ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶ ﻧﱧﺎﻗﱁﺔﱂ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﱅﲨ ﻓﱁﺬﱔﺭﱻﻭﻫﱺﺎ ﺗﱧﺄﱀﻛﱕﻞﱓ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺭﱹﺽﲜ ﭐﴦﴥﴤﲘﲨ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻤﱧﺴﲅﻮﻫﱺﺎ ﺑﲐﺴﱻﻮﳒﺀﲚ ﻓﱁﻴﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱔﻛﱕﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺏﱽ ﺃﱁﻟﲘﻴﻢﱬ ﳁﳅﳉﳀ
  1. Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱦ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﺧﱻﻠﱁﻔﱁﺂﺀﱧ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻋﱺﺎﺩﲚ ﻭﱺﺑﱧﻮﲄﺃﱁﻛﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺗﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺳﱻﻬﱻﻮﻟﳨﻬﱺﺎ ﻗﱂﺼﱻﻮﺭﱾﺍ ﻭﱺﺗﱧﻨﱦﺤﲔﺘﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﺠﲌﺒﱧﺎﻝﱔ ﺑﱨﻴﱨﻮﺗﱫﺎﲨ ﻓﱁﭑﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﵖﱔﵐﳓﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻌﱦﺜﱁﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻣﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳆﳉﳀ
  1. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱨﻀﱹﻌﲘﻔﱂﻮﺍﲯ ﻟﲘﻤﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﺃﱁﻥﱱ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻣﱲﺮﱹﺳﱺﻞﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻪﲘﲶﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﲐﻤﱧﺂ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻞﱔ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳉﳀ
  1. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳉﳀ
  1. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".
ﻓﱁﻌﱧﻘﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﻗﱁﺔﱁ ﻭﱺﻋﱺﺘﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻦﱹ ﺃﱁﻣﱦﺮﲌ ﺭﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﺼﱺ﮳ﻠﲘﺢﱻ ﭐﺋﱦﺘﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺗﱧﻌﲘﺪﱻﻧﱧﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺮﱹﺳﱺﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳉﳀ
  1. Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺟﱹﻔﱁﺔﱂ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺩﱧﺍﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺟﱺ﮳ﺜﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳉﳀ
  1. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺑﱦﻠﱁﻐﱦﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺭﲌﺳﱺﺎﻟﱁﺔﱁ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺤﱹﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﵖﱞﵐ ﺗﱨﺤﲔﺒﱲﻮﻥﱧ ﭐﻟﻨﱱ﮳ﺼﲔﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳉﳀ
  1. Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".
ﻭﱺﻟﱂﻮﻃﱖﺎ ﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺗﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺤﲔﺸﱔﺔﱁ ﻣﱧﺎ ﺳﱺﺒﱧﻘﱁﻜﱕﻢ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﺣﱺﺪﲚ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳊﳀ
  1. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﺘﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱺﺎﻝﱔ ﺷﱔﻬﱹﻮﱺﺓﱫ ﻣﱰﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﻟﻨﱰﲘﺴﱺﺂﺀﲘﲬ ﺑﱧﻞﱓ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﻣﱲﺴﱹﺮﲌﻓﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳀ
  1. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﺟﱺﻮﱺﺍﺏﱺ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶﳒ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺧﱹﺮﲌﺟﱻﻮﻫﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﺃﱂﻧﱧﺎﺱﱿ ﻳﱧﺘﱧﻄﱔﻬﲄﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳊﳀ
  1. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
ﻓﱁﺄﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﻭﱺﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻪﱨﲵﳒ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻣﱦﺮﱺﺃﱁﺗﱧﻪﱨﲵ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﺒﲐﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳊﳀ
  1. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
ﻭﱺﺃﱁﻣﱦﻄﱔﺮﱹﻧﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱱﻄﱔﺮﱾﺍﲨ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳊﳀ
  1. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
ﻭﱺﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱧﺪﱹﻳﱧﻦﱺ ﺃﱁﺧﱺﺎﻫﱻﻢﱦ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺒﱫﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻋﱹﺒﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﻣﱧﺎ ﻟﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﲙ ﻏﱔﻴﱦﺮﱻﻩﱨﲵﲨ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻜﱕﻢ ﺑﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﱆ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﺄﱁﻭﱹﻓﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﱔﻴﱦﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﱀﻤﲘﻴﺰﱺﺍﻥﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺒﱦﺨﱺﺴﱻﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱺ ﺃﱁﺷﱓﻴﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺻﱹﻠﱁ﮳ﺤﲔﻬﱺﺎﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱋﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢ ﻣﱲﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳊﳀ
  1. Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻘﱀﻌﱨﺪﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺻﲔﺮﱺ﮴ﻁﲖ ﺗﱨﻮﻋﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻭﱺﺗﱧﺼﱻﺪﲅﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻣﱧﻦﱹ ﺀﱧﺍﻣﱧﻦﱺ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﺗﱧﺒﱦﻐﱨﻮﻧﱧﻬﱺﺎ ﻋﲔﻮﱺﺟﱾﺎﲬ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺇﲐﺫﱦ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﻗﱁﻠﲘﻴﵝﱅﵗ ﻓﱁﻜﱔﺜﱋﺮﱺﻛﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﭐﻧﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳈﳊﳀ
  1. "Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻣﱰﲘﻨﻜﱕﻢﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﺭﱹﺳﲔﻠﱀﺖﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻃﱔﺂﴢﲐﻔﱁﺔﱆ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﭑﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﺍﲯ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻳﱧﺤﱹﻜﱕﻢﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎﲬ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﺤﱺ﮳ﻜﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳉﳊﳀ
  1. "Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim".
ﲿ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﻨﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻨﱱﻚﱔ ﻳﱧ﮳ﺸﱕﻌﱧﻴﱦﺐﱻ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱧﻚﱔ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺘﲘﻨﱧﺂ ﺃﱁﻭﱹ ﻟﱁﺘﱧﻌﱨﻮﺩﱨﻥﱱ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﻠﱋﺘﲘﻨﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻛﱔ﮳ﺮﲌﻫﲔﻴﻦﱺ ﳁﳊﳊﳀ
  1. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
ﻗﱁﺪﲘ ﭐﻓﱀﺘﱧﺮﱺﻳﱦﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻛﱔﺬﲘﺑﱩﺎ ﺇﲐﻥﱦ ﻋﱻﺪﱹﻧﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻣﲘﻠﱋﺘﲘﻜﱕﻢ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺ ﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺠﲄﯩﳎﻨﱧﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱨ ﻟﱁﻨﱧﺂ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﻌﱨﻮﺩﱧ ﻓﲘﻴﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎﲬ ﻭﱺﺳﲔﻊﱧ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲙ ﻋﲔﻠﱀﻤﱩﺎﲬ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺗﱧﻮﱺﻛﱞﻠﱀﻨﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺎ ﭐﻓﱀﺘﱧﺢﱹ ﺑﱧﻴﱦﻨﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﺑﱧﻴﱦﻦﱺ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺘﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳋﳊﳀ
  1. "Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﻔﱁﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻟﱁﴣﲐﻦﲌ ﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱦﺘﱨﻢﱦ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺒﱩﺎ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﺫﱫﺍ ﻟﱋﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳋﳀ
  1. Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".
ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺟﱹﻔﱁﺔﱂ ﻓﱁﺄﱁﺻﱹﺒﱧﺤﱻﻮﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﺩﱧﺍﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺟﱺ﮳ﺜﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳋﳀ
  1. Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺒﱫﺎ ﻛﱔﺄﱁﻥ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﻐﱦﻨﱧﻮﱹﺍﲯ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲬ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺷﱕﻌﱧﻴﱦﺒﱫﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳋﳀ
  1. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
ﻓﱁﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰﳎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺑﱦﻠﱁﻐﱦﺘﱨﻜﱕﻢﱦ ﺭﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰ ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺤﱹﺖﱻ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻜﱔﻴﱦﻒﱺ ﺀﱧﺍﺳﱺﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻛﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳅﳋﳀ
  1. Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
ﻭﱺﻣﱧﺂ ﺃﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﺒﲐﻰﲃﲥ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺂ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻬﱺﺎ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﺄﱀﺳﱺﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻀﲄﺮﲄﻋﱻﻮﻥﱧ ﳁﳆﳋﳀ
  1. Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﺪﲄﻟﱀﻨﱧﺎ ﻣﱧﻜﱔﺎﻥﱧ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐﺌﱧﺔﲘ ﭐﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱁ ﺣﱺﺘﱱﻰﳎ ﻋﱺﻔﱁﻮﺍﲯ ﻭﲄﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻗﱁﺪﱹ ﻣﱧﺲﲄ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺀﱧﻧﱧﺎ ﭐﻟﻀﲄﺮﲄﺁﺀﱨ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﺮﲄﺁﺀﱨ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺸﱓﻌﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳇﳋﳀ
  1. Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺃﱁﻥﱱ ﺃﱁﻫﱹﻞﱔ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯ﮵ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﻭﱺﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﻟﱁﻔﱁﺘﱧﺤﱹﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﺑﱧﺮﱺﻛﱔ﮳ﺖﲖ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻓﱁﺄﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻜﱓﺴﲔﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳋﳀ
  1. Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻣﲘﻦﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺎ ﺑﱧﻴﱧ﮳ﺘﱫﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻧﱧﺂﴢﲐﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳋﳀ
  1. Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
ﺃﱁﻭﱺﺃﱁﻣﲘﻦﱺ ﺃﱁﻫﱹﻞﱕ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻬﱻﻢ ﺑﱧﺄﱀﺳﱻﻨﱧﺎ ﺿﱻﺤﱾﻰ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻠﱀﻌﱧﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳋﳀ
  1. Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
ﺃﱁﻓﱁﺄﱁﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﻣﱧﻜﱓﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘﲬ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻳﱧﺄﱀﻣﱧﻦﱻ ﻣﱧﻜﱓﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳋﳋﳀ
  1. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺮﲌﺛﱂﻮﻥﱧ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﺃﱁﻫﱹﻠﲘﻬﱺﺂ ﺃﱁﻥ ﻟﱋﻮﱹ ﻧﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﺃﱁﺻﱺﺒﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﺬﱕﻧﱨﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦﲬ ﻭﱺﻧﱧﻄﱓﺒﱧﻊﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﻓﱁﻬﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳂﳃﳀ
  1. Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
ﺗﲘﻠﱀﻚﱔ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱺﻯﳎ ﻧﱧﻘﱂﺺﲅ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻚﱔ ﻣﲘﻦﱹ ﺃﱁﻧﲲﺒﱧﺂﴢﲐﻬﱺﺎﲬ ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱦ ﺭﱻﺳﱻﻠﱂﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻟﲘﻴﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻳﱧﻄﱓﺒﱧﻊﱨ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳂﳃﳀ
  1. Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﵖﲔﵑﱁﻛﱓﺜﱁﺮﲌﻫﲔﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﻋﱺﻬﱹﺪﲚﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻭﱺﺟﱺﺪﱹﻧﱧﺂ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻟﱁﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳂﳃﳀ
  1. Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.
