
Pelakon Nelydia Senrose menerima pujian dari netizen selepas memuat naik gambar beliau berhijab bersama suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Gambar-gambar tersebut diambil semasa majlis penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada suaminya. Netizen kagum dengan penampilan Nelydia yang sopan berbaju kurung dan berhijab, malah ramai yang menitipkan doa agar beliau kekal berhijab.
Nelydia pernah mula berhijab pada akhir 2021 namun dilihat tidak berhijab semula pada penghujung 2024. Penampilan terbarunya ini kembali menyemarakkan harapan netizen agar beliau kembali memakai tudung.

Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah al-Nur, ayat 31: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan khumur”
Kami dari team Waktu Solat Malaysia juga mendoakan agar Nelydia kembali dan kekal berhijab.
Sumber: Oh Bulan!