Tazkirah

LAKUKANLAH PERSEDIAAN KERANA HARI PERHITUNGAN AMAL ITU SANGAT DEKAT


Firman Allah SWT : اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ. [Surat Al-Anbiya' 1] Terjemahan : "Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya."

KAMU UMAT TERBAIK!


Firman Allah SWT : كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ [Surat Aal-E-Imran 110] Terjemahan : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

SERULAH KEPADA KEBAIKAN DAN MELARANG KEPADA KEBURUKAN


Firman Allah SWT : وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ. [Surat Aal-E-Imran 104] Terjemahan : "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

ALLAH ITU DEKAT DAN MEMPERKENANKAN DOA


Firman Allah SWT : إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ. [Surat Hud 61] Terjemahan : "Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya"

GAMBARAN MANUSIA PADA KEDAHSYATAN HARI KIAMAT


Firman Allah SWT : يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ. [Surat Al-Qari'ah 4] Terjemahan : "(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,"

KENAPA MEMBANTAH ALLAH DAN RASUL SEDANGKAN ASAL KAMU ADALAH DARIPADA AIR MANI


Firman Allah SWT : خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ. [Surat An-Nahl 4] Terjemahan : "Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya."

TERUSLAH MEMBERI PERINGATAN KERANA MASIH RAMAI DILUAR SANA YANG MASIH DIDALAM KELALAIAN


Firman Allah SWT : لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ. [Surat Ya-Seen 6] Terjemahan : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai."

MEREKA YANG BERAMAL SOLEH ITU AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN PENUH PUAS HATI


Firman Allah SWT : ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً. [Surat Al-Fajr 28] Terjemahan : "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !"

MASUKLAH KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHANNYA


Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً. [Surat Al-Baqarah 208] Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya;"

BERAMAL IBADAHLAH DENGAN KEIKHLASAN SEMATA MATA HANYA KERANA ALLAH SWT


Firman Allah SWT : وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ. [Surat Al-Bayyinah 5] Terjemahan : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid."

Page