ﺛﱂﻢﱱ ﺑﱧﻌﱧﺜﱀﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢ ﻣﱲﻮﺳﱺﻰﳎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻭﱺﻣﱧﵝﱁﵙﻳﳗﻪﲘﲶ ﻓﱁﻈﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﭑﻧﻈﱕﺮﱹ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻋﱺ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳅﳂﳃﳀ
  1. Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻳﱧ﮳ﻔﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱙ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳂﳃﳀ
  1. Dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
ﺣﱺﻘﲘﻴﻖﱽ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﻗﱂﻮﻝﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄﲬ ﻗﱁﺪﱹ ﺟﲌﺌﱦﺘﱨﻜﱕﻢ ﺑﲐﺒﱧﻴﱰﲐﻨﱧﺔﲚ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﻣﱧﻌﲘﻰﱺ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳇﳂﳃﳀ
  1. "Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﺟﲌﺌﱦﺖﱺ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻓﱁﺄﱀﺕﲔ ﺑﲐﻬﱺﺂ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺖﱺ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳂﳃﳀ
  1. Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
ﻓﱁﺄﱁﻟﱀﻘﱁﻰﳎ ﻋﱺﺼﱺﺎﻩﱨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺛﱂﻌﱦﺒﱧﺎﻥﱬ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱿ ﳁﳉﳂﳃﳀ
  1. Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
ﻭﱺﻧﱧﺰﱺﻉﱧ ﻳﱧﺪﱺﻩﱨﲵ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺑﱧﻴﱦﻀﱺﺂﺀﱨ ﻟﲘﻠﻨﱱ﮳ﻈﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳊﳂﳃﳀ
  1. Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﺴﱺ﮳ﺤﲔﺮﱽ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱬ ﳁﳋﳂﳃﳀ
  1. Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
ﻳﱨﺮﲌﻳﺪﱻ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱺﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺃﱁﺭﱹﺿﲔﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﻤﱧﺎﺫﱧﺍ ﺗﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳃﳃﳀ
  1. "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu". (Firaun bertanya): "Oleh itu, apa yang kamu syorkan?"
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﺭﱹﺟﲌﻪﱦ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺎﻩﱨ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺳﲔﻞﱓ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﱺﺁﴢﲐﻦﲌ ﺣﱺ﮳ﺸﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳃﳃﳃﳀ
  1. Mereka berkata: "Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);
ﻳﱧﺄﱀﺗﱨﻮﻙﱔ ﺑﲐﻜﱕﻞﱝﲌ ﺳﱺ﮳ﺤﲔﺮﲍ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﲎ ﳁﳄﳃﳃﳀ
  1. "Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱧ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﵖﱔﵑﱁﺟﱹﺮﱼﺍ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻠﲘﺒﲐﻴﻦﱺ ﳁﳅﳃﳃﳀ
  1. Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻧﱧﻌﱧﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻟﱁﻤﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻘﱁﺮﲄﺑﲐﻴﻦﱺ ﳁﳆﳃﳃﳀ
  1. Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻣﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﺗﱨﻠﱀﻘﲘﻰﱺ ﻭﱺﺇﲐﻣﱱﺂ ﺃﱁﻥ ﻧﱱﻜﱕﻮﻥﱧ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﻠﱀﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳃﳃﳀ
  1. Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?"
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻟﱀﻘﱂﻮﺍﲯﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺳﱺﺤﱺﺮﱻﻭﳒﺍﲯ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﻭﱺﭐﺳﱹﺘﱧﺮﱹﻫﱺﺒﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺟﱺﺂﺀﱨﻭ ﺑﲐﺴﲔﺤﱹﺮﲍ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﲎ ﳁﳈﳃﳃﳀ
  1. Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).
ﲿ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥﱦ ﺃﱁﻟﱀﻖﲌ ﻋﱺﺼﱺﺎﻙﱔﲨ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﲔﻰﱺ ﺗﱧﻠﱀﻘﱁﻒﱻ ﻣﱧﺎ ﻳﱧﺄﱀﻓﲘﻜﱕﻮﻥﱧ ﳁﳉﳃﳃﳀ
  1. Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
ﻓﱁﻮﱺﻗﱁﻊﱧ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲅ ﻭﱺﺑﱧﻄﱔﻞﱔ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳃﳃﳀ
  1. Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
ﻓﱁﻐﱨﻠﲘﺒﱨﻮﺍﲯ ﻫﱻﻨﱧﺎﻟﲘﻚﱔ ﻭﱺﭐﻧﻘﱁﻠﱁﺒﱨﻮﺍﲯ ﺻﱺ﮳ﻐﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳃﳃﳀ
  1. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
ﻭﱺﺃﱂﻟﱀﻘﲘﻰﱺ ﭐﻟﺴﲄﺤﱺﺮﱺﺓﱨ ﺳﱺ﮳ﺠﲌﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳂﳄﳃﳀ
  1. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐﺮﱺﺏﲃﲌ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳄﳃﳀ
  1. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳄﳃﳀ
  1. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﺘﱨﻢ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻗﱁﺒﱦﻞﱔ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﺫﱧﻥﱧ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻟﱁﻤﱧﻜﱓﺮﱿ ﻣﱱﻜﱔﺮﱹﺗﱨﻤﱨﻮﻩﱨ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻤﱧﺪﲘﻳﻨﱧﺔﲘ ﻟﲘﺘﱨﺨﱹﺮﲌﺟﱻﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺂ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳄﳃﳀ
  1. Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).
ﵖﱔﵑﱂﻗﱁﻄﱝﲔﻌﱧﻦﲄ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﱧﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻠﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺧﲔﻠﱁ﮳ﻒﲖ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵑﱂﺻﱺﻠﱊﲘﺒﱧﻨﱱﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺟﱹﻤﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳄﳃﳀ
  1. "Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻣﱨﻨﻘﱁﻠﲘﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳄﳃﳀ
  1. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).
ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺗﱧﻨﻘﲘﻢﱨ ﻣﲘﻨﱱﺂ ﺇﲐﵖﱞﵓ ﺃﱁﻥﱦ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱱﺎ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﺭﱺﺑﱰﲐﻨﱧﺎ ﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻨﱧﺎﲬ ﺭﱺﺑﱱﻨﱧﺂ ﺃﱁﻓﱀﺮﲌﻍﱀ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻨﱧﺎ ﺻﱺﺒﱦﺮﱾﺍ ﻭﱺﺗﱧﻮﱺﻓﱋﻨﱧﺎ ﻣﱨﺴﱹﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳄﳃﳀ
  1. "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﻟﱀﻤﱧﵝﱁﵘﱂ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺃﱁﺗﱧﺬﱔﺭﱻ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻪﱨﲵ ﻟﲘﻴﱨﻔﱀﺴﲔﺪﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻳﱧﺬﱔﺭﱺﻙﱔ ﻭﱺﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺘﱧﻚﱔﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱺﻨﱨﻘﱁﺘﱰﲘﻞﱕ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﻧﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻰﲤﲶ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﺎ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁ﮳ﻬﲌﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳄﳃﳀ
  1. Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻘﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﻌﲘﻴﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﭐﺻﱹﺒﲐﺮﱻﻭﳒﺍﲯﲨ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﱺ ﴦﲘﴥﴤﲘ ﻳﱨﻮﺭﲌﺛﱂﻬﱺﺎ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻣﲘﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﲘﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻘﲘﺒﱧﺔﱂ ﻟﲘﻠﱀﻤﱨﺘﱱﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳄﳃﳀ
  1. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺃﱂﻭﺫﲘﻳﻨﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﲌ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﱧﻨﱧﺎ ﻭﱺﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘ ﻣﱧﺎ ﺟﲌﺌﱦﺘﱧﻨﱧﺎﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻋﱺﺴﱺﻰﳎ ﺭﱺﺑﱲﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﻥ ﻳﱨﻬﱹﻠﲘﻚﱔ ﻋﱺﺪﱻﻭﲄﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺨﱹﻠﲘﻔﱁﻜﱕﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻓﱁﻴﱧﻨﻈﱕﺮﱺ ﻛﱔﻴﱦﻒﱺ ﺗﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳄﳃﳀ
  1. Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺂ ﺀﱧﺍﻝﱔ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﺴﲃﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﻭﱺﻧﱧﻘﱀﺺﲞ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺜﱋﻤﱧﺮﱺ﮴ﺕﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺬﱞﻛﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳂﳅﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﺟﱺﺂﺀﱧﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱂ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘﲶﲨ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱨﺼﲔﺒﱦﻬﱻﻢﱦ ﺳﱺﻴﱰﲐﺌﱧﺔﱆ ﻳﱧﻄﱞﻴﱱﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻤﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻣﱱﻌﱧﻪﱨﲵﳒﲩ ﺃﱁﵖﱔﵓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻃﱔﳌﴣﲐﺮﱻﻫﱻﻢﱦ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳃﳅﳃﳀ
  1. Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
ﻭﱺﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻬﱹﻤﱧﺎ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻨﱧﺎ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﻟﱊﲘﺘﱧﺴﱹﺤﱺﺮﱺﻧﱧﺎ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻓﱁﻤﱧﺎ ﻧﱧﺤﱹﻦﱻ ﻟﱁﻚﱔ ﺑﲐﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳅﳃﳀ
  1. Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".
ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﻄﱟﻮﻓﱁﺎﻥﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﺠﱺﺮﱺﺍﺩﱧ ﻭﱺﭐﻟﱀﻘﱂﻤﱱﻞﱔ ﻭﱺﭐﻟﻀﲄﻔﱁﺎﺩﲘﻉﱧ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﻡﱧ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺖﲖ ﻣﱲﻔﱁﺼﲄﻠﱁ﮳ﺖﲖ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﱁﻮﱹﻣﱫﺎ ﻣﱲﺠﱹﺮﲌﻣﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳅﳃﳀ
  1. (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﻭﱺﻗﱁﻊﱧ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱹﺰﱻ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﺩﱦﻉﱨ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻋﱺﻬﲌﺪﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺﻙﱔﲨ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻛﱔﺸﱔﻔﱀﺖﱺ ﻋﱺﻨﱱﺎ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱹﺰﱺ ﻟﱁﻨﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱧﻦﲄ ﻟﱁﻚﱔ ﻭﱺﻟﱁﻨﱨﺮﱹﺳﲔﻠﱁﻦﲄ ﻣﱧﻌﱧﻚﱔ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﳁﳆﳅﳃﳀ
  1. Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻛﱔﺸﱔﻔﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲃﲌﺟﱹﺰﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺟﱺﻞﲍ ﻫﱻﻢ ﺑﱧ﮳ﻠﲘﻐﱨﻮﻩﱨ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻜﱕﺜﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳅﳃﳀ
  1. (Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya
ﻓﱁﭑﻧﺘﱧﻘﱁﻤﱦﻨﱧﺎ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﻏﱓﺮﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻴﱧﻢﱰﲌ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻏﱔ﮳ﻔﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳅﳃﳀ
  1. Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺭﱺﺛﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱨﺴﱹﺘﱧﻀﱹﻌﱧﻔﱂﻮﻥﱧ ﻣﱧﺸﱔ﮳ﺮﲌﻕﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﻐﱧ﮳ﺮﲌﺑﱧﻬﱺﺎ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﺑﱧ﮳ﺮﱺﻛﱓﻨﱧﺎ ﻓﲘﻴﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺗﱧﻤﱱﺖﱹ ﻛﱔﻠﲘﻤﱧﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﺻﱺﺒﱧﺮﱻﻭﺍﲯﲨ ﻭﱺﺩﱧﻣﱱﺮﱹﻧﱧﺎ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻥﱧ ﻳﱧﺼﱹﻨﱧﻊﱨ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱨ ﻭﱺﻗﱁﻮﱹﻣﱨﻪﱨﲵ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﺮﲌﺷﱕﻮﻥﱧ ﳁﳉﳅﳃﳀ
  1. Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)
ﻭﱺﺟﱺ﮳ﻮﱺﺯﱹﻧﱧﺎ ﺑﲐﺒﱧﻨﲘﻰﳒ ﺇﲐﺳﱹﺮﱺﳍﺀﲘﻳﻞﱔ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﱺ ﻓﱁﺄﱁﺗﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱧﻌﱦﻜﱕﻔﱂﻮﻥﱧ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﺻﱹﻨﱧﺎﻡﲎ ﻟﱋﻬﱻﻢﱦﲬ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ ﭐﺟﱹﻌﱧﻞ ﻟﱋﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱾﺎ ﻛﱔﻤﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﻟﲘﻬﱺﺔﱆﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺇﲐﻧﱱﻜﱕﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﻡﱬ ﺗﱧﺠﱹﻬﱺﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳊﳅﳃﳀ
  1. Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
ﺇﲐﻥﱱ ﻫﱺﳌﺆﱻﵖﱔﵐﳓﺀﲘ ﻣﱨﺘﱧﺒﱱﺮﱿ ﻣﱱﺎ ﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻭﱺﺑﱧ﮳ﻄﲔﻞﱙ ﻣﱱﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳅﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa yang mereka kerjakan itu".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺃﱁﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺃﱁﺑﱦﻐﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻬﱾﺎ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻓﱁﻀﲄﻠﱁﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﱀﻌﱧ﮳ﻠﱁﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳆﳃﳀ
  1. Nabi Musa berkata lagi: "Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺀﱧﺍﻝﲌ ﻓﲘﺮﱹﻋﱺﻮﱹﻥﱧ ﻳﱧﺴﱻﻮﻣﱨﻮﻧﱧﻜﱕﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌ ﻳﱨﻘﱁﺘﱰﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﺃﱁﺑﱦﻨﱧﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﻳﱧﺴﱹﺘﱧﺤﱹﻴﱨﻮﻥﱧ ﻧﲘﺴﱺﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻜﱕﻢ ﺑﱧﵝﱁﵚﺀﱬ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻋﱺﻈﲔﻴﻢﱬ ﳁﳃﳆﳃﳀ
  1. Dan (Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
ﲿ ﻭﱺﻭﱺ﮴ﻋﱺﺪﱹﻧﱧﺎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺛﱁﻠﱁ﮳ﺜﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻴﱦﻠﱁﺔﱅ ﻭﱺﺃﱁﺗﱦﻤﱧﻤﱦﻨﱧ﮳ﻬﱺﺎ ﺑﲐﻌﱧﺸﱓﺮﲎ ﻓﱁﺘﱧﻢﱱ ﻣﲘﻴﻘﱁ﮳ﺖﱻ ﺭﱺﺑﱰﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﺭﱹﺑﱧﻌﲘﻴﻦﱺ ﻟﱁﻴﱦﻠﱁﺔﱅﲬ ﻭﱺﻗﱁﺎﻝﱔ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﵖﲔﵑﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻫﱺ﮳ﺮﱻﻭﻥﱧ ﭐﺧﱹﻠﱂﻔﱀﻨﲘﻰ ﻓﲘﻰ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻰ ﻭﱺﺃﱁﺻﱹﻠﲘﺢﱹ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺘﱱﺒﲘﻊﱦ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺴﲔﺪﲘﻳﻦﱺ ﳁﳄﳆﳃﳀ
  1. Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺟﱺﺂﺀﱧ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻟﲘﻤﲘﻴﻘﱁ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﻠﱋﻤﱧﻪﱨﲵ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﺃﱁﺭﲌﻧﲘﻰﳒ ﺃﱁﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻟﱁﻦ ﺗﱧﺮﱺﯨﻨﲘﻰ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲌ ﭐﻧﻈﱕﺮﱹ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﺠﱺﺒﱧﻞﲌ ﻓﱁﺈﲐﻥﲌ ﭐﺳﱹﺘﱧﻘﱁﺮﲄ ﻣﱧﻜﱔﺎﻧﱧﻪﱨﲵ ﻓﱁﺴﱺﻮﱹﻑﱺ ﺗﱧﺮﱺﯨﻨﲘﻰﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﺠﱺﻠﱋﻰﳎ ﺭﱺﺑﱲﻪﱨﲵ ﻟﲘﻠﱀﺠﱺﺒﱧﻞﲌ ﺟﱺﻌﱧﻠﱁﻪﱨﲵ ﺩﱧﻛﱢﺎ ﻭﱺﺧﱺﺮﲄ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﺻﱺﻌﲘﻘﱅﺎﲬ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﻓﱁﺎﻕﱺ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺳﱻﺒﱦﺤﱺ﮳ﻨﱧﻚﱔ ﺗﱨﺒﱦﺖﱻ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺃﱁﻭﲄﻝﱕ ﭐﻟﱀﻤﱨﺆﱹﻣﲘﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳅﳆﳃﳀ
  1. Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻳﱧ﮳ﻤﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﭐﺻﱹﻄﱔﻔﱁﻴﱦﺘﱨﻚﱔ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﺑﲐﺮﲌﺳﱺ﮳ﻠﱁ﮳ﺘﲘﻰ ﻭﱺﺑﲐﻜﱔﻠﱁ﮳ﻤﲘﻰ ﻓﱁﺨﱻﺬﱓ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱨﻚﱔ ﻭﱺﻛﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳆﳆﳃﳀ
  1. Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur".
ﻭﱺﻛﱔﺘﱧﺒﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﻮﱺﺍﺡﲠ ﻣﲘﻦ ﻛﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻣﱱﻮﱹﻋﲔﻈﱔﺔﱅ ﻭﱺﺗﱧﻔﱀﺼﲔﻴﵝﱅﵗ ﻟﱊﲘﻜﱕﻞﱝﲌ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻓﱁﺨﱻﺬﱓﻫﱺﺎ ﺑﲐﻘﱂﻮﲄﺓﲚ ﻭﱺﺃﱀﻣﱨﺮﱹ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻚﱔ ﻳﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﺑﲐﺄﱁﺣﱹﺴﱺﻨﲘﻬﱺﺎﲬ ﺳﱺﺄﱂﻭﳖﺭﲌﻳﻜﱕﻢﱦ ﺩﱧﺍﺭﱺ ﭐﻟﱀﻔﱁ﮳ﺴﲔﻘﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳆﳃﳀ
  1. Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".
ﺳﱺﺄﱁﺻﱹﺮﲌﻑﱻ ﻋﱺﻦﱹ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻰﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱧﻜﱔﺒﱱﺮﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺑﲐﻐﱧﻴﱦﺮﲌ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﻛﱕﻞﱞ ﺀﱧﺍﻳﱧﺔﲚ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﭐﻟﺮﲅﺷﱓﺪﲘ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻩﱨ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺳﱺﺒﲐﻴﻞﱔ ﭐﻟﱀﻐﱧﻰﲃﲤ ﻳﱧﺘﱱﺨﲔﺬﱕﻭﻩﱨ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱅﵗﲬ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﺑﲐﺄﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎ ﻏﱔ﮳ﻔﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳆﳃﳀ
  1. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﻟﲘﻘﱁﺂﺀﲘ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺣﱺﺒﲐﻄﱔﺖﱹ ﺃﱁﻋﱹﻤﱧ﮳ﻠﱂﻬﱻﻢﱦﲬ ﻫﱺﻞﱓ ﻳﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳉﳆﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
ﻭﱺﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱔ ﻗﱁﻮﱹﻡﱨ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻩﲘﲶ ﻣﲘﻦﱹ ﺣﱻﻠﲘﻴﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻋﲔﺠﱹﵝﱅﵗ ﺟﱺﺴﱺﺪﱾﺍ ﻟﱋﻪﱨﲵ ﺧﱻﻮﱺﺍﺭﱽﲬ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺮﱺﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻜﱔﻠﱊﲘﻤﱨﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﺳﱺﺒﲐﻴﵝﱃﵗﲪ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﻩﱨ ﻭﱺﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻇﱔ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳊﳆﳃﳀ
  1. Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺳﱻﻘﲘﻂﱔ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﻳﱦﺪﲘﻳﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺭﱺﺃﱁﻭﱹﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﺪﱹ ﺿﱺﻠﱌﻮﺍﲯ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﴣﲐﻦ ﻟﱋﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺣﱺﻤﱦﻨﱧﺎ ﺭﱺﺑﱲﻨﱧﺎ ﻭﱺﻳﱧﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻟﱁﻨﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳆﳃﳀ
  1. Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺭﱺﺟﱺﻊﱧ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﲘﻪﲘﲶ ﻏﱔﻀﱹﺒﱧ﮳ﻦﱺ ﺃﱁﺳﲔﻔﱅﺎ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺑﲐﺌﱦﺴﱺﻤﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻔﱀﺘﱨﻤﱨﻮﻧﲘﻰ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻯﳒﲨ ﺃﱁﻋﱺﺠﲌﻠﱀﺘﱨﻢﱦ ﺃﱁﻣﱦﺮﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻭﱺﺃﱁﻟﱀﻘﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﻮﱺﺍﺡﱺ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﺑﲐﺮﱺﺃﱀﺱﲜ ﺃﱁﺧﲔﻴﻪﲘ ﻳﱧﺠﱻﺮﲅﻩﱨﲵﳒ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻪﲘﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﭐﺑﱦﻦﱺ ﺃﱂﻡﱱ ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱧ ﭐﺳﱹﺘﱧﻀﱹﻌﱧﻔﱂﻮﻧﲘﻰ ﻭﱺﻛﱔﺎﺩﱨﻭﺍﲯ ﻳﱧﻘﱀﺘﱨﻠﱂﻮﻧﱧﻨﲘﻰ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﺸﱓﻤﲘﺖﱹ ﺑﲐﻰﱺ ﭐﵖﱓﵑﱁﻋﱹﺪﱺﺁﺀﱧ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﺠﱹﻌﱧﻠﱀﻨﲘﻰ ﻣﱧﻊﱧ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﻈﱞ﮳ﻠﲘﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳂﳇﳃﳀ
  1. Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".
ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﭐﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﲘﻰ ﻭﱺﵖﲔﵑﱁﺧﲔﻰ ﻭﱺﺃﱁﺩﱦﺧﲔﻠﱀﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺃﱁﺭﱹﺣﱺﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄ﮴ﺣﲔﻤﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳇﳃﳀ
  1. Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﺨﱺﺬﱕﻭﺍﲯ ﭐﻟﱀﻌﲘﺠﱹﻞﱔ ﺳﱺﻴﱧﻨﱧﺎﻟﱂﻬﱻﻢﱦ ﻏﱔﻀﱺﺐﱿ ﻣﱰﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻭﱺﺫﲘﻟﱋﺔﱆ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﺤﱺﻴﱧﻮﳎﺓﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎﲬ ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺠﱹﺰﲌﻯ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﺘﱧﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳄﳇﳃﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Dan demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻋﱺﻤﲘﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﺛﱂﻢﱱ ﺗﱧﺎﺑﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﱺﺎ ﻭﱺﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﱺﺎ ﻟﱁﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳅﳇﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﻟﱁﻤﱱﺎ ﺳﱺﻜﱔﺖﱺ ﻋﱺﻦ ﻣﱲﻮﺳﱺﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧﻀﱺﺐﱻ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﭐﵖﱓﵑﱁﻟﱀﻮﱺﺍﺡﱺﲨ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﻧﱨﺴﱹﺨﱺﺘﲘﻬﱺﺎ ﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱆ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢﱦ ﻟﲘﺮﱺﺑﱰﲐﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﻫﱺﺒﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳇﳃﳀ
  1. Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).
ﻭﱺﭐﺧﱹﺘﱧﺎﺭﱺ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰﳎ ﻗﱁﻮﱹﻣﱧﻪﱨﲵ ﺳﱺﺒﱦﻌﲘﻴﻦﱺ ﺭﱺﺟﱻﵝﱅﵗ ﻟﱊﲘﻤﲘﻴﻘﱁ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔﺗﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺮﲄﺟﱹﻔﱁﺔﱂ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﺭﱺﺏﲃﲌ ﻟﱁﻮﱹ ﺷﲔﺌﱦﺖﱺ ﺃﱁﻫﱹﻠﱁﻜﱓﺘﱧﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﺇﲐﻳﱱ﮳ﻰﱺﲨ ﺃﱁﺗﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱕﻨﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﺴﲅﻔﱁﻬﱺﺂﺀﱨ ﻣﲘﻨﱱﺂﲨ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﲔﻰﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻓﲘﺘﱦﻨﱧﺘﱨﻚﱔ ﺗﱨﻀﲔﻞﱟ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨ ﻭﱺﺗﱧﻬﱹﺪﲘﻯ ﻣﱧﻦ ﺗﱧﺸﱔﺂﺀﱨﲨ ﺃﱁﻧﺖﱺ ﻭﱺﻟﲘﻴﱲﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻏﱓﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﭐﺭﱹﺣﱺﻤﱦﻨﱧﺎﲨ ﻭﱺﺃﱁﻧﺖﱺ ﺧﱺﻴﱦﺮﱻ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻔﲘﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳇﳃﳀ
  1. Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.
