
Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara, bukan destinasi akhir bagi seorang mukmin. Setiap nikmat, ujian, dan kesenangan yang kita rasa hanyalah pinjaman yang bakal dipulangkan. Islam mengajar kita untuk hidup seimbang. Berusaha di dunia, tapi jangan lalai terhadap akhirat. Bila kita sedar bahawa dunia ini tidak kekal, kita akan lebih tenang melepaskan perkara yang tidak dapat kita miliki, dan lebih fokus mencari redha Allah SWT. Kerana hakikatnya, hidup sebenar kita bermula selepas mati. Teruskan beribadah dan melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu bila hari terakhir kita di muka bumi ini. Semoga kita semua ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat yang dijanjikan Allah SWT, InsyaAllah.