
Baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan tiga remaja memberi nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan. Isu ini mencetuskan kemarahan netizen kerana dianggap tidak berperikemanusiaan dan memperlekehkan maruah individu terbabit.
Walaupun mereka mendakwa tindakan itu sebahagian daripada eksperimen sosial dengan keizinan gelandangan tersebut, reaksi masyarakat tetap tegas mengecam dan menunjukkan sensitiviti penting terhadap cara kita memberi sedekah.
Dalam Islam, memberi makanan kepada orang yang memerlukan adalah suatu bentuk ibadah dan sedekah yang sangat terpuji. Namun, Islam juga mengajar adab ketika memberi iaitu kita mestilah menjaga maruah penerima dan memberi dengan penuh hormat.
Memberi sisa makanan atau tulang ayam secara sengaja kepada insan fakir, walaupun berniat lucu atau sekadar ‘content viral’, adalah bertentangan dengan nilai belas kasih yang dituntut oleh agama.
Islam juga mengingatkan kita bahawa setiap amal, walaupun kecil, dilihat oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الله لا يَنْظُرُ إِلى أَجْسامِكْم، وَلا إِلى صُوَرِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian.”
(HR Muslim)
Sekalipun niatnya berbuat baik atau nak viral, jika cara yang dilakukan merendahkan orang lain, maka pahala itu ber. Ini menunjukkan pentingnya untuk kita memeriksa niat dan kaedah dalam setiap tindakan sosial yang dilakukan.
Sebagai masyarakat Muslim, kita perlu mengambil iktibar bahawa memberi bukan hanya soal kuantiti tetapi juga kualiti. Setiap individu berhak menerima bantuan dengan cara yang memelihara maruah mereka. Memberi dengan penuh keikhlasan dan adab adalah tanda kasih sayang berteraskan prinsip Islam.
Semoga isu seperti ini tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang, InsyaAllah.
Sumber: SirapLimau