Dalam hiruk-pikuk Ramadan yang penuh dengan persiapan juadah, pembelian keperluan raya dan kesibukan harian, ada satu panggilan yang sering terlepas pandang iaitu panggilan solat. 

Saat jari ligat menatal skrin mencari promosi, saat mata fokus memilih barangan, kita kadangkala terlupa bahawa ada waktu yang lebih utama untuk kita berhenti, tunduk dan menghadap Allah SWT iaitu waktu solat.

Dalam dunia yang semakin bergantung kepada aplikasi harian, teknologi juga boleh memainkan peranan sebagai peringatan.

Atas kesedaran itulah, satu kolaborasi istimewa terjalin antara Waktu Solat Malaysia dan Shopee yang membawa Prayer Reminder terus ke dalam aplikasi Shopee buat pertama kalinya.

Sesuatu yang sebelum ini hanya tersedia di aplikasi Waktu Solat Malaysia, kini hadir di platform e-dagang paling popular negara.

Ia bukan sekadar fungsi teknikal. Ia adalah satu usaha membawa ingatan kepada Allah di tengah kesibukan dunia digital.

Prayer Reminder Bantu Umat Islam Kekal Peka Ketika Ramadan

Ramadan adalah bulan latihan jiwa. Bulan di mana kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih disiplin ibadah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ الصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا
“Mengutamakan solat pada awal waktunya adalah sebaik-baik amalan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Namun realitinya, ramai yang terleka dengan rutin harian sehingga terlepas waktu solat di awal waktu.

Melalui Prayer Reminder ini, pengguna Shopee akan menerima peringatan solat yang tepat mengikut lokasi masing-masing, dikuasakan sepenuhnya oleh sistem ketepatan Waktu Solat Malaysia yang dipercayai 1.9 juta penggunanya.

Kini, tanpa perlu keluar dari aplikasi Shopee, peringatan itu hadir tepat pada waktunya seolah-olah satu sentuhan lembut yang berkata, “Sudah tiba masa untuk menghadap Allah.”

Satukan Ibadah dan Dunia Digital

Kita hidup dalam dunia yang tidak pernah berhenti. Telefon di tangan hampir setiap masa.

Shopee menjadi tempat kita membeli keperluan dapur, pakaian raya, hadiah keluarga dan pelbagai lagi.

Menerusi Shopee Bazar Hebat Ramadan, pelbagai persiapan Ramadan dan Raya dihimpunkan dalam satu platform.

Daripada kelengkapan ibadah seperti telekung, kurta dan sejadah, kepada fesyen Raya serta barangan keperluan rumah.

Dengan promosi khas seperti baucar diskaun, penghantaran percuma dan tawaran eksklusif sepanjang kempen Ramadan Raya, persiapan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan berbaloi, sekali gus memudahkan kita memberi tumpuan kepada ibadah.

Melalui Prayer Reminder, dunia digital tidak lagi memisahkan kita daripada ibadah, sebaliknya menjadi jambatan yang mengingatkan kita kepada Allah.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nisa’: 103)

Ayat ini mengingatkan bahawa waktu solat bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan sesuka hati.

Dengan adanya fungsi ini dalam Shopee, alasan “tak perasan waktu” semakin terhakis.

Prayer Reminder Eksklusif Ramadan Raya Dalam Shopee

Apa yang menjadikan kolaborasi ini begitu istimewa adalah sifatnya yang eksklusif sepanjang kempen Ramadan Raya.

Sesuatu yang sebelum ini hanya boleh dinikmati pengguna aplikasi Waktu Solat Malaysia, kini diperluaskan manfaatnya kepada jutaan pengguna Shopee.

Ia menyokong keseimbangan antara ibadah dan aktiviti harian.

Ketika kita merancang juadah berbuka, mencari kelengkapan raya, atau membeli keperluan keluarga, peringatan solat hadir tanpa kita perlu mencarinya.

Inilah maksud teknologi yang mendekatkan, bukan melalaikan.

Mudahkan Konsistensi Ibadah

Cabaran terbesar dalam ibadah bukanlah mengetahui kewajipan, tetapi konsisten melaksanakannya.

Ramai yang tahu solat itu wajib, tetapi terlepas kerana leka, sibuk atau terlupa.

Rasulullah ﷺ bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
“Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Prayer Reminder membantu membina konsistensi itu. Ia bukan sekadar notifikasi, tetapi satu rutin kecil yang membentuk disiplin rohani sepanjang Ramadan.

Sedikit demi sedikit, peringatan ini membantu memastikan kesibukan harian tidak mengatasi tanggungjawab kepada Pencipta.

Dari Aplikasi Islamik Ke Platform E-Dagang

Kolaborasi ini juga membuktikan bahawa nilai Islam boleh dibawa masuk ke dalam arus perdana teknologi.

Waktu Solat Malaysia yang selama ini menjadi rujukan utama waktu solat, arah kiblat, al-Quran dan doa, kini meluaskan peranannya ke platform yang digunakan setiap hari oleh rakyat Malaysia.

Ia satu langkah besar dalam memastikan mesej ibadah tidak terhad dalam ruang aplikasi agama sahaja, tetapi hadir di tempat yang paling kerap kita kunjungi.

Ramadan bukan sekadar bulan membeli-belah untuk raya.

Ia bulan memperbaiki hubungan dengan Allah.

Dalam kesibukan membuat persiapan, peringatan kecil seperti ini mungkin membantu kita berhenti seketika dan kembali memberi keutamaan kepada yang lebih penting.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia serta aplikasi Shopee hari ini untuk merasai kemudahan ini sepanjang kempen Ramadan Raya.

BACA JUGA: JAKIM Umum Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1447H/2026M Untuk 15 Kawasan Seluruh Malaysia

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

X: https://x.com/WaktuSolatMsia

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Kotak Luahan, ruang selamat dan ‘anonymous’ untuk anda berkongsi pertanyaan, keresahan, pengetahuan atau pandangan berkaitan agama dan kehidupan.

Luahkan di: https://www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

Kerana kadang-kadang, meluah itu membuat hati rasa lega!