Menziarahi jenazah dalam islam bukan hanya dijadikan rutin, tetapi memberi
makna yang mendalam. Ini adalah kesempatan bagi umat Islam. Ini adalah
kesempatan bagi umat Islam untuk mengingat bahawa kematian adalah sebahagian
lumrah kehidupan dan bahawa setiap orang akan menghadapi kematian suatu hari
nanti. Ini adalah waktu untuk merenungkan akhirat dan tindakan kita di dunia.
Menziarahi jenazah juga adalah wujud penghormatan kepada orang yang telah
meninggal dan merupakan tindakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah.

Dalam Islam, menziarahi jenazah adalah tindakan yang memberi
penghormatan kepada jenazah. ini adalah waktu untuk umat Islam berkumpul untuk
memberikan penghormatan terakhir, mendoakan orang yang telah meninggal.
Dengan menjalankan menziarahi jenazah, Orang Islam akan menunjukan rasa hormat
dan kasih sayang mereka terhadap manusia dan keyakinan mereka kepada Allah
SWT

Menziarahi Jenazah dalam Islam: Menunjukkan rasa hormat dan Doa.
Menziarahi jenazah adalah suatu tindakan yang sangat dihargai dalam Islam. Ini
adalah waktu ketika umat Islam berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir
kepada orang yang telah meninggal dunia, memdoakannya dan menghadiri
pengembumian jenazah. Tindakan ini mempunyai makna yang mendalam dalam
agama Islam.

Penghormatan Terakhir
Perbuatan menziarahi jenazah dimulai dengan penghomatan terakhir terhadap
jenazah. Biasanya jenazah ditempatkan di Masjid atau tempat yang sesuai supaya
umat islam boleh berkumpul untuk melakukan solat jenazah. Solat jenazah adalah
perbuatan khusus yang dilakukan untuk orang yang telah meniggal. Biasanya
dilakukan, 4 takbir dan doa tanpa sudah atau rukuk. Soalan jenazah merupakan
bentuk doa yang sangat penting dalam menziarahi jenazah.

Pemakaman dan Doa
Setelah selesai solat jenazah, jenazah akan dibawa ke kubur yang disediakan untuk
orang Islam. Di sini, jenazah akan ditempatkan di liang lahat, dan doa-doa tambahan
akan dibacakan. Umat Islam mengucapkan salam kepada jenazah dan berdoa untuk
pengampunan bagi orang yang telah meninggal. Doa merupakan ungkapan kasih
sayang dan harapan bahawa Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa si mati dan
menerima kereka dalam rahmat-Nya.

Pentingnya kita untuk menziarahi orang mati kerana ia boleh lebih istiqomah dalam
beribadah kepada Allah kerana mengingati mati. Ia juga memberi peringatan supaya
semua manusia yang lahir ke dunia akan kembali juga ke tanah.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumaah ayat 8 yang bermaksud, “Katakanlah wahai
Muhammad, sebenarnya kematian yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah
ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang
mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang
kamu telah lakukan.”