Pembiayaan bank islam kini menjadi antara jalan keluar terbaik untuk usahawan kecil yang mencari ruang untuk membangunkan perniagaan dengan lebih berstruktur, berkat dan patuh Syariah.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kemudahan seperti Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT hadir sebagai sinar baharu kepada golongan underbanked, B40 dan asnaf yang berusaha memperkukuh pendapatan keluarga.

Seiring saranan syariah agar umat Islam bekerja keras mencari rezeki, program ini memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mahu bangkit.

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah mengasihi seorang hamba yang bekerja dan berusaha.” (Riwayat al-Baihaqi).

Prinsip ini menjadi roh kepada inisiatif yang dibangunkan Bank Islam, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ekonomi ummah.

Pembiayaan Bank Islam: Siapa yang layak mohon?

Sebagai kemudahan berlandaskan kontrak Qard, pembiayaan bank islam ini menekankan prinsip keadilan iaitu jumlah yang dipinjam adalah sama jumlah yang dibayar semula tanpa sebarang keuntungan.

Antara syarat kelayakan utama:

  • Usahawan memenuhi definisi perusahaan mikro oleh SME Corp Malaysia
  • Rakyat Malaysia dengan pegangan saham minimum 51%
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa berkaitan
  • Sudah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Menyediakan pelan perniagaan dengan aliran tunai positif

Selain pembiayaan, peserta juga perlu mengikuti latihan pembangunan perniagaan anjuran Bank Islam atau rakan pelaksana. Ini selari dengan falsafah Islam bahawa ilmu adalah asas keberkatan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11: “Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan berilmu…”.

Apa yang ditawarkan Pembiayaan Bank Islam iTEKAD BangKIT?

Pada asasnya, pembiayaan bank islam ini adalah pembiayaan berjangka dengan jumlah minimum RM5,000 sehingga maksimum RM20,000. Ia boleh digunakan bagi:

  • Modal kerja
  • Perbelanjaan modal

Namun, ia tidak boleh digunakan untuk pembelian saham, pembiayaan semula hutang, aktiviti perjudian, alkohol, tembakau, pelaburan hartanah dan aktiviti tidak patuh Syariah.

Ini bagi memastikan rezeki yang diterima benar-benar bersih, selaras dengan sabda Nabi SAW:

“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah lebih layak baginya.” (Riwayat At-Tirmizi).

Satu contoh pengiraan:

  • Jumlah: RM20,000
  • Tempoh: 36 bulan
  • Ansuran: RM555.56
  • Jumlah bayaran balik: RM20,000

Tanpa caj tambahan dan tanpa kadar keuntungan, ia memberikan kelegaan besar kepada mereka yang baru mahu bermula.

Pembiayaan Bank Islam& elemen rohani

Apa yang menjadikan inisiatif iTEKAD BangKIT unik ialah penggabungan aspek rohani. Peserta digalakkan:

  • Menunaikan Solat Dhuha
  • Membaca Surah Waqi’ah setiap hari
  • Bersedekah ke Dana Sadaqa House

Mufti Wilayah Persekutuan pernah menegaskan bahawa amalan sedekah bukan sahaja membuka pintu rezeki, tetapi juga membersihkan hati dan menguatkan keberkatan hasil usaha. Amalan ini juga menyuntik nilai ihsan dalam setiap usaha keusahawanan.

Konsep ini mengingatkan kita bahawa perniagaan bukan hanya angka, tetapi perjalanan ibadah.

Tanggungjawab pemohon

Mereka yang menerima kemudahan ini seharusnya menjaga amanah dengan melunaskan bayaran seperti ditetapkan. Dalam Islam, amanah adalah perkara besar dan ditegaskan dalam banyak riwayat.

Bank Islam tidak mengenakan sebarang yuran dan pelanggan boleh membuat penyelesaian awal tanpa caj. Jika gagal membuat bayaran, notis bertulis akan dikeluarkan dan pelanggan harus berbincang dengan pihak bank bagi mencari jalan penyelesaian.

Penjamin dan cagaran tidak diperlukan, menjadikannya lebih mudah bagi golongan mikro memohon pembiayaan bank islam ini.

Bagi yang menghadapi kesulitan pembayaran, pelanggan boleh menghubungi:

Bahagian Kewangan Sosial, Bank Islam Malaysia Berhad
Tel: 03-2707 8053
E-mel: [email protected]

Selain itu, bantuan juga boleh didapatkan melalui AKPK dan BNM TELELINK sekiranya memerlukan sokongan pengurusan kewangan dan penyelesaian aduan.

iTEKAD BangKIT bukan sekadar program bantuan kewangan, ia adalah usaha memperkasa keluarga B40 dan asnaf dengan ilmu, bimbingan rohani dan peluang membina masa depan.

Dengan gabungan pendidikan kewangan, sokongan spiritual dan pembiayaan patuh Syariah, ia membuka ruang kepada ramai usahawan bangun semula dengan penuh keyakinan.

Sesungguhnya rezeki yang berkat bermula daripada usaha yang jujur dan amanah.

Program ini menjadi salah satu jalan bagi mereka yang mahu memulakan perjalanan perniagaan dalam suasana yang lebih tenang, tersusun dan mengikut prinsip Islam.

Artikel berkaitan: Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Islamik, Fahami Maksud Komoditi Murabahah Dari Perspektif Syariah Dengan Mudah

Ikuti kami, Waktu Solat Malaysia di semua platform untuk dapatkan lebih banyak info bermanfaat:

Facebook: https://www.facebook.com/waktusolatmsia

Instagram: https://www.instagram.com/waktusolatmy

WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va9S1HR6xCSNywYivK28

Telegram: https://t.me/waktusolat_my

TikTok: https://www.tiktok.com/@waktusolatmy

Threads: https://www.threads.com/@waktusolatmy

Sebagai penambahbaikan, kami ingin mendengar maklum balas anda tentang portal, artikel dan topik di Waktu Solat Malaysia. Sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang maklum balas di sini: https://forms.gle/cKnytmoA25T33hth9. Terima kasih atas sokongan anda!