Dalam era moden ini, ramai lelaki gemar memakai aksesori seperti rantai atau gelang untuk kelihatan bergaya. Namun, Islam menegaskan bahawa pemakaian rantai atau gelang adalah haram bagi lelaki, tidak kira emas mahupun perak.
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.
Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya
Syeikh Badr al-Din al-‘Aini pula mengulas hadith ini dengan kata beliau :
وتشبه الرِّجَال بِالنسَاء فِي اللبَاس والزينة الَّتِي تخْتَص بِالنسَاء مثل لبس المقانع والقلائد والمخانق والأسورة والخلاخل والقرط
Maksudnya : (Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting. (Rujuk ‘Umdah Al-Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadith ini bahawa adalah haram hukumnya bagi seseorang lelaki untuk memakai pakaian mahupun perhiasan yang khas bagi jantina yang berlawanan dengannya.
Islam menegaskan bahawa lelaki harus menjaga batas dan akhlak dalam penampilan. Perhiasan sepatutnya ringkas, sederhana, dan sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW.
Pemakaian rantai atau gelang untuk tujuan bergaya, atau menyerupai wanita adalah jelas dilarang dalam Islam. Maka, untuk lelaki Muslim yang masih memakai gelang atau rantai, tanggalkanlah ia dan kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya, Allah Itu Maha Pengampun & Penyayang.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan