Tazkirah

BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH KERANA NIKMATNYA YANG TIDAK TERHITUNG KEPADA KITA


Firman Allah SWT : وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ. [Surat An-Nahl 18] Terjemahan : "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

HIDAYAH PETUNJUK ITU MILIK MUTLAK ALLAH


Firman Allah SWT : فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ. [Surat Al-An'am 125] Terjemahan : "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

JIKA ALLAH MENAHAN RAHMATNYA MAKA TIDAK ADA SESUATUPUN DAPAT MELEPASKANNYA


Firman Allah SWT : وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ ۚ [Surat Fatir 2] Terjemahan : "Dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu."

JIKA ALLAH INGIN MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA HAMBANYA, TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MENGHALANGNYA


Firman Allah SWT : مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ [Surat Fatir 2] Terjemahan : "Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya;"

ENGGAN (INGKAR) PERINTAH ALLAH DAN TAKABBUR ADALAH DUA SIFAT IBLIS YANG MENJADIKAN DIA KAFIR


Firman Allah SWT : وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ. [Surat Al-Baqarah 34] Terjemahan : "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."

KEHIDUPAN DUNIA ADALAH KESENANGAN YANG MENIPU BAGI MEREKA YANG TERPEDAYA


Firman Allah SWT : وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ [Surat Aal-E-Imran 185] Terjemahan : "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"

ORANG YANG BERJAYA ITU ADALAH MEREKA YANG DIJAUHKAN API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA


Firman Allah SWT : فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ [Surat Aal-E-Imran 185] Terjemahan : "Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."

LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG TERNAK!!


Firman Allah SWT : وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ. [Surat Al-A'raf 179] Terjemahan : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

JADIKANLAH MATI SEBAGAI MOTIVASI UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SETIAP HARI


Firman Allah SWT : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَة. [Surat Aal-E-Imran 185] Terjemahan : "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu."

SEMOGA KITA DARI KALANGAN SEBAIK BAIK MAKHLUK


Firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ. [Surat Al-Bayyinah 7] Terjemahan : "Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk."

Page