ﲿ ﻭﱺﭐﻛﱓﺘﱨﺐﱹ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻓﲘﻰ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﺪﲅﻧﱦﻴﱧﺎ ﺣﱺﺴﱺﻨﱧﺔﱅ ﻭﱺﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﲘ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻫﱻﺪﱹﻧﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔﲬ ﻗﱁﺎﻝﱔ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﲐﻰﳒ ﺃﱂﺻﲔﻴﺐﱻ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻣﱧﻦﱹ ﺃﱁﺷﱔﺂﺀﱨﲨ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺘﲘﻰ ﻭﱺﺳﲔﻌﱧﺖﱹ ﻛﱕﻞﱞ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚﲬ ﻓﱁﺴﱺﺄﱁﻛﱓﺘﱨﺒﱨﻬﱺﺎ ﻟﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﻭﱺﻳﱨﺆﱹﺗﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺰﲄﻛﱔﻮﳎﺓﱧ ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻫﱻﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳈﳇﳃﳀ
  1. "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻥﱧ ﭐﻟﺮﲄﺳﱻﻮﻝﱔ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲄ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻰﲄ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱧﺠﲌﺪﱻﻭﻧﱧﻪﱨﲵ ﻣﱧﻜﱓﺘﱨﻮﺑﱩﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺘﱱﻮﱹﺭﱺﯨﺔﲘ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺠﲌﻴﻞﲌ ﻳﱧﺄﱀﻣﱨﺮﱻﻫﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﻤﱧﻌﱦﺮﱻﻭﻑﲔ ﻭﱺﻳﱧﻨﱦﻬﱺﯩﳎﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻤﱨﻨﻜﱔﺮﲌ ﻭﱺﻳﱨﺤﲔﻞﱟ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﻄﱞﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻳﱨﺤﱺﺮﲃﲌﻡﱨ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺﺒﱧﳌﴣﲐﺚﱺ ﻭﱺﻳﱧﻀﱺﻊﱨ ﻋﱺﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺇﲐﺻﱹﺮﱺﻫﱻﻢﱦ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﻏﱓﻠﱁ﮳ﻞﱔ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦﲬ ﻓﱁﭑﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺀﱧﺍﻣﱧﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶ ﻭﱺﻋﱺﺰﲄﺭﱻﻭﻩﱨ ﻭﱺﻧﱧﺼﱺﺮﱻﻭﻩﱨ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻌﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﻨﱲﻮﺭﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺃﱂﻧﺰﲌﻝﱔ ﻣﱧﻌﱧﻪﱨﲵﳒ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱨﻔﱀﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﳁﳉﳇﳃﳀ
  1. "Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
ﻗﱂﻞﱓ ﻳﱧﳌﺄﱁﻳﱲﻬﱺﺎ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﱻ ﺇﲐﻧﱰﲘﻰ ﺭﱺﺳﱻﻮﻝﱕ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺟﱺﻤﲘﻴﻌﱩﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻣﱨﻠﱀﻚﱕ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲨ ﵖﱔﵓ ﺇﲐﻟﱁ﮳ﻪﱧ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺ ﻳﱨﺤﱹﻰﲤﲶ ﻭﱺﻳﱨﻤﲘﻴﺖﱻﲨ ﻓﱁ﮲ﱧﺎﻣﲘﻨﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﺭﱺﺳﱻﻮﻟﳨﻪﲘ ﭐﻟﻨﱱﺒﲐﻰﲃﲤ ﭐﵖﱓﵑﱂﻣﱰﲘﻰﲃﲤ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻦﱻ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻛﱔﻠﲘﻤﱧ﮳ﺘﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻩﱨ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﻬﱹﺘﱧﺪﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳇﳃﳀ
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
ﻭﱺﻣﲘﻦ ﻗﱁﻮﱹﻡﲌ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻳﱧﻬﱹﺪﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳇﳃﳀ
  1. Dan di antara kaum Nabi Musa, ada satu golongan yang memberi petunjuk (kepada orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
ﻭﱺﻗﱁﻄﱞﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱨ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﻰﱹ ﻋﱺﺸﱓﺮﱺﺓﱧ ﺃﱁﺳﱹﺒﱧﺎﻃﱖﺎ ﺃﱂﻣﱧﻤﱫﺎﲬ ﻭﱺﺃﱁﻭﱹﺣﱺﻴﱦﻨﱧﺂ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻣﱨﻮﺳﱺﻰ﮵ ﺇﲐﺫﲘ ﭐﺳﱹﺘﱧﺴﱹﻘﱁﯩﳎﻪﱨ ﻗﱁﻮﱹﻣﱨﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﻥﲌ ﭐﺿﱹﺮﲌﺏ ﺑﱰﲐﻌﱧﺼﱺﺎﻙﱔ ﭐﻟﱀﺤﱺﺠﱺﺮﱺﲨ ﻓﱁﭑﻧﲲﺒﱧﺠﱺﺴﱺﺖﱹ ﻣﲘﻨﱦﻪﱨ ﭐﺛﱀﻨﱧﺘﱧﺎ ﻋﱺﺸﱓﺮﱺﺓﱧ ﻋﱺﻴﱦﻨﱫﺎﲨ ﻗﱁﺪﱹ ﻋﱺﻠﲘﻢﱧ ﻛﱕﻞﱟ ﺃﱂﻧﱧﺎﺱﲞ ﻣﱱﺸﱓﺮﱺﺑﱧﻬﱻﻢﱦﲬ ﻭﱺﻇﱔﻠﱋﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻤﱧ﮳ﻢﱧ ﻭﱺﺃﱁﻧﺰﱺﻟﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱨ ﭐﻟﱀﻤﱧﻦﲄ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻠﱀﻮﱺﻯﳎﲨ ﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻦ ﻃﱔﻴﱰﲐﺒﱧ﮳ﺖﲔ ﻣﱧﺎ ﺭﱺﺯﱺﻗﱀﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢﱦﲬ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﻧﱧﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳂﳈﳃﳀ
  1. Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱨ ﭐﺳﱹﻜﱕﻨﱨﻮﺍﲯ ﻫﱺ﮳ﺬﲘﻩﲘ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﱁ ﻭﱺﻛﱕﻠﱂﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﺷﲔﺌﱦﺘﱨﻢﱦ ﻭﱺﻗﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﺣﲔﻄﱞﺔﱆ ﻭﱺﭐﺩﱦﺧﱻﻠﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﺒﱧﺎﺏﱺ ﺳﱻﺠﲄﺪﱾﺍ ﻧﱱﻐﱦﻔﲘﺮﱹ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺧﱺﻄﲔﻴﳒ﮲ﱧ﮳ﺘﲘﻜﱕﻢﱦﲬ ﺳﱺﻨﱧﺰﲌﻳﺪﱻ ﭐﻟﱀﻤﱨﺤﱹﺴﲔﻨﲘﻴﻦﱺ ﳁﳃﳈﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: "Tinggalah dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai, dan berdoalah dengan berkata: ` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ', dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".
ﻓﱁﺒﱧﺪﲄﻝﱔ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻗﱁﻮﱹﵖﱖﵐ ﻏﱔﻴﱦﺮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻗﲘﻴﻞﱔ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻓﱁﺄﱁﺭﱹﺳﱺﻠﱀﻨﱧﺎ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺭﲌﺟﱹﺰﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧﺂﺀﲘ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳈﳃﳀ
  1. Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.
ﻭﱺﺳﱹ﮲ﱧﻠﱀﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﻘﱁﺮﱹﻳﱧﺔﲘ ﭐﻟﱋﺘﲘﻰ ﻛﱔﺎﻧﱧﺖﱹ ﺣﱺﺎﺿﲔﺮﱺﺓﱧ ﭐﻟﱀﺒﱧﺤﱹﺮﲌ ﺇﲐﺫﱦ ﻳﱧﻌﱦﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﺒﱦﺖﲔ ﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦ ﺣﲔﻴﺘﱧﺎﻧﱨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﺳﱺﺒﱦﺘﲘﻬﲌﻢﱦ ﺷﱕﺮﲄﻋﱾﺎ ﻭﱺﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺒﲐﺘﱨﻮﻥﱧ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻬﲌﻢﱦﲬ ﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱧﺒﱦﻠﱂﻮﻫﱻﻢ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺴﱻﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳈﳃﳀ
  1. Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻗﱁﺎﻟﱁﺖﱹ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﻟﲘﻢﱧ ﺗﱧﻌﲘﻈﱕﻮﻥﱧ ﻗﱁﻮﱹﻣﱩﺎ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱕﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻭﱹ ﻣﱨﻌﱧﺬﱝﲘﺑﱨﻬﱻﻢﱦ ﻋﱺﺬﱔﺍﺑﱫﺎ ﺷﱔﺪﲘﻳﺪﱾﺍﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻣﱧﻌﱦﺬﲘﺭﱺﺓﱩ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﺭﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳆﳈﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻧﱧﺴﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﺫﱨﻛﱝﲔﺮﱻﻭﺍﲯ ﺑﲐﻪﲘﲶﳒ ﺃﱁﻧﺠﱺﻴﱦﻨﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﻨﱦﻬﱺﻮﱹﻥﱧ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲅﻮﳒﺀﲘ ﻭﱺﺃﱁﺧﱺﺬﱓﻧﱧﺎ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻇﱔﻠﱁﻤﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲏ ﺑﱧ﮲ﲘﻴﺲﲟ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻔﱀﺴﱻﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳇﳈﳃﳀ
  1. Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﻋﱺﺘﱧﻮﱹﺍﲯ ﻋﱺﻦ ﻣﱱﺎ ﻧﱨﻬﱻﻮﺍﲯ ﻋﱺﻨﱦﻪﱨ ﻗﱂﻠﱀﻨﱧﺎ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻛﱕﻮﻧﱨﻮﺍﲯ ﻗﲘﺮﱺﺩﱧﺓﱩ ﺧﱺ﮳ﺴﲔ﮲ﲘﻴﻦﱺ ﳁﳈﳈﳃﳀ
  1. Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺗﱧﺄﱁﺫﱱﻥﱧ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻟﱁﻴﱧﺒﱦﻌﱧﺜﱁﻦﲄ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰﳎ ﻳﱧﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﻣﱧﻦ ﻳﱧﺴﱻﻮﻣﱨﻬﱻﻢﱦ ﺳﱻﻮﳒﺀﱧ ﭐﻟﱀﻌﱧﺬﱔﺍﺏﲌﲩ ﺇﲐﻥﱱ ﺭﱺﺑﱱﻚﱔ ﻟﱁﺴﱺﺮﲌﻳﻊﱨ ﭐﻟﱀﻌﲘﻘﱁﺎﺏﲌ ﻭﱺﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﻟﱁﻐﱧﻔﱂﻮﺭﱿ ﺭﲄﺣﲔﻴﻢﱬ ﳁﳉﳈﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ﻭﱺﻗﱁﻄﱞﻌﱦﻨﱧ﮳ﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﺃﱂﻣﱧﻤﱫﺎﲨ ﻣﱰﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱨ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﱻﻮﻥﱧ ﻭﱺﻣﲘﻨﱦﻬﱻﻢﱦ ﺩﱨﻭﻥﱧ ﺫﱧ﮴ﻟﲘﻚﱔﲨ ﻭﱺﺑﱧﻠﱁﻮﱹﻧﱧ﮳ﻬﱻﻢ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﺴﱺﻨﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﭐﻟﺴﲄﻴﱰﲐ﮲ﱧﺎﺕﲔ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳈﳃﳀ
  1. Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).
