Gambar sekadar hiasan (sumber: Freepik)

Ramai dalam kalangan kita memandang ringan soal kebersihan selepas membuang air kecil. Namun dalam hadis sahih, Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa sebahagian azab kubur berpunca daripada sikap lalai ini.

Perkara yang nampak kecil di dunia, rupanya menjadi sebab besar di alam barzakh.

Nabi SAW pernah melalui dua buah kubur, lalu Baginda bersabda:

إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا بِنِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا فَقَالَ: “لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا”.

Maksudnya:Sesungguhnya dua mayat ini (di dalam kubur ini) sedang diseksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. Seorang daripadanya diseksa kerana tidak mencuci air kencingnya dengan betul dan sempurna, manakala seorang lagi diseksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba.”

Riwayat al-Bukhari (218)

Azab ini berlaku bukan kerana dosa besar yang biasa digeruni, tetapi kerana kelalaian terhadap adab yang dipandang remeh.

Islam sangat menekankan soal kebersihan kerana ia sebahagian daripada iman.

Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri selepas membuang air kecil bukan sahaja menjejaskan kesucian ibadah solatnya, malah berisiko menanggung azab di kubur.

Hal ini menunjukkan Islam melihat adab kecil dalam hidup seharian sebagai cerminan iman seseorang.

Sebagai seorang Muslim, sucikanlah diri dengan sempurna supaya amal ibadah diterima dan akan terlindung dari dahsyatnya azab kubur, InsyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya, aaminn.


Sumber: Maktabah AlBakri