ﻓﱁﺨﱺﻠﱁﻒﱺ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦ ﺧﱺﻠﱀﻒﱿ ﻭﱺﺭﲌﺛﱂﻮﺍﲯ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺ ﻳﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﻥﱧ ﻋﱺﺮﱺﺽﱺ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﭐﵖﱓﵑﱁﺩﱦﻧﱧﻰﳎ ﻭﱺﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﻥﱧ ﺳﱺﻴﱨﻐﱦﻔﱁﺮﱻ ﻟﱁﻨﱧﺎ ﻭﱺﺇﲐﻥ ﻳﱧﺄﱀﺗﲘﻬﲌﻢﱦ ﻋﱺﺮﱺﺽﱿ ﻣﱰﲘﺜﱀﻠﱂﻪﱨﲵ ﻳﱧﺄﱀﺧﱻﺬﱕﻭﻩﱨﲬ ﺃﱁﻟﱁﻢﱦ ﻳﱨﺆﱹﺧﱺﺬﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻴﺜﱁ﮳ﻖﱻ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﺃﱁﻥ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻋﱺﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﭐﻟﱀﺤﱺﻖﲄ ﻭﱺﺩﱧﺭﱺﺳﱻﻮﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘﲩ ﻭﱺﭐﻟﺪﲄﺍﺭﱻ ﭐﵖﱓﵕﺧﲔﺮﱺﺓﱨ ﺧﱺﻴﱦﺮﱿ ﻟﱊﲘﻠﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧﲬ ﺃﱁﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱧﻌﱦﻘﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳈﳃﳀ
  1. Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻤﱧﺴﲃﲔﻜﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﲌ ﻭﱺﺃﱁﻗﱁﺎﻣﱨﻮﺍﲯ ﭐﻟﺼﲄﻠﱁﻮﳎﺓﱧ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﵖﱔﵐ ﻧﱨﻀﲔﻴﻊﱨ ﺃﱁﺟﱹﺮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﺼﱹﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳂﳉﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
ﲿ ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﻧﱧﺘﱧﻘﱀﻨﱧﺎ ﭐﻟﱀﺠﱺﺒﱧﻞﱔ ﻓﱁﻮﱹﻗﱁﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻇﱕﻠﱋﺔﱆ ﻭﱺﻇﱔﻨﱲﻮﳒﺍﲯ ﺃﱁﻧﱱﻪﱨﲵ ﻭﱺﺍﻗﲘﻊﱮ ﺑﲐﻬﲌﻢﱦ ﺧﱻﺬﱕﻭﺍﲯ ﻣﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻜﱕﻢ ﺑﲐﻘﱂﻮﲄﺓﲚ ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻣﱧﺎ ﻓﲘﻴﻪﲘ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱧﺘﱱﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳉﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
ﻭﱺﺇﲐﺫﱦ ﺃﱁﺧﱺﺬﱔ ﺭﱺﺑﱲﻚﱔ ﻣﲘﻦﲲ ﺑﱧﻨﲘﻰﳒ ﺀﱧﺍﺩﱧﻡﱧ ﻣﲘﻦ ﻇﱕﻬﱻﻮﺭﲌﻫﲔﻢﱦ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺘﱧﻬﱻﻢﱦ ﻭﱺﺃﱁﺷﱓﻬﱺﺪﱺﻫﱻﻢﱦ ﻋﱺﻠﱁﻰ﮵ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﲔﻬﲌﻢﱦ ﺃﱁﻟﱁﺴﱹﺖﱻ ﺑﲐﺮﱺﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦﲨ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﺑﱧﻠﱁﻰﳎ ﺷﱔﻬﲌﺪﱹﻧﱧﺂﲬ ﺃﱁﻥ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﺍﲯ ﻳﱧﻮﱹﻡﱧ ﭐﻟﱀﻘﲘﻴﱧ﮳ﻤﱧﺔﲘ ﺇﲐﻧﱱﺎ ﻛﱕﻨﱱﺎ ﻋﱺﻦﱹ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﻏﱔ﮳ﻔﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳄﳉﳃﳀ
  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﻘﱂﻮﻟﱂﻮﳒﺍﲯ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺷﱓﺮﱺﻙﱔ ﺀﱧﺍﺑﱧﺂﺅﱻﻧﱧﺎ ﻣﲘﻦ ﻗﱁﺒﱦﻞﱕ ﻭﱺﻛﱕﻨﱱﺎ ﺫﱨﺭﲃﲌﻳﱱﺔﱅ ﻣﱰﲘﻦﲲ ﺑﱧﻌﱦﺪﲘﻫﲔﻢﱦﲨ ﺃﱁﻓﱁﺘﱨﻬﱹﻠﲘﻜﱕﻨﱧﺎ ﺑﲐﻤﱧﺎ ﻓﱁﻌﱧﻞﱔ ﭐﻟﱀﻤﱨﺒﱦﻄﲔﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳅﳉﳃﳀ
  1. Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
ﻭﱺﻛﱔﺬﱔ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻧﱨﻔﱁﺼﲃﲔﻞﱕ ﭐﵖﱓﵕﻳﱧ﮳ﺖﲔ ﻭﱺﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺮﱹﺟﲌﻌﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳉﳃﳀ
  1. Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
ﻭﱺﭐﺗﱦﻞﱕ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻬﲌﻢﱦ ﻧﱧﺒﱧﺄﱁ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯﳒ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺀﱧﺍﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻓﱁﭑﻧﺴﱺﻠﱁﺦﱺ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﻓﱁﺄﱁﺗﱦﺒﱧﻌﱧﻪﱨ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﱻ ﻓﱁﻜﱔﺎﻥﱧ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧﺎﻭﲌﻳﻦﱺ ﳁﳇﳉﳃﳀ
  1. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﺷﲔﺌﱦﻨﱧﺎ ﻟﱁﺮﱺﻓﱁﻌﱦﻨﱧ﮳ﻪﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻨﱱﻪﱨﲵﳒ ﺃﱁﺧﱹﻠﱁﺪﱺ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﭐﺗﱱﺒﱧﻊﱧ ﻫﱺﻮﱺﯨﻪﱨﲬ ﻓﱁﻤﱧﺜﱁﻠﱂﻪﱨﲵ ﻛﱔﻤﱧﺜﱁﻞﲌ ﭐﻟﱀﻜﱔﻠﱀﺐﲌ ﺇﲐﻥ ﺗﱧﺤﱹﻤﲘﻞﱓ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻪﲘ ﻳﱧﻠﱀﻬﱺﺚﱹ ﺃﱁﻭﱹ ﺗﱧﺘﱦﺮﱻﻛﱓﻪﱨ ﻳﱧﻠﱀﻬﱺﺚﲬ ﺫﱱ﮴ﻟﲘﻚﱔ ﻣﱧﺜﱁﻞﱕ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﲌ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎﲬ ﻓﱁﭑﻗﱀﺼﱻﺺﲜ ﭐﻟﱀﻘﱁﺼﱺﺺﱺ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳈﳉﳃﳀ
  1. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
ﺳﱺﺂﺀﱧ ﻣﱧﺜﱁﵝﱃﵗ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻡﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﻭﱺﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻈﱓﻠﲘﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳉﳃﳀ
  1. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
ﻣﱧﻦ ﻳﱧﻬﱹﺪﲘ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﻬﱻﻮﱺ ﭐﻟﱀﻤﱨﻬﱹﺘﱧﺪﲘﻯﲨ ﻭﱺﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﱓ ﻓﱁﺄﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﺨﱺ﮳ﺴﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳉﳃﳀ
  1. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
ﻭﱺﻟﱁﻘﱁﺪﱹ ﺫﱧﺭﱺﺃﱀﻧﱧﺎ ﻟﲘﺠﱺﻬﱺﻨﱱﻢﱧ ﻛﱔﺜﲘﻴﺮﱾﺍ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺠﲌﻦﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵒﻧﺲﲜﲨ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻗﱂﻠﱂﻮﺏﱿ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﻔﱀﻘﱁﻬﱻﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﱿ ﵖﱞﵐ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎ ﻭﱺﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻥﱬ ﵖﱞﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻛﱔﭑﵖﱓﵑﱁﻧﱦﻌﱧ﮳ﻢﲌ ﺑﱧﻞﱓ ﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﺿﱺﻞﱟﲬ ﺃﱂﻭﳖﻟﱁﳌﴣﲐﻚﱔ ﻫﱻﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻔﲘﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳋﳉﳃﳀ
  1. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
ﻭﱺﴦﳨﴥﴤﳨ ﭐﵖﱓﵑﱁﺳﱹﻤﱧﺂﺀﱨ ﭐﻟﱀﺤﱻﺴﱹﻨﱧﻰﳎ ﻓﱁﭑﺩﱦﻋﱻﻮﻩﱨ ﺑﲐﻬﱺﺎﲨ ﻭﱺﺫﱧﺭﱻﻭﺍﲯ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻳﱨﻠﱀﺤﲔﺪﱻﻭﻥﱧ ﻓﲘﻰﳒ ﺃﱁﺳﱹﻤﱧﳌﴣﲐﻪﲘﲶﲬ ﺳﱺﻴﱨﺠﱹﺰﱺﻭﱹﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﻛﱔﺎﻧﱨﻮﺍﲯ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻠﱂﻮﻥﱧ ﳁﳂﳊﳃﳀ
  1. Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
ﻭﱺﻣﲘﻤﱱﻦﱹ ﺧﱺﻠﱁﻘﱀﻨﱧﺂ ﺃﱂﻣﱱﺔﱆ ﻳﱧﻬﱹﺪﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﭑﻟﱀﺤﱺﻖﲃﲌ ﻭﱺﺑﲐﻪﲘﲶ ﻳﱧﻌﱦﺪﲘﻟﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳊﳃﳀ
  1. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻛﱔﺬﱞﺑﱨﻮﺍﲯ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧ﮳ﺘﲘﻨﱧﺎ ﺳﱺﻨﱧﺴﱹﺘﱧﺪﱹﺭﲌﺟﱻﻬﱻﻢ ﻣﱰﲘﻦﱹ ﺣﱺﻴﱦﺚﱻ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳄﳊﳃﳀ
  1. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
ﻭﱺﺃﱂﻣﱦﻠﲘﻰ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦﲬ ﺇﲐﻥﱱ ﻛﱔﻴﱦﺪﲘﻯ ﻣﱧﺘﲘﻴﻦﱽ ﳁﳅﳊﳃﳀ
  1. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﺘﱧﻔﱁﻜﱞﺮﱻﻭﺍﲯﲩ ﻣﱧﺎ ﺑﲐﺼﱺﺎﺣﲔﺒﲐﻬﲌﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﺟﲌﻨﱱﺔﲙﲬ ﺇﲐﻥﱦ ﻫﱻﻮﱺ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻣﱲﺒﲐﻴﻦﱽ ﳁﳆﳊﳃﳀ
  1. Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.
ﺃﱁﻭﱺﻟﱁﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﲘﻰ ﻣﱧﻠﱁﻜﱕﻮﺕﲔ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﺧﱺﻠﱁﻖﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻣﲘﻦ ﺷﱔﻰﱹﺀﲚ ﻭﱺﺃﱁﻥﱦ ﻋﱺﺴﱺﻰ﮵ ﺃﱁﻥ ﻳﱧﻜﱕﻮﻥﱧ ﻗﱁﺪﲘ ﭐﻗﱀﺘﱧﺮﱺﺏﱺ ﺃﱁﺟﱺﻠﱂﻬﱻﻢﱦﲨ ﻓﱁﺒﲐﺄﱁﻯﲃﲌ ﺣﱺﺪﲘﻳﺚﲗ ﺑﱧﻌﱦﺪﱺﻩﱨﲵ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳇﳊﳃﳀ
  1. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?
ﻣﱧﻦ ﻳﱨﻀﱹﻠﲘﻞﲌ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﻫﱺﺎﺩﲘﻯﱺ ﻟﱁﻪﱨﲵﲬ ﻭﱺﻳﱧﺬﱔﺭﱻﻫﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﻃﱕﻐﱦﻴﱧ﮳ﻨﲘﻬﲌﻢﱦ ﻳﱧﻌﱦﻤﱧﻬﱻﻮﻥﱧ ﳁﳈﳊﳃﳀ
  1. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﺴﲄﺎﻋﱺﺔﲘ ﺃﱁﻳﱱﺎﻥﱧ ﻣﱨﺮﱹﺳﱺﯩﳎﻬﱺﺎﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﲔﻠﱀﻤﱨﻬﱺﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻰﲨ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺠﱺﻠﱊﲘﻴﻬﱺﺎ ﻟﲘﻮﱺﻗﱀﺘﲘﻬﱺﺂ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻫﱻﻮﱺﲬ ﺛﱁﻘﱂﻠﱁﺖﱹ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﺴﲄﻤﱧ﮳ﻮﱺ﮴ﺕﲔ ﻭﱺﭐﵖﱓﵑﱁﺭﱹﺽﲜﲬ ﵖﱔﵐ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻴﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﺑﱧﻐﱦﺘﱧﺔﱅﲩ ﻳﱧﺴﱹ﮲ﱧﻠﱂﻮﻧﱧﻚﱔ ﻛﱔﺄﱁﻧﱱﻚﱔ ﺣﱺﻔﲘﻰﲇ ﻋﱺﻨﱦﻬﱺﺎﲨ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺎ ﻋﲔﻠﱀﻤﱨﻬﱺﺎ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻭﱺﻟﱁ﮳ﻜﲔﻦﲄ ﺃﱁﻛﱓﺜﱁﺮﱺ ﭐﻟﻨﱱﺎﺱﲜ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﻌﱦﻠﱁﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳉﳊﳃﳀ
  1. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
ﻗﱂﻞ ﵖﱞﵓ ﺃﱁﻣﱦﻠﲘﻚﱕ ﻟﲘﻨﱧﻔﱀﺴﲔﻰ ﻧﱧﻔﱀﻌﱫﺎ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺿﱺﺮﲆﺍ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻣﱧﺎ ﺷﱔﺂﺀﱧ ﭐﴦﴥﴤﱨﲬ ﻭﱺﻟﱁﻮﱹ ﻛﱕﻨﺖﱻ ﺃﱁﻋﱹﻠﱁﻢﱨ ﭐﻟﱀﻐﱧﻴﱦﺐﱺ ﵖﱔﵔﺳﱹﺘﱧﻜﱓﺜﱁﺮﱹﺕﱻ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﺨﱺﻴﱦﺮﲌ ﻭﱺﻣﱧﺎ ﻣﱧﺴﲄﻨﲘﻰﱺ ﭐﻟﺴﲅﻮﳒﺀﱨﲬ ﺇﲐﻥﱦ ﺃﱁﻧﱧﺎﲰ ﺇﲐﵖﱞﵐ ﻧﱧﺬﲘﻳﺮﱿ ﻭﱺﺑﱧﺸﲔﻴﺮﱿ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳊﳊﳃﳀ
  1. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
ﲿ ﻫﱻﻮﱺ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﺧﱺﻠﱁﻘﱁﻜﱕﻢ ﻣﱰﲘﻦ ﻧﱱﻔﱀﺲﲞ ﻭﱺ﮴ﺣﲔﺪﱺﺓﲚ ﻭﱺﺟﱺﻌﱧﻞﱔ ﻣﲘﻨﱦﻬﱺﺎ ﺯﱺﻭﱹﺟﱺﻬﱺﺎ ﻟﲘﻴﱧﺴﱹﻜﱕﻦﱺ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻬﱺﺎﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺎ ﺗﱧﻐﱧﺸﱞﯩﳎﻬﱺﺎ ﺣﱺﻤﱧﻠﱁﺖﱹ ﺣﱺﻤﱦﵝﱃﵗ ﺧﱺﻔﲘﻴﻔﱅﺎ ﻓﱁﻤﱧﺮﲄﺕﱹ ﺑﲐﻪﲘﲶﲨ ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺃﱁﺛﱀﻘﱁﻠﱁﺖ ﺩﱱﻋﱺﻮﱺﺍ ﭐﴦﴥﴤﱧ ﺭﱺﺑﱱﻬﱻﻤﱧﺎ ﻟﱁﴣﲐﻦﱹ ﺀﱧﺍﺗﱧﻴﱦﺘﱧﻨﱧﺎ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﻟﱋﻨﱧﻜﱕﻮﻧﱧﻦﲄ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞ﮳ﻜﲔﺮﲌﻳﻦﱺ ﳁﳋﳊﳃﳀ
  1. Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
ﻓﱁﻠﱁﻤﱱﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻤﱧﺎ ﺻﱺ﮳ﻠﲘﺤﱾﺎ ﺟﱺﻌﱧﵝﱁﵗ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧ ﻓﲘﻴﻤﱧﺂ ﺀﱧﺍﺗﱧﯩﳎﻬﱻﻤﱧﺎﲬ ﻓﱁﺘﱧﻌﱧ﮳ﻠﱁﻰ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﻋﱺﻤﱱﺎ ﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﳁﳂﳋﳃﳀ
  1. Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
ﺃﱁﻳﱨﺸﱓﺮﲌﻛﱕﻮﻥﱧ ﻣﱧﺎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺨﱹﻠﱂﻖﱻ ﺷﱔﻴﱦ﮲ﱫﺎ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﻳﱨﺨﱹﻠﱁﻘﱂﻮﻥﱧ ﳁﳃﳋﳃﳀ
  1. Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?
ﻭﱺﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﻧﱧﺼﱹﺮﱾﺍ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳋﳃﳀ
  1. Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺘﱱﺒﲐﻌﱨﻮﻛﱕﻢﱦﲬ ﺳﱺﻮﱺﺁﺀﱪ ﻋﱺﻠﱁﻴﱦﻜﱕﻢﱦ ﺃﱁﺩﱧﻋﱺﻮﱹﺗﱨﻤﱨﻮﻫﱻﻢﱦ ﺃﱁﻡﱦ ﺃﱁﻧﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﻤﲘﺘﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳋﳃﳀ
  1. Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻥﲌ ﭐﴦﴥﴤﲘ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱪ ﺃﱁﻣﱦﺜﱁﺎﻟﱂﻜﱕﻢﱦﲨ ﻓﱁﭑﺩﱦﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﻓﱁﻠﱀﻴﱧﺴﱹﺘﱧﺠﲌﻴﺒﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻜﱕﻢﱦ ﺇﲐﻥ ﻛﱕﻨﺘﱨﻢﱦ ﺻﱺ﮳ﺪﲘﻗﲘﻴﻦﱺ ﳁﳆﳋﳃﳀ
  1. Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
ﺃﱁﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﺭﱹﺟﱻﻞﱙ ﻳﱧﻤﱦﺸﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂﲨ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻳﱦﺪﲚ ﻳﱧﺒﱦﻄﲔﺸﱕﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂﲨ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺃﱁﻋﱹﻴﱨﻦﱿ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺂﲨ ﺃﱁﻡﱦ ﻟﱁﻬﱻﻢﱦ ﺀﱧﺍﺫﱧﺍﻥﱬ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﻥﱧ ﺑﲐﻬﱺﺎﲩ ﻗﱂﻞﲌ ﭐﺩﱦﻋﱻﻮﺍﲯ ﺷﱕﺮﱺﻛﱔﺂﺀﱧﻛﱕﻢﱦ ﺛﱂﻢﱱ ﻛﲔﻴﺪﱻﻭﻥﲌ ﻓﱁﵝﱁﵗ ﺗﱨﻨﻈﲔﺮﱻﻭﻥﲌ ﳁﳇﳋﳃﳀ
  1. Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.
ﺇﲐﻥﱱ ﻭﱺﻟﲘﳑﱰﲘﻰﱺ ﭐﴦﴥﴤﱨ ﭐﻟﱋﺬﲘﻯ ﻧﱧﺰﲄﻝﱔ ﭐﻟﱀﻜﲔﺘﱧ﮳ﺐﱺﲨ ﻭﱺﻫﱻﻮﱺ ﻳﱧﺘﱧﻮﱺﻟﱋﻰ ﭐﻟﺼﲄ﮳ﻠﲘﺤﲔﻴﻦﱺ ﳁﳈﳋﳃﳀ
  1. "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"
ﻭﱺﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻥﱧ ﻣﲘﻦ ﺩﱨﻭﻧﲘﻪﲘﲶ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻄﲔﻴﻌﱨﻮﻥﱧ ﻧﱧﺼﱹﺮﱺﻛﱕﻢﱦ ﻭﱺﵖﱔﵓ ﺃﱁﻧﻔﱂﺴﱺﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﺼﱻﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳉﳋﳃﳀ
  1. Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
ﻭﱺﺇﲐﻥ ﺗﱧﺪﱹﻋﱻﻮﻫﱻﻢﱦ ﺇﲐﻟﱁﻰ ﭐﻟﱀﻬﱻﺪﱺﻯﳎ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﻤﱧﻌﱨﻮﺍﲯﲨ ﻭﱺﺗﱧﺮﱺﯨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻨﻈﱕﺮﱻﻭﻥﱧ ﺇﲐﻟﱁﻴﱦﻚﱔ ﻭﱺﻫﱻﻢﱦ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳊﳋﳃﳀ
  1. Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.
ﺧﱻﺬﲘ ﭐﻟﱀﻌﱧﻔﱀﻮﱺ ﻭﱺﺃﱀﻣﱨﺮﱹ ﺑﲐﭑﻟﱀﻌﱨﺮﱹﻑﲔ ﻭﱺﺃﱁﻋﱹﺮﲌﺽﱹ ﻋﱺﻦﲌ ﭐﻟﱀﺠﱺ﮳ﻬﲌﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳋﳋﳃﳀ
  1. Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
ﻭﱺﺇﲐﻣﱱﺎ ﻳﱧﻨﺰﱺﻏﱔﻨﱱﻚﱔ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﻧﱧﺰﱹﻍﱆ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻌﲘﺬﱓ ﺑﲐﭑﴦﴥﴤﲘﲬ ﺇﲐﻧﱱﻪﱨﲵ ﺳﱺﻤﲘﻴﻊﱪ ﻋﱺﻠﲘﻴﻢﱪ ﳁﳂﳂﳄﳀ
  1. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﭐﺗﱱﻘﱁﻮﱹﺍﲯ ﺇﲐﺫﱧﺍ ﻣﱧﺴﲄﻬﱻﻢﱦ ﻃﱔﳌﴣﲐﻒﱿ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﺸﱞﻴﱦﻄﱔ﮳ﻦﲌ ﺗﱧﺬﱔﻛﱞﺮﱻﻭﺍﲯ ﻓﱁﺈﲐﺫﱧﺍ ﻫﱻﻢ ﻣﱲﺒﱦﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳃﳂﳄﳀ
  1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
ﻭﱺﺇﲐﺧﱹﻮﱺ﮴ﻧﱨﻬﱻﻢﱦ ﻳﱧﻤﱨﺪﲅﻭﻧﱧﻬﱻﻢﱦ ﻓﲘﻰ ﭐﻟﱀﻐﱧﻰﲃﲤ ﺛﱂﻢﱱ ﵖﱔﵐ ﻳﱨﻘﱀﺼﲔﺮﱻﻭﻥﱧ ﳁﳄﳂﳄﳀ
  1. Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻟﱁﻢﱦ ﺗﱧﺄﱀﺗﲘﻬﲌﻢ ﺑﲐ﮲ﱧﺎﻳﱧﺔﲚ ﻗﱁﺎﻟﱂﻮﺍﲯ ﻟﱁﻮﱹﵖﱔﵐ ﭐﺟﱹﺘﱧﺒﱧﻴﱦﺘﱧﻬﱺﺎﲬ ﻗﱂﻞﱓ ﺇﲐﻧﱱﻤﱧﺂ ﺃﱁﺗﱱﺒﲘﻊﱨ ﻣﱧﺎ ﻳﱨﻮﺣﱺﻰ﮵ ﺇﲐﻟﱁﻰﲄ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻰﲬ ﻫﱺ﮳ﺬﱔﺍ ﺑﱧﺼﱺﺂﴢﲐﺮﱻ ﻣﲘﻦ ﺭﲄﺑﱰﲐﻜﱕﻢﱦ ﻭﱺﻫﱻﺪﱾﻯ ﻭﱺﺭﱺﺣﱹﻤﱧﺔﱆ ﻟﱊﲘﻘﱁﻮﱹﻡﲎ ﻳﱨﺆﱹﻣﲘﻨﱨﻮﻥﱧ ﳁﳅﳂﳄﳀ
  1. Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
ﻭﱺﺇﲐﺫﱧﺍ ﻗﱂﺮﲌﺉﱺ ﭐﻟﱀﻘﱂﺮﱹﺀﱧﺍﻥﱨ ﻓﱁﭑﺳﱹﺘﱧﻤﲘﻌﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻪﱨﲵ ﻭﱺﺃﱁﻧﺼﲔﺘﱨﻮﺍﲯ ﻟﱁﻌﱧﻠﱋﻜﱕﻢﱦ ﺗﱨﺮﱹﺣﱺﻤﱨﻮﻥﱧ ﳁﳆﳂﳄﳀ
  1. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
ﻭﱺﭐﺫﱦﻛﱕﺮ ﺭﲄﺑﱱﻚﱔ ﻓﲘﻰ ﻧﱧﻔﱀﺴﲔﻚﱔ ﺗﱧﻀﱺﺮﲅﻋﱾﺎ ﻭﱺﺧﲔﻴﻔﱁﺔﱅ ﻭﱺﺩﱨﻭﻥﱧ ﭐﻟﱀﺠﱺﻬﱹﺮﲌ ﻣﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻘﱁﻮﱹﻝﲌ ﺑﲐﭑﻟﱀﻐﱨﺪﱻﻭﲃﲌ ﻭﱺﭐﵖﱓﵕﺻﱺﺎﻝﲌ ﻭﱺﵖﱔﵐ ﺗﱧﻜﱕﻦ ﻣﱰﲘﻦﱺ ﭐﻟﱀﻐﱧ﮳ﻔﲘﻠﲘﻴﻦﱺ ﳁﳇﳂﳄﳀ
  1. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
ﺇﲐﻥﱱ ﭐﻟﱋﺬﲘﻳﻦﱺ ﻋﲔﻨﺪﱺ ﺭﱺﺑﱰﲐﻚﱔ ﵖﱔﵐ ﻳﱧﺴﱹﺘﱧﻜﱓﺒﲐﺮﱻﻭﻥﱧ ﻋﱺﻦﱹ ﻋﲔﺒﱧﺎﺩﱧﺗﲘﻪﲘﲶ ﻭﱺﻳﱨﺴﱺﺒﱰﲐﺤﱻﻮﻧﱧﻪﱨﲵ ﻭﱺﻟﱁﻪﱨﲵ ﻳﱧﺴﱹﺠﱻﺪﱻﻭﻥﱧ ﲹ ﳁﳈﳂﳄﳀ
  1. Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.